Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

31.5.16

"Eh mahalnya!"

Bismillah wal hamdulillah...

Sebelum ini saya adalah seorang PENGGUNA tegar makna kata semua barang saya beli je lah senang! Tak pernah menjadi PENJUAL pun... sebab bagi saya ada duit beli je lebih jimat masa, jimat tenaga dari payah-payah fikir nak buat sendiri... selepas sayaa ambil keputusan untuk 'resign' saya mengambil langkah DIY je lah demi menjimatkan kos... baju seluar anak untuk pakai harian pun saya jahit sendiri kalau saya mampu, makan-makan pun banyak yang saya masak sendiri ja dari pagi sampai malam, kecuali la saya tak sihat atau tak rajin malas hehe :D


Lepas tu mula membuat perniagaan secara kecil-kecilan... saya bermula dengan bisnes 'baking', Shaklee, dan macam-macam lagi... belajar buat 'costing' secara sendiri tanpa hadir ke sebarang kelas... ada dapat tips sikit dari seorang 'baker' terkenal iaitu Chef Alex Goh masa saya berpeluang hadiri kelas 'baking' anjuran pihak HL Bakery Jitra... Kalau ikut tips dan petua chef tak sanggup rasanya nak 'charge' orang dengan harga begitu. Tapi apa yang chef tuh kata memang tepatlah bila kita sendiri yang experienced terutamanya dari segi harga bahan mentah mengikut gred dan kualiti sesuatu produk/bahan mentah yang terlibat... kata chef kalau berhadapan dengan situasi 'customer' yang selalu komplen mengenai harga produk yang kita jual adalah "buat 2pilihan untuk dia... kalau nak murah rasa juga 'murah' dan kalau memilih untuk rasa yang mewah dan berkualiti 'premium' mestilah bersedia untuk membayar sesuai dengan kualitinya... ini kerana bukan sengaja penjual meletakkan harga sedemikian, ini disebabkan oleh bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenama berkualiti tinggi, enak dan harganya sudah tentu tidak sama dengan bahan yang berkualiti sederhana" 

Bila kita ceburkan diri menjadi seorang PENJUAL pula barulah kita menyedari hakikat, kesian peniaga-peniaga kecil yang kadang-kadang terpaksa mengeluarkan modal yang besar tetapi tidak dapat nak jual dengan harga yang berpatutan... kenapa saya katakan berpatutan? berpatutan maksudnya kena dengan modal yang mereka laburkan. Kadang-kadang terpaksa 'buang harga' semata-mata nak melayan karenah pelanggan yang majoritinya hanya tahu komplen! Saya juga macam tuh pada awalnya menceburkan diri sebagai PENJUAL/PENIAGA... Tapi bila dicongak, saya sebagai seorang yang 'fulltime' berkerja dari rumah haruslah meneliti perkara ini... Perlu saya buat 'costing' dengan teliti agar tidak berlaku pembaziran... 'Sedekah' adalah dari aspek yang lain... kalau semua barang yang kita jual kita 'sedekah' tak tahu nak cakap apa... haha! kita juga mencari rezeki yang halal, bagi saya membantu suami serba sedikit... ada masanya saya juga bersedekah... bukan kedekut... :)

Jadi mulai hari ini saya menyeru kepada pembaca yang mungkin melintasi entri saya kali ini, berhenti mementingkan diri sendiri... sekiranya anda berharap agar semua PENIAGA yang berurusan dengan anda buat amal jariah terhadap anda, apa kata anda pula yang mula buat amal jariah? :) kos sara hidup kita di Malaysia ini semakin meningkat... kadang-kadang peniaga-peniaga kecil baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, modal tak banyak, kadang-kadang balik modal je hasil dari barang dagangan itu... harga kos tinggi dek kerna keadaan ekonomi Malaysia sekarang... pelbagai kos perlu ditanggung... jika antara penjual dan pembeli ada rasa tolak ansur, rasanya lebih harmoni :)

Sekadar perkongsian... apa-apa pun ikhlaskan niat mencari rezeki yang halal dan berkat... semua yg dilakukan kerana ALLAH SWT... :)

 

6.3.16

Saya bukan 'dietitian'

Bismillah wal hamdulillah...

Dah seminggu lebih pendam perasaan nak 'post' mengenai 1isu yang saya baca dekat 'facebook'. Bukan isu sangatlah tapi 1status yang dimuatnaik oleh seseorang. Perasaan sangat kecewa di situ sebab dia telah menyebabkan 'salah tafsir' dikalangan rakan-rakan fb yang lain berkenaan dengan 'pemakanan sihat' dan disokong pula oleh beberapa orang yang lain juga bergelar seorang jururawat dan katanya 'statement' itu dikeluarkan sendiri oleh seorang 'dietitian' di klinik kerajaan... saya macam... *blur* lama juga ambil 'feel' nak menulis di sini...  

'Status' seseorang ini meminta pandangan berkenaan dengan 'susu formula' terbaik untuk bayi dan kanak-kanak sebab anaknya diklasifikasikan terlalu kurus, tak cukup berat orang 'dietitian'. Beliau sangat kecewa sebab anak dia tak gemuk macam anak orang lain sedangkan anaknya 'breastfeed'. Jadi dia tak mau orang dok 'advice' dia breastfeed anak... dia cuma nak tau jenama susu formula yang terbaik! yang bagi badan budak gemuk gebu kebabom kisahnya... saya macam 'speechless' di situ. Rasanya anak dia dalam usia 3-4tahun gitu sepatutnya penekanan diberikan kepada aspek corak pemakanan harian bukan fokus pada susu semata-mata pada usia sebegitu. Dia sepatutnya cek sama ada anak dia makan makanan seimbang atau tidak yang menyebabkan berat badan kurang daripada budak seusia dengannya.

Ada pula seorang ni bagi 'suggestion' bagi anak yg kurang berat dan badan kurus ni makan makanan manis seperti 'chocolate', 'nugget', kentang goreng sebab katanya 'dietitian' di klinik kerajaan yang bagi saranan sebab dengan makanan sedemikian insya allah berat badan akan cepat naik dan badan budak mudah jadi gemuk dan tembam... saya macam masyaALLAH! Kalau betullah 'dietitian' tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian memang saya rasa dia ni jadi pakar pemakanan cukup syarat ja... dia ni belajar habis ke tak ni? agaknya depa ni pun tak berapa pasti pastu main hentam cakap sahaja berdasarkan teori sendiri? Wallahu'alam...

Banyak persoalan yang muncul dari saya yang bukanlah seorang 'dietitian' ini tetapi adakah saya tak cukup peka dengan pemakanan anak-anak?:

Adakah berat badan seseorang budak perlu bergantung sepenuhnya kepada graf yang diberikan oleh KKM?

Saya tak faham sebenarnya kenapakah 'parents' dipaksa oleh para jururawata di klinik kesihatan untuk memantau berat badan anak-anak sesuai dengan graf yang diberikan oleh pihak KKM yang terdapat dalam buku rekod kesihatan? Padahal pada hemat saya saiz setiap budak itu tidak sama kerana beberapa perkara perlu juga diambil kira seperti berat semasa lahir, keturunan, baka dan sebagainya dan memang sudah pasti saiz setiap budak berbeza walaupun pada umur yang sama. Saya tak faham kenapa 'parents' ditakut-takutkan dengan masalah anak tak sihat dan sebagainya kerana berat badan anak tidak betul-betul 'follow' graf yang diberikan?

Apakah corak pemakanan sewajarnya kepada kanak-kanak atas 2tahun? adakah susu menjadi makanan utama/asas pada usia ini?

Bayi digalakkan menyusu dengan susu ibudari lahir sehingga berusia 2tahun... hal ini dipersetujui dalam Islam dan dalam perubatan moden sekalipun termasuklah WHO (World Healt Organization) sekalipun seperti dalam kenyataan dari badan berkenaan seperti berikut:

Thereafter infants should receive complementary foods with continued breastfeeding up to 2 years of age or beyond. To enable mothers to establish and sustain exclusive breastfeeding for 6 months, WHO and UNICEF recommend: Initiation of breastfeeding within the first hour of life.

Jadi tempoh selepas 2tahun itu, susu sudah tidak menjadi makanan utama bagi kanak-kanak berkenaan. Ya BUKAN MAKANAN UTAMA atau RUJI... Jadi ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengambil makanan yang sihat dan seimbang... Tanggungjawab kita mendidik anak-anak mengutamakan kesihatan mereka. Bukan setakat mendidik bagi boleh baca al-quran, hantar sekolah dan sebagainya, ajar anak makan dengan betul, pilih makanan yang sihat, makan dengan adab dan sebagainya dikira juga sebagai salah satu tanggungjawab memberi didikan yang baik kepada anak-anak...

Saya sendiri masih dalam proses memberikan pendidikan dan pendedahan kepada anak-anak tentang makanan apa yang mereka elok makan dan perlu elak walaupun kadang-kadang terbabas juga... tapi proses didikan itu perlulah konsisten dan bermula dari ibu ayah itu sendiri. 

Saya cukup tak faham dengan sesetengah 'parents' sibuk dok 'survey' jenama susu formula yang terbaik untuk anak mereka yang berusia 3-4tahun dan mengalami masalah kurang berat dan terlalu kurus tapi pada masa yang sama biar anak makan makanan tak sihat contohnya 'fast-food', jajan dan sebagainya makanan yang tak berkhasiat. Langsung tak titikberatkan perlu mengambil makanan tambahan (supplements) untuk kanak-kanak seperti 'multi-vitamin', vitamin c dan sebagainya. Jika tidak berminat dengan 'supplements' makanan sunnah kan ada contohnya madu, buah delima, kurma, kismis dan banyak lagi makanan sihat yang lain seperti minyak kelapa dara, buah-buahan segar, sayur sayuran, yogurt... haish banyak sangat nak senarai... Sebagai ibu bapa perlu bijak untuk variasikan makanan anak-anak agar mereka merasa minat untuk makan makanan yang berkhasiat... Perkara ini juga perlu diterapkan seawal mungkin sejak anak-anak mula kenal 'solid food'. Elakkan penggunaan gula putih, garam untuk kanak-kanak dibawah usia 2tahun.

Cek balik pemakanan anak-anak di usia 3-4tahun bukan 'blame' kata "anak saya breastfeed tapi kurus tak cukup berat" padahal patutnya bangga dan bersyukur sebab dapat 'breastfeed' bukan salah susu ibu tapi di usia 3-4tahun ni kena cek pada diet harian anak...

Adakah budak gemuk, montel dikaitkan dengan budak yang sihat dan budak yang kurus dan berat badan kurang dikategorikan sebagai budak yang tidak sihat?

Dalam masyarakat kita budak yang gemuk, berisi, tembam dikaitkan dengan budak yang sihat dan seharusnya budak-budak semua patutnya berisi dan gemuk... bila tengok kanak-kanak yang sedikit kurus ramai yang berpendapat mak ayah bagi makan tak cukup, susu formula kurang berkualiti dan sebagainya. Mitos sebegini membuatkan ibu ayah sibuk menggemukkan anak masing-masing walhal anak tersebut dah sihat walaupun adan sedikit kurus.

Rama ibu bapa bersaing sesama sendiri untuk melihat anak siapa yang paling 'sihat'? Berkongsi-kongsi sesama sendiri jenama susu formula mana yang menjadikan anak-anak mereka ini sangat 'sihat'? Jarang sekali rasanya kita dengar ibu bapa ni berkongsi tentang corak pemakanan yang sihat bila melihat anak seseorang yang lain lebih 'sihat', aktif dan jarang sakit mesti keluar dari mulut mereka "bagi minum susu apa ye?" Erm... mungkin dah budaya dalam masyarakat kita agaknya... menganggap susu formula sesuatu yang WAJIB dihidangkan kepada anak-anak walaupun usia sudah menjangkau 3-4tahun.   

Bagi saya asalkan kita sebagai ibu bapa menjaga pemakanan anak, dia makan nasi, sayuran, buahan, makanan-makanan berkhasiat yang lain, tidak makan makanan segera, jajan insya allah mereka sudah mendapat bekalan nutrisi sepatutnya tanpa mengharapkan 100% hanya kepada susu formula. Susu bukanlah lagi makanan utama dalam diet harian anak atas 2tahun. Boleh jika dia masih inginkan minum susu tapi lebih elok jika diberikan susu segar bukan susu yang diformulasikan :) ia lebih sihat... susu almond, susu kambing juga sihat dan berkhasiat.

Gemuk bukanlah petanda kanak-kanak itu sihat, dan kurus juga bukan petanda kanak-kanak itu tidak sihat :)

Adakah susu ibu tidak sehebat susu formula? di mana silapnya pada susu ibu dalam isu ini?

Bagi saya ini isu paling sensitif sepatutnya dimainkan peranan penting oleh semua orang terutamanya agensi kerajaan seperti klinik kesihatan kerajaan, klinik desa dan sebagainya tentang 'breastfeeding myths' yang  menjadi salah tafsir dikalangan ibu bapa. Antara teori sendiri yang direka-reka oleh masyarakat kita mengenai isu 'breastfeeding' dan saiz budak adalah:

1) Budak menyusu badan ni memang susah nak naik badan dia. Kurus ja macam tak cukup khasiat.
2) Budak menyusu badan ni memang badan naik macam belon yang ditiup angin :P (apa pun tak boleh nak salahkan susu ibu jugak tuh)

Kedua-dua teori rekaan itu konfemlah tak tepat... pada awal kelahiran sehingga usia anak mencecah 2tahun bagi je lah susu ibu sepenuhnya tak kisahlah badan anak gemuk ke kurus melidi ke asalkan dia sihat sejahtera cukup, aktif, tak meragam, membuang dengan lancar dan baik... Apabila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal PASTIKAN! makanan yang diberikan bebas gula, garam... bagi makanan yang semulajadi seperti puri buah dan sayuran... elakkan sama sekali makanan segera/proses seperti 'nestum bayi' pelbagai jenama di pasaran. Tolong elakkan! Ia umpama memberi mee segera kepada bayi anda! makanan segera bayi (walaupun banyak sungguh iklan yang disogokkan dengan kata-kata manis pengeluar seperti kaya dengan khasiat bla bla bla tolong jangan percaya! Ia tetap makanan yang segera!)

Dipihak ibu yang menyusukan, sepanjang tempoh anak menyusu badan tidak kisahlah 'exclusive breastfeed' ka, 'fully breastfeed' asal dia masih menyusu jaga juga pemakanan kita. Elakkan makanan proses dan segera juga bagi menjaga kualiti susu badan kita (sekali sekala nak merasa tu 'acceptable' lagi jangalah hadap setiap hari atau setiap minggu... hilang royan sebulan sekali cukuplah... tuhpun habuan merasa bukan melantak!) ambil makanan seimbang, berkhasiat... Jika rasa badan tak mampu ambil makanan seimbang kerana kesibukkan tugas harian sila cari alternatif lain seperti ambil 'supplements' ok fine saya bukan nak promo suruh beli Shaklee hehe :D nak beli lagi bagus ekekeke :P makanan sunnah tuh pun dikira sejenis makanan tambah juga... ambil kurma bersama susu kambing setiap pagi dan sebelum tidur, susu badam, madu, habbatussauda' dan sebagainya... Minum air masak secukupnya...

Menurut seorang doktor, bayi atau kanak-kanak yang menyusu badan secara penuh ni memang kadang-kadang kita akan tengok dia terlebih berat atau obes pada awalnya tapi nanti badan dia akan membentuk dengan sempurna, tegap, kemas apabila meningkat dewasa... Jadi jangan fikir banyak bab berat ka kurus ka gemuk ka... just lunaskan tanggungjawab kita menyusukan anak kita sepenuhnya... cuma apabila sudah sampai tempoh 2tahun ke atas periksa semula jenis makanan apa yang kita bagi anak kita tuh... pada ketika itu susu bukanlah lagi MAKANAN UTAMA anak, dia dah boleh makan seperti orang dewasa cuma sebagai ibu ayah pastikan anak ambil makanan yang sihat agar proses tumbesaran dia berlangsung dengan baik. Sekiranya selepas 2tahun anak masih mahu menyusukan, teruskan proses penyusuan susu ibu sehingga ibu dan anak masing-masing bersedia untuk bercerai susu.

Sekian, bebelan panjang lebar...

Saya bukanlah seorang pakar pemakanan atau 'certified dietitian' tapi saya rasa untuk menjadi sihat tak perlu kot nak tunggu dapat kelulusan sebagai pakar pemakanan baru nak belajar apa yang sihat untuk dimakan oleh kita dan anak-anak? atau tak perlu kita bergantung 100% kepada nasihat 'dietitian' di klinik-klinik sebab kita juga sudah ada panduan dan ilmu. Menjadi seorang ibu perlu sentiasa menimba ilmu bukan sahaja ilmu keibubapaan. Saya secara peribadinya masih banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kelangsungan tumbesaran anak-anak berjalan dengan sempurna... Permudahkan urusan kami ya allah...ameen

??


 

3.3.16

Proses pembuatan minyak kelapa dara di rumah...

Bismillah wal hamdulillah...

Saya merupakan penggemar minyak kelapa dara ataupun virgin coconut oil (VCO) setelah saya mengetahui kebaikkannya kepada kesihatan sejagat. Dan saya rasa setiap rumah patut simpan VCO ni untuk kegunaan harian antaranya sebagai 'supplements' terbaik seisi keluarga... pada mulanya sy fikir VCO ni sama sahaja dengan minyak tanak zaman tok nenek kita dulu-dulu selalu masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan minyak itu digunakan sebagai minyak rambut, minyak masak dan sebagainya... alami je bila fikir-fikir balik... sempatlah melalui zaman fasa tersebut... tok sebelah abah saya memang orang kampung... suka pakai dapur kayu (walaupun ada dapur gas), suka tanak minyak nyok (minyak kelapa) untuk dijadikan kegunaan harian, makan nasi ulam, kiranya sangat kurang makanan proses... semuanya DIY ja dan didapati dari kampung... 

Apa itu minyak kelapa dara yang membuatkan ia istimewa?

Minyak kelapa dara adalah sejenis minyak yang dikeluarkan oleh buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara diproses dengan TANPA MENGGUNAKAN HABA ATAUPUN KIMIA dan minyak kelapa dara menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.

Terdapat 1kajian mengenai minyak kelapa dara yang telah dibuat oleh pakar dari negara barat dari awal tahun 1930an. Sebahagian besar telah dilakukan ke atas penduduk di kepulauan Pasifik yang mana kelapa merupakan sebahagian besar daripada pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut telah merumuskan bahawa terdapat 1kandungan dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu yang boleh memberi pelbagai kesan positif kepada kesihatan manusia.  Oleh sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang mantap dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Kalah seperti minyak tanak yang dimasak untuk mengeluarkan minyak, sedikit khasiatnya mungkin sudah musnah akibat daripada haba yang digunakan untuk mengeluarkan minyak itu tadi. Antara proses yang digunakan dalam industri makanan untuk menghasilkan minyak kelapa dara agar khasiatnya masih tetap 'dara' adalah melalui kaedah penapaian (fermented) ataupun 'cold press' dimana pati santan di simpan ditempat sejuk beku bagi mengeluarkan minyak kelapa dara daripada santan tersebut. 

Saya pun belum habis baca lagi mengenai penghasilan minyak kelapa dara ini apa yg saya faham selagi prosesnya tiada penglibatan haba dan bahan kimia ia masih dikira sebagai VCO... saya menggunakan teknik yang diajar oleh ayah mertua saya yang juga pengguna tegar VCO kerna penyakit kencing manis beliau. Sebelum ini sy guna kaedah 'cold press' namun hasil yang saya dapat tidak seperti yang diidamkan... hehe :D iaitu 2-3kg santan saya dapat lebih kurang 500ml VCO sahaja. Kaedah 'fermented' yang diajar oleh ayah mertua 5kg santan = 1800ml VCO! :D

Jom tengok proses-proses yang saya lakukan seperti yang diberikan oleh ayah mertua... apa yang kita perlukan adalah sebuah bekas bersih seperti gambar dibawah atau yang seumpama dengannya. Bekas letak air masa kenduri tuh pun boleh asalkan dibasuh sebersih mungkin. Selepas itu isikan air tapis sebanyak 10liter ke dalam bekas berkenaan. 

10liter air tapis diisi
Masukkan 5kg pati santan. Kacau rata pati santan bersama air. Kenapa campur air? Air adalah agen/pemangkin kepada proses 'fermented' yang bakal dijalankan sebentar lagi agar minyak dan pati santan terpisah dan terbentuk. Biarkan pada suhu bilik lebih kurang 32darjah celcius selama lebih kurang 24jam.
5kg santan itu

 
Ini 'close up' selepas 24jam. Proses pengasingan yang agak renyah sebab VCO ni terbentuk ditengah-tengah antara kepala santan yang terbentuk daripada proses penapaian. Lihat gambar bawah untuk lebih jelas...
Gigih ayah lukis hehe... untuk lebih pemahaman... jadi kita nak ambil yg minyak tuh.
Apa yang saya buat, saya kaut guna sudip kari (pasti yang betul-betul bersih ya!) dan tapis menggunakan tapis santan/sayur. Lepas dah habis lapisan atas kaut pula bahagian minyak... guna tapis santan dulu. Kemudian kita bakal tapis pula kesemua hasil menggunakan kapas yang disumbat pada corong penuras/minyak.

Maaf bahagian ini saya tiada gambar sebab tengah bergelut dengan anak-anak syurga... silap tak buat masa 'weekend' haha! jadi terpaksalah bergelut memang mencabar... corong itu disumbat dengan kapas muka pada bahagian corong halus kemudia dilapiskan pula dengan 4-5helai 'disposable cloth diapers liner' kemudian mulakan sesi tapisan/turasan untuk kali ke-2 ke atas VCO yang terhasil dan berjaya diasingkan tadi.

Pakai corong macam ni... sumber: Google

1800ml vco yang berjaya diasingkan... alhamdulillah

Pakai 'disposable cloth diaper liner' je hehe... pakai kain pun boleh...
   Sekian sahaja... terima kasih :D

24.2.16

Morning person!

Bismillah wal hamdulillah... 

Rutin tidur saya jadi tunggang langgang sejak 2tahun lalu... mungkin inilah pengorbanan saya sebagai seorang ibu... bila dah masuk fasa 30an ni (lahirkan aisya - 26; lahirkan amira - 28; lahirkan ammar - 30) bila tak cukup tidur ja mula rasa tak sedap badan dan tak boleh nak 'stay-up'. Sejak tidur tunggang terbalik tuh, memang agak susah nak jadi 'morning person' macam selalu... untuk bangun sebelum subuh dan 'prepare everything' dengan jayanya termasuk urusan anak-anak dan suami di pagi hari...

Kadang-kadang terpaksa tidur semula selepas subuh (which is yes very bad!) sebab tak larat sangat kerana semalaman asyik terjaga melayan karenah si ammar sama ada tiba-tiba terbangun ajak main ataupun 'breastfeed' tanpa henti setiap 30minit... saya memang tak kuat lah bab tak dapat lelap sangat malam-malam... masa zaman 'study' dulu kuat lagi lah kalau tak tidur malam tu tak mak tak kuad kot bila masuk fasa 30an ni... kalau tak cukup tidur saya memang tak boleh fokus kerja seharian, mood sangat teruk, selesa makan apatah lagi sebab rasa tak boleh nk fikir dengan waras... 

Sebenarnya nak cerita mengenai beberapa hikmah menjadi 'morning person' ni... banyak sangat perkara yang sangat baik dilakukan pada waktu pagi... ada terbaca 1laman web dan saya rasa sangat menarik untuk dikongsi sebagai panduan terutamanya untuk diri saya yang kerap kali lupa :D

Pagi waktu terbaik untuk:

1) Mulakan makanan pertama (breakfast) - sebab bangun pagi perut kosong, dan perlukan makanan untuk di isi. Pagi makan merupakan waktu makan yang paling penting dan sepatutnya diamalkan oleh semua orang terutamanya mereka yang mementingkan kesihatan :)

2) Timbang berat badan - waktu yang paling baik menimbang berat badan anda! kerana dikatakan waktu pagi memberikan bacaan yang paling tepat!

3) Senaman (workout!) - adalah waktu yang paling sesuai untuk 'kick-start' metabolisma badan untuk 'the whole day'. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan dari masalah berat badan. Apabila metabolisma sudah dijana seawal pagi, lebih banyak kalori bakal dibakar juga. Menarik kan? :)

4) Naikkan kadar metabolisma - seawal jam 8pagi minum segelas air kosong sebagai permulaan untuk 'boost-up' metabolisma badan kita.

5) Masa terbaik melakukan tugasan - sekiranya tugasan penting dapat dilakukan atau diselesaikan seawal pagi, kita akan merasa lebih segar dan lega. Kalau tangguh ke petang atau malam tidakkah kita merasa terbeban sebab asyik fikir kerja yang tak selesai tuh?hehe :P self-reminder faizah! tangguh-tangguh pencuri masa! sebagai 'housewife' pagi adalah masa yang sesuai untuk saya uruskan kerja-kerja rumah secepat mungkin sebab masa tuh aisya dan amira kat tadika cuma ada ammar seorang sahaja jadi cepatlah sikit setel kerja rumah. Kadang-kadang jika ammar tak bagi kerjasama memang akan membawa ke petang la jawabnya... ada juga kerja yang tak selesai2 haha! tapi cubalah kan selesaikan sedaya mungkin

6) 'Cheat diet' - nak 'indulge' diri sendiri pun seeloknya waktu pagi! boleh lah makan kek waktu pagi atau minum kopi kegemaran haha! sebab waktu pagi metabolisme tengah 'boost up' tapi bagi saya yang metabolisma rendah ni rasanya tak 'applicable' la kot point ni tapi boleh la seminggu sekali :P nak jugak tuh!

Point tambahan saja-saja suka-suka tambah adalah...

7) Waktu pagi waktu terbaik buat UPT - haha! memang pun kan sebab hormon HCG tengah tinggi waktu pagi dan jika anda mengandung memang 'obviously' boleh dikesan seawal pagi selepas bangun tidur... cewahhh :P lama dah tak berUPT bagai... cuma teringat... tapi saya ni tak kira tengah-tengah malam pun kalau rasa nak cek saya cek... sebab saya jenis orang tak menyabar :P dolu-dolu la masa sakan hadap UPT... :) sekarang nak cek takutttt... huhu

Ok sekadar perkongsian... marilah menjadi 'morning person' yang berjaya! :D

 

13.1.16

Isu viral: 'Breastfeeding in public' dan 'Brelfie' (pandangan peribadi)

Bismillah wal hamdulillah...

Dah beberapa hari rasanya 'facebook' dihujani dengan isu viral bikin panas 1Malaysia... ada juga retis turut sama menyumbang kata-kata sokongan dan nasihat... saya tak mahu komen siapa salah, sapa yang betul... kat sini ayuhlah kita pandang dari sudut pandangan positif dan apakah pengajaran yang kita perolehi dari isu ini? Sebagai salah seorang anggota masyarakat? Sebagai seorang wanita? Sebagai seorang yang beragama Islam? Sebagai seorang ibu? Sebagai seorang isteri?

Zaman 'smartphone', 'social media' semua dihujung jari hanya klik-klik je semua maklumat boleh dapat, boleh tersebar secara sangat meluas tanpa ada sesiapa pun dapat kawal dan halang... 

Berhati-hati di laman sosial

Banyak sangat sebenarnya isu sekarang ni yang dikaitkan dengan laman sosial antaranya ada yang dikenakan hukuman undang-undang kerana statusnya di laman sosial yang berbaur ugutan, menfitnah dan sebagainya. Kita memang bebas berkata-kata tetapi perlu untuk lebih berhati-hati sebab 1dunia yang baca laman sosial kita. 

Dunia tanpa sempadan ni apa sahaja pun boleh berlaku. Ada yang memang berniat nak menjatuhkan kita, jadi mereka ini 'create' 1 akaun 'fake' atau palsu untuk 'add friend' dengan kita. Padahal ada niat yang tidak elok. Jadi bagi saya memilih akaun untuk dijadikan kawan perlulah ditapis dahulu kerana berkemungkinan orang yang nak 'add friend' dengan kita memang ada niat yang tidak baik termasuklah mengaibkan kita, menfitnah dan sebagainya. 

Ataupun mungkin kita kurang selesa  dengan seseorang di laman sosial bagi saya seeloknya 'hide/unfollow' sahaja orang-orang berkenaan kerna dikhuatiri memberi aura negatif kepada kita. Saya sebenarnya sangat tak kisah dah sekarang sekiranya ada kenalan saya di laman sosial berniat nak 'unfriend' saya atau sebaliknya sebab mengambil langkah lebih 'privacy'. Kadang-kadang dengan laman sosial pun boleh bergaduh sesama rakan. Ada yang ambil peluang nak aibkan orang, 'stalk' laman sosial orang dengan niat nak buruk-burukkan orang tersebut... Jadi memang kena 'super' berhati-hati dah sekarang ni!

Ramai orang yang buat dosa kering secara sedar atau tidak melalui laman sosial sebab ambil langkah mengecam, mengutuk, mengumpat orang yang kadang2 kita tak kenal pun di laman sosial... Nauzubillah...

Berhati-hati 'upload' gambar peribadi dan keluarga

Berhati-hati dalam memuatnaik gambar peribadi, anak-anak dan keluarga. Ini nasihat kepada saya juga terutamanya gambar yang boleh memberikan prasangka negatif kepada orang lain contohnya seperti gambar 'brelfie' tersebut... Memang betul gambar 'brelfie' itu tak mendedahkan mana-mana bahagian aurat tapi rasanya Pencetus Ummah Rahmat ada menjelaskan isu ini. Analoginya seperti seorang wanita yang memakai haruman sehingga terhidu oleh seorang lelaki ajnabi sudah dikira mendekati zina... Apa la sangat setakat bau wangi je? Bukan perempuan tuh dedahkan aurat dia? Ini kerana ISLAM sangat memelihara maruah seorang wanita, jadi dijaganya wanita itu dengan sekecil-kecil hal yang kadang2 kita pun tak terfikir. 

Bagi saya isu 'breastfeeding in public' ni sangan 'common' sejak dari dulu lagi. NIP ni tak ada salahnya sekirannya kena dengan caranya. Saya secara peribadi tidak suka sekiranya orang perasan saya tengah menyusu tak kiralah orang itu lelaki atau perempuan. Mungkin fitrah saya sebagai seorang perempuan ada yang ada sifat MALU tu semulajadi. Jadi apa yang saya buat sekiranya terpaksa NIP (sebolehnya nak elak tapi jika keadaan mendesak saya sediakan beberapa plan tindakkan)? Pakai tudung yang 'super' labuh sebab saya rasa 'nursing cover' tak membantu pun dalam kes saya. Ok ini pendapat saya la kan, saya lebih suka dan 'prefer' sekiranya ORANG SEKELILING TAK PERASAN pun saya tengah menyusu. Iaitu menyembunyikan bayi saya disebalik tudung yang labuh. Alhamdulillah saya memang pemakai tudung bidang besar sebab itulah saya kurang selesa sebenarnya nak pakai 'shawl' walaupun 'shawl' labuh sebab dia agak TERBELIT sekiranya terpaksa NIP. Sekiranya saya memakai 'nursing cover' orang perasan saya tengah NIP dalam hal begini suami pun kurang bersetuju. Sebab itulah juga saya tak pernah beli 'nursing cover'. Saya lebih 'prefer' sorok proses menyusu itu sehingga orang pun tak perasan. Orang ingat saya tengah dukung anak yang sedang tidur macam biasa.  

Saya juga pernah NIP di 'airport' alhamdulillah ALLAH SWT mudahkan saya dapat cari 'port' tersorok dan suami sebagai pak guard tolong awasi saya yang tengah menyusu risau ternampak dek orang. Jadi sebelum nak bawa anak keluar PLAN A saya adalah akan 'make sure' dia betul-betul dah kenyang dan tak mengantok. Sekiranya keadaan mendesak jadi fikir plan B iaitu cari tempat tersorok dan lebih 'proper' seperti 'nursing room' jika ada, surau, 'coridor' atau bahagian bangunan yang memang tersorok dari padangan orang. Memang mencabar ye sebenarnya nak menyusu ni tapi ia tidak mematah semangat saya apatah lagi ibu-ibu kat luar sana untuk menyusu. Cuma dalam kes ini kita sebagai seorang muslimah, beragama Islam, faham mengenai aurat, ambil kisah mengenai adab seorang wanita muslim. Disamping itu kita kena fikir juga orang sekeliling yang tak semuanya 'open' mengenai menyusu di tempat awam. Jadi seeloknya kita elak daripada sebarang perkara yang  tidak diingini risau timbul isu dikemudian hari.

Tidak taksub dengan sesuatu perkara

Sejak saya melahirkan anak pertama, isu 'breastfeeding' ni menjadi semakin meriah... Alhamdulillah ramai dah ibu-ibu muda sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu. Tetapi bagi pandangan peribadi saya, kita tak perlu untuk taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita tak ambil kisah tentang aurat, adab dan sopan kita sebagai yang bergelar wanita apatah lagi beragama ISLAM. Mungkin la pada awalnya kita tidak tahu, tapi apa salahnya kita minta pandangan orang yang lebih berilmu tentang sesuatu yg kita sendiri tak pasti dari sudut syariah. 

Jadi buang ego kita, buang perasaan taksub kita untuk lebih mengutamakan apa yang dianjurkan dalam Islam. Islam sendiri pun menggalakkan penyusuan susu ibu tapi biarlah kena pada caranya... faham kan? :) Analogi mudah, hubungan intim suami isteri tuh ibadat lagi tapi perlu ke dipertonton sehingga 1dunia boleh tengok?

Menjaga adab, bahasa, tatasusila walaupun di laman sosial 

Walau marah macam mana sekalipun kita, sakit hati dan geram tetapi itu bukan alasan untuk kita melontarkan kata-kata kurang sopan, ayat maki hamun dan sumpah seranah. Ini teguran juga untuk diri sendiri terkadang terlalu mengikut perasaan dan emosi sehingga terlupa sehingga sempat memuat-naik status berbaur amarah dan dendam. Nauzubillah... maafkan hambaMU yang serba kekurangan ini. 

Siapa kita, akhlak dan peribadi seseorang hanya boleh dilihat apabila dia sedang marah dan mempunyai peluang untuk membalas balik apa yang orang lain perlakukan kepadanya. Jadi sekiranya kita melihat peribadi seseorang yang suka menghamburkan kata-kata kurang sopan, kata-kata kesat sepatutnya kita tidak mendekati orang-orang sedemikian dan tak perlu rasanya untuk berkawan dengan mereka.  

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik" (Hadith Riwayat At-Tirmizi no. 1987, lihat Shahihul Jami' No. 97)

Tidak mengaibkan orang lain dan tegurlah secara baik dan berhikmah

Tindakkan mengaibkan sesama manusia di laman sosial juga sepatutnya dielakkan oleh kita semua. Apatah lagi dengan jelas mempertontonkan/memuatnaik wajah orang tersebut dengan tujuan memalukannya secara sengaja ataupun tidak. Ambil langkah yang lebih baik dengan tidak mengaibkan sesiapa. Jika orang tersebut buat salah tegur dia secara berhikmah, guna ayat dan perkataan yang baik dan yang penting tidak menegur dia dikhalayak ramai sehingga menjatuhkan air mukanya. Apatah lagi mengaibkan orang dengan kata-kata yang kurang enak secara terbuka sehingga tersebar berita keburukkan orang tersebut.

Setengah orang berpendapat sebar aib orang secara terbuka begitu adalah sebagai langkah nak menegur si pelaku itu. Biar semua orang maki hamun dan melontarkan kata-kata tidak baik. Begitulah cara nak 'ajar' orang yang buat salah. Sedarlah ye, kita juga ada buat salah dan apa perasaan kita jika kita ditegur dan diaibkan sebegitu rupa. Boleh ke kita terima dan berlapang dada? Ataupun saudara dan kenalan rapat kita diperlakukan sedemikian rupa? Apa pula perasaan kita? Begitu juga dengan orang yang kita aibkan... Apa perasaan suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka? Tolonglah belajar untuk fikir hati, perasaan, maruah orang lain juga dan tidak bertindak melulu selari dengan 'kebodohan' diri sendiri. 

"treat others how you want to be treated"

 "Dan barang siapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya ALLAH SWT menutup aibnya didunia dan diakhirat" (Hadith Riwayat Muslim)

Tiada orang kat dunia ni nak aibnya diketahui orang lain. Setiap dari kita tak sempurna ada kelemahan jadi jagalah aib dan kelemahan diri daripada kita sibuk mencanang aib dan lemah orang lain.

Tidak memanjangkan isu yang remeh

Perbalahan, pergadohan di laman sosial terutamanya dengan golongan orang yang tidak/cetek 'akal' ni tidak membawa sebarang penyelesaian. Kata-kata kesat dan kotor terus dilontarkan, dan tiada kata sepakat pun diperolehi. Maka 'tinggalkan' orang itu sendirian. Biar dia dengan kata-kata dan maki hamunnya. Tiada guna untuk kita berbalas kata dengan mereka. Penat nanti diam la tu... :)

Tambah sakit hati, tambah dosa... Rasanya banyak lagi perkara lebih penting untuk layan orang-orang sedemikian. Rasanya mereka ini golongan yang jenis 'attention seeker', kekurangan kasih sayang dan minta perhatian dari orang lain dengan cara 'cari gadoh'. Kita sebagai ibu-ibu dan ayah-ayah terutamanya, dah matang, dah besar panjang boleh fikir kot perkara ini. Bergadoh, bertikam-lidah tak membawa apa-apa manfaat dan kebaikkan pun malah lebih memanjangkan isu dan memburukkan lagi keadaan. Diam tidak bermakna kalah. Diam tak bermakna kita salah. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH SWT dan hari kemudian maka hendaklah dia berkata yang baik atau DIAM" (Hadith Muttafaq 'Alaih)

Minta maaf dan akui kesilapan tidak merugikan sesiapa

Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini. Sebab itu dalam Islam ada istilah bertaubat. Maknanya kita ni sebagai status HAMBA kepada yang Maha Berkuasa kat atas sana memang tak lari dari buat silap dan salah... ALLAH SWT melayan hamba-hambaNYA yang buat salah dengan jalan taubat dengan baik. Walau tinggi manapun status dan kedudukan kita, kalau kita buat salah memang wajib minta maaf. Hatta seorang ibu kepada anaknya pun ibu kena minta maaf dengan anak. Pemimpin dengan rakyat, majikan dan pekerja. Tiada istilah siapa paling besar boleh buat salah dan tak perlu minta maaf. 

Buang sifat ego dan tinggi diri, lebih merendah diri dan 'low profile' sahaja adalah sifat yang dianjurkan dalam Islam. Tapi zaman sekarang ni ramai yang bila buat salah berlagak macam tak tahu apa-apa dan bertindak seperti menegakkan benang yang basah. Alih-alih orang yang dia buat salah tuh yang kena minta maaf dengan dia. Allah... lama mana kita kat dunia ni yang nak berlagak sombong seolah-olah kita yang paling hebat, tak ada siapa boleh lawan, tak ada siapa boleh kata kita salah. Di akhir hidup kita ke tanah jua tempat kita. Kita hanya berasal dari titisan-titisan air yang hina sahaja yang jika jatuh ke bumi, hidupan kat tanah ni tak ingin pun nak makan/minum. Betapa hinanya kita. Yang membezakan kita cuma ilmu dan amal kita di sisiNYA sahaja... 

Maaf jika penulisan ini ada yang mengguris hati dan perasaan sesiapa dan mana-mana pihak. Ia sekadar pendapat peribadi saya dari rujukan beberapa sumber berserta hadith sebagai pengukuh. Segala teguran mohon komen dan saya dahului dengan ucapan terima kasih... 'Peace no war' ya :)

 

17.12.15

Yuran Tadika Aisya...

Bismillah wal hamdulillah...

Aisya mula cuti sejak bermulanya cuti sekolah bulan lepas. Jadi selamatnya yuran bulanan untuk bulan 12 ini... dalam 'group whatsapp' ibubapa pelajar tadika aisya dari awal lagi minta cikgu senaraikan yuran untuk tahun hadapan yang pastinya ada peningkatan. Kita ni tunggu punya tunggu cikgu tak 'upload' pun lagi di 'group' rupanya kena 'personally' PM cikgu yang 'in charge'. 

Terkejut sungguh sebab yuran naik dengan mendadaknya... walaupun takda sebanyak mana pun nak dibandingkan dengan tadika swasta yang lain seperti 'Little Caliph', 'Genius Aulad', 'CIC', 'Islamic Motessori' dan sebagainya tapi golongan marhean seperti kami agak terkesan dengan peningkatan yuran yang bagi kami secara mendadak. Tanya cikgu kenapakah yuran naik secara drastik, cikgu jawab sekarang semua barang mahal nak-nak bahan mentah, buku dan sebagainya. Kesian juga kepada pihak pentadbiran tadika sebab depa memang 'totally' bergantung kepada dana daripada ibubapa. Jadi kita sebagai ibu bapa yang harapkan didikan yang terbaik daripada para guru akur dengan sebarang perubahan termasuk yuran. Apa dayanya kita mampu untuk usahakan walaupun hati sedikit berdukacita. Yuran tahunan tadika dah macam nak daftar masuk universiti, bulanan pun macam nak daftar semester... Memang agak 'menjerut' la jugak... 

Amira tahun depan dah masuk 4tahun, kami hantar ke tadika perpaduan sudah... 5tahun baru masuk PASTI macam kakak aisya... harapnya adalah rezeki anak-anak... biarpun sikit tapi CUKUP dan BERKAT... Debaran untuk sambut tahun 2016 sungguh dah terasa sekarang... rata-rata rakyat Malaysia mengeluh dengan keadaan ekonomi negara yang 'caca-marba' dengan keadaan politikus yang menyakitkan hati... Kenapakah Malaysia yang tercinta ini diterajui oleh golongan yang seperti itu? Sekarang yang menanggung kesannya adalah rakyat jelata. Bukankah tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin itu membela nasib rakyatnya? 'Statement' yang dikeluarkan oleh puak-puak itu makin hari makin menyakitkan hati dan sukar dihadam oleh otak :(

 

16.12.15

Percubaan cara menabung yang efektif

Bismillah wal hamdulillah... 

Secara jujurnya saya adalah orang yang tidak reti dan tidak pandai menabung... masa berkerja dulu, banyak mana gaji, banyak tuh jugakla yang selalu habis... dapatla menabung sikit-sikit tapi selalu 'ketirisan'...bila cek balik tak pasti pula kat mana banyak dihabiskan... masa tu ok la lagi, ekonomi Malaysia takda lah semput macam sekarang... anak pun baru seorang, suami isteri kerja... cuma masa tu terasa dengan kos nak servis kereta sahaja sebab berulang jauh dari rumah ke tempat kerja... lebih kurang 70km pergi-balik... memang asik servis kereta je lah... dengan tayar memang kerap kena tukar... 

Bila dah 'resign' adalah rasa buruk dan baiknya... tak ada banyak beza sangat pun antara waktu berkerja dan setelah menjadi surirumah sepenuh masa ni... Apa-apa pun tetap bersyukur setiap yang ALLAH SWT bagi tu mestilah ada hikmah dan sebab yang tertentu... Alhamdulillah walaupun tidak berkerja, masih lagi dapat merasa duit hasil titik peluh sendiri berbisnes secara kecil-kecilan ini... dan boleh la nak menabung sikit-sikit... sekarang saya tengah buat eksperimen menabung cara 'kempen si biru'. Apakah KEMPEN SI BIRU? Selalu jumpa KEMPEN SI HIJAU kan? konsepnya sama tapi terpulanglah kepada kita nak pilih 'note' warna apa, biru ka, hijau ka, merah ka, kuning oren ka, hijau biru ka... asalkan istiqomah... 

Bagaimana proses KEMPEN SI BIRU ini dijalankan? Senang ja, dapat ja 'note' biru tak kisahlah masa beli barang ka, saya memang wajib simpan dalam tabung tanpa perlu fikir nak guna beli apa... memang 'haramkan' terus simpan si biru ni dalam beg duit... terus masuk tabung khas yang dah disediakan... eceli KEMPEN SI BIRU ni bukan si biru je tapi sekali syiling saya haramkan ada dalam beg duit... Sekarang baru masuk 1minggu kempen ni... kita tengok dalam masa sebulan nanti macam mana... rata-rata memberikan respon yang baik mengenai proses 'saving' cara ini... katanya berkesan... hasil KEMPEN ni ada yang siap pi melancong, dalam masa 4-5bulan boleh cecah 4angka jumlah simpanan hasil daripada KEMPEN ni... waw kan? Insya ALLAH kalau ada rezeki... 

Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan ini untuk saya sekeluarga... lebih baik kita banyak menabung daripada banyak kita belanja... biar nampak tak punya apa, tapi tabungan kita setiap hari bertambah... :) 



 

12.11.15

Pengurus, penggemuk, peninggi, pelebaq, peruncing, pemontok, pembesaq, pengetat, pemutih, penghitam...

Bismillah wal hamdulillah...

Sekarang ni masalah dengan lambakkan ubat-ubatan untuk macam-macam kegunaan kat pasaran sama ada secara 'online' atau 'offline'. Yang pelik tu, orang-orang kita yang sememangnya ramai yang 'educate' ni boleh terjebak sama. Sedangkan ubat yang dimaksudkan terlalu baru dipasaran (macam baru je tengok jenama ubat tu), rasa ragu-ragu dengan kandungan ubat, ragu-ragu dengan kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), rasa ragu-ragu dengan kehalalan ubat dan sebagainya. Tapi bila ada iklan kat page atau 'group' tanpa segan silu atau was-was melambak orang suruh 'PM'. Kadang-kadang produk kesihatan yang dimaksudkan itu datang dari negara lain seperti Thailand dan sebagainya, dengan tulisan bahasa dikotak pun tak dapat difahami...

Sebenarnya nak cerita, baru-baru ni saya tengok ramai jugak antara kawan-kawan dalam 'friendlist' facebook saya tercari-cari 'ubat' untuk kurus katanya... "Ubat kurus mana lagi eh yang berkesan?aku dok makan tak kurus-kurus pun lagi?" Saya macam hairan, depa ni nak kurus sahaja kah?tanpa perlu pastikan kurus secara SIHAT? Saya akui, saya pun badan debab juga, sebab saya tahu memang saya tak jaga makan dan saya dah kenali beberapa faktor kenapa badan saya cepat naik. Setiap badan kita ALLAH SWT ciptakan tak sama, ada yang perlu usaha sikit je dah dapat berat badan ideal, ada yang perlu usaha keras sikit baru ada perubahan, ada yang makan masa 2-3bulan, ada makan masa bertahun-tahun lamanya dengan usaha gigih. Tapi secara kesimpulannya nak dapat berat badan ideal bagi saya tak ada dok terlentang depan tv, makan 'fast-food, telan ubat tiba-tiba badan jadi kempis... atau gosok sabun kurus, tiba-tiba keluar bilik air selepas mandi, baju saiz XL terus jadi saiz M... Haha! sejujurnya sukar untuk saya percaya dan memang sampai ke sudah tak akan percaya! Losyen kurus, sapu-sapu losyen 5minit, TING! Kurus dah... wah...kalau macam tuh memang tak ada la orang obesiti dalam dunia ini kalau nak kurangkan berat badan semudah itu dalam masa yang singkat... Tolonglah buat produk yang logik sikit boleh tak?

Walaupun tak logik ramai jugak yang beli... heran jugak la makan tukar-tukar produk lepas tu, tiba-tiba sakit sana-sini akhirnya disahkan penghidap masalah buah pinggang (nazubillah!). Mula cari orang untuk dipersalahkan... mula nak cakap orang tu salah, orang ni salah,. dah badan sendiri, sendiri cari penyakit lepas tu cari orang lain untuk dipersalahkan... ALLAH SWT bagi akal sila guna sebaik mungkin... 1lagi produk yang saya langsung tak boleh nak hadam, produk peninggi... pertama kali terjumpa orang promot produk peninggi diambil pula oleh seorang selebriti yang kecik molek... tapi sampai sekarang tengok selebriti tuh dok kecik molek macam tuh juga...tak ada pula tiba-tiba jadi tinggi lampai macam model... Tapi orang beli jugak berderet-deret suruh PM... Macam tak logik kot hari ni tinggi 150cm esok boleh jadi 160cm... aduhhh sukar untuk dihadam... memang ada saya pernah dengar, perempuan-perempuan sebelah korea atau china saya tak ingat yang sangat obses untuk cantik, yang sanggup buat plastik 'surgery' untuk ubah apa-apa yang patut sampai sanggup tambah ketinggian dengan cara 'surgery' juga... katanya mereka-mereka ini sanggup untuk potong tulang betis atau paha pastu letak 'extension' untuk tambah sentimeter pada ketinggian masing-masing... Bagi nampak kaki panjang macam kaki barbie doll agaknya... sanggup tuh sebab 'surgery' ni katanya menyakitkan... dah elok-elok tulang kaki tuh pi potong memang la sakit kan... macam orang eksiden patah kaki la jugak... ni memang cari sakit... kalau mudah nak tinggi dengan cara makan ubat takkan la geng-geng ni sanggup habiskan duit, sanggup tahan sakit semata-mata untuk kelihatan tinggi lampai?tak gitu?

Saja la nak bebel-bebel sebab tengok banyak sangat produk yang meragukan kat pasaran... apa-apa pun sebaiknya kita berhati-hati dan cek bahan-bahan yang digunakan... Seeloknya untuk produk kesihatan dan makanan tambahan pilih produk yang memang dah lama dipasaran, ada pengesahan KKM dan halal JAKIM... ataupun untuk lebih yakin gunakan produk semulajadi tanpa pengawet, bahan kimia dan sebagainya... makna kata 'homemade' guna bahan-bahan seperti madu, lemon, oat, susu... oh! Saya baru 'order' set 'body & face scrub and mask' ada 3jenis semuanya dengan harga lebih kurang RM88 (sekali pos) untuk 3botol (250ml per bottle) okla kan sebab dia gunakan bahan-bahan semuljadi seperti kopi, lemon, limau nipis, madu dan sebagainya. Nanti saya 'review' produk 'homemade' tersebut...Sebenarnya nak cerita pasai ubat-ubat kurus ni haha! dah tersasar jauh... tak apalah 'next post' saya cerita...

Sebenarnya Shaklee pun ada 'weight management product' tapi suka saya jelaskan produk ni bukan 'so call ubat kurus' na... ia merupakan 1program lengkap untuk MEMBANTU proses 'menguruskan' berat badan anda sama ada yang kekurangan berat atau berlebihan berat. Saya sendiri pernah cuba (masa itu dah 'stop' menyusu aisya nafisa) tapi berat badan naik mendadak... jadi saya cuba ala-ala sahaja produk Shaklee ni alhamdulillah nampak kesannya tapi masih perlu ditegaskan pengawalan jenis dan jumlah makanan masih lagi menjadi keutamaan. Bukan bermakna anda makan produk ni anda bebas menikmati apa jenis makanan sesuka hati. Itu yang saya susah nak buat sebab saya memang seorang pemakan! haha! dah sedar diri okeh! sebab itu saya masih debab sebab sendiri punya salah dan 'effort' untuk turunkan berat badan secara sihat masih pudar...kah3 alasan apakah ini wahai faizah??? alasan saya yang masih utuh adalah saya masih 'fully-breastfeed' ammar yaser yang dah berusia 1tahun 10bulan itu... Tahun depan la ye nak lancarkan program turunkan berat secara sihat ini... jangan hangat taik ayam sudah la ye... saya nak susukan ammar sepuas mungkin dulu sehingga ketitisan susu yang terakhir sebab saya pun tak pasti dan tak tahu bila lagi ALLAH SWT nak berikan saya peluang menyusu selepas ammar yaser 'wean off' nanti... 'mode' sedih la pulak sebenarnya... :(

 

11.11.15

Suratan atau kebetulan?

Bismillah wal hamdulillah...

Pernah tak seseorang yang sangat kita kenali sekian lama, hari ini dia jadi orang lain, tapi esok tiba-tiba dah jadi lain? Pernah tak? Pelik tak? Kecewa tak? Sedih tak? Nak-nak orang itu adalah orang yang paling kita sayang, kita percaya, kita rapat seperti kawan baik, adik-beradik dan pasangan hidup anda sama ada isteri atau suami. 

Semoga ALLAH SWT sebagai penjaga hati-hati kita tidak membolak-balikkan hati-hati orang yang kita sayang kepada sesuatu yg tidak kita ingini. Sungguh gerun sebenarnya nak hadapi situasi seperti ini kerana diri sendiri memang belum tentu kuat untuk menghadapi ujian seperit ini. Bagi saya biar hilang segala isi dan harta dunia ini tapi jangan hilang hati insan yang disayangi dan dicintai. Sukar sebenarnya untuk dibayangkan. Tetapi ternyata apa yg kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dari sang Maha Mencipta sahaja. Bila-bila masa sahaja dia boleh ambil dan tarik balik, termasuklah hati ini...

Sebab itulah ada  yang berpesan jika ingin bersama seseorang atau mengikut sesuatu jangan terlalu taksub. Serahkan segala urusan kepada yang Maha Kuasa. Biar kita berpada-pada dalam sesuatu dan yakin dengan kuasa dan ketentuannya mungkin hari ini tidak sama dengan esok atau lusa. Agar kita tidak kecewa atau dengan erti kata lain sukar untuk menerima kenyataan dan ketentuan yang telah DIA tetapkan. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Hati kita bukan milik kita. Masih milik ALLAH SWT... Mungkin hari ini hati kita lain, esok tiba-tiba kita dah tak ingat segalanya dan apa yang kita pegang dan anuti tiba-tiba sudah jadi tiada... nauzubillah... risau sangat sebenarnya...risau jika terpesong, risau jika kita mengikuti sesuatu yang salah dan mengundang murka ALLAH SWT... Berdoa banyak-banyak ke hadaratNYA, semoga kita dilindungi dari bisikan nafsu dan syaitan yang sentiasa berazam menyesatkan anak adam... ameen ya rabbal'alameen...

 

5.11.15

Words

Bismillah wal hamdulillah... 

'Vitamin rohani' hari ini...

Jika kita merasa payah dan sukar dalam urusan kehidupan ini, usahlah mengeluh dan berduka, bahkan hiburkanlah diri dengan kembali kepadaNYA, bukalah lembaran Al-Quran itu, ketenangan akan datang penuh keindahan, lantunkan dibibirkan zikir-zikir yang menguatkan jiwa, usahlah sibu bercerita kepada manusia !!! Sibukkanlah tangan itu menadah mengharap kepadaNYA... DIALAH yang mampu merungkaikan masalah ini, setelah ujian itu dicuba kepada kita... ALLAH SWT terlalu rindu mendengar harapan dari hati yang bersih saat teruji...


 

2.11.15

Soalnya rezeki dan ujian... yakinlah dengan janji ALLAH SWT...

Bismillah wal hamdulillah... 

Hari ini saya terasa nak berkongsi sesuatu yang membuatkan saya insaf betapa besar dan luasnya kasih sayang dan rahmat dari Yang Maha Esa... Siapalah kita yang sentiasa nak merungut, nak mempersoalkan ketetapan dan ketentuan dariNYA itu? Mungkin kerana kita terlalu mendongak ke atas, berjalan mendongak ke langit, tanpa kita terasa untuk melihat ke bawah, melihat di mana kaki kita berpijak, merenung dari mana asal usul kita... 

YA ALLAH, ampunkan hambaMU ini kerana kurang rasa syukur ku, kerana kurang rasa berterima kasihku kepada nikmat-nikmatMU yang tidak terhitung banyaknya... maafkan hambaMU yang hina ini kerana terlalu banyak berkeluh-kesah di atas ujian yang KAU hadirkan kerana KAU ingin aku sentiasa mendekatiMU... Maafkan hambaMU ini TUHAN... Maafkan segala khilaf dan dosaku... Janganlah KAU melupakan aku kerana dosa-dosa dan khilafku ini :(

Pekerjaan

Masa saya 'terpaksa' berhenti kerja lebih kurang 3tahun lalu, saya sering kali juga merasa "kenapalah aku yang kena hadapi semua ini?aku ni bukanlah orang berduit sangat?" Lebih kurang gitu lah keluh-kesahku suatu ketika dulu (kadang-kadang masih lagi keluh-kesah.. manusia ni perlu sentiasa diperingatkan sebab dia sentiasa terlupa).

Tapi alhamdulillah banyak hikmah yang saya nampak dan faham daripada 'keterpaksaan' saya 3tahun lalu. Mungkin ini yang terbaik. Sekurang-kurangnya saya dapat buat yang terbaik untuk anak-anak daripada saya 'gamble' nasib anak-anak kepada orang yang tidak saya kenali. Sekurang-kurangnya saya dapat tengok perkembangan anak-anak yang makin membesar. Saat-saat dimana seorang ibu dan ayah perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak. Mungkin sekiranya saya berkerja saya tak dapat jalankan tanggungjawab itu sebaik sekarang (walaupun tidak sempurna tetapi insya allah saya ada peluang untuk menjadi yang terbaik)

Oklah malas nak fikir sangat kenapa aku tidak bernasib baik dalam bidang kerjaya walaupun ada ijazah? Kenapa orang yang ada kelulusan SPM sahaja diberikan rezeki dan peluang mendapat pekerjaan idaman? Siapa saya nak persoalkan... Mungkin itu bahagian dia, dan saya tidak seharusnya mengidamkan sesuatu yang bukan milik saya. 

Anak

Saya kasihan melihat sesetengah pasangan suami isteri diberikan ALLAH SWT rezeki pekerjaan yang baik, gaji yang banyak, perniagaan yang maju tetapi mereka tiada rezeki anak. Kadang-kadang kelihatan kehidupan mereka kosong, dimana duit gaji dan perniagaan perlu diperuntukkan? Sekiranya ada anak-anak? 

Begitulah Maha Adil ALLAH SWT mempercaturkan sesuautu ketentuan itu pasti ada hikmah tersembunyi. Saya mungkin miskin kerja tapi saya ada anugerah anak-anak yang tidak ternilai ini. Yang sentiasa ada untuk mengisi ruang hidup saya. Tanpa anak-anak saya tak tahu bagaimana saya perlu teruskan kehidupan saya ini. Tiada kerja saya boleh hidup seperti biasa tapi tanpa anak? Tak dapat saya nak bayangkan... 

Kesenangan duniawi

Kesenangan duniawi ni sering menipu daya manusia. Semua orang berlumba-lumba mendapatkan kesenangan dunia... Rumah, kereta yang mewah tanpa berlumba-lumba menambah amalan ke sana nanti. Saya bersyukur dengan apa yang ada... Walaupun tidak semewah orang lain... masih belum berpeluang melancong ke luar negara, belum berpeluang memiliki kereta mewah (cuma seketol persona dah lebih dari cukup), belum diberikan kesempatan memiliki rumah peribadi tetapi ALLAH SWT anugerah kami sekeluarga kesenangan dari sudut kesihatan, tiada hutang piutang yang membebankan (dah bebas hutang PTPTN cuma tinggal hutang kereta lagi 4tahun) ALLAH SWT melunaskan satu per satu untuk kami tanpa kami perlu fikir pening tunggang terbalik mengenai hutang. ALHAMDULILLAH ya allah tersangat luas rezeki dan kasih sayangMU...

Ada sesetengah orang diuji dengan keadaan kesihatan anak-anak walaupun sudah memiliki segala kemewahan. Anak-anak ulang-alik masuk hospital, pasangan suami/isteri yang kurang sihat dan sebagainya. YA ALLAH bila dilihat dari segi itu, aku menadah tangan penuh kesyukuran atas nikmat yang diberikan ini... nikmat sihat, nikmat waktu, nikmat 'quality time' dengan keluarga yang banyak, anak-anak yang membesar sihat lagi cerdik... 

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

Ujian (susah dan senang)

Setiap dari kita diberikan ALLAH SWT ujian yang berbeza-beza sesuai dengan kesanggupan masing-masing. Ada diuji dengan kesusahan yang berat dan ada yang diuji dengan kesenangan sehingga terlupa kepada kesenangan yang menipu daya mereka. 

"Dan apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut: 2-3) 

Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Rezeki

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh ALLAH SWT di muka bumi ini.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH, maka ALLAH akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNYA rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH mencukupkan keperluannya" (At-Talaq 2-3)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada ALLAH SWT dengan sebenar-benar tawakkal pasti ALLAH akan memberi rezeki kepadaMU, seperti DIA memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulan kesarangnya pada waktu petang temboloknya sudah penuh"

Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada ALLAH SWT dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kunci rezeki dan perbendaharaan ALLAH SWT hanya berada ditanganNYA dan DIA akan membukan pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hambaNYA yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwudhuk, menghubungkan silaturahim, solat dhuha, solat tahajjud, berzikir dan membaca al-quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan ALLAH SWT dan apabila DIA kasih dan sayang kepada kita segala permohonan dan doa kita dimakbulkanNYA dan dikurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.



 

28.10.15

Tips bangun pagi segar walaupun tidur lewat malam

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni merupakan hari ke-3 saya dapat bangun pagi awal dan yang penting segar, rasa cergas bertenaga dan tidak mengantuk! Saya mengalami masalah tidur yang tidak cukup sejak melahirkan anak ke-3 si ammar yaser. Ammar merupakan seorang bayi yang tidak suka tidur sama ada siang atau malam. Selepas saya melahirkan ammar, bermulalah episod kehidupan saya yang meletihkan dan mengantuk kerana tidak dapat tidur dengan mencukupi. Ammar bangun dengan sangat kerap menyusu diwaktu malam secara purata 5-6kali. Kadang-kadang tidak terkira banyaknya dia bangun menyusu sehingga satu tahap, ammar kembali bangun apabila saya baru hendak mula terlelap selepas sesi menyusu sebelumnya. Keadaan kekal begitu sehingga hari menjelang subuh. Kini usia Ammar 1tahun 9bulan. Bayangkanlah selama itu saya tidak dapat tidur lena yang mencukupi...

Hari ini merupakan hari ke-3 saya aplikasikan tips yang boleh saya anggap berjaya sebab saya boleh bangun awal (sebelum subuh), dan rasa segar tanpa rasa mengantuk (terpaksa bangun). Rasa aktif dan dapat masak sarapan, menyediakan keperluan anak ke tadika serta kelengkapan suami ke tempat kerja.

Antara tips hebat yang saya amalkan sepanjang tempoh 3hari kejayaan bangun pagi segar ini adalah:


'Short nap'

Saya akan ambil 'short nap' pada waktu tengah hari sebelum ambil anak sulung dari tadika (sebelum waktu solat zuhur). Sebagai surirumah memang agak sukar untuk tidur seketika di siang hari kerana ada anak-anak kecil. Apa yang saya buat, saya bawa kedua-dua anak masuk bilik dan ajar mereka untuk tidur bersama-sama dengan erti kata lain berehat. Masa yang diambil sekejap sahaja dalam linkungan 10-15minit. Saya selalu amalkan 'short nap' ini ketika berkerja dulu. Sewaktu makan tengah hari, saya akan lelapkan mata sekadar tempoh 10-15minit sahaja untuk tampil cergas pada sesi berkerja sebelah petang.

Berdasarkan kajian 'short-nap-time' dapat meningkatkan prestasi kerja secara berterusan. Waktu terbaik mengambil sesi 'short-nap' ini adalah diantara 10-20minit 1sesi. Disamping itu ia juga berupaya meningkatkan kemahiran kognitif, daya ingatan dan kecergasan minda seseorang.


'Alarm-clock'

Saya menggunakan 'alarm-clock' telefon bimbit ataupun anak saya yang menyusu sebagai penggera semulajadi saya. Ammar akan biasa bangun menyusu 1jam sekali dan saya memang terbiasa bangun pukul 5-6pagi sebab ammar memang akan bangun menyusu pada waktu itu. Apabila sudah bangun dan ammar selesai menyusu saya akan terus bingkas bangun, mandi, dan bersiap untuk solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa 'alarm-clock' yang sudah saya set (sama ada jam telefon ataupun jam si ammar)

Amalkan sebelum tidur tanpa gagal

Saya akan mengambil 2biji vitalea dan 4biji ostematrix tanpa gagal setiap kali hendak tidur. Kadang-kadang saya selesai melakukan tugasan harian (uruskan pesanan pelanggan untuk tujuan pos esok harinya) pada pukul 1-2pagi. Jadi saya akan ambil vitalea dan ostematrix bersama air masak secukupnya.


wpid-20151028081202.jpg


wpid-20151028075732.jpg


Berdoa

Sebelum tidur jika berkelapangan, tunaikan solat sunat witir dan bacaan surah al-mulk. Berdoa kepada ALLAH SWT agar dia kejutkan kita pada waktu sepatutnya agar dapat melakukan ibadat kepadaNYA. Insya ALLAH dengan izin ALLAH SWT kita boleh bangun tepat pada waktunya dan dengan semangat!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

19.9.15

Ala boring la gini...

Bismillah wal hamdulillah... 

Tolonglah jangan jadi 'judgmental' sangat atau suka membanding-bandingkan antara 'life' seseorang dengan seseorang yang lain... penat kan dengan orang suka banding-bandingkan ni dengan contoh-contoh ayat seperti berikut.. "Kau takpela tak keje... aku keje bla bla bla..." dah kenapa aku tak kerja dan kau kerja? apa kau ingat aku tak pernah kerja?

Haha skeptical sangat la haih... 'just follow the flow' la kan... saya dengan kehidupan saya dan awk dengan kehidupan awk... saya ada cabaran tersendiri dan begitu juga awak... anak-anak awk begitu dengan umur begitu dan anak-anak saya dengan umur begini... ha kan tak sama tuh?Keadaan kita pun dah memang totally tak sama lagi kau nak bandingkan jadi macam tak adil di situ... saya tak pernah membanding-bandingkan orang yang berkerja dengan kehidupan seorang surirumah... sebab saya tahu cabaran seorang ibu/isteri berkerja tak sama dengan yang bergelar surirumah... saya pernah berkerja dan sekarang saya jadi surirumah... ada orang tanya, mana paling 'best' kerja atau jadi surirumah?biarlah saya menyimpan rahsia itu jauh dilubuk hati saya sebab? sebab bila saya cakap kerja lagi tak 'best' japlagi ada yang tak berpuas hati, bila saya cakap surirumah lagi tak 'best' ada pula yang bersedih hati

Jadi macam mana nak tahu? Kau 'experienced' sendiri la senang... rasa-rasa nak rasa jadi surirumah, ambil la cuti 1-2minggu tengok tapi jangan la hantar anak-anak (jika ada anak) ke taska kau jaga dan 'handle' sendiri dari awal anak-anak bangun tidur sampai diaorg tidur malam... Lepas tuh baru kau boleh faham sendiri...terpulanglah nak rasa seronok ka, nak rasa 'stress' ka, nak rasa tiba-tiba nak tukar 'profession' ka itu terpulang pada keadaan 'family' masing-masing... tapi bagi saya memang saya tak nak nyatakan atan banding-bandingkan both 'profession'. Kena alami sendiri, kena rasai sendiri then kau akan ada 1kata putus atau pendapat sendiri :)

Ok bai... boringla orang yang sikit-sikit suka 'compare'... cemuih la ceq :P

 

3.9.15

Isu obses

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak media sosial dah jadi macam medium komunikasi utama zaman sekarang, sama ada kawan dgn kawan, ibu/ayah dan anak, adik beradik, saudara-mara, suami isteri  sampai la kepada rakyat dan pemimpin jadi memang macam dunia tanpa sempadan sangatlah! segala maklumat sama ada betul atau auta tersebar secepat kilat... sehari tak bukak internet macam ketinggalan banyak menda...

Lepas tuh wujud pulak macam-macam puak sekarang... naik pening kepala... bersederhana sudahlah... janganlah sampai nk tegakkan pendapat kita sampai bermasam muka semua... berbeza pendapat bukan bermakna kita kena bertikam lidah... berlapang dada sudahlah... raikan gitewww... dia mesti ada alasan dia yang tersendiri, begitu jugak dgn kita... asal tak menyalahi syariat, tak mengundang bahaya, tak tersesat aqidah sokay la kan... 

Isu breastmilk vs formula-milk

Sejujurnya saya memang boleh dikatakan agak obses tentang isu ini apabila mengetahui realiti 'formula-milk' dewasa ini... eceh...dulu zaman kanak-kanak pun memang celik mata je kenal susu dalam tin je... sy pun tak pasti kenapa orang zaman dulu dari breastfeed tiba2 boleh femes pulak dengan formula-milk... mungkin sejenis propaganda la jugak... 

Sekarang ni isu breastmilk ni naik balik... ramai dah ibu-ibu sedar tentang kepentingan menyusukan anak dengan susu ibu. Banyak dah wujud kumpulan sokongan, forum, group whatsapp etc untuk membicarakan dan memberi sokongan kepada ibu2 menyusukan anak. Kat ofis2 sekarang pun dah ada bilik khas untuk pumping... lepas tuh kedai-kedai jual barang baby pun dah banyak jual pelbagai jenis breastpump... jenama breastpump ni dah tumbuh bagai cendawan lepas hujan dah bersepah2 kat kedai baby sama ada online mahupun offline... 

Nampak tak kesedaran masyarakat tentang breastfeeding?Forum/talk pun banyak mengenai penyusuan susu ibu... seronok tengok ramai yang berusaha menyusukan anak dengan susu ibu... siap pump secara berjemaah dengan rakan2 ofis... ada yang sanggup berhenti kerja demi menjayakan penyusuan susu ibu... betapa besarnya impak rasa sedar itu... 

Dicelah-celah kita merasa 'teruja' dengan breastfeeding jgn dilupa ada segelintir ibu-ibu tidak berkesempatan untuk menyusukan anak mereka disebabkan faktor kesihatan dan juga terpaksa berkerja jauh dari anak (secara tiba-tiba, tak sempat kumpul stok etc). Orang ramai yang over obses dgn breastfeeding ni ramai yg melontarkan kata-kata yang kurang enak didengar. Ibu-ibu ini perlukan sokongan bukan tomahan... ini masa dia diuji... bukan kita memang mudah untuk kita menghukum... saya sangat sedih dengan segelintir individu membuat tomahan tanpa berfikir panjang. Memang mencari ibu susuan adalah langkah yang terbaik... perlu berbincang suami isteri untuk memutuskan perkara ini. 

Banyak ilmu perlu dicari dan ditanya kepada yang lebih pakar... kepada yang tidak tahu jgn cepat memberi pandangan yg mungkin mengundang salah tafsir... Rasulullah SAW sendiri disusukan oleh ibu susuan baginda. Kenapa ibu Rasulullah SAW, Siti Aminah tidak memberi susu kambing ka, susu unta ka?Kenapa dia gigih cari ibu susuan malah... ibu susuan nabi berasal dari suku kaum yg lain? Ini yang nak dikatakan impak yang sangat besar mengenai susu ibu kepada bayi sebelum umur 2tahun.

Jadi jom fikir secara berilmiah bukan hentam na :)

Isu surirumah vs berkerjaya

Saya sendiri tak pernah terfikir untuk menjadi surirumah... tapi zaman sekarang sy lihat ramai yang memilih kerjaya ini... sesetengah tuh sudah bergelar doktor pun tapi tetap memilih untuk berhenti kerja tetap memilih kerjaya yang tidak bergaji ini... hehe :D Itupun ada jugak mulut2 busuk dok berbisik, dok rumah saja buat apa, belajar tinggi-tinggi, carila kerja, lepak kat rumah je dan macam-macam lagi...

Bagi saya sejujurnya, en.abg memang prefer kerja tapi saya prefer anak-anak... haha! Nak kata kami mewah sangat sampai taknak kerja tuh tidak tapi so far alhamdulillah... biar anak-anak besar depan mata dulu dalam dunia mereka sebelum ke alam persekolahan... Saya pun tak terfikir begini juga catatan hidup saya... apa-apa pun sy bersyukur...anak tak sihat sy tak pening kepala, tak bimbang dengan isu-isu masalah di taska dan rumah pengasuh... banyak sangat isu sekarang kan?apa-apa pun ibu berkerjaya tetap hebat, sebab boleh tebalkan hati tinggalkan anak yang disayangi kepada orang yang tak kenal... fuhhhh 100x fikir pun jawapannya masih jugak ummi tak sanggup... hehe :D

Saya pun tiada jawapan siapa yang boleh jaga anak2 saya andai 1hari saya terpaksa berkerja...jeng3 saya memang dah tawakkal kepada ALLAH SWT 100%. Berkerjalah andai anda fikir itu yang terbaik untuk urusan anda sekeluarga dan berhentilah kerja andai itu yang terbaik untuk urusan anda sekeluarga... :)

Isu vaksin vs tidak vaksin

Saya rasa antara banyak-banyak isu ini yang paling sensitif.... haha...tak tahu dari mana nak mula... 3tahun lepas saya secara jujur memang tak tahu rupanya ada golongan yang menolak vaksin... bermulalah pencarian saya mengenai vaksin ni... kita memang lahir je kat hospital awal2 dah kena injek dgn BCG, Vitamin K kan... pastu nurse bagi kad suruh mai check up bulan-bulan kat klinik kerajaan... siap imunisasi... 

Tapi serius cakap masa vaccinated aisya anak sulung kami, tak terfikir mengenai isu bahan yang disuntik... kira 100% depend on nurse/doctors... depa pun tak tahu kalu tanya haha! apatah lagi kita... yang saya tahu waktu itu sebab belajar subjek sains sejarah vaksin ni... sebab nk cegah sesetengah jenis penyakit... bila vaksin mula diperkenalkan di negara kita banyak la penyakit yang konon2nya dapat disembuhkan terutamanya penyakit yang menular.  

Tetapi kita tidak pula didedahkan dengan kesan sampingan yang mungkin dihadapi selepas imunisasi. Ada yang membawa maut dan memang ia kes2 terpencil... sangat jarang berlaku. Parents tidak didedahkan dengan garis panduan farmakovigilans keselamatan vaksin. Boleh download dan baca di SINI ye... 

Sebagai parents yang nak vaksinkan anak-anak kena baca dan hadam betul2... yang tak vaksin pun sila ambil tahu... kita boleh buat repot ke BPFK jika anak kita ada simptom-simptom AEFI (Adverse Effects). Vaksin itu sendiri merupakan pilihan bukan paksaan jadi jangan dok mengkelai tak tentuh pasal pasai orang vaksin atau tak... tak da sapa boleh paksa. Kalau ada budak yang ada AEFI lepas vaksin memang doktor akan advice sama ada boleh amik next vaksin atau tak. Struktur badan setiap orang tak sama. Ada yang tak tahan dengan ingredients dalam vaksin ada yang ok... so far aisya dulu ok je dengan vaksin... cuma masalah eczema dia agak serius dan lama berbanding amira dan ammar... silap sikit naik rashes... smpai umur 2tahun++ baru macam stabil sikit... 

Jadi if ada anak-anak yang amik vaksin tunjuk reaksi seperti yang dinyatakan dalam garis panduan ni boleh buat report segera so that BPFK ni boleh allert pasai AEFI yang mungkin boleh jadi pada sesetengah budak. Jadi as parents jangan hanya tadah anak anda kat nurses/doctors sahaja na... lindungi mereka, kita ada hak. Jika memilih untuk vaksin sila lakukan sebaik mungkin... begitu sebaliknya...

Banyak lagi isu sebenarnya...tak larat dah nak highlight nanti kita diskas lagi... apa-apa pun seronok kalau perbincangan itu lebih berilmiah, 'open-minded', jangan nak 'bash-bash' dengan ayat pedas, jaga silaturahim yang WAJIB kita jaga... wallahu'alam... peace no war~!

Boringkan dari kecik sampai besaq suka dok cari gadoh?Haha! nanti anak hampa suka mengkelai jangan salahkan orang sebab ampa pun suka cari gadoh...ekeke :P besaq panjang dah tapi akai subhanallah! :D releks2 sudah... 

Eh ada lagi isu hangat antaranya:

- natural/gentle birth
- perubatan moden vs perubatan alternatif

Nanti kita 'open table' lagi... haha! pendapat bernas dan membina sangat dialu-alukan... oh ya! blog saya dah tak terima segala spesis anon na... kalu nk komen kena registered name... hehe... so that boleh kenal secara mendalam...ecehhh :P