Showing posts with label faizah's DIY. Show all posts
Showing posts with label faizah's DIY. Show all posts

3.3.16

Proses pembuatan minyak kelapa dara di rumah...

Bismillah wal hamdulillah...

Saya merupakan penggemar minyak kelapa dara ataupun virgin coconut oil (VCO) setelah saya mengetahui kebaikkannya kepada kesihatan sejagat. Dan saya rasa setiap rumah patut simpan VCO ni untuk kegunaan harian antaranya sebagai 'supplements' terbaik seisi keluarga... pada mulanya sy fikir VCO ni sama sahaja dengan minyak tanak zaman tok nenek kita dulu-dulu selalu masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan minyak itu digunakan sebagai minyak rambut, minyak masak dan sebagainya... alami je bila fikir-fikir balik... sempatlah melalui zaman fasa tersebut... tok sebelah abah saya memang orang kampung... suka pakai dapur kayu (walaupun ada dapur gas), suka tanak minyak nyok (minyak kelapa) untuk dijadikan kegunaan harian, makan nasi ulam, kiranya sangat kurang makanan proses... semuanya DIY ja dan didapati dari kampung... 

Apa itu minyak kelapa dara yang membuatkan ia istimewa?

Minyak kelapa dara adalah sejenis minyak yang dikeluarkan oleh buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara diproses dengan TANPA MENGGUNAKAN HABA ATAUPUN KIMIA dan minyak kelapa dara menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.

Terdapat 1kajian mengenai minyak kelapa dara yang telah dibuat oleh pakar dari negara barat dari awal tahun 1930an. Sebahagian besar telah dilakukan ke atas penduduk di kepulauan Pasifik yang mana kelapa merupakan sebahagian besar daripada pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut telah merumuskan bahawa terdapat 1kandungan dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu yang boleh memberi pelbagai kesan positif kepada kesihatan manusia.  Oleh sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang mantap dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Kalah seperti minyak tanak yang dimasak untuk mengeluarkan minyak, sedikit khasiatnya mungkin sudah musnah akibat daripada haba yang digunakan untuk mengeluarkan minyak itu tadi. Antara proses yang digunakan dalam industri makanan untuk menghasilkan minyak kelapa dara agar khasiatnya masih tetap 'dara' adalah melalui kaedah penapaian (fermented) ataupun 'cold press' dimana pati santan di simpan ditempat sejuk beku bagi mengeluarkan minyak kelapa dara daripada santan tersebut. 

Saya pun belum habis baca lagi mengenai penghasilan minyak kelapa dara ini apa yg saya faham selagi prosesnya tiada penglibatan haba dan bahan kimia ia masih dikira sebagai VCO... saya menggunakan teknik yang diajar oleh ayah mertua saya yang juga pengguna tegar VCO kerna penyakit kencing manis beliau. Sebelum ini sy guna kaedah 'cold press' namun hasil yang saya dapat tidak seperti yang diidamkan... hehe :D iaitu 2-3kg santan saya dapat lebih kurang 500ml VCO sahaja. Kaedah 'fermented' yang diajar oleh ayah mertua 5kg santan = 1800ml VCO! :D

Jom tengok proses-proses yang saya lakukan seperti yang diberikan oleh ayah mertua... apa yang kita perlukan adalah sebuah bekas bersih seperti gambar dibawah atau yang seumpama dengannya. Bekas letak air masa kenduri tuh pun boleh asalkan dibasuh sebersih mungkin. Selepas itu isikan air tapis sebanyak 10liter ke dalam bekas berkenaan. 

10liter air tapis diisi
Masukkan 5kg pati santan. Kacau rata pati santan bersama air. Kenapa campur air? Air adalah agen/pemangkin kepada proses 'fermented' yang bakal dijalankan sebentar lagi agar minyak dan pati santan terpisah dan terbentuk. Biarkan pada suhu bilik lebih kurang 32darjah celcius selama lebih kurang 24jam.
5kg santan itu

 
Ini 'close up' selepas 24jam. Proses pengasingan yang agak renyah sebab VCO ni terbentuk ditengah-tengah antara kepala santan yang terbentuk daripada proses penapaian. Lihat gambar bawah untuk lebih jelas...
Gigih ayah lukis hehe... untuk lebih pemahaman... jadi kita nak ambil yg minyak tuh.
Apa yang saya buat, saya kaut guna sudip kari (pasti yang betul-betul bersih ya!) dan tapis menggunakan tapis santan/sayur. Lepas dah habis lapisan atas kaut pula bahagian minyak... guna tapis santan dulu. Kemudian kita bakal tapis pula kesemua hasil menggunakan kapas yang disumbat pada corong penuras/minyak.

Maaf bahagian ini saya tiada gambar sebab tengah bergelut dengan anak-anak syurga... silap tak buat masa 'weekend' haha! jadi terpaksalah bergelut memang mencabar... corong itu disumbat dengan kapas muka pada bahagian corong halus kemudia dilapiskan pula dengan 4-5helai 'disposable cloth diapers liner' kemudian mulakan sesi tapisan/turasan untuk kali ke-2 ke atas VCO yang terhasil dan berjaya diasingkan tadi.

Pakai corong macam ni... sumber: Google

1800ml vco yang berjaya diasingkan... alhamdulillah

Pakai 'disposable cloth diaper liner' je hehe... pakai kain pun boleh...
   Sekian sahaja... terima kasih :D

31.12.15

Gift Set Sweetie Cutie Pretty~!

Bismillah wal hamdulillah...

Sweetie Cutie Pretty telah memperkenalkan 'gift set' istimewa buat para pelanggan dengan harga hanya RM47 dengan FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia... Jom pakat-pakat tengok dan pilih 'design' cantik-cantik... 1'gift set' terdiri daripada 
  • 1helai 'romper'
  • 1pasang stokin
  • 1pcs 'bow headband'
  • 1pcs 'knotted headband'
Menarik bukan... 'all-in-one' 4jenis ni dengan hanya 1harga dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia... Masih lagi dalam fasa promosi... :) 

Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months

Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months
Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months
Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months



 

27.11.15

Year End Sale ~ Sweetie Cutie Pretty

Bismillah wal hamdulillah... 

Alamak... banyak pula entri tertunda masuk draf... tak apalah, 'update' yang ni dulu... dah 2-3hari diriku begitu gigih menyiapkan 'order' beberapa 'customers' yang memang memborong terus 'headband' untuk anak dara masing-masing... Jadi mak jemah kenalah fokus walaupun kena tidur lewat... tidur lewat siapkan 'headband' tidaklah segagah nak siapkan kek seperti 2tahun lepas... ammar bangun 10kali pun tak menjejaskan kualiti 'headband' tersebut... tapi kalau buat kek asik kena 'pause' tuh takut nanti alamatnya masuk ke tong sampah...

Jemput semua ke page Sweetie Cutie Pretty untuk tengok 'design' terkini serta YES yang sedang berlangsung... boleh juga follow dia Instagram @sweetiecutiepretty :)

Nah selonggok 'hairbow' yang pastinya gojes untuk 'your little one'... Buy 3 free 1 :)
 

 

19.11.15

Presenting Sweetie Cutie Pretty new packaging

Bismillah wal hamdulillah...

Tertunda nak 'post' entri berkenaan dengan 'packaging' baru Sweetie Cutie Pretty... Ada 2versi... yang pertama versi biasa dan yang kedua 'gift set box'. Yang ni kita ada cas 'extra' sikit habuan nak deco-deco comel jadi hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang :)


Standard box Sweetie Cutie Pretty


Gift set box

9.11.15

DIY 'organizer'


Bismillah wal hamdulillah...

Kisahnya sangat banyak lambakan kotak Shaklee kat dalam bilik stor. Sebahagian sudah dileperkan dan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. Tapi bila semakin banyak, encik abang cakap kena la buang kot sebab dan banyak sangat penuh dah bilik stor kecik tuh...

Tiba-tiba Ting! gitu idea ini datang... tapi fikir jugak 'possible' ka kotak je pun nak jadi 'organizer'? Terus 'google' ada ja orang buat... lagi pun kualiti kotak Shaklee terutamanya kotak kecik-kecik ni memang bagus. Kotaknya tebal dan kenyal... Macam playwood pun ada... Jadi teruskanlah misi membuat 'organizer' ini... Barang-barang 'craft' saya pun dah berlonggok-longgok tak tersusun. Nak mencari hazab la jugak sebab main campak-campak je dalam kotak n plastik... Sangat tak terurus sebab itu perlukan 'organizer' ni...

Aisya nafisa tengok ummi susun n pelekat-pelekat kotak macam ni dia kata ummi nak buat bilik hotel untuk barbie doll dia... haha! Sungguh tinggi imaginasi mu aisya... hehe :P nantilah ummi buat bilik hotel ka, rumah banglo ka untuk doll tuh ya...

Kotak-kotak yang dah siap disusun dan digam...
Bersedia untuk dibalut... 'wrapping paper' beli sikit jadi tak cukup... saya suka tema 'stripes'  :)

Siap yang belum 'complete' sebab ada 'compartment' yang belum berbalut
Siap susun dah barang-barang craft... inilah sudut kecil barang-barang dagangan saya... 'share' ruangan ini dengan anak-anak juga...biasalah depa ni kat mana ummi letak barang, depa pun nak menempek barang2 depa jugak... memang tak ada 'privacy' la kiranya... semuanya kena kongsi dengan depa -_-

22.10.15

Special request dan saya tidak mengambil tempahan...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak saya berkongsi cerita di FB dan IG mengenai DIY topeng muka jerebu tuh ramai yang bertanya tak ambil tempahan ke?Ok, secara jujur memant saya tidak mengambil tempahan untuk topeng jerebu atas sebab-sebab tertentu iaitu 

1) Topeng jerebu saya tak ada kelulusan hehe :P satgi orang mai serbu rumah saya marah jual topeng jerebu tak dapat kelulusan NIOSH hehe

2) Saya jahit DIY topeng jerebu sekadar suka-suka... tak ada niat nak buat bisnes... jadi kualiti adalah kurang sikit dari segi kekemasan jahitan. Material insya allah terbaik cuma kurang ketelitian la kot sebab tidak merancang untuk dijadikan barang dagangan

3) Renyah sikit sebab fabrik yang 'readystock' saya cuma ada jenis 'knit cotton' iaitu kain tshirt which is agak mahal berbanding fabrik cotton biasa. Jadi saya tidak berhajat nak borong fabrik cotton semata-mata nak jahit mask... adala 2-3keping fabrik cotton kegemaran saya tapi sayang sangat nak guna... saya ada koleksi peribadi ja... 

4) Saya rasa bisnes mask ni bermusim sebab sekarang kan musim jerebu. Jadi memang saya tengok ramai juga 'crafter' yang jual. Sebenarnya nak jahit mask ni mudah je... saya boleh berkongsi 'tutorial' yang saya 'follow'. Mudah sangat saya rasa jahit tangan pun boleh. 

Saya tak pasti kot 'next time' saya serius nak berbisnes mask ni... hehe :P ramai pulak yang dok PM tanya siap call lagi... haih... rasa macam tak boleh nak komit... sekarang cuma bisnes 'headband' dan Shaklee sahaja ya... Ada lagi perancangan pada masa akan datang. Insya ALLAH... tak mau buat banyak-banyak bisnes tapi tak boleh fokus sudahnya ke laot semua :)



 

11.10.15

DIY topeng muka...

 Bismillah wal hamdulillah...

Syukur ya allah, segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan sekalian alam... rasanya berakhir sudah musim jerebu di bumi Malaysia tercinta. ALLAH SWT masih sayangkan kita, masih ada orang-orang soleh yang mendoakan keamanan Malaysia, dan ALLAH SWT sayangkan mereka. Kita yang penuh dosa dan noda ini hanya menumpang karamah mereka... siapalah kita ALLAH SWT nak pandang... :(

Susah hati sangat bila memikirkan bacan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Malaysia kian meningkat hari demi hari... berikutan pembakaran hutan secara berleluasa di Jambi Riau Indonesia (betulkan saya jika salah tempat) tapi yang saya terbaca begitulah. Dek kerna kerakusan manusia yang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan, sanggup meletakkan kesihatan dan nyawa manusia pada risiko yang tertinggi. Sukar untuk dihadam akal fikiran manusia yg waras sebenarnya. Tapi itulah yang terjadi. 

Kesian nasib penduduk Riau, ada yang meninggal dunia gara-gara terkesan dengan debu dan asap daripada pembakaran hutan tersebut. Yang berisiko tinggi tentulah kanak-kanak dan orang tua kerana sistem imun mereka masih ditahap lemah. Pendek cerita kisah pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran oleh syarikat-syarikat yang mengusahakan kebun-kebun di Riau dan beberapa daerah Sumatera mengambil jalan mudah. Tujuan untuk jimat kos bagi menggantikan tanaman sedia ada dengan tanaman baru iaitu just BURN IT! Tanpa memikirkan nasib penduduk sekitar yang berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan seterusnya membawa kepada kematian. 

Kesian nasib mereka, Malaysia pun turut dapat kesan. Bacaan IPU mereka mencecah 1000-2000 ha!! Kita ni yang mencecah ratusan pun dan sesak nafas rasanya, pedih tekak, sakit hidung, sakit kepala semua pakej... Budak-budak pun ramai yang demam, selesema n batuk. Tak kurang yang kena jangkitan paru-paru sampai warded! Kat mana la perikemanusiaa yang bergelar 'manusia' ini? Konfem memang takada rasa belas ehsan...

Ok punya panjang berjela bebel pasai jerebu. Sakit hati okeh! Kita as parents mestila risau keadaan anak kita. Nasib aisya dapat cuti 2hari gara-gara bacaan IPU dan mencecah 100++ masa tuh which is bacaan TIDAK SIHAT. Risau betul dah masa tuh memang perintah berkurunglah semua anak-anak... pintu n tingkap semua tutup. Pasang kipas n ekon je lah... budak-budak kan tak suka terperap dalam rumah, memang ummi buntu idea nak create aktiviti kat 3ketols ini agar terisi masa terperuk dalam rumah ini... Alhamdulillah dalam masa 1minggu ja bacaan IPU dah kembali normal... hujan turun setiap hari... Rasa lega syukur tak terhingga waktu tuh... 

Sempat la ummi DIY topeng jerebu... haha! gigih gugel tutorial. Kalau nak ikut, topeng jerebu pun ada standard piawai tersendiri. Topeng DIY ni pun kalau nak ikut tak boleh sebab tak boleh nak tapis debu dan segala mikro-organisma berbahaya dalam udara yang disebabkan oleh jerebu. Kena gi beli kat farmasi. Eh bukan 'surgical mask' tuh yang kaler hijau n putih ye... itupun sepatutnya tak bagus dan tak efektif... 

Kena pakai mask yang diiktiraf oleh NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia). Ia mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer....takpala tak mampu lagi nak beli mask mahal-mahal jadi ummi DIY je dulu na... at least ada benteng sikit walaupu tak totally efektif... ada panduan memilih dan memakai topeng jerebu. Boleh baca SINI untuk maklumat lanjut. Topeng yang dimaksudkan adalah N95 (macam model handset NOKIA 1ketika dulu sebelum ada 'smartphone' hehe)

Ni pola topeng DIY saya tuh... simple sangat. Saya rasa semua orang boleh buat.

Tara siap!
Close up... tema hello kitty lagi...ramai PM nak order... sorry tak buka untuk order ya... ni saja suka-suka untuk anak-anak. Kot terdesak kena keluar rumah musim jerebu arituh pakai je la...
Kak long aisya eksaited nak pakai mask!

27.3.13

First attempt~!

Bismillah wal hamdulillah...

Sy takut n xdak kekuatan nk buat cheesecake sbb bg sy cerewet~! takat snowy cheesecake tuh biasalah sbb pakai kek sponge je pun...luaq ja cover dgn creamcheese... 1st cheesecake yg sy pnh buat adalah japanese cotton cheesecake... tuhpun sbb xbyk karenah... sepatutnya org bakar kek keju (cheesecake) ni dgn cara water bath... tp haku men bakaq ja kek JCC ni gitu je... sib bek menjadi...hehe :P tp kalu nk lg best n lembut haruslah bakar secara water bath/bain marie n seumpamanya...

Org smpai p kelas nk belajar teknik2 buat cheesecake n apa2 kek dgn cara btul...aku apa kes nk p kelas???haha! berlagak?takkkk... sbnrnya teringin tahap dewa dah... tp byk halangan... sempat p demo class je arituh tuh pun smbil xsenang duduk...kelas blom dismiss sy da cabot dulu... smpt rembat hasil demo arituh sudaaaa... haha! :D sib bek yuran rm100 je...mau kelas makan beratus2 tak rugi ke kalu men cabot awal cenggitu?da bapa kali da pm kak najah nk p personal class, tp sy je yg asik tertangguh2... nk tggu amira besaq la kononnya...sudahnya dana yg disimpan terguna... melepas! T_T

Off topic kelas baking... sy nk try buat manggo cheesecake... ntah sbb dok tgk mangga/pelam NANG DOK MAI byk sgt kt perlis skrg... perlis kan terkenal dgn mempelam2nya... biasalah dkt dgn thailand... tuh xpi danok, thailand lg tuh... mcm2 lg ada kt sana... fresh2 kt pasar dia... sy pun buat la manggo cheesecake ni slow2... mula dgn based guna digestive biscuits pastu esoknya baru buat lapis cheese... sepatutnya lapis cheese tuh better kena tunggu 24jam atau semalaman sblm dikeluarkan dari loose based pan dia... tp mlm td jgk sy xsabar2 nk kuarkan... sib bek da mengeras tp agak lembut... pg td baru da btul2 keras... tuhla kan! tak sabaq sgt... smpai xleh tdoq nk tgk hasil chilled manggo cheesecake pertama sy! alhamdulillah menjadik! walaupun NO BAKED cheesecake tp sedapp... en.abg da mintak2 utk mkn... nyum3... aisya pun mkn sedap je tgk... yela sejuk2 kan... mcm aiskrim pun ada :D

Ni la pelam DOK MAI... 1kg - RM7... boleh tahan harga dia...
Da siap topping... puree mangga+kiub mangga+agar-agar
Malam td tak sabar nk potong n kuarkan dari loose based pan...agak lembut waktu ni...
Pagi td potong mkn sbg breakfast da perfek keras cantek... kena tunggu semalaman jgk :)



 

22.10.12

28

Bismillah wal hamdulillah...

Bgn seawal 5am pg td... tunai hajat nk buat rainbow cupcakes... cupcakes sudey kerna xrajin nk buat version cake... dahla loyang xcukup, mixer pinjam pun da start bunyi krok krek krok krek dah... kalu lbh 10minit berputar badan mixer tuh da start panas... rasanya mmg menunggu masa je kot... dahla mixer mak... huehuehue... hbslah kena bli ganti len... mmg lenjan habesla mixer tuh... 

Bersenang lenang arini berblog kerna en.abg bercuti arinehs... en.abg yg tdokan amira...best! dan sy sibuk tunai hajat baking rainbow cupcakes... ala kadar je...kena improve skill buat creamcheese frosting lg... xcukup keras td utk mendeco...da biar sejuk sket pun susah... erm...any tips sapa2 bleh bg x??? :D

Pas p demo class baking oleh chef alex goh arituh smgts nk baking adalah maximum... haha :)) p borong brg2 nk buat 2resepi utama nehs cecah rm100 gak la... mahal kan brg2 baking skrg... nak2 cream cheese n whipping cream...adeiii pokai mak! no wonder la cheese cake mahal! so jgn byk songeh ek kalu order cheese kek yg lazat tiba2 komplen ckp mahal sgala... brg mahal nak2 cik kak cheese... utk 250g cream cheese berharga rm11.80 di  perlis...xsure kt tmpt laen... ni utk jenama philadelphia... xsure la brand laen...ouh shakira ckp antara brand yg murah adalah Tatura... bleh cuba pasnehs... lagi?anchor, vegan courtmet etc... apa yg pntg cari yg halal ek! :)

Tiramisu hazelnuts in cups

Tiramisu ni honestly bila try masa demo class arituh trus jatuh cinta... ramai org ckp muak mkn tiramisu...mebi muak sbb tuh sy transform letak dlm cups so bleh buat byk2, sng nk bg2 org n sng nk mkn jgk...xpayah nk potong2 bagai sbb tiramisu ni jenis kek yg creamy n kena mkn dlm keadaan sejuk... 

Resepi Tiramisu

Bahan A

1- Cream cheese 250g
2- Gula 55g

Bahan B

1- Whipping cream - 350g (add on 10% sugar utk menambah kualiti whipping cream bila dipukul)

Bahan C

1- Pes kopi
2- Parutan chocolate
3- Hazelnuts kisar

Cara-cara:

1- Putar bahan A sehingga ringan. Selepas itu pada bekas yg sama putar bahan B sehingga keras... Jangan over beating nti whipping cream tuh rujuk SINI bg tips to beat whipping cream.
2- Campur bahan B yg telah dipukul dlm bahan A tadi
3- Campur bahan C (pes kopi) dan adun sehingga rata (bleh cmpo bahan2 lain jika mahu. Sy cmpo dgn hazelnut kisar utk menambah rasa dlm tiramisu tuh... nk biar plain/kosong pun bleh)
4- Tuang sedikit adunan ke dlm cup/jar dan letakkan sekeping kek span (yg telah dipotong mengikut bentuk cup/jar anda) di atas ulang langkah ini sehingga selesai.
5- Kemudian tabur, parutan coklan/hazelnuts kisar
6- Simpan dalam peti sejuk dan biar ia menjadi keras

Tiramisu hazelnuts in cups
my version :)


Rainbow cupcakes with cream cheese frosting

Bahan A

1- Butter/mentega - 200g
2- Gula castor - 300g (bleh kurangkan jika mahu)

Bahan B

1- Telur - 2biji gred A
2- Esen vanilla

Bahan C

1- Tepung superfine/gandum - 300g
2- Baking powder - 2sudu kecil

Bahan D

Susu segar jenis Anchor (sy guna susu full-cream milk jenis dutch lady je) - 260g

Bahan E

6 jenis kaler yg anda sukai (sy guna 4jenis kaler ja sbb malas nk cuci bekas...haha :)) )

Cara-cara:

1- Putar bahan A sehingga ringan n gebu
2- Campur B sebiji demi sebiji
3- Campur bahan C berselang-seli dgn bahan D sehingga habis
4- Tuang adunan dalam piping bag dan pipe ke dlm paper cups/jar (sy guna sudu je sbb malas nk bazirkan piping plastic yg dispo tuh...ngee)
5- Bakar dlm suhu 175c (ini depends pada saiz cups anda. Tapi bg jar lama sket kena bake dlm 30-40minit dgn kaedah double boil) tp kalu cupcakes bakaq sat ja kalu overbake nti kek leh lekang dari paper cups tuh...

Resepi cream cheese frosting version chef alex goh

Cream cheese - 300g
Gula icing - 35g
White choc - 125g
Butter - 125g

Cara-cara:

1- Putarkan cream cheese n gula icing sehingga licin dan gebu. Tambah white choc (sblm tuh cairkan white choc dgn kaedah double boil tp jgn cair sgt...ala2 pekat sket sbb nti nk pipe atas cupcakes). Lembut-lembikkan (kata chef alex...hehe) butter dulu baru masukkan ke dlm adunan... Siap! da bleh pipe'kan... sy ltk kejap dlm peti ais tp sat ja dia keras utk pipe ala2 roses...pastu da start melt... ada sapa2 bleh bg petua x?? Ouh utk buat coloured version of cream cheese frosting rujuk tutorial SINI ye :)

My rainbow cupcakes cream cheese frosting... :)

Rainbow cupcakes colored cream cheese frosting...sedapppp :)


 

7.10.12

A start...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak da jadi SAHM nehs sy bertekad nk belajar ilmu2 surirumah tangga especially bab masak n menjahit...besides sy mmg minat masak n jahit walaupun sy sbnrnya xpandai pun...tp sy suka mencuba n b'eksperimen... byk gak wishlist sy spnjg jadi SAHM nehs... nk tambahkan pendapatan pun ye, nk isi masa lapang pun ye, nk tmbh ilmu ukhrawi pun ye, nk tmbah ilmu parenting pun ye... haish.... mcm2 kau nk buat kan faizah... smpai diri sndiri pun serabot... hee hee! :D ilmu allah swt tuh maha luas so selagi ada peluang why not kita cuba cari... tp bila mai mood mls tuh xleh nk kata apa la...suruh la buat apa pun mmg daku xminat ye waktu diserang mood swing~:(

Arini en.abg tiba2 kena p opis...meluat btoi la kalu weekend je si dia sibuk kena p opis...pastu tepon 24jam berbunyik ja.. nk smbang2 pun xdak peluang... so malaslah! terus siapkan anak2 zasss ke umah mak abah yakni kampung halaman tercinta... ala 10minit je pun dari umah kami... hehe :D pastu sonok lepak umah mak terus ha decide nk tdoq sini... bersmgts la nk memulakan projek DIY sy yakni nk belajar wat quilting...ngeh3... sgtla berangans kan dlm keadaan huru-hara dgn anak2 tp nak jgk buat.. bajet dok umah mak leh la mak tlg handle sat tp as usual pe'el aisya adalah diluar jangkaan... baru je dok susun2 perca kain smbil tgk video tutorial quilting cik mek aisya menepek sama join the club nk quilt jgk... huwarghhh menguji keimanan sungguh la kans... :-L so sudahnya hasilnya adalah sepahan saja la... smbil2 sy download video2 utk quilting...huhu...sabau je la dgn budak2 yg tgh sibuk explore mcm nehs...

Mai dah pembantu setia....huhu
Elok2 je ummi susun kakak aisya buat jadi lagu nehs...sdeh sungguh! :(


Pastu 19hb nehs insya allah sy nk join satu kelas baking oleh chef alex goh nk blaja wat tiramisu in jar... wahahah...dok dgq org sebut sedap haku pn xpenah rasa so meh kita blajaq buat tgk... :) RM100 per class...best2... ada 4recepies sume... agar hobi n minat sy ni menjadi turning point utk sy timba byk lg ilmu n pengalaman... insya allah :)

 

5.10.12

Terkena sampukkan devil food... aummmm~!

Bismillah wal hamdulillah...

Tgk brg2 utk buat dfcc masih lg ada... mcm nk habeskan je nti expired~! nak2 yogurt tuh... kalu nk mkn mentah gitu je mmg taklah... bkn penggemar yogurt... tnya Nano pasai lapisan kek dfcc guwe yg kelihatan mendap itu rupanya ada kesilapan teknikal patutla xlmbut n tak sesedap yg diuar2kan... hehe :D so apa lg masanya utk mencuba lg since aisya kt umah MIL kemarin...

Bahan2 dia simple jerk... men campak2 masuk je... yg lama sket nk pukul tuh mentega n gula... pukul smpai kembang n ringan serta kelihatan putih... kesilapan sy previous dfcc (saya rasa la) sy pukul gula n butter tuh kejap sgt n tepung dari tepung gandum (sepatutnya tepung kek)  sy tukar guna tepung rose... haha! tepung rose tuh kegunaan dia adalah utk membuat biskut...try n error la why not... tp alhamdulillah menjadik n lembut je tekstur dia seperti yg na bagitahu.. letak dgn fridge tuh pun still lembut lg... n yg penting moist...

Oh satu lg sy tukar pesen sket sbb malas nk potong2 sy letak dlm cupcakes pnya cup... mmg sng n lg mudah... tp sy da buat 1kesilapan yakni da terletak byk adunan dlm cup tuh...jadi xde ruang nk deco... cream cheese frosting tuh sy men calit2 ja...pastu chocolate ganache tuh na ckp bg dia sejuk n pipe kt atas... senang! xmeleleh2 mcm slalu dok buat tuh :) so enjoy~! aisya suka sungguh dfcc nehs... bleh la buat slalu... dahla bahan2 senang n mudah je :)

DFCC version cupcakes...


 

11.9.12

Meroti~

Bismillah wal hamdulillah...

Ptg kemarin p umah PIL sbb aisya nk maen2 dgn cousin dia kt sana tertgk Safiyya n ada story pasai seorg student tajaan MARA yg buat bisness bun n roti kt ireland kot kalu xslp... dia buat bun apa ntah tp ala2 mexicon buns... terus cam... eh teringin lak nk mkn roti boy... tp kt perlis ni mana nk cari roti boy... so mlm td smpt gugel2 resepi MEXICO BUNS... alahai senang je... haha! bajettt... xbuat lg da ckp sng... ntah jadi ke tak...

Pagi td kuar p sumwhere atas urusan pasai kerja... huk... pastu meronggeng seorg2 kt kangar sementara aisya n amira ada org jg... trus g Youhin yakni kedai bahan2 kek n kueh... trus bli brg2 nk buat mexico buns...

Pas zuhur trus m'roti... simple je step dia tp si tecit amira buat hal pulak... merengek2 soh kendong2 dia... tdokan dlm bilik baru senang hati nk membaking... si kakak aisya slmt lg kt umah maktok... phewww...

Ok meh tgk bahan2 dia... eceli kalu nk sebijik cam roti boy tuh filling tuh harus tukar la dari cream cheese kpd filling butter+brown sugar

Cream Cheese Mexico Buns (1/2 adunan)


Bahan doh roti:
250g tepung roti/tepung berprotein tinggi (diayak)
1 sk bread improver + 1 sk bread softener(optional)
10g susu tepung 
40g gula castor
1 1/2 instant yis
1/2 sk garam
1/2 biji telur
30 butter

Bahan filling (cream cheese filling):
125g cream cheese
30g gula castor
1/2 sk esen vanilla

Bahan filling (butter filling):
50g salted butter dilembutkan
1/2 esen vanilla
25g gula perang

Bahan topping:
50g mentega dilembutkn
40g gula icing
1biji telur dipukul sedikit
1 sk coffee flavor kalau xdak perisa kopi bleh gntikan dgn NESCAFE (1 1/2 mkn nescafe dicampur dgn 1 sudu besar air) - sy letak cappucino flavor
50g tepung serbaguna diayak (sy guna tepung gandum je)

Cara-cara untuk filling:

Bagi cream cheese: campur semua bahan pukul sehingga ringan+gebu+sebati - ready to use (letak dlm peti ais dulu sng utk diletak dlm doh nanti... tak sememeh...

Bagi butter filling: Pukul mentega dlm mixer pd kelajuan sederhana selama 3minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul lg sehingga sebati. Tuangka adunan dlm mangkuk da simpa dalam freezer/sejuk beku sehingga sedia utk digunakan.

Cara-cara untuk topping:

Pukul mentega dan gula icing pada kelajuan sederhana sehingga adunan ringan dan gebu lbh krg dalam masa 5minit. Masukkan telur pukul lg. Masukkan coffee flavor/NESCAFE. Masukkan tepung n putar lg pada kelajuan sederhana. Masukkan dlm piping bag dan seperti filling masukkan dlm peti ais sehingga sedia utk digunakan.

Cara-cara untuk doh:

Campurkan tepung, gula castor dan garam di dlm mixer dan putar pada kelajuan sederhana selama 1minit. Masukkan yis, telur dan air (kalau tiada susu tepung bleh gantikan dgn susu segar Maksudnya either air or susu segar. Jgn masukkan dua2 pulak). Putar selama 1minit pada kelajuan perlahana dan kemudian kelajuan sederhana slama lbh krg 8minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5minit. Gaul pada kelajuan sederhana sehingga roti menjadi lembut. Kalu nak roti lg lembut, lps guna mixer guna tgn utk uli dlm lbh krg 10-15minit. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50g. Bentukkan bulat. Tututp dgn kain lembab dan biarkan slama 10minit... ada yg ckp 45minit dibiarka sebentar... ikutler masing2 ye...

Cara-cara utk meroti mexico buns:

Menggunakan telapak tgn leperkan adunan roti. Letakkan inti ditgn dan tutup kemaskan (mesti tutup btul2 filling kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan di atas loyang pembakar yg disapu mentega. Ulangi utk bulatan roti yg lain. Letakkan roti pada jaran 7.5cm di atas loyang pembakar (sy men letak je xkira2 dah...huhu). Ketepikan utk diperap selama 45minit di dlm suhu suam. Pipe topping di ats roti bentuk spiral. Bakar pada suhu 170 selama lbh krg 15-20minit atau sehingga roti kekuningan

Mexico Buns in progress




Dah siap bakar!



 

5.9.12

Ubat buat otak yg jemm...

Bismillah wal hamdulillah...

Mmg jemm kalu fikir pasai duit... huhu... eceli next week da nk masuk semester baru... so tiba2 je skrin lappy ai bleh rosak! geramnye lah... dah la saat2 genting skrg nehs... nk masuk semester baru n sementara nk dpt scholar nk kena bayar yuran lg ada kot nk extend semester lg... siyes rasa sgt2 tertekan.... ujian allah swt ini maha hebat...kesian kt en.abg kena tlg belanja macam2... kereta lg, skrin laptop lg, yuran UUM lg... maafkan faizah dear... Sob3 T__T 

Jadi utk meredakan jem kt otak ni selongkar2 kabinet dapo terjmpa susu cair F&N 1tin lg tinggal... erm... marilah mengasah skill lg dgn membuat kek caramel... haha! xdak len nk buat selain kek caramel... sbb en.abg suka n sgt sedap jgk... sy suka part nk buat belang2 kek tuh... dulu mmg tertnya2 mcm mana la org buat skrg da bleh buat sndiri... senang je... n kek caramel ni mcm ajaib la bg sy sbb dia leh terapung kt atas caramel tuh secara sndiri without kita bakar both elements ni secara berasingan... bila da buat baru ku ngerti dong! pnh skali tuh buat kek caramel dgn en.abg masa buat part meringue tuh bgtau en.abg "ce terbalikkan adunan tuh tumpah x?" en.abg mcm "hah??? nk terbalikkan?serius?" lantas sy menjawab "cubala... kalu meringue ni jadi adunan tuh kental n langsung xtumpah walau setitik..." trus en.abg mcm xkonfiden... dia pun cuba terbalikkan mangkuk adunan tuh... ting! mmg xtumpah.. haha! da dpt sumthing utk ajar en.abg arituh... dia pun gigih berfikir mcm mana bleh xtumpah... huhuhu...

Kemarin da berjaya buat kek caramel kali ke4 dgn anakanda tercinta aisya nafisa... jenuh berperang jgkla sbnrnya nk kasi dia phm n berkerjasama dgn ummi melainkan hnya nk sepah2kan brg2 dapo... sib bek la adik amira tido dgn lenanya dr kul 11pg - 2.30ptg... smpt la kek caramel tuh masuk oven n tunggu sehingga masak... *kesat peluhhh* tp seronok sgt bila otak tgh jemm n serabot dpt baking sumthing mmg dpt release sgala tensen... nk menjahit xdpt la pulak sbb en.abg lom kuarkan mesin jahit dari dlm stor... xlarat nk ngangkut seorg2... xsaba rasanya nk menjahit wishlist2 guwe... haha! dlm kepala ni teringin n blaja n nk buat mcm2... tp kesempatan waktu... mg allah swt mempermudahkan urusan sy... ameen...

Eh eceli ada yg mntak kek caramel... kalu gugel tuh byk je... tp sy ada tukar2 n tmbh2 resepi ni dgn mcm2 org ikut kesesuaian n kesenangan peribadi... so agak2 sapa nk ikot bleh je sapa xnak pun bleh... bleh mix n match mana yg dirasakan sesuai... ye dok Nano??? so kt bawah ni apa yg sy follow la...:

Kek Caramel Chocolate Flavor (Faizah's version)

Bahan A:

1 1/2 sudu - 2 sudu gula - tabur dlm loyang n ltk loyang atas dapo dgn api perlahan sehingga gula cair n bertukar kepada warna keperangan... 'lenggokkan2' loyang utk meratakan air gula yg terhasil dlm loyang itu agar rata... kalu guna sudu mcm xrata sgt...

Bahan B: (caramel tebal... kalu nk version nipis sila gugel...ekekeke :D sy suka version caramel tebal... baru mablesss)

1 tin susu cair
70 gm gula castor (sy letak 50gm je gula sbb xmo manis2)
1/2 sudu ese vanilla
3 biji kuning telor
2 biji telur (kuning+putih)

Cara-cara penyediaan:

Kacau semua bahan caramel perlahan2 jgn sampai berbuih... slow2 je smpai kuning telur n gula hancur... slps tuh tapis masukkan ke dlm loyang berisi gula hangus td... kedengaran seperti kaca pecah slps bahan puding ini dituang ke dlm loyang...

Bahan C (Meringue)

6 biji putih telur
70gm gula castor
1 sudu kecil krim of tar tar

Cara-cara penyediaan:

Pukul putih telur dan gula sehingga kembang+kental+bertanduk (meringue) dgn speed paling tinggi. Masukkan krim of tar tar

Bahan D (bahan kek):

140gm tepung gandum
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak

Cara-cara penyediaan: 

Ayak tepung dgn baking powder dan ketepikan. Dengan menggunkan mixer masa membuat meringue pukul gula, air, minyak dan kuning telur sehingga kembang dan naik sekali ganda. Warna seakan2 putih kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang+gebu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga sebati.

Bahan C & Bahan D

Masukkan bahan C (meringue) ke dlm adunan bahan D (bahan kek) sedikit demi sedikit dan guna kaedah kaup balik utk sebatikan adunan... xperlu guna mixer... buat sehingga selesai... kemudian bahagikan adunan ikut berapa bahagian yg anda nk warnakan... kemudian warnakan ikut kegemaran. Bagi kek caramel perisa coklat ini, satu bahagian saya letak coklat emulco dan warnakan dgn warna coklat...

Tips dan cara-cara selanjutnya sila follow kt link E-Na Lovely Kitchen ^_^ v

Gambo2 kek caramel chocolate flavor adalah seperti berikut... hehe

Terlebih tepung xtau nk wat gapo terus men'dot2kan dia...haha!
Selesai ditelangkupkan..mcm mana ek nk buat kasi bintik2 nk caramel tuh lesap??? any tipss otai2??
Setelah dipotong...nyummm2
Yummehhhh