11.11.15

Suratan atau kebetulan?

Bismillah wal hamdulillah...

Pernah tak seseorang yang sangat kita kenali sekian lama, hari ini dia jadi orang lain, tapi esok tiba-tiba dah jadi lain? Pernah tak? Pelik tak? Kecewa tak? Sedih tak? Nak-nak orang itu adalah orang yang paling kita sayang, kita percaya, kita rapat seperti kawan baik, adik-beradik dan pasangan hidup anda sama ada isteri atau suami. 

Semoga ALLAH SWT sebagai penjaga hati-hati kita tidak membolak-balikkan hati-hati orang yang kita sayang kepada sesuatu yg tidak kita ingini. Sungguh gerun sebenarnya nak hadapi situasi seperti ini kerana diri sendiri memang belum tentu kuat untuk menghadapi ujian seperit ini. Bagi saya biar hilang segala isi dan harta dunia ini tapi jangan hilang hati insan yang disayangi dan dicintai. Sukar sebenarnya untuk dibayangkan. Tetapi ternyata apa yg kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dari sang Maha Mencipta sahaja. Bila-bila masa sahaja dia boleh ambil dan tarik balik, termasuklah hati ini...

Sebab itulah ada  yang berpesan jika ingin bersama seseorang atau mengikut sesuatu jangan terlalu taksub. Serahkan segala urusan kepada yang Maha Kuasa. Biar kita berpada-pada dalam sesuatu dan yakin dengan kuasa dan ketentuannya mungkin hari ini tidak sama dengan esok atau lusa. Agar kita tidak kecewa atau dengan erti kata lain sukar untuk menerima kenyataan dan ketentuan yang telah DIA tetapkan. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Hati kita bukan milik kita. Masih milik ALLAH SWT... Mungkin hari ini hati kita lain, esok tiba-tiba kita dah tak ingat segalanya dan apa yang kita pegang dan anuti tiba-tiba sudah jadi tiada... nauzubillah... risau sangat sebenarnya...risau jika terpesong, risau jika kita mengikuti sesuatu yang salah dan mengundang murka ALLAH SWT... Berdoa banyak-banyak ke hadaratNYA, semoga kita dilindungi dari bisikan nafsu dan syaitan yang sentiasa berazam menyesatkan anak adam... ameen ya rabbal'alameen...

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D