12.11.15

Pengurus, penggemuk, peninggi, pelebaq, peruncing, pemontok, pembesaq, pengetat, pemutih, penghitam...

Bismillah wal hamdulillah...

Sekarang ni masalah dengan lambakkan ubat-ubatan untuk macam-macam kegunaan kat pasaran sama ada secara 'online' atau 'offline'. Yang pelik tu, orang-orang kita yang sememangnya ramai yang 'educate' ni boleh terjebak sama. Sedangkan ubat yang dimaksudkan terlalu baru dipasaran (macam baru je tengok jenama ubat tu), rasa ragu-ragu dengan kandungan ubat, ragu-ragu dengan kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), rasa ragu-ragu dengan kehalalan ubat dan sebagainya. Tapi bila ada iklan kat page atau 'group' tanpa segan silu atau was-was melambak orang suruh 'PM'. Kadang-kadang produk kesihatan yang dimaksudkan itu datang dari negara lain seperti Thailand dan sebagainya, dengan tulisan bahasa dikotak pun tak dapat difahami...

Sebenarnya nak cerita, baru-baru ni saya tengok ramai jugak antara kawan-kawan dalam 'friendlist' facebook saya tercari-cari 'ubat' untuk kurus katanya... "Ubat kurus mana lagi eh yang berkesan?aku dok makan tak kurus-kurus pun lagi?" Saya macam hairan, depa ni nak kurus sahaja kah?tanpa perlu pastikan kurus secara SIHAT? Saya akui, saya pun badan debab juga, sebab saya tahu memang saya tak jaga makan dan saya dah kenali beberapa faktor kenapa badan saya cepat naik. Setiap badan kita ALLAH SWT ciptakan tak sama, ada yang perlu usaha sikit je dah dapat berat badan ideal, ada yang perlu usaha keras sikit baru ada perubahan, ada yang makan masa 2-3bulan, ada makan masa bertahun-tahun lamanya dengan usaha gigih. Tapi secara kesimpulannya nak dapat berat badan ideal bagi saya tak ada dok terlentang depan tv, makan 'fast-food, telan ubat tiba-tiba badan jadi kempis... atau gosok sabun kurus, tiba-tiba keluar bilik air selepas mandi, baju saiz XL terus jadi saiz M... Haha! sejujurnya sukar untuk saya percaya dan memang sampai ke sudah tak akan percaya! Losyen kurus, sapu-sapu losyen 5minit, TING! Kurus dah... wah...kalau macam tuh memang tak ada la orang obesiti dalam dunia ini kalau nak kurangkan berat badan semudah itu dalam masa yang singkat... Tolonglah buat produk yang logik sikit boleh tak?

Walaupun tak logik ramai jugak yang beli... heran jugak la makan tukar-tukar produk lepas tu, tiba-tiba sakit sana-sini akhirnya disahkan penghidap masalah buah pinggang (nazubillah!). Mula cari orang untuk dipersalahkan... mula nak cakap orang tu salah, orang ni salah,. dah badan sendiri, sendiri cari penyakit lepas tu cari orang lain untuk dipersalahkan... ALLAH SWT bagi akal sila guna sebaik mungkin... 1lagi produk yang saya langsung tak boleh nak hadam, produk peninggi... pertama kali terjumpa orang promot produk peninggi diambil pula oleh seorang selebriti yang kecik molek... tapi sampai sekarang tengok selebriti tuh dok kecik molek macam tuh juga...tak ada pula tiba-tiba jadi tinggi lampai macam model... Tapi orang beli jugak berderet-deret suruh PM... Macam tak logik kot hari ni tinggi 150cm esok boleh jadi 160cm... aduhhh sukar untuk dihadam... memang ada saya pernah dengar, perempuan-perempuan sebelah korea atau china saya tak ingat yang sangat obses untuk cantik, yang sanggup buat plastik 'surgery' untuk ubah apa-apa yang patut sampai sanggup tambah ketinggian dengan cara 'surgery' juga... katanya mereka-mereka ini sanggup untuk potong tulang betis atau paha pastu letak 'extension' untuk tambah sentimeter pada ketinggian masing-masing... Bagi nampak kaki panjang macam kaki barbie doll agaknya... sanggup tuh sebab 'surgery' ni katanya menyakitkan... dah elok-elok tulang kaki tuh pi potong memang la sakit kan... macam orang eksiden patah kaki la jugak... ni memang cari sakit... kalau mudah nak tinggi dengan cara makan ubat takkan la geng-geng ni sanggup habiskan duit, sanggup tahan sakit semata-mata untuk kelihatan tinggi lampai?tak gitu?

Saja la nak bebel-bebel sebab tengok banyak sangat produk yang meragukan kat pasaran... apa-apa pun sebaiknya kita berhati-hati dan cek bahan-bahan yang digunakan... Seeloknya untuk produk kesihatan dan makanan tambahan pilih produk yang memang dah lama dipasaran, ada pengesahan KKM dan halal JAKIM... ataupun untuk lebih yakin gunakan produk semulajadi tanpa pengawet, bahan kimia dan sebagainya... makna kata 'homemade' guna bahan-bahan seperti madu, lemon, oat, susu... oh! Saya baru 'order' set 'body & face scrub and mask' ada 3jenis semuanya dengan harga lebih kurang RM88 (sekali pos) untuk 3botol (250ml per bottle) okla kan sebab dia gunakan bahan-bahan semuljadi seperti kopi, lemon, limau nipis, madu dan sebagainya. Nanti saya 'review' produk 'homemade' tersebut...Sebenarnya nak cerita pasai ubat-ubat kurus ni haha! dah tersasar jauh... tak apalah 'next post' saya cerita...

Sebenarnya Shaklee pun ada 'weight management product' tapi suka saya jelaskan produk ni bukan 'so call ubat kurus' na... ia merupakan 1program lengkap untuk MEMBANTU proses 'menguruskan' berat badan anda sama ada yang kekurangan berat atau berlebihan berat. Saya sendiri pernah cuba (masa itu dah 'stop' menyusu aisya nafisa) tapi berat badan naik mendadak... jadi saya cuba ala-ala sahaja produk Shaklee ni alhamdulillah nampak kesannya tapi masih perlu ditegaskan pengawalan jenis dan jumlah makanan masih lagi menjadi keutamaan. Bukan bermakna anda makan produk ni anda bebas menikmati apa jenis makanan sesuka hati. Itu yang saya susah nak buat sebab saya memang seorang pemakan! haha! dah sedar diri okeh! sebab itu saya masih debab sebab sendiri punya salah dan 'effort' untuk turunkan berat badan secara sihat masih pudar...kah3 alasan apakah ini wahai faizah??? alasan saya yang masih utuh adalah saya masih 'fully-breastfeed' ammar yaser yang dah berusia 1tahun 10bulan itu... Tahun depan la ye nak lancarkan program turunkan berat secara sihat ini... jangan hangat taik ayam sudah la ye... saya nak susukan ammar sepuas mungkin dulu sehingga ketitisan susu yang terakhir sebab saya pun tak pasti dan tak tahu bila lagi ALLAH SWT nak berikan saya peluang menyusu selepas ammar yaser 'wean off' nanti... 'mode' sedih la pulak sebenarnya... :(

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D