Bismillah wal hamdulillah...
Nak baca lebih lanjut tentang nasi vs roti ni boleh baca kat SINI na...
Lama rasanya tak mencoret di sini... terasa kosong sahaja bulan ini... banyak sangat perkara perlu difikirkan... dari soal kehidupan peribadi, anak-anak, bisnes sekangkang kera, kesihatan, keluarga dan sebagainya...banyak sangat fikir kadang2 rasa tak nak buat apa seharian... mood ke laut la minggu ini... agaknya ada kaitan dengan kejadian ciptaan ALLAH SWT yakni full moon... dulu saya pun kurang pasti apa kaitan orang tua-tua selalu pesan malam ni bulan penuh, malam bulan penuh dan sebagainya yang dikaitkan dengan gangguan makhluk-makhluk halus... nampak macam tahyul tapi kejadian itu sebenarnya ada diceritakan dalam kitab-kitab ilmu falaq terdahulu... ok fine, banyak lagi rupanya nak kena belajar... proses belajar tak pernah berhenti kan?
Ok off topic 'full moon'. Saya cuma nak cerita mengenai di antara makanan yang tinggi khasiat dan tinggi nilai kalori yang manakah yang anda akan pilih dahulu? dewasa ini ewahhh ramai yang lebih mengutamakan makanan rendah kalori daripada memikirkan khasiatnya kepada tubuh badan kita sebab bila tinggi kalori je otak cepat proses mudah gemuk! cepat-cepat elak makan contohnya nasik... nasik sebenarnya sejenis karbohidrat yang baik kepada badan tetap apa-apa pun kalau terlebih ambil mestilah ada mudarat kan? tapi kita lebih memilih nak makan roti berserat katanya sebab rendah kalori dan rendah tahap GI... Ya benar tetapi di dalam roti tersebut terdapat gluten yang sebenarnya bahaya kepada kesihatan kita untuk jangkamasa panjang terutamanya kepada sistem penghadaman kita... jadi ambil la nasi dan sekarang banyak dah beras yang lebih sihat seperti beras perang organik, beras merah, beras hitam... alhamdulillah saya memilih beras perang organik...
Perut menari-nari riang sebab boleh makan nasik sebab dah nama perut melayu memang tak boleh nk hadap roti semata :D tapi pada masa yang sama memang suka roti juga... nak makan berpadalah terutamanya roti putih... anak-anak suka roti jadi lepas ni ummi terpaksa belajar buat rot dan 'sourdough' sendiri la nampaknya... saya pun tak mau lah terlalu 'over' semua menda tak boleh makan... haha! saya bukanlah berduit sangat nak memilih makan itu ini tak boleh... syukurlah rezeki yang ada... daripada orang-orang yang tidak diberikan rezeki olehNYA... nak cari makan pun susah... jadi bersederhana sahaja itu baik :)
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D