Bismillah wal hamdulillah...
Amboi tajuk sudah pun terasa mengiurkan...pewiitt... sorry la makcik surirumah ni memang suka kongsi resepi-resepi buat ingatan sendiri dan orang yang memerlukan...
Sebenarnya 'cheesetart' ni dah lama jadi 'viral' kan? Saya mula rasa 'cheesetart' masa 'order' kat seorang 'baker' staf UNIMAP kalau tak salah tapi 'baker' tuh orang Melaka... mula rasa terus jatuh cinta... 'order' sebab saja nk bagi mertua dan mak abah rasa... Pastu 'repeat order' lagi untuk 'celebrate' besday mak abah tahun 2010 kot masa lepas bersalin aisya... mula dari situ belajar buat sendiri... resepi 'of course' ceduk dalam 'internet' je... sampai saya buat bisneslah juga 'cheesetart' ni dan menjadi 'hot items' juga... sampai sekarang orang masih suka 'cheesetart' tapi dah jadi 'viral' pulak sejak dua menjak ni dengan versi yang sedikit berbeza yakni 'cheesetart' yang gemuk/montok tengok pun geram kekdahnya...haha! :D
Saya suka tengok 'cheesetart' yang ya ampun gebu, montok, gemuk naik membuak-buak tapi dia tak mendap selepas sejuk... haa itu terbaik! Resepi yang saya buat sebelum ni memang naik elok tapi lepas sejuk dia mendap sikit...memang tak syok la tengok rupanya... Jadi adala gugel dan cari beberapa tips dari otai-otai gane nak hasilkan 'cheesetart' yang sebegitu rupanya... Tengok pun dah terliur...ke laot habis segala azam dietku... :(
Ni contoh 'cheesetart' gebu gebas, munggil...i loikee... sumber: Gugel |
Resepi 'so far' lebih kurang sama yang membezakan tuh cuma tips... saya dah cuba malam tadi nampak gayanya menjadi cuma perlu lebih praktis!
Resepi creamcheese tart
250g cream cheese
70g gula aising
Esen vanilla/perahan lemo - 1sudu kecil
2-3sudu besar - telur yang telah dikocak
Cara-cara:
1- Keluarkan creamcheese dari 'chiller' terus potong-potong kecil dan putar dengan gula aising tanpa menunggu 'creamcheese' tersebut lembut terlebih dahulu...
2- Putar hingga gebu dan berkilat ye, lepas tuh masukkan esen vanilla dan telur.
3- Terus putar sebati. Jangan pukul lama sangat, takut adunan terlebih cair...
4- Terus 'pipe' masuk dalam 'tart shell'
5- Jangan lupa panaskan oven masing-masing ikut kesesuaian oven ye... saya cuma pakai suhu dalam 170c gitu hanya dengan masa 5-7minit pembakaran je... jangan lama-lama nanti creamcheese 'over cooked' mana dia akan merekah. Tengok ala-ala lapisan cheese dah tak melekat pada jari ok cukup dah.
Siap 'topping' nutella dengan parutan cheddar cheese |
Belum letak topping...munggil dan montok kan?ekeke :P |
Bila 'creamcheese' tuh banyak daripada bahan-bahan lain terutamanya telur dan seumpama yang lain memang rasanya lebih gebaboom rupanya... penuh rasa 'cheese'. 'Rich of cheese' gitewww... memang tak boleh kedekut 'cheese' la kalau nak sedap :D
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D