5.11.15
Words
5.5.12
Apakah 1perkara yg hampir dgn setiap manusia???
12.1.12
Hidayah...
24.8.11
10 malam terakhir ramadhan...
Peluangnya sama natijah berbeza
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
14.8.11
Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa...
10.9.09
Dapat tadi...
Dapat satu sajak dari Unit Bimbingan dan Kaunseling... menarek~!
Ramadhan...
yang lazat
rasanya begitu sedap
rasanya begitu enak
rasanya begitu manis
Nikmat puasa
pada pagi hari
menahan lapar
dan dahaga
mengisinya dengan
kerohanian
Nikmat solat tarawikh
pada malam hari
menghadap Tuhan yang Esa
dengan rohani yang khusyuk
bersama keimanan
kehambaan dan ketaqwaan
Begitu nikmatnya
bulan ramadhan ini
nikmat yang tiada terhingganya
terasa insaf
terasa hamba
terasa asyik
terasa bertuhan
terasa cinta
Ramadhan
hampir menutup tirainyan
pergi meninggalkan kesan
yang mendalam
dan Syawal pun
membuka tabirnya...
3.9.09
Proses Kejadian Manusia menurut al-quran...
NUTFAH: Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-insan: 2 yang bermaksud:
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur dan KAMI hendak mengujinya dgn perintah dan larangan kerana itu KAMI jadikan dia mendengar dan melihat"
Berasaskan makna perkataan tersebut maksud ayat di atas dan sesungguhnya KAMI (ALLAH SWT) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan
PERINGKAT KEDUA:
'ALAQAH: Peringkat pembentukkan 'alaqah ialah pada penghujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari ke-7 telur yang telah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu akn mengubah nutfah kepada 'alaqah. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Kemudia KAMI mengubah nutfah menjadi 'alaqah" (surah al-mukminun: 14)
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan 'alaqah dgn makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan padangan mata kasar. 'Alaqah sebenarnya merupaka satu benda yg amat seni yg diliputi oleh darah. Selain itu 'alaqah mempunyai beberapa maksud:
- Sesuatu yang bergantung atau melekat
- Pacat atau lintah
- Suatu buku atau ketulan darah
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH: Pembentukkan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut 2kali di dalam al-quran iaitu surah al-hajj: 5 dan surah al-mukminun:14... Firman ALLAH yang bermaksud:
"Lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"(al-mukminum:14)

Minggu keempat di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)

Minggu kelima di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)

Minggu keenam di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)

Minggu ke tujuh di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM: Pada peringkat ini iaitu pada minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukkan tulang yang mendahului pembentukkan otot2. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot2 akan membungkus tulang2 tersebut. Firman allah swt dalam surah al-mukminun ayat ke 14 yg bermaksud:
"Lalu KAMI mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya KAMI membalutkan izam dengan daging"
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yg kompleks. Pada tahap ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru2 kelihatan. Begitu juga dengan orgran pembiakkan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi kecing, dan lain2 terbentuk dgn lbh sempurna lg. Kaki dan tgn juga mula tumbuh. Begitu jgk mata, telinga, dan mulut semakin sempurna. Pada minggu ke lapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR: Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan beberapa lagi perubahan berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku2nya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi lebih lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandunggan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
PERINGKAT KEENAM
NAFKHUR-RUH: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hnya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dari selepas terbentuknya organ2 tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lg. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata2 tetapi telahon mempunyai hubungan dgn ALLAH SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yg disebutkan oleh ALLAH SWT di dalam al-quran surah al-a'raf:172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu utk meningkatkan martabah dan kejadian insan di sisi ALLAH SWT...
Subhanallah~!!!
28.3.09
Musim cinta sudah berlalu?
Tip untuk bertanggung jawab:
- Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
- Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
- Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
- Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
- Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
- Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
- Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.
23.3.09
YA ALLAH...
♥____♥____♥
O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don’t deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea
♥____♥____♥
Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah
18.3.09
Muhasabah diri...
11.3.09
Tidak Akan Terulang Lagi...
Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepadanya sehingga dia bisa melihat semua hal, termasuk kekasihnya. Kekasihnya bertanya, “Sekarang kamu bisa melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?” Gadis itu tergugat saat melihat bahwa kekasihnya ternyata buta. Dia menolak untuk menikah dengannya.
Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir, dan kemudian menulis sepucuk surat singkat kepada gadis itu, “Sayangku, tolong jaga baik-baik mata saya.”
menumpang bahkan di saat yang paling menyakitkan.
Hidup adalah anugerah
Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar -
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu -
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.
Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu -
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke surga.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu -
Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.
Sebelum engkau bertengkar karena rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai -
Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.
Sebelum merengek karena harus berjalan terlalu jauh -
Ingatlah akan seseorang yang harus berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama.
Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu -
Ingatlah akan para pengangguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain -
Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.
Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu -
Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.
Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, rayakan dan isilah
itu.
NIKMATILAH SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KARENA MUNGKIN ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI!
16.2.09
Menjadi orang yang sebok~
Tetapi sebelum itu, yang paling penting tanyakan diri terlebih dahulu, sebok itu untuk apa? Sebok atau buat-buat sebok. Sebok atau menyebok? Sebagai muslim, sebok kita mesti disebabkan kerana ibadah. Tidak kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja kehidupan mengikut prinsip-prinsip ibadah, nescaya kesebokan kita berbaloi. Sebok kerana Allah...
Untuk mengatur prioriti pelajari atau telaah sedikit apa yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam fiqh aulawiyat. Insya-Allah, banyak panduan di sana. Ah, malu kita dengan para sahabat… masa yang diberikan kepada mereka dan kita sama sahaja, tetapi mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan Islam. 3/4 daripada mereka meninggal dunia di luar jaziratul Arab. Sampai ke Cyprus, India, China dan Asia. Tanpa kapal terbang, tanpa kemudahan IT dan alat-alat canggih seperti yang dimiliki kita hari ini. Sebok, ya mereka sebok sekali.
Kita? Wah, berapa banyak masa di hadapan TV? Berapa banyak masa membaca Al-Quran berbanding membaca Koran (akhbar). Kalau nak dikatakan sebok, memang sebok… Ada diantara kita yang sambil memandu atau menunggang motosikal masih sempat ber’SMS’. Menguyah makanan sambil berbual di talipon bimbit. Yang berkerja sambil tidak sempat menziarah ibu-bapa di kampung. Mahasiswa/i atau pelajar di IPT dan IPTA ‘terlupa’ menalipon ibu-bapa… sebok sangat.
Manusia menjadi hamba apa yang dicintainya. Apa yang kita cintai? Itulah yang akan menyebokkan kita. Ingat, musuh perkara yang ‘lebih penting’ ialah perkara yang penting. Para sahabat sudah merasa berdosa jika mereka tersilap dalam memilih keutamaan dalam melakukan kebaikan - “khilaful Aula”. Kekadang mereka merasakan begitu sukar memilih antara bersedekah dengan solat sunat, berdakwah dengan berniaga, berjihad dengan menuntut ilmu… antara yang baik itu, mana yang lebih baik mengikut masa, situasi dan kondisi. Mereka cintakan Allah, mereka disebokkan kerana Allah. Dengar apa yang dirintihkan oleh Sayidina Umar Al Khattab, “aku tidak tidur di malam hari, bimbang urusan ku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur di siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai.” Ertinya apa? Ya, Umar adalah individu yang paling “sebok” sewaktu memimpin urusan umat Islam.
Ditengah-tengah kekalutan dan keserabutan kita, kononnya terlalu sebok… “pause” sebentar. Renungi dalam-dalam, panjang-panjang, apa yang sebenarnya kita sebokkan? Bimbang, kesebokkan kita ada satu “deraan” yang kita cipta sendiri akibat membelakangkan kecintaan Allah. Stress, “tension”, boring… adalah toksid baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Safie, “peredaran masa adalah suatu yang aneh… tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya.”
Syaitan, musuh yang tidak pernah tidur. Malaikat, pencatat setia setiap masa. Siapa temanmu dalam kesebokan waktu? Suara siapa yang sering berbisik di hatimu? Ilham dari para malaikat atau waswas yang datang daripada syaitan. Kasih-sayang Allah sesungguhnya masih sudi singgah di hati yang berdosa. Kekadang “jemputan ke daerah kebaikan” singgah secara tiba-tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba-tiba berbisik, “sampai bila aku harus begini…” Kata hukama, “apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!”
Jangan berlengah lagi wahai diri, perhatikan kesebokan mu… Untuk siapa, apa, kenapa dan ke mana? Jika ternyata, sudah tersasar, perbetulkan segera. Biarlah kesebokan kita membetulkan “kesebokan” di dunia… menghindarkan kesebokan kita di akhirat. Kesebokan di akhirat itu Neraka! Syurga itulah tempat rehat kita. Allahumma zukna. Amin.












For