Showing posts with label WAHM/SAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM/SAHM. Show all posts

17.1.16

Weekend househusband~!

Bismillah wal hamdulillah...

Waktu 'weekend' ni la peluang bagi saya yang bergelar 'housewife' nak juga merasa cuti  walaupun tidak sepenuhnya... Saya sengaja pas kerja menguruskan anak-anak kepada en.abang... tapi tugas memasak masih lagi saya yang tetap kena uruskan. Cuma agak kelam kabut waktu cuti ni sebab semua orang ada kat rumah, nak sediakan sarapan, makan tengah hari dan malam... kadang-kadang urusan MAKAN sahaja pun boleh pening kepala... kalau tak nak buat kerja 2-3kali terpaksa cuci lantai, mop lantai kena la suap makan ketiga-tiga serentak. Kalau ummi rajin, ummi suruh ketiga-tiga makan sendiri walaupun hasilnya selepas itu terpaksa sapu dan mop lantai untuk entah ke berapa kali dalam 1hari...

ALHAMDULILLAH, en.abang dengan rela hati menguruskan anak-anak seharian... saya memang tak amik 'port' dah 'part' nak suruh depa mandi, makan, siapkan ammar, mandikan ammar, tukar 'diapers' ammar... 100% serah kepada ayah depa... saya jadi bos kejap 1hari... boleh baring-baring sambil berfacebook... 'heaven' kan? Hasilnya? Lepas maghrib tengok en.abang dah terkulai depan tv keletihan... tanya dia kenapa...dia cakap ngantok sangat... pukul 9.30malam terus ha tidur sekali dengan anak-anak... jarang sekali dapat suasana begitu walaupun hari kerja. Hari kerja en.abang masih mampu 'stay up' buat kerja sampai pukul 1-2pagi. Tapi 'weekend' bila kena buat separuh kerja rumah dan jaga anak-anak?? Hamikk... baru separuh tuh... tak termasuk masak lagi tuh... haha!

Betapa penatnya seharian kena uruskan semua... kadang-kadang ada kerja ter'miss sebab tak larat sangat atau dengan kata lain malas... kah3... ada juga hari-hari rasa macam tak mampunya nak habiskan semua kerja. Anak baru 3orang, nak uruskan pergi dan ambil depa kat tadika... tahun hadapan aisya dah nak masuk darjah 1... lagilah rutin tuh kan? Itupun kalau saya tak kerja, kalau kerja? Kenalah bahagi tugasan di rumah kepada 2orang... Memanglah kerja kat rumah tuh dalam rumah ja, tak payah pi kerja, 'meeting' bagai... tapi kekalutan dalam rumah dengan anak-anak tuh haih... sukar ditafsir bila 24jam kena hadap... nampak macam tak ada apa sangat... tapi... :D

 

6.1.16

Adakah akan menjadi 'working mom' kembali?

Bismillah wal hamdulillah... 

Setelah 4tahun menjadi 'stay-at-home-mom' atau 'working-at-home-mom' saya mula ambil keputusan 'mungkin' akan berkerja kembali tahun ini setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuklah dah boleh mulakan proses 'wean-off' si ammar yaser sebab dia dah hampir memasuki usia 2tahun pada 14januari ini... jadi takdakla serabut sangat nk fikir pasai nak 'pump' bagai sebab dah lama kot tak 'pump' dengan usia ammar yang dah 2tahun tuh... haih... sebenarnya kalau dalam kes 'breastfeeding' ni kalau kita tak latih rutin memerah susu memang akan susah sikit, bila tengok hasil tuaian tak seberapa mula la emo tapi itu 'standard' sebab bayi banyak 'direct-feeding' dan sementara cik B kita nak serasi dengan 'breast pump' yang kita guna sebab itulah rutin memerah susu perlu dilatih seawal dalam pantang lagi... 

Pada pendapat peribadi saya pada minggu ke-2 selepas bersalin dah boleh mula memerah susu ikut rutin dan jadual 'free' kita di ofis... ammar pun sebenarnya sangat kurang menyusu dah pada waktu siang... awal pagi selepas bangun tidur dia akan bf sekali lepas tu waktu nak tidur n bangun tengah hari atau petang sekali... kira dalam 2-3kali je siang... kadang-kadang 1-2kali sahaja...habuan lepas gian masa nak tidur dan bangun tidur... dan sekarang memang itula isu paling besar kalau nk tinggal ammar yaser nan seorang ni... sebab nk memang susah nk tidur hatta pada waktu siang sekali pun... macam mana la eh nak tinggalkan hero seorang ni?susah hati memikirkan takut menyusahkan orang lain yang nak menjaga dia risau timbulkan banyak hal yang tak diingini... nauzubillah minta dijauhkan... 

Sedikit bebelan saya mengenai anak-anak...kesimpulannya memang saya jenis yang tak harapkan orang lain menjaga anak-anak saya... huhu... 'over' pulak kan? Besar macam aisya dan amira tuh ok la sikit sebab dah pandai bercakap, boleh bagitahu kita apa-apa yang sepatutnya kita tanya dia... minggu ni minggu pertama sesi persekolahan...hari-hari kelam kabut dengan rutin baru... amira dah mula bertadika... hari pertama senang ja nak pi tadika, hari ke-2 dah mula meragam tak mau ke tadika, hari ke-3 pujuk punya pujuk nak beli 'doll elsa dan anna' maka dapat la juga tengok dia pi tadika tanpa menangis... alhamdulillah...cikgu pun bagitahu dia dah mula mau bercakap dengan cikgu... syukur sangat ummi... anak baru 3orang, baru je melangkah ke alam tadika haha! tapi ummi fikir rasa macam nak pecah kepala... adoih... sekarang boleh la kan sebab masih lagi tak berkerja... dibuatnya nanti tiba-tiba kena kerja... susah hati memikirkan hal anak-anak ni ha... :( rasa macam nak jadi 'housewife' sampai bila-bila...kohhkoff...

 

1.1.16

2016!

Bismillah wal hamdulillah...

Entri pertama tahun baru 2016... bermakna telah masuk tahun ke-7 saya masih setia dengan dunia 'blogging' walaupun hanyalah seorang 'blogger' sendu sahaja... :D saya telah cuba membahagikan 'blog' saya kepada yang peribadi dan kepada yang banyak perkongsian ilmu termasuklah Shaklee... Jemput-jemputlah sudikan diri jengah 'blog' ilmiah harapnya ye selepas ini SihatCantikCergas. Perkongsian lebih bersifat umum tidak tertakluk kepada produk Shaklee sahaja. Jadi para pengamal Shaklee ataupun tidak tak kisah... asal ada ilmu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama... 'Blog' nan satu ini saya khaskan untuk penulisan peribadi. Nak buat macam mana memang suka menulis walaupun ada yang kata 'tak penting pun nak post entri' tak kisahlah... blog saya jadi saya punya suka... ekeke :P

Banyak juga rakan 'blogger' kegemaran sudah tidak menjadi 'blogger' tegar lagi... sadis sebenarnya sebab tak dapat nak 'update' depa sekarang.... serius saya memang lebih rapat dengan rakan-rakan alam maya ni berbanding rakan alam nyata... haha! Pelik pulak rasa sebab rasa rakan yang jumpa di alam maya ni kebanyakkan sebab berkongsi minat yang sama... Jadi macam ada 'chemistry' gitu... yelah umur pun dah meningkat... dulu jadi 'blogger' dari zaman 'single' kemudian berkahwin, ada anak... dari seorang anak dah 3-4orang anak masing-masing... Lama tak lama berblog ni kan... tapi dek semua dengan minat :) apa pun boleh disamping boleh menjana pendapatan pasif... ALHAMDULILLAH banyak jugak pasif 'income' yang saya dapat hasil daripada kegigihan sendu saya berblogging neh... walaupun tak ramai 'follower' tapi okla kan dari tak ada langsung :D 

Tahun ini juga merupakan tahun ke-4 saya bergelar 'working-at-home-mom' penganggur terhormat... hehe...tak pernah terfikir akan terus 'jobless' samapai sekarang tapi ok jugakla kan jadi surirumah ni walaupun tak semudah yang disangka. Saya memang rasa nak berkerja balik andai ada rezeki dan peluang. Walaupun saya sejenis orang yang suka 'stay' kat rumah sahaja jika tiada perkara mustahak yang memaksa saya keluar rumah tapi setelah 4tahun terasa diri ini agak 'mereput' la jugak. Haha! Banyak ja kerja yang nak buat termasuklah bisnes sekangkang kera ini tapi kadang-kadang ada rasa nak dapatkan aura di dunia luar 'instead of' hanya dari dalam rumah... Bila dapat keluar rumah tuh ya allah nikmatnya hanya ALLAH yang tahu... Kalau dapat pi mall atau berjalan-jalan melihat lagilah besar rahmat rasanya... bukan nak beli apa sangat tapi bila dapat luaskan pemandangan tu rasa lain macam sikit perasaanya... 

Apa-apa pun anak-anak masih menjadi keutamaan saya. Bila anak dah nak masuk sekolah tahun depan mula la gelabah sana-sini... Semoga saya dapat menunaikan tanggungjawab saya kepada amanah ALLAH SWT ini sebaik mungkin... ameen

p/s: tanya encik abang bersempena si ammar nak masuk usia 2tahun 14januari ini, bilakah masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak ni? haha! lantas encik abang terdiam... saya membalas "mak cakap cukuplah 3 sahaja anak ni...yang 3 ni pun kelam kabut wuwuwuwu" saya sambung lagi "rasa macam nak lagi seorang la..." encik abang pula membalas "abang rasa, betoi juga cakap mak... ok apa 3orang anak" Lantas lagi daku terasa kecewa... huwarghh

Encik abang tak bagi 'green light' nak tambah bilangan anak sebab dia tengok saya 'still' tak boleh fokus dengan pe'el si ammar yang masih sukar untuk dijelaskan...haha! dia masih sukar untuk tidur nyenyak di malam hari dan encik abang tengok betapa saya menjadi seorang 'zombie' setiap hari... sampai 'cramp' habis badan kalau dia buat haru bangun setiap 30minit 'the whole night'!! Jadi encik abang menumpang trauma ummi... haha! tapi ummi dah rindu bau baby ni... terasa besar dah ammar masuk 2tahun ni... tak suka dipeluk cium lagi cuma waktu menyusu sahaja...
 
 

28.12.15

20 Rabiul Awwal 1435 ~ 20 Rabiul Awwal 1437

Bismillah wal hamdulillah...

Kalau ikut bulan Islam usia si putera sulung saya sudah pun genab 2tahun... bila anak dah nak masuk fasa 'toddler' ni jadi macam agak releks walaupun hakikatnya tak sangat pun... malam-malam masih gigih bangun 'breastfeed' macam 'baby' tapi alhamdulillah siangnya ralit main dengan kakak-kakak... mainlah sepuas hati sebab minggu depan kakak-kakak dah nak ke sekolah... Bikin pening ja nak uruskan tadika anak-anak... baru tadika, tahun 2017 aisya dah nak masuk sekolah rendah... lagi serabut kepala ummi ni ha... dengan angan-angan nk sediakan bekalan dia setiap pagi... harap tercapailah hasrat... :D

Ok jom layan sesi 'photoshoot' si ammar yaser dengan 'photographer amatur' si ayah ammar :D











Ummi tak cukup cun nak jadi model...hahaha! kena diet lagi ni bagi slim sket...ni dah rupa apa je mendebab dalam gambar...stress tengok! :(





 Cepat sangat masa berlalu... rasa macam baru ja melahirkan si putera cilik ini... rupanya masa dah 2tahun pun... dah besar panjang... nanti tiba-tiba pi sekolah dah... huhu... tahun depan tinggal kita berdua je la dik, kakak-kakak dah nk pi sekolah, pukul 12tengah hari baru kakak amira balik, kakak aisya pukul 3petang lepas tuh nak hantar mengaji al-quran pulak... 'pack' la jadual ummi untuk tahun hadapan... semoga dipermudahkan segala urusan...ameen ya rabbal'alameen...


 

16.12.15

Percubaan cara menabung yang efektif

Bismillah wal hamdulillah... 

Secara jujurnya saya adalah orang yang tidak reti dan tidak pandai menabung... masa berkerja dulu, banyak mana gaji, banyak tuh jugakla yang selalu habis... dapatla menabung sikit-sikit tapi selalu 'ketirisan'...bila cek balik tak pasti pula kat mana banyak dihabiskan... masa tu ok la lagi, ekonomi Malaysia takda lah semput macam sekarang... anak pun baru seorang, suami isteri kerja... cuma masa tu terasa dengan kos nak servis kereta sahaja sebab berulang jauh dari rumah ke tempat kerja... lebih kurang 70km pergi-balik... memang asik servis kereta je lah... dengan tayar memang kerap kena tukar... 

Bila dah 'resign' adalah rasa buruk dan baiknya... tak ada banyak beza sangat pun antara waktu berkerja dan setelah menjadi surirumah sepenuh masa ni... Apa-apa pun tetap bersyukur setiap yang ALLAH SWT bagi tu mestilah ada hikmah dan sebab yang tertentu... Alhamdulillah walaupun tidak berkerja, masih lagi dapat merasa duit hasil titik peluh sendiri berbisnes secara kecil-kecilan ini... dan boleh la nak menabung sikit-sikit... sekarang saya tengah buat eksperimen menabung cara 'kempen si biru'. Apakah KEMPEN SI BIRU? Selalu jumpa KEMPEN SI HIJAU kan? konsepnya sama tapi terpulanglah kepada kita nak pilih 'note' warna apa, biru ka, hijau ka, merah ka, kuning oren ka, hijau biru ka... asalkan istiqomah... 

Bagaimana proses KEMPEN SI BIRU ini dijalankan? Senang ja, dapat ja 'note' biru tak kisahlah masa beli barang ka, saya memang wajib simpan dalam tabung tanpa perlu fikir nak guna beli apa... memang 'haramkan' terus simpan si biru ni dalam beg duit... terus masuk tabung khas yang dah disediakan... eceli KEMPEN SI BIRU ni bukan si biru je tapi sekali syiling saya haramkan ada dalam beg duit... Sekarang baru masuk 1minggu kempen ni... kita tengok dalam masa sebulan nanti macam mana... rata-rata memberikan respon yang baik mengenai proses 'saving' cara ini... katanya berkesan... hasil KEMPEN ni ada yang siap pi melancong, dalam masa 4-5bulan boleh cecah 4angka jumlah simpanan hasil daripada KEMPEN ni... waw kan? Insya ALLAH kalau ada rezeki... 

Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan ini untuk saya sekeluarga... lebih baik kita banyak menabung daripada banyak kita belanja... biar nampak tak punya apa, tapi tabungan kita setiap hari bertambah... :) 



 

12.12.15

My Sunshine

Bismillah wal hamdulillah...

Saja nak cerita meraban mengenai anak-anak... minggu depan dah nak mula hantar aisya dan amira kelas mengaji al-quran... sebenarnya aisya dah mula mengaji guna silibus PASTI iaitu NURUL QURAN... silibusnya lebih kurang kaedah lama yakni muqaddam atau terkini lagi silibus QIRAATI... Jadi puas juga mencari guru al-quran yang boleh ajar pakai silibus QIRAATI sebab rata-rata semua ajar pakai sistem IQRA' di mana caranya lain sedikit... risau aisya keliru dengan sistem NURUL QURAN yang diajar di PASTI...

Alhamdulillah jumpa juga dengan seorang ustaz yang boleh ajar... ustaz ni guru mengaji al-quran maktok, tokwan dan tok ayah depa ni jugak... ummi pun boleh 'join' mengaji jugakla gitu... Bacaan al-quran pun lama tak ada orang cek... jadi boleh 'join' anak-anak nanti... kadang-kadang ja dapat suasana begini, ketiga-tiga tekun dengan sesi pembelajaran di rumah... ummi jadi cikgu hehe :D 3orang, ada 3karenah yang kena layan... Tahun hadapan kak long aisya 6tahun, kak ngah amira 4tahun insya allah dah nak mula hantar masuk tadika... tinggal bang chik ammar yaser je la dengan ummi di rumah... 

Oh ya! Ummi pun dah berjaya asingkan tempat tidur dengan kak long aisya dan kak ngah amira... dah masuk minggu ke-2 alhamdulillah... ummi dan ayah belum habis 'setup' lagi bilik depa ni... 'air-cond' belum pasang jadi membahang sikit pada waktu malam... sampai pasang 2biji kipas pun tak terasa nyaman... dah 2-3hari bumi perlis tak hujan... jadi malam ni pindah masuk bilik ummi, ayah dan bang chik ammar dulu... kesian pulak anak-anak tak nyenyak tidur dengan keadaan yang panas gitu... Zaman kecik2 dulu, kipas pun tak pasang sebab rumah kayu... Bila malam je memang rasa nyaman je... angin masuk melalui celah-celah dinding kayu... zaman sekarang rumah batu, dalam pekan lagi lah... membahang je... kadang-kadang 24jam pasang 'air-cond' kalau hujan tak turun... 


My little sunshine!

Baking with kids

Bismillah wal hamdulillah...

[Entri hari jumaat semalam baru sempat post]

Sayyidul Ayyam yang barakah... antara hari2 dalam seminggu saya paling gemar hari Jumaat... sebab suasananya lebih tenang...walaupun hari2 yang dilalui tidaklah setenang mana tetapi hati alhamdulillah lebih rasa kelainan pada hari Jumaat... 

Kadang-kadang 'mood' nak buat semua menda pun datang hari Jumaat... sebab itulah waktu zaman berkerja dulu saya tak suka berkerja hari Jumaat haha! Jadi tahun2 akhir saya berkerja syukurlah berkerja di Kedah, jadi 'weekend' adalah pada hari Jumaat yang tak 'best' pada waktu itu adalah hari bersama keluarga hanyalah pada hari sabtu barulah kami suami isteri ada masa bersama dengan aisya... Sekarang ni dah jadi 'stay-at-home-mom' hari-hari pun hari bersama keluarga... alhamdulillah... 'part quality time' bersama keluarga memang tidak saya nafikan adalah masa yang sangat berharga...  

Berbalik kepada topik 'baking with kids' saya ada buat biskut 'viral' cerita TAM (Tuan Anas Mikael) beberapa minggu lepas... senang je buat biskut tuh tak pakai 'mixer' bagai pun... semua pakai senduk kayu... aisya n amira suka sangatlah bab2 nak sibuk sama-sama ummi kalau nampak ummi bawak keluar tepung mesti dua2 orang tercegat tepi dapur minta nak tolong... sangat rajin ye dop anak dara ummi... :P kejadian biskut 'viral' TAM tuh pun sangat best... jadi teruskan misi minggu ini buat kukis lagi untuk anak-anak... anak-anak saya memang suka makan kukis... kukis ala-ala 'chipsmore' memang sekali hadap je... terjumpa 1resepi mudah... lebih kurang jugak dengan kukis TAM ni... cuma ada beberapa bahan tambahan... hasilnya juga lebih 'da ba boom'. Mudah je ye sebenarnya buat kukis ni.. sebijik hasilnya macamnya biskut chipsmore tapi lagi best rasanya...

 Biskut 'Peanut Butter with Chocolate Chips'
Sumber asal: Fabtasticeats

Jadi nama kukis sendiri sebab ada tukar-tukar bahan sikit hehe

1/2 cawan 'pure butter'
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor (tak letak)
1biji telur
3/4 cawan mentega kacang (peanut butter)
1sudu kecil vanilla extract
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 emplex
1 cawan chocolate chips
1 cawan 'almond bits'

Cara-cara:

1- Pukul butter dan gula perang sehingga kembang/sebati. Pakai senduk je sebab ada pembantu yang sudi pukul butter tuh sampai kembang hehe
2- Masukkan telur, vanilla extract, dan mentega kacang. Sambung pukul sehingga 'creamy'.
3-  Dalam bekas lain ayak tepung bersama baking soda dan emplex. Kemudian campurkan bahan-bahan kering (chocolate chips dan 'almond bits').
4- Gaulkan bahan-bahan kering ke dalam adunan yang 'creamy' tadi. Sebatikan
5- Gunakan 'scope' untuk membentuk menjadi bulat seperti ais krim. Saya guna sudu scope 'table spoon' tuh je...
6- Bakar pada suhu 160c dalam masa 15-20minit. Bergantung pada kepanasan oven masing-masing. 
7- Selesai keluar dari oven, biskut akan jadi sedikit lembik, tapi bila sejuk dia akan keras sendiri.

 


 






 

19.11.15

Presenting Sweetie Cutie Pretty new packaging

Bismillah wal hamdulillah...

Tertunda nak 'post' entri berkenaan dengan 'packaging' baru Sweetie Cutie Pretty... Ada 2versi... yang pertama versi biasa dan yang kedua 'gift set box'. Yang ni kita ada cas 'extra' sikit habuan nak deco-deco comel jadi hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang :)


Standard box Sweetie Cutie Pretty


Gift set box

10.11.15

Come back Sweetie Cutie Pretty

Bismillah wal hamdulillah...

Tak sangka juga dan tak rancang, tiba-tiba 'come back' ini berlaku bersempena dengan hari Deepavali... hehehe :P

Apa-apa pun alhamdulillah atas segalanya... 'more design to come' insya ALLAH sebab sempat ambil gambar untuk 'design-design' ini dahulu... ada penambahbaikkan untuk teknik mengambil gambar... maaf ceq amatur ja memang tak berapa reti nak ambil gambar ala-ala professional fotografer... ni pun jenuh adjust, pakai lampu meja segala konon2 nak bagi 'lighting' ala-ala dalam studio...keh3... 

Jemput 'follow' instagram @sweetiecutiepretty atau FB Page Sweetie Cutie Pretty (klik link)

Antara koleksi baru adalah seperti gambar yang saya 'attach' :)






















7.11.15

1 Ujian...

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni ada lagi 'customer' Sweetie Cutie Pretty 'whatsapp' untuk buat tempahan 'headband'. Daku tiada lagi jawapan yang harus diberikan. Mungkin saya perlu 'proceed' sahaja tanpa 'packaging' yang diazamkan untuk 'come back' kali ini. Memang tersangat mengecewakan tetapi saya tidak menyalahkan pihak 'supplier' 'packaging' tersebut. Dia dari awal lagi sudah berpesan, beliau perlu siapkan tempahan mengikut giliran. 

Giliran 'design', giliran 'printing' dan giliran 'post'. Saya secepat kilat telah mengesahkan tempahan sebab nak 'book' giliran. Dalam banyak-banyak 'freelance art director' yang seorang sahaja ini yang ambil tempahan dalam kuantiti yang sikit. Saya kan peniaga kecil-kecilan. Kalau tempahan untuk 'packaging' sahaja memakan modal ribuan ringgit memang tidaklah saya 'proceed'. Awal dulu kos 'packaging' saya hanya dalam 'range' RM50 ke bawah sahaja untuk 200-300pcs stickers dan 'self-adhesive plastic'. Tapi setelah setahun Sweetie Cutie Pretty beroperasi saya 'upgrade' sikit kualiti 'packaging' dengan 'packaging' yang lebih baik, cantik dan tentunya lebih berkualiti agar kualiti 'headband' yang sampai pada 'customer' masih lagi kekal asli (melainkan posmen campak 'parcel' dalam keadaan marah tak jamin 'parcel' dan isi 'parcel' dalam keadaan sempurna. Itu memang diluar kawalan) Saya cuba sedaya mungkin untuk menyediakan 'packaging' yang terbaik sesuai dengan bajet ciput yang saya ada sebab hari tu ada kes 'rhinestone' 'headband' seorang 'customer' saya tercabut sedangkan sebelum saya pos, sudah saya periksa keadaan 'headband' yang hendak saya pos sama ada gam dan semuanya dalam keadaan baik. Mungkin ia berlaku semasa proses penghantaran.

Sebab itu saya berhasrat nak 'upgrade' sikit kualiti 'packaging'nya. Tapi diuji dengan kelewatan ini pula. Pada mulanya 'supplier' bagi tahu giliran saya hujung bulan oktober. Rupanya giliran 'design'. Selepas 'design', tunggu giliran 'printing' pulak... haha! Penat tunggu... dan selesai urusan printing, giliran pos pulak. Dan akhirnya, selesai pos hari jumaat kemarin. Saya bajet hari ni sudah dapat tapi tiada khabar berita lagi sehingga jam 6petang. Nampak gayanya terpaksalah tunggu minggu hadapan. Kesian para 'customers' yang dijanjikan itu... saya lagi sedih sebab dah berkobar-kobar ni... Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan saya dan perniagaan kecil-kecilan saya ini... Harapnya 'by next week' segalanya selesai... tak sanggup tunggu dan jawab pada 'customer' lagi... T_T saya sendiri tidak suka dihampakan apatah lagi orang lain...cewahhh :P

 

3.11.15

'New packaging' dan stok baru SweetieCutiePretty...

Bismillah wal hamdulillah...

Masuk buan november ni, dah 2bulan juga SweetieCutiePretty sunyi daripada stok baru. Ini kerana ada beberapa 'order' telah 'pending' dalam 1-2minggu ini termasuklah 'new packaging' untuk produk SweetieCutiePretty. I is kecewa... :( sebab mula-mula dia cakap hujung oktober tapi telah membawa kepada awal november belum lagi siap.

Tak apalah sebab 'seller' ni memang bagitahu kena tunggu queue dan dia pula sama macam saya WAHM (working at home mom) dan ada anak kecil. Jadi saya tak kisah sangat... cuma tergendala la nak buat 'come back' ni... adohai... kepada 'customers' yang dok tanya-tanya memang kesian juga sebab saya ada bagitahu 'by this week' insya allah, saya akan 'launch' 'design' baru dan ramai yang 'hold' dulu 'order' sebab nak tengok-tengok design baru... Harap semua boleh bersabar seketika... Saya lagilah dah macam cacing kepanasan sebab tak sabar nak rancakkan balik bisnes SweetieCutiePretty ni... Dah 2bulan bercuti tapi 'order' masih lagi masuk... Cuma tak seronok bila tak ada 'design' baru kan? 'Page' SweetieCutiePretty sentiasa mendapat 'new likes' setiap hari... alhamdulillah moga tak ada yang berputus harapan dengan SCC ni sebab dah 2bulan menyepi...





'Ideas please be nice to me... " hehe :D sambil-sambil tuh boleh lagi la nak berkarya dan berimaginasi untuk tambah koleksi 'design' terbaru... tunggu... ni antara 'design' terbaru untuk 'knotted headband' :) ada 1lagi 'design' kain 'on the way' Insya allah... doakan semoga allah swt mempermudahkan semuanya na :) ameen


 

1.11.15

Berjalan-jalan melihat alam...

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni 'fefeeling' anak seorang bila kakak-kakak dari pagi lagi dah berjalan ke rumah maktok. Begitulah anak-anak ni, kalau tak bawak depa ni ke mana-mana memang akan merengek-rengek nak ke rumah maktok.

Jadi ajak en.abang ke Padang Besar cuci mata. Seperti biasa hujung minggu saja memang umpama tin sardin ja Padang Besar tu. Orang yang datang dari pelusuk Malaysia... dengan bas berduyun-duyun. Itu memang pemandangan yang sangat biasa kalau ke Padang Besar pada hujung minggu. Belum lagi musim cuti sekolah. Memang tak hadap la ke Padang Besar. Bagi peluang kat orang lain luar Perlis la hehe :D tak kose kot nak bersesak-sesak gitu... Bukan nak beli apa sangat cuma 'window shopping' sahaja.

En.abang asalnya nak beli jajan tiba-tiba terbekenan t-shirt kat situ... Maka dapatlah 2helai tshirt anak beranak... Ammar punya tshirt = RM12, ayah dia punya tshirt = RM25... Sedondon pulak tuh... huhu...ayah ni sejak ada anak lelaki nan seorang ni, semua baju kalau boleh nak sedondon...apa kes kan?haha! ummi is jeles kesahnya :P

Tengah tunggu order tomyam


Tidak ketinggalan teh ais thai bekas besar gedabak share 3orang tak habis...hehe...gambar ehsan gugel :)

Jajan kegemaran setiap kali ke padang besar



 

26.10.15

Teknik Mendidik Anak - Ustaz Zahazan Mohamed (Anakku Hebat Anakku Soleh)

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah lama rasanya saya beli buku "ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH" karangan pendakwah tersohor tanah air iaitu Ustaz Zahazan Mohamed. Saya sangat kagum dan suka dengan pendekatan yang dilakukan oleh ustaz sebab tuh saya nak kongsi dengan pembaca blog saya tentang sedikit ilmu yang disampaikan oleh ustaz. Semoga bermanfaat.

Sistem ISLAM tidak pernah memisahkan antara matlamat dan cara. Matlamat yang agung memerlukan matlamat yang baik. Demikian juga dengan pendidikan awal anak-anak yang bermatlamatkan ke arah melahirkan seorang anak yang baik dan soleh. Sudah semestinya perlu mengikut cara, teknik dan jalan yang telah digariskan oleh Islam



1- Menunjukkan contoh taulada yang baik

Kita sering mendengar ungkapan 'kepimpinan melalui tauladan'. Ungkapan ini menjelaskan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh contoh tauladan orang yang memimpin kepada orang yang dipimpin termasuklah ibu ayah dan anak-anak. Keluarga yang ingin anak-anak berakhlak mulia, perlu mempraktikkan akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. 

Sirah: Ibu bapa perlu bersikap mulia

Daripada Abdullah bin 'Amir r.a berkata: "Rasulullah SAW pernah datang ke rumah kami dan aku pada masa itu masih kecil. Ketika aku pergi bermain tiba-tiba ibu memanggilku: 'Mari sini aku ingin memberikan engkau sesuatu'. Maka Rasulullah SAW pun bertanya: 'Apa yang nak kau berikan kepadanya?'. Ibu berkata: 'Tamar'. Sabda Rasulullah SAW: 'Kalau engkau tidak memberinya nescaya ditulis bagimu satu dosa menipu"

Tidak dapat dinafikan rumah merupakan pendidikan pertama yang diterima anak-anak kerana rumah adalah tempat di mana anak-anak dibesarkan dan dididik. Akhlak yang dilihat setiap hari oleh anak-anak secara tidak langsung membentuk pekerti dan akhlak anak-anak juga. Dengan sebab itu ibu bapa dinasihatkan untuk menjadi model yang baik yang akan dituruti oleh anak-anak. Elakkan perbuatan dan perilaku yang negatif seperti bengis, buruk laku, berkata-kata dengan kata-kata kesat dan kotor dan sebagainya. 



2-  Merangsang (taghrib) & menakut-nakutkan (tarhib)

Cendekiawan-cendekiawan ilmu tarbiah bersepakat bahawa rangsangan dan galakkan serta memberi ganjaran adalah perkara penting dalam pendidikan apabila anak-anak melakukan perkara yang baik. 

Ibu bapa dan para pendidik seharusnya melihat perspektif memberi ganjaran ini dengan lebih luas. Ia tidak terhad hanya dengan memberi hadiah semata-mata ia termasuklah dengan memberi kata-kata pujian, kata-kata semangat, membawa anak-anak bersiar-siar dan sebagainya  bergantung kepada keadaan. Ia bertujuan untuk terus memberi galakkan dan dorongan kepada anak-anak untuk terus berkelakuan positif.

Dengan ganjaran yang diperolehi anak-anak ini akan terus bersemangat untuk berkelakuan baik atas sebab ganjaran dan sokongan yang mereka perolehi. 

Al-Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihya' Ulumuddin:

"Semua perkara baik yang ditunjukkan oleh anak perlu dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik di hadapan khalayak ramai. Jika anak itu membuat perkara sebaliknya (buruk) maka hendaklah dilupakan oleh ibu bapa (seolah-olah mereka tidak mengetahui). Janganlah mereka membuka aib si anak lebih-lebih lagi jika dia cuba menyembunyikannya kerana yang demikian menjadikan anak tadi tidak membuang keburukannya itu"

Hukuman juga perlu dibuat untuk mengatasi perkara sebaliknya dari terus berlaku dan perkara ini diakui oleh cendekiawan cendekiawan ilmu psikologi. Dengan kombinasi dua cara ini anak-anak dilatih untuk berfikir: Membuat baik balasannya baik, membuat jahat balasannya hukuman.

Islam mengharuskan penggunaan hukuman atas perkara jahat yang dilakukan dengan syarat biarlah ia bersebab. Selain itu hendaklah hukuman yang dikenakan itu berpatutan dan tidak berlebihan. 

Di dalam hadith ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah SAW bersabd:

"Ketahuilah wahai Ab. Mas'ud (pemukul) pukullah dengan cara yang berpatutan (jangan berlebih-lebuhan)." Apabila terdengar sahaja seruan Nabi, sahabat yang memukul tadi berkata: "Dia aku bebaskan kerana ALLAH." Nabi bersabda: "Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka"

Al-Qobsi berkata:

Alangkah baiknya kalau para pendidik menjadi 'ayah' pada anak-anak didiknya. Janganlah pendidik tadi selalu bermasam muka pada anak-anaknya kerana perbuatan itu adalah dibenci, menyebabkan anak-anak menjadi kurang ajar kepadanya. Hendaklah dia menasihati mereka. Jika tidak berjaya, bolehlah memukul mereka dengan pukulan yang menyakitkan tetapi tidak melebihi hadnya dan janganlah pukulan itu terlalu perlahan. Adalah tidak patut seseorang pendidik itu mewakilkan seorang murid untuk memukul rakannya kerana perkara itu menyebabkan timbulnya rasa benci sesama mereka. Muka dan kepala hendaklah dielakkan semasa memukul. 

Mungkin pada sesetengah keadaan memaafkan boleh dilakukan sebagai ganti pada hukuman pukul. Perlulah pada waktu itu pendidik memaafkan anak tadi tanpa memukulnya



3- Mencontohi dan mengikuti (taqlid)

Taqlid adalah nilai-nilai baik ialah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa yang diterima oleh akal dan yang diyakini olehnya tetapi dia tidak dapat memberi dalil atas apa yang dibuatnya. Anak mendengar ayahnya menyebut perkataan 'Alhamdulillah' lalu dia akan mengikuti ayahnya kerana dia percaya pada ayahnya da apa yang disebut oleh ayahnya walaupun dia tidak mampu memberi dalil atas apa yang disebutnya, Mereka juga akan mencontohi ibu ayah dalam solat, cara bercakap, cara makan dan sebagainya

Ibn Khaldun berkata:

"Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar" 
(Al-muqaddimah) 



4- Memberi pengajaran (nasihat)

Al-quran menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan menggunakan percakapan yang menunjukkan kasih sayang. Inilah yang kita lihat diucapkah oleh nabi-nabi alaihissalam kepada anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka kadangkalanya derhaka dan tidak mengikuti agama yang dibawa oleh ayah mereka. 

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud:

Satu hari aku berada di belakang Nabi, lalu Nabi bersabda: "Wahai anak! Aku mengajarmu beberapa perkataan: Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah DIA, kamu akan mendapatiNYA dihadapanMU. Apabila kamu meminta, mintalah ALLAH. Apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripadaNYA. Ketahuilah sekiranya ummah berkumpul untuk memberi manfaat padamu mereka tidak mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH dan jika mereka berhimpun untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH"

Perlulah bagi pendidik menyertakan bersama nasihat-nasihatnya, harapan yang tinggi, menakut-nakut dengan hukuman, memuji dan sebagainya kerana tanpa perkara ini hilanglah nilai nasihat itu. 

Pertimbangan antara penggunaan NASIHAT dan ROTAN akan melengkapkan cara mentarbiah.

5- Bercerita

Cara bercerita juga mungkin boleh dilaksanakan dalam tarbiah untuk menanam sifat-sifat baik dalam diri anak. Dengan cara bercerita anak-anak akan belajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Cukuplah contohi Al-Quran kerana di dalam al-quran telah banyak menceritakan pada kita tentang peristiwa-peristiwa yang telah dan akan berlaku untuk diambil iktibar oleh kita supaya kita mengikut jalan yang benar. 

ALLAH SWT berfirman dalam al-quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka itu ada pengajaran" (Surah Yusuf: 111)

Cara bercerita ini dapat dilaksanakan dengan cerita-cerita yang terkandung dalam al-quran beserta dengan pengajaran daripada kisah tersebut. Boleh disertakan juga nasihata tauladan daripada kisah yang dipaparkan oleh al-quran kepada ummat manusia seluruhnya. 



6 - Membuat perumpamaan

Antara cara-cara pendidikan yang berjaya ialalh dengan membuat perumpamaan dalam percakapan dengan anak-anak dalam mendidiknya. Tidak ada syak cara ini juga ada digunakan oleh al-quran dengan begitu banyak sekali. 

Sirah: Nabi SAW mendidik para sahabat dengan perumpamaan

Hadith yang dibawakan oleh al-imam ahmad dan al-baihaqi dalam Syu'ab Iman (Bab iman) daripada hadis Abi Umamah r.a: "Telah datang seorang pemuda kepada Nabi lalu berkata: 'Wahai Rasulullah SAW izinkanlah bagiku untuk berzina. Orang yang ada di sekeliling cuba untuk menghalaunya dan mereka berkata: Diam. Nabi memanggilnya: Mari dekatku. Maka dia pun datanglah dekat. Nabi berkata duduk, maka duduklah dia. Nabi bertanya: 'Adakah kamu suka perbuatan zina itu dilakukan oleh ibumu?'. Dia menjawab: 'Tidak'. Demi ALLAH, semoga ALLAH menebuskan dirimu denganku. Dia berkata lagi: 'Tiada siapa pun yang hendak perbuatan itu berlaku pada ibu mereka.'

Demikianlah Nabi bertanya tentang anak perempuannya, saudara perempuannya, emak saudaranya, bapa saudaranya dan lelaki itu menjawab dengan jawapan sebelumnya. Kemudia Nabi pun bersabda sambil meletakkan tanganya pada dada pemuda itu: ' YA ALLAH ampunkanlah dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya daripada zina'. Selepas itu pemuda itu tidak lagi ingin memperlakukan perkara-perakara sumbang.