Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts

29.1.19

Sejarah menjadi seorang tailor...

Bismillah wal hamdulillah...

To be honest saya tak pernah join mana2 kelas menjahit sebelum ni... tapi minat menjahit ni dari kecik lagi bila tengok mak n tok menjahit saya mesti akan menyibuk tanya itu ini... masih lagi ingat moment itu bila kena marah main gunting, jarum dan mesin tok dan mak... mak saya dan tok (nenek) memang pandai menjahit boleh la setakat jahit baju anak2, jahit langsir gitu tapi tak ambil tempahan sebab mak saya berkerja... saudara mara sebelah mak pun ramai juga yg jadi tailor dan rasanya bakat dan minat tu diwarisi la kot haha... tak sure logik ka tak pemahaman saya ni...

Lepas tu minat menjahit saya ni dibawa angin lalu je la takdak nk serius sangat cuma suka-suka... macam tak minat nak jadi tailor since tengok rumah saudara mara yg jadi tailor kental ni masya allah haha! berlonggok2 kain, dengan mesin jahit lagi...rimas rasa... baju kahwin saya pun sepupu mak yg buatkan... kira pusing2 pun memang saudara mara jgklah yg jahitkan baju kami adik beradik... kadang2 mak yg jahit tapi disebabkan mak sibuk sebab kerja dia tak menjahit sangatlah...

Bila dah saya sendiri ada anak, minat nak jahit baju anak tuh adalah... start dari aisya buat baju simple2 tanpa ada ilmu pun haha... orang utara kata main taram ja asal jadi... lepas tu mula jumpa kawan2 yg sama minat dan jumpa juga group menjahit dan jual pattern.. lagilah menjadi minat menjahit ni dari 1 je mesin jahit sekarang dah ada 3jenis mesin jahit... alhamdulillah sekarang ni dah zaman canggih... pattern ada jual local pun ada, overseas lagi banyak... tak perlu dah nak lakar2 pola which is time consuming dan perlu ilmu... macam sy yang takda ilmu basic jahitan cuma berbekalkan minat semata memang memudahkan lagi... kena la ada ilmu simple2 utk pandai baca dan menggunakan pattern (dalam bahasa melayu pola)

Bagi sesiapa yg nak mula menjahit dan dah ada minat menjahit cuma belum berkesempatan attend kelas boleh mula search page/group/website yg jual pola/pattern secara online berserta tutorial... memang mudah sgt!

23.7.18

My current obsession...

Bismillah wal hamdulillah...

Inilah dia hobi menjadi business kecil-kecilan saya ketika ini... alhamdulillah dipermudahkan rezeki olehNYA walaupun taklah semasyuk mana... tapi dapat juga saya menghilangkan bebanan stress dikala dirumah... takda la istilah mereput di rumah hadap anak2 dan kerja rumah je... ada jgklah hobi dimasa senggang gittew...

Ada juga ambil tempahan sikit2 tapi tuhlah si kecik anas ni dalam fasa menempek ja dengan ummi... ummi mula masuk bilik jahit ni dia masuk jgk sudahnya habis barang2 dia punggah... end up memang tersadailah segala tempahan... malam2 pun tak boleh nk stay up lama2 sebab si anas ni bangun dengan sangat kerap... kadang2 baru nak tekan mesin dia dah bangun, bangun lagi dan lagi gittew la anak2 bujang iols... kedua2nya jenis tuh... tak sure la memang betul2 lapar ke, saje je nak nyot2... pacifier taknak pulak.... so ummi kena bertabah dalam satu jangka masa lagi... sekarang dah 1tahun 3bulan  (15bulan) ada kot setahun dua lagi...huhu

Jadi saya close dulu tempahan ingat nk fokus pada readystock ja... nti saya update....

 


22.10.15

Special request dan saya tidak mengambil tempahan...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak saya berkongsi cerita di FB dan IG mengenai DIY topeng muka jerebu tuh ramai yang bertanya tak ambil tempahan ke?Ok, secara jujur memant saya tidak mengambil tempahan untuk topeng jerebu atas sebab-sebab tertentu iaitu 

1) Topeng jerebu saya tak ada kelulusan hehe :P satgi orang mai serbu rumah saya marah jual topeng jerebu tak dapat kelulusan NIOSH hehe

2) Saya jahit DIY topeng jerebu sekadar suka-suka... tak ada niat nak buat bisnes... jadi kualiti adalah kurang sikit dari segi kekemasan jahitan. Material insya allah terbaik cuma kurang ketelitian la kot sebab tidak merancang untuk dijadikan barang dagangan

3) Renyah sikit sebab fabrik yang 'readystock' saya cuma ada jenis 'knit cotton' iaitu kain tshirt which is agak mahal berbanding fabrik cotton biasa. Jadi saya tidak berhajat nak borong fabrik cotton semata-mata nak jahit mask... adala 2-3keping fabrik cotton kegemaran saya tapi sayang sangat nak guna... saya ada koleksi peribadi ja... 

4) Saya rasa bisnes mask ni bermusim sebab sekarang kan musim jerebu. Jadi memang saya tengok ramai juga 'crafter' yang jual. Sebenarnya nak jahit mask ni mudah je... saya boleh berkongsi 'tutorial' yang saya 'follow'. Mudah sangat saya rasa jahit tangan pun boleh. 

Saya tak pasti kot 'next time' saya serius nak berbisnes mask ni... hehe :P ramai pulak yang dok PM tanya siap call lagi... haih... rasa macam tak boleh nak komit... sekarang cuma bisnes 'headband' dan Shaklee sahaja ya... Ada lagi perancangan pada masa akan datang. Insya ALLAH... tak mau buat banyak-banyak bisnes tapi tak boleh fokus sudahnya ke laot semua :)



 

19.10.15

Come back!

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah sebulan rasanya saya 'bercuti' daripada bisnes sekangkang kera yang baru berusia setahun jagung yakni headband... (read: boleh search kat IG @sweetiecutiepretty atau klik link Sweetie Cutie Pretty) Saya tak tahu apa yang tak kena, pegang 'ribbons' je jadi malas, pegang alatan menjahit je terus rasa terkuap2 mengantok... tak boleh nak 'stay' langsung... buat menda-menda kraf ni memang perlukan satu mood yang tenang dan memang mood sangat penting... kalau mood ke laot tapi kita paksa diri kita untuk berkarya (walaupun takdak la kreatif sangat... seni adalah subjektif bagi saya...terpulang pada individu untuk menilai setiap karya seni itu). Jadi setelah setahun Sweetie Cutie Pretty beroperasi, alhamdulillah atas rezekiNYA SCP ada peminatnya yang tersendiri...

Memang ada diantara rakan-rakan terdekat kurang menyokong bisnes saya ni... saya tak kisah pun... ada yang cakap bisnes headband ni ramai sangat dah 'online shop' buat, 'online shop' ni siap dah masuk WHI, siap ada anak-anak retis pakai headband dia ni, 'online shop' ni punya harga memang semua mahal dan berkualiti, yang ni pulak cakap 'online shop' ni jual murah je bawah RM6 semua headband dia... nampak tak berapa ramai orang punyak perangai? (bak kata ikaradiusite 'range' harga adalah terpulang kepada 'target market' kita... kalau 'target' orang berpendapatan rendah dan sederhana kau jual harga 'standard' berpendapatan tinggi, memang tersalah 'target market' la... contohnya: Orang ni 'target market' dia dikalangan orang-orang ternama dan anak-anak artis. 

Jadi reka-bentuk eksklusif dengan menggunakan material 'import' dan juga maha. 'Range' harga dalam RM15 - RM30 untuk 1pcs 'headband' (saya bagi contoh dalam skop 'headband' ye sebab saya jual headband). Saya ni surirumah yang berpendapatan yang tak menentu. Agak-agak saya nak beli tak 'headband' dengan harga yang macam tuh? Kempunan nak pakaikan anak dara dengan 'headband' tapi tak mampu nak beli dengan harga yang macam tuh (yelah 'headband' je kot sampai nak beli berpuluh ringgit... budak cepat membesar rasanya tak pakai lama 'headband' tuh untuk satu-satu jangka masa). Memang tak masuk 'target market' la orang jenis saya ni... Jadi sila padamkan hasrat itu. Cari je la 'headband' dengan 'range harga' yang mampu kau pilih... dari semurah-murah harga hingga semahal-mahal harga ada... pilih je mana yang nak.. haha :D

Kalau kita nak 'follow' semua cakap-cakap orang ni memang letih dan tak terlayan... saya akui, saya bukanlah ada modal besar... saya bermula dengan modal yang kecil dan pelan-pelan saya kembangkan... saya tak kreatif tapi ada yang minat dengan hasil seni saya... Jadi saya yakin dengan rezeki ALLAH SWT... macam bisnes Shaklee jugak... berapa ramai pengedar Shaklee dan saya tak nafikan kanan kiri, atas bawah, depan belakang ada 'competitors' tapi tak semestinya kita tak boleh berjaya... betul tak? 'Target market' saya untuk orang berpendapatan rendah dan sederhana. Harap-harap semua orang dapat merasa melawakan anak dara masing-masing dengan aksesori kepala yang cantik dan harga berpatutan gitew... hehe :D... ada beberapa orang 'mommies' whatsapp saya minta saya tiru design 'online shop' lain tapi bagi harga murah dari 'online shop' tersebut... memang bukan saya la kalau gitu. Saya minta dia pergi beli dengan 'online shop' itu. Sila hormati hak cipta orang lain. Jika berminat dengan barang yang dia jual tapi tak mampu cer 'deal' elok-elok? Saya rasa macam kurang manis minta orang lain tiru sebijik barang orang lain semata-mata nak dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. Mestilah ada sebab dia letak harga macam tuh kan? mungkin 'material' yang digunakan 'material' bermutu tinggi, idea yang dicurahkan lagi makan masa dia, silap-silap tak tidur malam orang tuh nak hasilkan produk sendiri... :)

'No heart feeling' ya... sekadar secebis pendapat saya yang tak seberapa... jadi sila jangan banding-bandingkan... pilihan banyak dan anda boleh buat pilihan berdasarkan citarasa dan kemampuan masing-masing... begitulah dunia perniagaan ada pesaing, ada pelbagai ragam manusia yang kita akan jumpa... bermula dengan 'supplier', kemudian pelanggan, kemudian pesaing dan bermacam-macam lagi. Minta semua kawan-kawan doakan saya semoga dimurahkan rezeki. Mungkin bisnes 'headband' saya ini boleh berkembang lagi dengan pelbagai produk berasaskan aksesori bayi dan kanak-kanak yang 'handmade'? :D Boleh tukar status seorang peniaga kepada seorang usahawan... haha! tak salah berangan kan? moga allah swt memberikan saya jalan... doakan saya semua! 

Siap setup 'hairbow organizer' kat pintu almari jek... hehe :D coming soon design-design terkini insya allah.... doakan ALLAH SWT berikan saya inspirasi yang bernas lagi bermutu tinggi na!


 

11.10.15

DIY topeng muka...

 Bismillah wal hamdulillah...

Syukur ya allah, segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan sekalian alam... rasanya berakhir sudah musim jerebu di bumi Malaysia tercinta. ALLAH SWT masih sayangkan kita, masih ada orang-orang soleh yang mendoakan keamanan Malaysia, dan ALLAH SWT sayangkan mereka. Kita yang penuh dosa dan noda ini hanya menumpang karamah mereka... siapalah kita ALLAH SWT nak pandang... :(

Susah hati sangat bila memikirkan bacan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Malaysia kian meningkat hari demi hari... berikutan pembakaran hutan secara berleluasa di Jambi Riau Indonesia (betulkan saya jika salah tempat) tapi yang saya terbaca begitulah. Dek kerna kerakusan manusia yang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan, sanggup meletakkan kesihatan dan nyawa manusia pada risiko yang tertinggi. Sukar untuk dihadam akal fikiran manusia yg waras sebenarnya. Tapi itulah yang terjadi. 

Kesian nasib penduduk Riau, ada yang meninggal dunia gara-gara terkesan dengan debu dan asap daripada pembakaran hutan tersebut. Yang berisiko tinggi tentulah kanak-kanak dan orang tua kerana sistem imun mereka masih ditahap lemah. Pendek cerita kisah pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran oleh syarikat-syarikat yang mengusahakan kebun-kebun di Riau dan beberapa daerah Sumatera mengambil jalan mudah. Tujuan untuk jimat kos bagi menggantikan tanaman sedia ada dengan tanaman baru iaitu just BURN IT! Tanpa memikirkan nasib penduduk sekitar yang berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan seterusnya membawa kepada kematian. 

Kesian nasib mereka, Malaysia pun turut dapat kesan. Bacaan IPU mereka mencecah 1000-2000 ha!! Kita ni yang mencecah ratusan pun dan sesak nafas rasanya, pedih tekak, sakit hidung, sakit kepala semua pakej... Budak-budak pun ramai yang demam, selesema n batuk. Tak kurang yang kena jangkitan paru-paru sampai warded! Kat mana la perikemanusiaa yang bergelar 'manusia' ini? Konfem memang takada rasa belas ehsan...

Ok punya panjang berjela bebel pasai jerebu. Sakit hati okeh! Kita as parents mestila risau keadaan anak kita. Nasib aisya dapat cuti 2hari gara-gara bacaan IPU dan mencecah 100++ masa tuh which is bacaan TIDAK SIHAT. Risau betul dah masa tuh memang perintah berkurunglah semua anak-anak... pintu n tingkap semua tutup. Pasang kipas n ekon je lah... budak-budak kan tak suka terperap dalam rumah, memang ummi buntu idea nak create aktiviti kat 3ketols ini agar terisi masa terperuk dalam rumah ini... Alhamdulillah dalam masa 1minggu ja bacaan IPU dah kembali normal... hujan turun setiap hari... Rasa lega syukur tak terhingga waktu tuh... 

Sempat la ummi DIY topeng jerebu... haha! gigih gugel tutorial. Kalau nak ikut, topeng jerebu pun ada standard piawai tersendiri. Topeng DIY ni pun kalau nak ikut tak boleh sebab tak boleh nak tapis debu dan segala mikro-organisma berbahaya dalam udara yang disebabkan oleh jerebu. Kena gi beli kat farmasi. Eh bukan 'surgical mask' tuh yang kaler hijau n putih ye... itupun sepatutnya tak bagus dan tak efektif... 

Kena pakai mask yang diiktiraf oleh NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia). Ia mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer....takpala tak mampu lagi nak beli mask mahal-mahal jadi ummi DIY je dulu na... at least ada benteng sikit walaupu tak totally efektif... ada panduan memilih dan memakai topeng jerebu. Boleh baca SINI untuk maklumat lanjut. Topeng yang dimaksudkan adalah N95 (macam model handset NOKIA 1ketika dulu sebelum ada 'smartphone' hehe)

Ni pola topeng DIY saya tuh... simple sangat. Saya rasa semua orang boleh buat.

Tara siap!
Close up... tema hello kitty lagi...ramai PM nak order... sorry tak buka untuk order ya... ni saja suka-suka untuk anak-anak. Kot terdesak kena keluar rumah musim jerebu arituh pakai je la...
Kak long aisya eksaited nak pakai mask!

22.2.15

Knotted Headband SweetieCutiePretty by Faizah Ramli...

Bismillah wal hamdulillah...

Lama dah bertangguh nak hasilkan knotted headband handmade ni... first of all nak dapatkan bajet untuk membeli raw material knotted headband ni yakni knit cotton... kalu nk beli orang lain punya adalah sangat tak best sebab tujuan sy menubuhkan SweetieCutiePretty ni adalah utk menghasilkan 'hiasan kepala' (adoi la sangat hiasan kepala) untuk si comel dan dari hasil usaha n air tangan saya sendiri... bil makna design tuh adalah totally idea saya... mungkinla ada amik beberapa idea tapi untuk menghasilkan headband yg comel, berkualiti dan tahan lama... dan yang penting selamat untuk si comel...sebab itu saya akan tanya customers umur baby/kanak-kanak yang nak pakai headband ni... tak mahu band yg dipakai baby terlalu ketat which is tak selesa of course n memang bahaya juga untuk tumbesaran kepala bayi...

Itu kisah pembikinan awal, survey punya survey material mmg knit cotton ni susah sangat nk dapat, nak2 design yg comel dan sesuai utk dijadikan knotted headband... secara purata harga kain knit cotton ni untuk 1meter adalah RM30 ke atas...1meter je ok! dan kebanyakkan knit cotton ni adalah kain import dari US, China, Korea etc... paling mahal n lembut of kosh dari US... dengan mata wang malaysia yg sedang alami kemerosatan memang agak tinggi kosnya daripada biasa bagi membeli knit cotton ini... adeh... memang tak tidur malam dibuatnya nak mencari... akhirnya dapatlah daripada beberapa seller... ada yg pre-order berbulan-bulan tak dapat lagi... huhu... Jadi saya letak harga untuk knotted headband ni dah paling murah dah rasanya... sebab knit cotton comel berkualiti agak susah untuk dicari...dan harganya tinggi.

Itu belum part nak menjahit... tak tidur malam saya dibuatnya sebab perlukan fokus... tengok-tengok dah subuh haa... ambik masa cuti CNY arituh untuk stay up... agak kelam kabut sebab si ammar yaser ni bangun menyusu 1jam sekali... ummi adalah penat tidak terhingga... tapi demi sesuap nasik kekdahnya haha! :D alhamdulillah lepas post je knotted headband handmade by SweetieCutiePretty berdesup-desup order masuk... terima kasih kepada yg memberikan sokongan dan kepercayaan kepada SweetieCutiePretty... Insya ALLAH more designs to come... kena ambik mood jgk untuk mencetuskan idea yg best :) doakan saya ye semua... kepada yg belum FOLLOW Sweetie Cutie Pretty boleh search di IG @sweetiecutiepretty dan di Facebook boleh LIKE page Sweetie Cutie Pretty untuk tengok design2 best :)






 Baru dapat menghasilkan 5designs knotted headband... 100% saya yang jahit ni ye uollss... sampai tak tidur den... haha :D gigih la sangat... Harga hanya RM10 je per design... kecuali untuk design Hello Kitty RM13... sebab design HK ni sangat limited... seller yg jual kain ni pun saya pujuk dia jual HK knit cotton ni... dia pun xnak jual sebab supplier dah tak nak keluarkan design HK ni... sedih weh sebab dah jatuh cinta dengan kecomelan hello kitty... jadi if habis stok kain knit cotton HK ni memang dah xde dah la knotted headband hello kitty...sob3...rasa mcm nak simpan je kain knit cotton ni buat khazanah sebab sayang sangat! tengok keadaan sebab rasa nak jahit seluar tidur si aisya n amira... ammar sorry ye, boboy xpakai kot hello kitty...hehe

 

15.7.11

Faizah's DIY: Peasant blouse & Pants my little Aisya...

Bismillah wal hamdulillah...

Pulun lagi gigih! Akhirnya siap la jgk walaupun ada lg menda nk tmbh2 skit... tp da 1bln++ running dlm projek ni da lbh due date sudeyyy yg tlh diri sndiri tetapkan... ni baru baju budak..haih..baca org dewasa bape lama la agaknya... mlm td smpai sanggup stay up smpai kul 3pg demi nk siapkan projek tertunda ini... ye la masa yg ada cuma mlm... siang??jgn harap! smpt kot pegang mesin dlm 3-4minit trett si aisya da sama2 menekan mesin skali T____T sibuk nk menjahit, sibuk nk mcm2 time2 tuh jgk! sungguh mengganggu konsentrasi....

Nak hapdet entri ni 2-3kali stop sbnqnya...si aisya td dia da tuang n gaul2kan sambal belacan...mcm nk nanges dibuatnya... skrg da mkn nasik skali dgn dia... so sy asingkan sambal sbb xsesuai utk aisya...just letak sup, ikan goren je... mkn byk jgk... pastu dia tgk sambal xsmpat sy nk alihkan trus dicapainya n ditabur2 kt ruang tamu....aduih... nk marah pun xguna kan...anak kecik still xphm apa2 lg :) sy ni mmg jenis panas baran tp alhamdulillah dgn aisya mmg leh control rasa marah tuh... anak sndiri n mmg secara automatik nk marah2 dia trus set dlm kepala aisya kecik lg.. baru 14bln n kalu marah2 pun dia xphm apa2... rugi je n bg kesan buruk utk dia nti... 

Ok berbalek pada projek DIY sy nehs... alhamdulillah dpt jgk siapkan peasant blouse  n pants utk aisya... puas sgt rasa! tp ada beberapa menda kena ubah lg skit pasneh... :) best2...

Little bow... 1st time try wat bow... kempis skit la bow ni kena ubah suai skit kasi nmpak lg gebusss :P

Pants aisya ^_^

My little model... masuk elok je dgn badan aisya... sonok xsangga tgk baju yg kita jahit dia leh pakai :)

Peasant blouse... saje je letak bow kt situ... nk ubah suai skit bow tuh tp xtau lak kt mana nk letak... any suggestions??