Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts
Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts

6.3.16

Saya bukan 'dietitian'

Bismillah wal hamdulillah...

Dah seminggu lebih pendam perasaan nak 'post' mengenai 1isu yang saya baca dekat 'facebook'. Bukan isu sangatlah tapi 1status yang dimuatnaik oleh seseorang. Perasaan sangat kecewa di situ sebab dia telah menyebabkan 'salah tafsir' dikalangan rakan-rakan fb yang lain berkenaan dengan 'pemakanan sihat' dan disokong pula oleh beberapa orang yang lain juga bergelar seorang jururawat dan katanya 'statement' itu dikeluarkan sendiri oleh seorang 'dietitian' di klinik kerajaan... saya macam... *blur* lama juga ambil 'feel' nak menulis di sini...  

'Status' seseorang ini meminta pandangan berkenaan dengan 'susu formula' terbaik untuk bayi dan kanak-kanak sebab anaknya diklasifikasikan terlalu kurus, tak cukup berat orang 'dietitian'. Beliau sangat kecewa sebab anak dia tak gemuk macam anak orang lain sedangkan anaknya 'breastfeed'. Jadi dia tak mau orang dok 'advice' dia breastfeed anak... dia cuma nak tau jenama susu formula yang terbaik! yang bagi badan budak gemuk gebu kebabom kisahnya... saya macam 'speechless' di situ. Rasanya anak dia dalam usia 3-4tahun gitu sepatutnya penekanan diberikan kepada aspek corak pemakanan harian bukan fokus pada susu semata-mata pada usia sebegitu. Dia sepatutnya cek sama ada anak dia makan makanan seimbang atau tidak yang menyebabkan berat badan kurang daripada budak seusia dengannya.

Ada pula seorang ni bagi 'suggestion' bagi anak yg kurang berat dan badan kurus ni makan makanan manis seperti 'chocolate', 'nugget', kentang goreng sebab katanya 'dietitian' di klinik kerajaan yang bagi saranan sebab dengan makanan sedemikian insya allah berat badan akan cepat naik dan badan budak mudah jadi gemuk dan tembam... saya macam masyaALLAH! Kalau betullah 'dietitian' tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian memang saya rasa dia ni jadi pakar pemakanan cukup syarat ja... dia ni belajar habis ke tak ni? agaknya depa ni pun tak berapa pasti pastu main hentam cakap sahaja berdasarkan teori sendiri? Wallahu'alam...

Banyak persoalan yang muncul dari saya yang bukanlah seorang 'dietitian' ini tetapi adakah saya tak cukup peka dengan pemakanan anak-anak?:

Adakah berat badan seseorang budak perlu bergantung sepenuhnya kepada graf yang diberikan oleh KKM?

Saya tak faham sebenarnya kenapakah 'parents' dipaksa oleh para jururawata di klinik kesihatan untuk memantau berat badan anak-anak sesuai dengan graf yang diberikan oleh pihak KKM yang terdapat dalam buku rekod kesihatan? Padahal pada hemat saya saiz setiap budak itu tidak sama kerana beberapa perkara perlu juga diambil kira seperti berat semasa lahir, keturunan, baka dan sebagainya dan memang sudah pasti saiz setiap budak berbeza walaupun pada umur yang sama. Saya tak faham kenapa 'parents' ditakut-takutkan dengan masalah anak tak sihat dan sebagainya kerana berat badan anak tidak betul-betul 'follow' graf yang diberikan?

Apakah corak pemakanan sewajarnya kepada kanak-kanak atas 2tahun? adakah susu menjadi makanan utama/asas pada usia ini?

Bayi digalakkan menyusu dengan susu ibudari lahir sehingga berusia 2tahun... hal ini dipersetujui dalam Islam dan dalam perubatan moden sekalipun termasuklah WHO (World Healt Organization) sekalipun seperti dalam kenyataan dari badan berkenaan seperti berikut:

Thereafter infants should receive complementary foods with continued breastfeeding up to 2 years of age or beyond. To enable mothers to establish and sustain exclusive breastfeeding for 6 months, WHO and UNICEF recommend: Initiation of breastfeeding within the first hour of life.

Jadi tempoh selepas 2tahun itu, susu sudah tidak menjadi makanan utama bagi kanak-kanak berkenaan. Ya BUKAN MAKANAN UTAMA atau RUJI... Jadi ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengambil makanan yang sihat dan seimbang... Tanggungjawab kita mendidik anak-anak mengutamakan kesihatan mereka. Bukan setakat mendidik bagi boleh baca al-quran, hantar sekolah dan sebagainya, ajar anak makan dengan betul, pilih makanan yang sihat, makan dengan adab dan sebagainya dikira juga sebagai salah satu tanggungjawab memberi didikan yang baik kepada anak-anak...

Saya sendiri masih dalam proses memberikan pendidikan dan pendedahan kepada anak-anak tentang makanan apa yang mereka elok makan dan perlu elak walaupun kadang-kadang terbabas juga... tapi proses didikan itu perlulah konsisten dan bermula dari ibu ayah itu sendiri. 

Saya cukup tak faham dengan sesetengah 'parents' sibuk dok 'survey' jenama susu formula yang terbaik untuk anak mereka yang berusia 3-4tahun dan mengalami masalah kurang berat dan terlalu kurus tapi pada masa yang sama biar anak makan makanan tak sihat contohnya 'fast-food', jajan dan sebagainya makanan yang tak berkhasiat. Langsung tak titikberatkan perlu mengambil makanan tambahan (supplements) untuk kanak-kanak seperti 'multi-vitamin', vitamin c dan sebagainya. Jika tidak berminat dengan 'supplements' makanan sunnah kan ada contohnya madu, buah delima, kurma, kismis dan banyak lagi makanan sihat yang lain seperti minyak kelapa dara, buah-buahan segar, sayur sayuran, yogurt... haish banyak sangat nak senarai... Sebagai ibu bapa perlu bijak untuk variasikan makanan anak-anak agar mereka merasa minat untuk makan makanan yang berkhasiat... Perkara ini juga perlu diterapkan seawal mungkin sejak anak-anak mula kenal 'solid food'. Elakkan penggunaan gula putih, garam untuk kanak-kanak dibawah usia 2tahun.

Cek balik pemakanan anak-anak di usia 3-4tahun bukan 'blame' kata "anak saya breastfeed tapi kurus tak cukup berat" padahal patutnya bangga dan bersyukur sebab dapat 'breastfeed' bukan salah susu ibu tapi di usia 3-4tahun ni kena cek pada diet harian anak...

Adakah budak gemuk, montel dikaitkan dengan budak yang sihat dan budak yang kurus dan berat badan kurang dikategorikan sebagai budak yang tidak sihat?

Dalam masyarakat kita budak yang gemuk, berisi, tembam dikaitkan dengan budak yang sihat dan seharusnya budak-budak semua patutnya berisi dan gemuk... bila tengok kanak-kanak yang sedikit kurus ramai yang berpendapat mak ayah bagi makan tak cukup, susu formula kurang berkualiti dan sebagainya. Mitos sebegini membuatkan ibu ayah sibuk menggemukkan anak masing-masing walhal anak tersebut dah sihat walaupun adan sedikit kurus.

Rama ibu bapa bersaing sesama sendiri untuk melihat anak siapa yang paling 'sihat'? Berkongsi-kongsi sesama sendiri jenama susu formula mana yang menjadikan anak-anak mereka ini sangat 'sihat'? Jarang sekali rasanya kita dengar ibu bapa ni berkongsi tentang corak pemakanan yang sihat bila melihat anak seseorang yang lain lebih 'sihat', aktif dan jarang sakit mesti keluar dari mulut mereka "bagi minum susu apa ye?" Erm... mungkin dah budaya dalam masyarakat kita agaknya... menganggap susu formula sesuatu yang WAJIB dihidangkan kepada anak-anak walaupun usia sudah menjangkau 3-4tahun.   

Bagi saya asalkan kita sebagai ibu bapa menjaga pemakanan anak, dia makan nasi, sayuran, buahan, makanan-makanan berkhasiat yang lain, tidak makan makanan segera, jajan insya allah mereka sudah mendapat bekalan nutrisi sepatutnya tanpa mengharapkan 100% hanya kepada susu formula. Susu bukanlah lagi makanan utama dalam diet harian anak atas 2tahun. Boleh jika dia masih inginkan minum susu tapi lebih elok jika diberikan susu segar bukan susu yang diformulasikan :) ia lebih sihat... susu almond, susu kambing juga sihat dan berkhasiat.

Gemuk bukanlah petanda kanak-kanak itu sihat, dan kurus juga bukan petanda kanak-kanak itu tidak sihat :)

Adakah susu ibu tidak sehebat susu formula? di mana silapnya pada susu ibu dalam isu ini?

Bagi saya ini isu paling sensitif sepatutnya dimainkan peranan penting oleh semua orang terutamanya agensi kerajaan seperti klinik kesihatan kerajaan, klinik desa dan sebagainya tentang 'breastfeeding myths' yang  menjadi salah tafsir dikalangan ibu bapa. Antara teori sendiri yang direka-reka oleh masyarakat kita mengenai isu 'breastfeeding' dan saiz budak adalah:

1) Budak menyusu badan ni memang susah nak naik badan dia. Kurus ja macam tak cukup khasiat.
2) Budak menyusu badan ni memang badan naik macam belon yang ditiup angin :P (apa pun tak boleh nak salahkan susu ibu jugak tuh)

Kedua-dua teori rekaan itu konfemlah tak tepat... pada awal kelahiran sehingga usia anak mencecah 2tahun bagi je lah susu ibu sepenuhnya tak kisahlah badan anak gemuk ke kurus melidi ke asalkan dia sihat sejahtera cukup, aktif, tak meragam, membuang dengan lancar dan baik... Apabila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal PASTIKAN! makanan yang diberikan bebas gula, garam... bagi makanan yang semulajadi seperti puri buah dan sayuran... elakkan sama sekali makanan segera/proses seperti 'nestum bayi' pelbagai jenama di pasaran. Tolong elakkan! Ia umpama memberi mee segera kepada bayi anda! makanan segera bayi (walaupun banyak sungguh iklan yang disogokkan dengan kata-kata manis pengeluar seperti kaya dengan khasiat bla bla bla tolong jangan percaya! Ia tetap makanan yang segera!)

Dipihak ibu yang menyusukan, sepanjang tempoh anak menyusu badan tidak kisahlah 'exclusive breastfeed' ka, 'fully breastfeed' asal dia masih menyusu jaga juga pemakanan kita. Elakkan makanan proses dan segera juga bagi menjaga kualiti susu badan kita (sekali sekala nak merasa tu 'acceptable' lagi jangalah hadap setiap hari atau setiap minggu... hilang royan sebulan sekali cukuplah... tuhpun habuan merasa bukan melantak!) ambil makanan seimbang, berkhasiat... Jika rasa badan tak mampu ambil makanan seimbang kerana kesibukkan tugas harian sila cari alternatif lain seperti ambil 'supplements' ok fine saya bukan nak promo suruh beli Shaklee hehe :D nak beli lagi bagus ekekeke :P makanan sunnah tuh pun dikira sejenis makanan tambah juga... ambil kurma bersama susu kambing setiap pagi dan sebelum tidur, susu badam, madu, habbatussauda' dan sebagainya... Minum air masak secukupnya...

Menurut seorang doktor, bayi atau kanak-kanak yang menyusu badan secara penuh ni memang kadang-kadang kita akan tengok dia terlebih berat atau obes pada awalnya tapi nanti badan dia akan membentuk dengan sempurna, tegap, kemas apabila meningkat dewasa... Jadi jangan fikir banyak bab berat ka kurus ka gemuk ka... just lunaskan tanggungjawab kita menyusukan anak kita sepenuhnya... cuma apabila sudah sampai tempoh 2tahun ke atas periksa semula jenis makanan apa yang kita bagi anak kita tuh... pada ketika itu susu bukanlah lagi MAKANAN UTAMA anak, dia dah boleh makan seperti orang dewasa cuma sebagai ibu ayah pastikan anak ambil makanan yang sihat agar proses tumbesaran dia berlangsung dengan baik. Sekiranya selepas 2tahun anak masih mahu menyusukan, teruskan proses penyusuan susu ibu sehingga ibu dan anak masing-masing bersedia untuk bercerai susu.

Sekian, bebelan panjang lebar...

Saya bukanlah seorang pakar pemakanan atau 'certified dietitian' tapi saya rasa untuk menjadi sihat tak perlu kot nak tunggu dapat kelulusan sebagai pakar pemakanan baru nak belajar apa yang sihat untuk dimakan oleh kita dan anak-anak? atau tak perlu kita bergantung 100% kepada nasihat 'dietitian' di klinik-klinik sebab kita juga sudah ada panduan dan ilmu. Menjadi seorang ibu perlu sentiasa menimba ilmu bukan sahaja ilmu keibubapaan. Saya secara peribadinya masih banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kelangsungan tumbesaran anak-anak berjalan dengan sempurna... Permudahkan urusan kami ya allah...ameen

??


 

11.11.15

Suratan atau kebetulan?

Bismillah wal hamdulillah...

Pernah tak seseorang yang sangat kita kenali sekian lama, hari ini dia jadi orang lain, tapi esok tiba-tiba dah jadi lain? Pernah tak? Pelik tak? Kecewa tak? Sedih tak? Nak-nak orang itu adalah orang yang paling kita sayang, kita percaya, kita rapat seperti kawan baik, adik-beradik dan pasangan hidup anda sama ada isteri atau suami. 

Semoga ALLAH SWT sebagai penjaga hati-hati kita tidak membolak-balikkan hati-hati orang yang kita sayang kepada sesuatu yg tidak kita ingini. Sungguh gerun sebenarnya nak hadapi situasi seperti ini kerana diri sendiri memang belum tentu kuat untuk menghadapi ujian seperit ini. Bagi saya biar hilang segala isi dan harta dunia ini tapi jangan hilang hati insan yang disayangi dan dicintai. Sukar sebenarnya untuk dibayangkan. Tetapi ternyata apa yg kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dari sang Maha Mencipta sahaja. Bila-bila masa sahaja dia boleh ambil dan tarik balik, termasuklah hati ini...

Sebab itulah ada  yang berpesan jika ingin bersama seseorang atau mengikut sesuatu jangan terlalu taksub. Serahkan segala urusan kepada yang Maha Kuasa. Biar kita berpada-pada dalam sesuatu dan yakin dengan kuasa dan ketentuannya mungkin hari ini tidak sama dengan esok atau lusa. Agar kita tidak kecewa atau dengan erti kata lain sukar untuk menerima kenyataan dan ketentuan yang telah DIA tetapkan. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Hati kita bukan milik kita. Masih milik ALLAH SWT... Mungkin hari ini hati kita lain, esok tiba-tiba kita dah tak ingat segalanya dan apa yang kita pegang dan anuti tiba-tiba sudah jadi tiada... nauzubillah... risau sangat sebenarnya...risau jika terpesong, risau jika kita mengikuti sesuatu yang salah dan mengundang murka ALLAH SWT... Berdoa banyak-banyak ke hadaratNYA, semoga kita dilindungi dari bisikan nafsu dan syaitan yang sentiasa berazam menyesatkan anak adam... ameen ya rabbal'alameen...

 

8.10.14

Saya ok sahaja...

Bismillah wal hamdulillah...

Sejak sy ceburkan diri dalam bidang bisnes kecil-kecilan ni mmg banyak juga mengajar saya... mula2 dunia baking... banyak sgt ilmu yg kena susah payah cari... keluarkan modal untuk cari ilmu semua perlukan pengorbanan yg tidak berbelah-bagi...itu barulah dikira sebagai hasil titik peluh sendiri... mula-mula start bisnes baking, ada juga niat dihati nk minta resepi tp macam bila dapat tahu orang yg pandai2 n otai2 dalam dunia baking bersusah payah pergi kelas yg harganya beratus-ratus ringgit, tak tidur malam bereksperimen nk hasil yg terbaik rasa mcm tak sampai hati nk mudah2 je, free2 je nk minta resepi, minta tips... sy dengan sendiri rasa malu n segan... orang tuh susah-susah kau senang2 jek?? mungkin personally orang tuh tak kisah tp di mana adab kita? adab sebagai seorang rakan bisnes mungkin?adab sebagai seorang pesaing?adab sebagai saudara semuslim?

Pendapat peribadi sy, adalah kurang sopan apabila contohnya orang tuh buat baju (mungkin baju dia special sikit, sedap dipakai, cantik n kemas) n jual baju yg dah siap tuh... kira bisnes la... tp kita pula tanya "kat mana eh nk cari kain baju tuh?saya nk jahit baju ni sendiri?" "puan/cik jahit mcm mana eh utk hasilkan baju yg macam ni? saya nak buat sendiri" kira details la mengenai produk orang tuh... ok boleh imagine tak?ntah2 tukang buat baju tuh berhempas pulas nk hasilkan baju yg sedap dipakai, cantik n kemas tuh... amik masa bertahun-tahun nk belajar utk mahir... tapi kita senang2 nk cilok orang tuh pnya idea? sy tak kisah kalau orang nk tanya sikit2... sy dengan gembira lagi seronok untuk berkongsi pendapat n idea yg tak seberapa ini... tp kalau nk sebijik2 macam yg kita buat sy rasa 'kekurangan-adaban' di situ...

Kalau kita nk cakap orang tuh kedekut ilmu, fikir balik la... kita lagi kedekut kot? nak mudah jek, pemalas nk keluarkan tenaga, duit, berusaha lebih sikit utk dapatkan sesuatu itu... nak orang bagi free2 jek?sapa lagi kedekut?yg nak free2 ke atau orang yg susah payah dapatkan ilmu tadi?

Apa2 pun ini sekadar pendapat peribadi... terpulang kepada individu utk menilai... saya ok sahaja mana2 pun... tp bagi sy, saya memilih utk menghargai susah-payah orang itu mendapatkan ilmu... jadi lebih baik begini "boleh awk ajar saya tak?buat kelas ke?berapa yurannya?" instead of "boleh bagi resepi/tips/rahsia tak?" yg mana lebih beradab sopan ataupun lebih sedap didengar... memang, sesetengah orang sokay je...kawan-kawan je... :) jadi sy tinggalkan anda untuk fikir sendiri... terpulang...