Bismillah wal hamdulillah...
Dah beberapa hari rasanya 'facebook' dihujani dengan isu viral bikin panas 1Malaysia... ada juga retis turut sama menyumbang kata-kata sokongan dan nasihat... saya tak mahu komen siapa salah, sapa yang betul... kat sini ayuhlah kita pandang dari sudut pandangan positif dan apakah pengajaran yang kita perolehi dari isu ini? Sebagai salah seorang anggota masyarakat? Sebagai seorang wanita? Sebagai seorang yang beragama Islam? Sebagai seorang ibu? Sebagai seorang isteri?
Zaman 'smartphone', 'social media' semua dihujung jari hanya klik-klik je semua maklumat boleh dapat, boleh tersebar secara sangat meluas tanpa ada sesiapa pun dapat kawal dan halang...
Berhati-hati di laman sosial
Banyak sangat sebenarnya isu sekarang ni yang dikaitkan dengan laman sosial antaranya ada yang dikenakan hukuman undang-undang kerana statusnya di laman sosial yang berbaur ugutan, menfitnah dan sebagainya. Kita memang bebas berkata-kata tetapi perlu untuk lebih berhati-hati sebab 1dunia yang baca laman sosial kita.
Dunia tanpa sempadan ni apa sahaja pun boleh berlaku. Ada yang memang berniat nak menjatuhkan kita, jadi mereka ini 'create' 1 akaun 'fake' atau palsu untuk 'add friend' dengan kita. Padahal ada niat yang tidak elok. Jadi bagi saya memilih akaun untuk dijadikan kawan perlulah ditapis dahulu kerana berkemungkinan orang yang nak 'add friend' dengan kita memang ada niat yang tidak baik termasuklah mengaibkan kita, menfitnah dan sebagainya.
Ataupun mungkin kita kurang selesa dengan seseorang di laman sosial bagi saya seeloknya 'hide/unfollow' sahaja orang-orang berkenaan kerna dikhuatiri memberi aura negatif kepada kita. Saya sebenarnya sangat tak kisah dah sekarang sekiranya ada kenalan saya di laman sosial berniat nak 'unfriend' saya atau sebaliknya sebab mengambil langkah lebih 'privacy'. Kadang-kadang dengan laman sosial pun boleh bergaduh sesama rakan. Ada yang ambil peluang nak aibkan orang, 'stalk' laman sosial orang dengan niat nak buruk-burukkan orang tersebut... Jadi memang kena 'super' berhati-hati dah sekarang ni!
Ramai orang yang buat dosa kering secara sedar atau tidak melalui laman sosial sebab ambil langkah mengecam, mengutuk, mengumpat orang yang kadang2 kita tak kenal pun di laman sosial... Nauzubillah...
Berhati-hati 'upload' gambar peribadi dan keluarga
Berhati-hati dalam memuatnaik gambar peribadi, anak-anak dan keluarga. Ini nasihat kepada saya juga terutamanya gambar yang boleh memberikan prasangka negatif kepada orang lain contohnya seperti gambar 'brelfie' tersebut... Memang betul gambar 'brelfie' itu tak mendedahkan mana-mana bahagian aurat tapi rasanya Pencetus Ummah Rahmat ada menjelaskan isu ini. Analoginya seperti seorang wanita yang memakai haruman sehingga terhidu oleh seorang lelaki ajnabi sudah dikira mendekati zina... Apa la sangat setakat bau wangi je? Bukan perempuan tuh dedahkan aurat dia? Ini kerana ISLAM sangat memelihara maruah seorang wanita, jadi dijaganya wanita itu dengan sekecil-kecil hal yang kadang2 kita pun tak terfikir.
Bagi saya isu 'breastfeeding in public' ni sangan 'common' sejak dari dulu lagi. NIP ni tak ada salahnya sekirannya kena dengan caranya. Saya secara peribadi tidak suka sekiranya orang perasan saya tengah menyusu tak kiralah orang itu lelaki atau perempuan. Mungkin fitrah saya sebagai seorang perempuan ada yang ada sifat MALU tu semulajadi. Jadi apa yang saya buat sekiranya terpaksa NIP (sebolehnya nak elak tapi jika keadaan mendesak saya sediakan beberapa plan tindakkan)? Pakai tudung yang 'super' labuh sebab saya rasa 'nursing cover' tak membantu pun dalam kes saya. Ok ini pendapat saya la kan, saya lebih suka dan 'prefer' sekiranya ORANG SEKELILING TAK PERASAN pun saya tengah menyusu. Iaitu menyembunyikan bayi saya disebalik tudung yang labuh. Alhamdulillah saya memang pemakai tudung bidang besar sebab itulah saya kurang selesa sebenarnya nak pakai 'shawl' walaupun 'shawl' labuh sebab dia agak TERBELIT sekiranya terpaksa NIP. Sekiranya saya memakai 'nursing cover' orang perasan saya tengah NIP dalam hal begini suami pun kurang bersetuju. Sebab itulah juga saya tak pernah beli 'nursing cover'. Saya lebih 'prefer' sorok proses menyusu itu sehingga orang pun tak perasan. Orang ingat saya tengah dukung anak yang sedang tidur macam biasa.
Saya juga pernah NIP di 'airport' alhamdulillah ALLAH SWT mudahkan saya dapat cari 'port' tersorok dan suami sebagai pak guard tolong awasi saya yang tengah menyusu risau ternampak dek orang. Jadi sebelum nak bawa anak keluar PLAN A saya adalah akan 'make sure' dia betul-betul dah kenyang dan tak mengantok. Sekiranya keadaan mendesak jadi fikir plan B iaitu cari tempat tersorok dan lebih 'proper' seperti 'nursing room' jika ada, surau, 'coridor' atau bahagian bangunan yang memang tersorok dari padangan orang. Memang mencabar ye sebenarnya nak menyusu ni tapi ia tidak mematah semangat saya apatah lagi ibu-ibu kat luar sana untuk menyusu. Cuma dalam kes ini kita sebagai seorang muslimah, beragama Islam, faham mengenai aurat, ambil kisah mengenai adab seorang wanita muslim. Disamping itu kita kena fikir juga orang sekeliling yang tak semuanya 'open' mengenai menyusu di tempat awam. Jadi seeloknya kita elak daripada sebarang perkara yang tidak diingini risau timbul isu dikemudian hari.
Tidak taksub dengan sesuatu perkara
Sejak saya melahirkan anak pertama, isu 'breastfeeding' ni menjadi semakin meriah... Alhamdulillah ramai dah ibu-ibu muda sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu. Tetapi bagi pandangan peribadi saya, kita tak perlu untuk taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita tak ambil kisah tentang aurat, adab dan sopan kita sebagai yang bergelar wanita apatah lagi beragama ISLAM. Mungkin la pada awalnya kita tidak tahu, tapi apa salahnya kita minta pandangan orang yang lebih berilmu tentang sesuatu yg kita sendiri tak pasti dari sudut syariah.
Jadi buang ego kita, buang perasaan taksub kita untuk lebih mengutamakan apa yang dianjurkan dalam Islam. Islam sendiri pun menggalakkan penyusuan susu ibu tapi biarlah kena pada caranya... faham kan? :) Analogi mudah, hubungan intim suami isteri tuh ibadat lagi tapi perlu ke dipertonton sehingga 1dunia boleh tengok?
Menjaga adab, bahasa, tatasusila walaupun di laman sosial
Walau marah macam mana sekalipun kita, sakit hati dan geram tetapi itu bukan alasan untuk kita melontarkan kata-kata kurang sopan, ayat maki hamun dan sumpah seranah. Ini teguran juga untuk diri sendiri terkadang terlalu mengikut perasaan dan emosi sehingga terlupa sehingga sempat memuat-naik status berbaur amarah dan dendam. Nauzubillah... maafkan hambaMU yang serba kekurangan ini.
Siapa kita, akhlak dan peribadi seseorang hanya boleh dilihat apabila dia sedang marah dan mempunyai peluang untuk membalas balik apa yang orang lain perlakukan kepadanya. Jadi sekiranya kita melihat peribadi seseorang yang suka menghamburkan kata-kata kurang sopan, kata-kata kesat sepatutnya kita tidak mendekati orang-orang sedemikian dan tak perlu rasanya untuk berkawan dengan mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik" (Hadith Riwayat At-Tirmizi no. 1987, lihat Shahihul Jami' No. 97)
Tidak mengaibkan orang lain dan tegurlah secara baik dan berhikmah
Tindakkan mengaibkan sesama manusia di laman sosial juga sepatutnya dielakkan oleh kita semua. Apatah lagi dengan jelas mempertontonkan/memuatnaik wajah orang tersebut dengan tujuan memalukannya secara sengaja ataupun tidak. Ambil langkah yang lebih baik dengan tidak mengaibkan sesiapa. Jika orang tersebut buat salah tegur dia secara berhikmah, guna ayat dan perkataan yang baik dan yang penting tidak menegur dia dikhalayak ramai sehingga menjatuhkan air mukanya. Apatah lagi mengaibkan orang dengan kata-kata yang kurang enak secara terbuka sehingga tersebar berita keburukkan orang tersebut.
Setengah orang berpendapat sebar aib orang secara terbuka begitu adalah sebagai langkah nak menegur si pelaku itu. Biar semua orang maki hamun dan melontarkan kata-kata tidak baik. Begitulah cara nak 'ajar' orang yang buat salah. Sedarlah ye, kita juga ada buat salah dan apa perasaan kita jika kita ditegur dan diaibkan sebegitu rupa. Boleh ke kita terima dan berlapang dada? Ataupun saudara dan kenalan rapat kita diperlakukan sedemikian rupa? Apa pula perasaan kita? Begitu juga dengan orang yang kita aibkan... Apa perasaan suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka? Tolonglah belajar untuk fikir hati, perasaan, maruah orang lain juga dan tidak bertindak melulu selari dengan 'kebodohan' diri sendiri.
"treat others how you want to be treated"
"Dan barang siapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya ALLAH SWT menutup aibnya didunia dan diakhirat" (Hadith Riwayat Muslim)
Tiada orang kat dunia ni nak aibnya diketahui orang lain. Setiap dari kita tak sempurna ada kelemahan jadi jagalah aib dan kelemahan diri daripada kita sibuk mencanang aib dan lemah orang lain.
Tidak memanjangkan isu yang remeh
Perbalahan, pergadohan di laman sosial terutamanya dengan golongan orang yang tidak/cetek 'akal' ni tidak membawa sebarang penyelesaian. Kata-kata kesat dan kotor terus dilontarkan, dan tiada kata sepakat pun diperolehi. Maka 'tinggalkan' orang itu sendirian. Biar dia dengan kata-kata dan maki hamunnya. Tiada guna untuk kita berbalas kata dengan mereka. Penat nanti diam la tu... :)
Tambah sakit hati, tambah dosa... Rasanya banyak lagi perkara lebih penting untuk layan orang-orang sedemikian. Rasanya mereka ini golongan yang jenis 'attention seeker', kekurangan kasih sayang dan minta perhatian dari orang lain dengan cara 'cari gadoh'. Kita sebagai ibu-ibu dan ayah-ayah terutamanya, dah matang, dah besar panjang boleh fikir kot perkara ini. Bergadoh, bertikam-lidah tak membawa apa-apa manfaat dan kebaikkan pun malah lebih memanjangkan isu dan memburukkan lagi keadaan. Diam tidak bermakna kalah. Diam tak bermakna kita salah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH SWT dan hari kemudian maka hendaklah dia berkata yang baik atau DIAM" (Hadith Muttafaq 'Alaih)
Minta maaf dan akui kesilapan tidak merugikan sesiapa
Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini. Sebab itu dalam Islam ada istilah bertaubat. Maknanya kita ni sebagai status HAMBA kepada yang Maha Berkuasa kat atas sana memang tak lari dari buat silap dan salah... ALLAH SWT melayan hamba-hambaNYA yang buat salah dengan jalan taubat dengan baik. Walau tinggi manapun status dan kedudukan kita, kalau kita buat salah memang wajib minta maaf. Hatta seorang ibu kepada anaknya pun ibu kena minta maaf dengan anak. Pemimpin dengan rakyat, majikan dan pekerja. Tiada istilah siapa paling besar boleh buat salah dan tak perlu minta maaf.
Buang sifat ego dan tinggi diri, lebih merendah diri dan 'low profile' sahaja adalah sifat yang dianjurkan dalam Islam. Tapi zaman sekarang ni ramai yang bila buat salah berlagak macam tak tahu apa-apa dan bertindak seperti menegakkan benang yang basah. Alih-alih orang yang dia buat salah tuh yang kena minta maaf dengan dia. Allah... lama mana kita kat dunia ni yang nak berlagak sombong seolah-olah kita yang paling hebat, tak ada siapa boleh lawan, tak ada siapa boleh kata kita salah. Di akhir hidup kita ke tanah jua tempat kita. Kita hanya berasal dari titisan-titisan air yang hina sahaja yang jika jatuh ke bumi, hidupan kat tanah ni tak ingin pun nak makan/minum. Betapa hinanya kita. Yang membezakan kita cuma ilmu dan amal kita di sisiNYA sahaja...
Maaf jika penulisan ini ada yang mengguris hati dan perasaan sesiapa dan mana-mana pihak. Ia sekadar pendapat peribadi saya dari rujukan beberapa sumber berserta hadith sebagai pengukuh. Segala teguran mohon komen dan saya dahului dengan ucapan terima kasih... 'Peace no war' ya :)
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D