Showing posts with label bisnes kecik2. Show all posts
Showing posts with label bisnes kecik2. Show all posts

29.1.19

Sejarah menjadi seorang tailor...

Bismillah wal hamdulillah...

To be honest saya tak pernah join mana2 kelas menjahit sebelum ni... tapi minat menjahit ni dari kecik lagi bila tengok mak n tok menjahit saya mesti akan menyibuk tanya itu ini... masih lagi ingat moment itu bila kena marah main gunting, jarum dan mesin tok dan mak... mak saya dan tok (nenek) memang pandai menjahit boleh la setakat jahit baju anak2, jahit langsir gitu tapi tak ambil tempahan sebab mak saya berkerja... saudara mara sebelah mak pun ramai juga yg jadi tailor dan rasanya bakat dan minat tu diwarisi la kot haha... tak sure logik ka tak pemahaman saya ni...

Lepas tu minat menjahit saya ni dibawa angin lalu je la takdak nk serius sangat cuma suka-suka... macam tak minat nak jadi tailor since tengok rumah saudara mara yg jadi tailor kental ni masya allah haha! berlonggok2 kain, dengan mesin jahit lagi...rimas rasa... baju kahwin saya pun sepupu mak yg buatkan... kira pusing2 pun memang saudara mara jgklah yg jahitkan baju kami adik beradik... kadang2 mak yg jahit tapi disebabkan mak sibuk sebab kerja dia tak menjahit sangatlah...

Bila dah saya sendiri ada anak, minat nak jahit baju anak tuh adalah... start dari aisya buat baju simple2 tanpa ada ilmu pun haha... orang utara kata main taram ja asal jadi... lepas tu mula jumpa kawan2 yg sama minat dan jumpa juga group menjahit dan jual pattern.. lagilah menjadi minat menjahit ni dari 1 je mesin jahit sekarang dah ada 3jenis mesin jahit... alhamdulillah sekarang ni dah zaman canggih... pattern ada jual local pun ada, overseas lagi banyak... tak perlu dah nak lakar2 pola which is time consuming dan perlu ilmu... macam sy yang takda ilmu basic jahitan cuma berbekalkan minat semata memang memudahkan lagi... kena la ada ilmu simple2 utk pandai baca dan menggunakan pattern (dalam bahasa melayu pola)

Bagi sesiapa yg nak mula menjahit dan dah ada minat menjahit cuma belum berkesempatan attend kelas boleh mula search page/group/website yg jual pola/pattern secara online berserta tutorial... memang mudah sgt!

31.5.16

"Eh mahalnya!"

Bismillah wal hamdulillah...

Sebelum ini saya adalah seorang PENGGUNA tegar makna kata semua barang saya beli je lah senang! Tak pernah menjadi PENJUAL pun... sebab bagi saya ada duit beli je lebih jimat masa, jimat tenaga dari payah-payah fikir nak buat sendiri... selepas sayaa ambil keputusan untuk 'resign' saya mengambil langkah DIY je lah demi menjimatkan kos... baju seluar anak untuk pakai harian pun saya jahit sendiri kalau saya mampu, makan-makan pun banyak yang saya masak sendiri ja dari pagi sampai malam, kecuali la saya tak sihat atau tak rajin malas hehe :D


Lepas tu mula membuat perniagaan secara kecil-kecilan... saya bermula dengan bisnes 'baking', Shaklee, dan macam-macam lagi... belajar buat 'costing' secara sendiri tanpa hadir ke sebarang kelas... ada dapat tips sikit dari seorang 'baker' terkenal iaitu Chef Alex Goh masa saya berpeluang hadiri kelas 'baking' anjuran pihak HL Bakery Jitra... Kalau ikut tips dan petua chef tak sanggup rasanya nak 'charge' orang dengan harga begitu. Tapi apa yang chef tuh kata memang tepatlah bila kita sendiri yang experienced terutamanya dari segi harga bahan mentah mengikut gred dan kualiti sesuatu produk/bahan mentah yang terlibat... kata chef kalau berhadapan dengan situasi 'customer' yang selalu komplen mengenai harga produk yang kita jual adalah "buat 2pilihan untuk dia... kalau nak murah rasa juga 'murah' dan kalau memilih untuk rasa yang mewah dan berkualiti 'premium' mestilah bersedia untuk membayar sesuai dengan kualitinya... ini kerana bukan sengaja penjual meletakkan harga sedemikian, ini disebabkan oleh bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenama berkualiti tinggi, enak dan harganya sudah tentu tidak sama dengan bahan yang berkualiti sederhana" 

Bila kita ceburkan diri menjadi seorang PENJUAL pula barulah kita menyedari hakikat, kesian peniaga-peniaga kecil yang kadang-kadang terpaksa mengeluarkan modal yang besar tetapi tidak dapat nak jual dengan harga yang berpatutan... kenapa saya katakan berpatutan? berpatutan maksudnya kena dengan modal yang mereka laburkan. Kadang-kadang terpaksa 'buang harga' semata-mata nak melayan karenah pelanggan yang majoritinya hanya tahu komplen! Saya juga macam tuh pada awalnya menceburkan diri sebagai PENJUAL/PENIAGA... Tapi bila dicongak, saya sebagai seorang yang 'fulltime' berkerja dari rumah haruslah meneliti perkara ini... Perlu saya buat 'costing' dengan teliti agar tidak berlaku pembaziran... 'Sedekah' adalah dari aspek yang lain... kalau semua barang yang kita jual kita 'sedekah' tak tahu nak cakap apa... haha! kita juga mencari rezeki yang halal, bagi saya membantu suami serba sedikit... ada masanya saya juga bersedekah... bukan kedekut... :)

Jadi mulai hari ini saya menyeru kepada pembaca yang mungkin melintasi entri saya kali ini, berhenti mementingkan diri sendiri... sekiranya anda berharap agar semua PENIAGA yang berurusan dengan anda buat amal jariah terhadap anda, apa kata anda pula yang mula buat amal jariah? :) kos sara hidup kita di Malaysia ini semakin meningkat... kadang-kadang peniaga-peniaga kecil baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, modal tak banyak, kadang-kadang balik modal je hasil dari barang dagangan itu... harga kos tinggi dek kerna keadaan ekonomi Malaysia sekarang... pelbagai kos perlu ditanggung... jika antara penjual dan pembeli ada rasa tolak ansur, rasanya lebih harmoni :)

Sekadar perkongsian... apa-apa pun ikhlaskan niat mencari rezeki yang halal dan berkat... semua yg dilakukan kerana ALLAH SWT... :)

 

17.5.16

Alhamdulillah... akhirnya...

Bismillah wal hamdulillah...

Sebenarnya saya memang suka makan 'sandwich'... nak-nak lagi 'sandwich' ala-ala subway yang healthy... letak 'chicken grill' dan salad banyak-banyak lepas tuh guna 'wholemeal bread' lagila mengancam jiwa dan raga... lepas tuh 'plan' nak buat bisnes 'healthy lunch box' pakej dengan 'defused water' lagi haha! berangan sangat kans... tapi setelah ditimbang tara mungkin bukan masanya lagi nak buat 'delivery' untuk 'healthy lunch box' tuh... bahan-bahan boleh tahan mahal jugak dah alang-alang 'healthy' haruslah cari segala mak nenek yang lebih bersifat organik... yang organik ni faham-faham sajalah... mau 1set kena jual RM10 jugakla... ada ka orang yang berminat area perlis ni... hehe :D rasanya ramai yg suka makan nasik daging bakaq lagi kot dari salad, wrap, sandwich, epal gitu ja...keh3... 

Ok fine lah...kita buat 'sandwich' biasa-biasa sahaja dulu... sebagai permulaan... setahun dah kot 'plan' nak buat... tanya idea macam-macam orang semua menghampakan... macam susah je nak jual 'sandwich' ni... saya tak 'prefer' jual sandwich ni secara 'delivery' sebab kekangan saya dengan 3ketols, nak hantar ambik depa tadika dah jadi beberapa hal dalam 1hari... nak 'delivery' ni kena 'punctual' la kan... tak boleh nak lari berejam2 dari masa yang dijanjikan... adeh banyak sangat fikir sampai jem kepala... sudahnya sampailah ada seorang 'member' bagitahu dia buka 'cafe' kecik area kolej kediaman, 'office', bilik kuliah UNIMAP... Saya macam 'ting!' terus ada mentol atas kepala... macam menarik nak meneruskan projek tertangguh saya... saya pun 'request' nak tumpangkan 'sandwich' dekat 'cafe' dia... sebab dia pun jual makanan berat, yakni nasik dan laksa... hari 1st nak jalankan misi masya ALLAH sampai tak nyenyak tidur... haha! 1st time kot nak berniaga secara harian cenggitu walaupun bukan kedai sendiri... fikir macam-macam... kalau tak laku macam mana? tak habis jual macam mana? mesti sedih?membazir, tak balik modal? Redah je kan... 

Lepas subuh dah jalankan misi sediahkan 'sandwich' untuk hari pertama buat 15set je dulu kawan saya tuh cadangkan... 15set pun semput mak! Dengan ammar memang la sangat jeles tengok ummi kusyuk dekat dapur dia pun buat perangai nak nyusu, nak makan, nak mandi, nak berak! Dah janji dengan kawan nak hantar pukul 10pagi sebab kedai dia bukak 11pagi... kelam kabut 'packing' semua 15set sandwich... tak cekap lagi buat kerja kan jadi terkial-kial lagi... setel 'sandwich' siapkan mandi ammar, suap makan semua zasss terus hantarlah...

Inilah dia 'sandwich chicken loaf blackpepper' saya... ni promosi hehe :D ada pengubahsuaian sikit ni... nanti nak tambah layer cheese dengan hanya berharga RM2~! Murah kan???? alhamdulillah hari pertama 15set sandwich sold out... happy sangat sampai tak leh nak lelap mata malam tuh haha! Poyos... ni perasaannya kan bila jualan yang kita penat lelah usahakan habis terjual... syukur rezeki untuk hari pertama... Esok sambung misi hari ke-2... masih tak boleh baca 'pattern' kegemaran student, staff di situ... kena 'try and error' :)

 

31.12.15

Gift Set Sweetie Cutie Pretty~!

Bismillah wal hamdulillah...

Sweetie Cutie Pretty telah memperkenalkan 'gift set' istimewa buat para pelanggan dengan harga hanya RM47 dengan FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia... Jom pakat-pakat tengok dan pilih 'design' cantik-cantik... 1'gift set' terdiri daripada 
  • 1helai 'romper'
  • 1pasang stokin
  • 1pcs 'bow headband'
  • 1pcs 'knotted headband'
Menarik bukan... 'all-in-one' 4jenis ni dengan hanya 1harga dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia... Masih lagi dalam fasa promosi... :) 

Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months

Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months
Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months
Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months



 

27.11.15

Year End Sale ~ Sweetie Cutie Pretty

Bismillah wal hamdulillah... 

Alamak... banyak pula entri tertunda masuk draf... tak apalah, 'update' yang ni dulu... dah 2-3hari diriku begitu gigih menyiapkan 'order' beberapa 'customers' yang memang memborong terus 'headband' untuk anak dara masing-masing... Jadi mak jemah kenalah fokus walaupun kena tidur lewat... tidur lewat siapkan 'headband' tidaklah segagah nak siapkan kek seperti 2tahun lepas... ammar bangun 10kali pun tak menjejaskan kualiti 'headband' tersebut... tapi kalau buat kek asik kena 'pause' tuh takut nanti alamatnya masuk ke tong sampah...

Jemput semua ke page Sweetie Cutie Pretty untuk tengok 'design' terkini serta YES yang sedang berlangsung... boleh juga follow dia Instagram @sweetiecutiepretty :)

Nah selonggok 'hairbow' yang pastinya gojes untuk 'your little one'... Buy 3 free 1 :)
 

 

19.11.15

Presenting Sweetie Cutie Pretty new packaging

Bismillah wal hamdulillah...

Tertunda nak 'post' entri berkenaan dengan 'packaging' baru Sweetie Cutie Pretty... Ada 2versi... yang pertama versi biasa dan yang kedua 'gift set box'. Yang ni kita ada cas 'extra' sikit habuan nak deco-deco comel jadi hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang :)


Standard box Sweetie Cutie Pretty


Gift set box

10.11.15

Come back Sweetie Cutie Pretty

Bismillah wal hamdulillah...

Tak sangka juga dan tak rancang, tiba-tiba 'come back' ini berlaku bersempena dengan hari Deepavali... hehehe :P

Apa-apa pun alhamdulillah atas segalanya... 'more design to come' insya ALLAH sebab sempat ambil gambar untuk 'design-design' ini dahulu... ada penambahbaikkan untuk teknik mengambil gambar... maaf ceq amatur ja memang tak berapa reti nak ambil gambar ala-ala professional fotografer... ni pun jenuh adjust, pakai lampu meja segala konon2 nak bagi 'lighting' ala-ala dalam studio...keh3... 

Jemput 'follow' instagram @sweetiecutiepretty atau FB Page Sweetie Cutie Pretty (klik link)

Antara koleksi baru adalah seperti gambar yang saya 'attach' :)






















7.11.15

1 Ujian...

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni ada lagi 'customer' Sweetie Cutie Pretty 'whatsapp' untuk buat tempahan 'headband'. Daku tiada lagi jawapan yang harus diberikan. Mungkin saya perlu 'proceed' sahaja tanpa 'packaging' yang diazamkan untuk 'come back' kali ini. Memang tersangat mengecewakan tetapi saya tidak menyalahkan pihak 'supplier' 'packaging' tersebut. Dia dari awal lagi sudah berpesan, beliau perlu siapkan tempahan mengikut giliran. 

Giliran 'design', giliran 'printing' dan giliran 'post'. Saya secepat kilat telah mengesahkan tempahan sebab nak 'book' giliran. Dalam banyak-banyak 'freelance art director' yang seorang sahaja ini yang ambil tempahan dalam kuantiti yang sikit. Saya kan peniaga kecil-kecilan. Kalau tempahan untuk 'packaging' sahaja memakan modal ribuan ringgit memang tidaklah saya 'proceed'. Awal dulu kos 'packaging' saya hanya dalam 'range' RM50 ke bawah sahaja untuk 200-300pcs stickers dan 'self-adhesive plastic'. Tapi setelah setahun Sweetie Cutie Pretty beroperasi saya 'upgrade' sikit kualiti 'packaging' dengan 'packaging' yang lebih baik, cantik dan tentunya lebih berkualiti agar kualiti 'headband' yang sampai pada 'customer' masih lagi kekal asli (melainkan posmen campak 'parcel' dalam keadaan marah tak jamin 'parcel' dan isi 'parcel' dalam keadaan sempurna. Itu memang diluar kawalan) Saya cuba sedaya mungkin untuk menyediakan 'packaging' yang terbaik sesuai dengan bajet ciput yang saya ada sebab hari tu ada kes 'rhinestone' 'headband' seorang 'customer' saya tercabut sedangkan sebelum saya pos, sudah saya periksa keadaan 'headband' yang hendak saya pos sama ada gam dan semuanya dalam keadaan baik. Mungkin ia berlaku semasa proses penghantaran.

Sebab itu saya berhasrat nak 'upgrade' sikit kualiti 'packaging'nya. Tapi diuji dengan kelewatan ini pula. Pada mulanya 'supplier' bagi tahu giliran saya hujung bulan oktober. Rupanya giliran 'design'. Selepas 'design', tunggu giliran 'printing' pulak... haha! Penat tunggu... dan selesai urusan printing, giliran pos pulak. Dan akhirnya, selesai pos hari jumaat kemarin. Saya bajet hari ni sudah dapat tapi tiada khabar berita lagi sehingga jam 6petang. Nampak gayanya terpaksalah tunggu minggu hadapan. Kesian para 'customers' yang dijanjikan itu... saya lagi sedih sebab dah berkobar-kobar ni... Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan saya dan perniagaan kecil-kecilan saya ini... Harapnya 'by next week' segalanya selesai... tak sanggup tunggu dan jawab pada 'customer' lagi... T_T saya sendiri tidak suka dihampakan apatah lagi orang lain...cewahhh :P

 

3.11.15

'New packaging' dan stok baru SweetieCutiePretty...

Bismillah wal hamdulillah...

Masuk buan november ni, dah 2bulan juga SweetieCutiePretty sunyi daripada stok baru. Ini kerana ada beberapa 'order' telah 'pending' dalam 1-2minggu ini termasuklah 'new packaging' untuk produk SweetieCutiePretty. I is kecewa... :( sebab mula-mula dia cakap hujung oktober tapi telah membawa kepada awal november belum lagi siap.

Tak apalah sebab 'seller' ni memang bagitahu kena tunggu queue dan dia pula sama macam saya WAHM (working at home mom) dan ada anak kecil. Jadi saya tak kisah sangat... cuma tergendala la nak buat 'come back' ni... adohai... kepada 'customers' yang dok tanya-tanya memang kesian juga sebab saya ada bagitahu 'by this week' insya allah, saya akan 'launch' 'design' baru dan ramai yang 'hold' dulu 'order' sebab nak tengok-tengok design baru... Harap semua boleh bersabar seketika... Saya lagilah dah macam cacing kepanasan sebab tak sabar nak rancakkan balik bisnes SweetieCutiePretty ni... Dah 2bulan bercuti tapi 'order' masih lagi masuk... Cuma tak seronok bila tak ada 'design' baru kan? 'Page' SweetieCutiePretty sentiasa mendapat 'new likes' setiap hari... alhamdulillah moga tak ada yang berputus harapan dengan SCC ni sebab dah 2bulan menyepi...





'Ideas please be nice to me... " hehe :D sambil-sambil tuh boleh lagi la nak berkarya dan berimaginasi untuk tambah koleksi 'design' terbaru... tunggu... ni antara 'design' terbaru untuk 'knotted headband' :) ada 1lagi 'design' kain 'on the way' Insya allah... doakan semoga allah swt mempermudahkan semuanya na :) ameen


 

19.10.15

Come back!

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah sebulan rasanya saya 'bercuti' daripada bisnes sekangkang kera yang baru berusia setahun jagung yakni headband... (read: boleh search kat IG @sweetiecutiepretty atau klik link Sweetie Cutie Pretty) Saya tak tahu apa yang tak kena, pegang 'ribbons' je jadi malas, pegang alatan menjahit je terus rasa terkuap2 mengantok... tak boleh nak 'stay' langsung... buat menda-menda kraf ni memang perlukan satu mood yang tenang dan memang mood sangat penting... kalau mood ke laot tapi kita paksa diri kita untuk berkarya (walaupun takdak la kreatif sangat... seni adalah subjektif bagi saya...terpulang pada individu untuk menilai setiap karya seni itu). Jadi setelah setahun Sweetie Cutie Pretty beroperasi, alhamdulillah atas rezekiNYA SCP ada peminatnya yang tersendiri...

Memang ada diantara rakan-rakan terdekat kurang menyokong bisnes saya ni... saya tak kisah pun... ada yang cakap bisnes headband ni ramai sangat dah 'online shop' buat, 'online shop' ni siap dah masuk WHI, siap ada anak-anak retis pakai headband dia ni, 'online shop' ni punya harga memang semua mahal dan berkualiti, yang ni pulak cakap 'online shop' ni jual murah je bawah RM6 semua headband dia... nampak tak berapa ramai orang punyak perangai? (bak kata ikaradiusite 'range' harga adalah terpulang kepada 'target market' kita... kalau 'target' orang berpendapatan rendah dan sederhana kau jual harga 'standard' berpendapatan tinggi, memang tersalah 'target market' la... contohnya: Orang ni 'target market' dia dikalangan orang-orang ternama dan anak-anak artis. 

Jadi reka-bentuk eksklusif dengan menggunakan material 'import' dan juga maha. 'Range' harga dalam RM15 - RM30 untuk 1pcs 'headband' (saya bagi contoh dalam skop 'headband' ye sebab saya jual headband). Saya ni surirumah yang berpendapatan yang tak menentu. Agak-agak saya nak beli tak 'headband' dengan harga yang macam tuh? Kempunan nak pakaikan anak dara dengan 'headband' tapi tak mampu nak beli dengan harga yang macam tuh (yelah 'headband' je kot sampai nak beli berpuluh ringgit... budak cepat membesar rasanya tak pakai lama 'headband' tuh untuk satu-satu jangka masa). Memang tak masuk 'target market' la orang jenis saya ni... Jadi sila padamkan hasrat itu. Cari je la 'headband' dengan 'range harga' yang mampu kau pilih... dari semurah-murah harga hingga semahal-mahal harga ada... pilih je mana yang nak.. haha :D

Kalau kita nak 'follow' semua cakap-cakap orang ni memang letih dan tak terlayan... saya akui, saya bukanlah ada modal besar... saya bermula dengan modal yang kecil dan pelan-pelan saya kembangkan... saya tak kreatif tapi ada yang minat dengan hasil seni saya... Jadi saya yakin dengan rezeki ALLAH SWT... macam bisnes Shaklee jugak... berapa ramai pengedar Shaklee dan saya tak nafikan kanan kiri, atas bawah, depan belakang ada 'competitors' tapi tak semestinya kita tak boleh berjaya... betul tak? 'Target market' saya untuk orang berpendapatan rendah dan sederhana. Harap-harap semua orang dapat merasa melawakan anak dara masing-masing dengan aksesori kepala yang cantik dan harga berpatutan gitew... hehe :D... ada beberapa orang 'mommies' whatsapp saya minta saya tiru design 'online shop' lain tapi bagi harga murah dari 'online shop' tersebut... memang bukan saya la kalau gitu. Saya minta dia pergi beli dengan 'online shop' itu. Sila hormati hak cipta orang lain. Jika berminat dengan barang yang dia jual tapi tak mampu cer 'deal' elok-elok? Saya rasa macam kurang manis minta orang lain tiru sebijik barang orang lain semata-mata nak dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. Mestilah ada sebab dia letak harga macam tuh kan? mungkin 'material' yang digunakan 'material' bermutu tinggi, idea yang dicurahkan lagi makan masa dia, silap-silap tak tidur malam orang tuh nak hasilkan produk sendiri... :)

'No heart feeling' ya... sekadar secebis pendapat saya yang tak seberapa... jadi sila jangan banding-bandingkan... pilihan banyak dan anda boleh buat pilihan berdasarkan citarasa dan kemampuan masing-masing... begitulah dunia perniagaan ada pesaing, ada pelbagai ragam manusia yang kita akan jumpa... bermula dengan 'supplier', kemudian pelanggan, kemudian pesaing dan bermacam-macam lagi. Minta semua kawan-kawan doakan saya semoga dimurahkan rezeki. Mungkin bisnes 'headband' saya ini boleh berkembang lagi dengan pelbagai produk berasaskan aksesori bayi dan kanak-kanak yang 'handmade'? :D Boleh tukar status seorang peniaga kepada seorang usahawan... haha! tak salah berangan kan? moga allah swt memberikan saya jalan... doakan saya semua! 

Siap setup 'hairbow organizer' kat pintu almari jek... hehe :D coming soon design-design terkini insya allah.... doakan ALLAH SWT berikan saya inspirasi yang bernas lagi bermutu tinggi na!


 

8.10.14

Saya ok sahaja...

Bismillah wal hamdulillah...

Sejak sy ceburkan diri dalam bidang bisnes kecil-kecilan ni mmg banyak juga mengajar saya... mula2 dunia baking... banyak sgt ilmu yg kena susah payah cari... keluarkan modal untuk cari ilmu semua perlukan pengorbanan yg tidak berbelah-bagi...itu barulah dikira sebagai hasil titik peluh sendiri... mula-mula start bisnes baking, ada juga niat dihati nk minta resepi tp macam bila dapat tahu orang yg pandai2 n otai2 dalam dunia baking bersusah payah pergi kelas yg harganya beratus-ratus ringgit, tak tidur malam bereksperimen nk hasil yg terbaik rasa mcm tak sampai hati nk mudah2 je, free2 je nk minta resepi, minta tips... sy dengan sendiri rasa malu n segan... orang tuh susah-susah kau senang2 jek?? mungkin personally orang tuh tak kisah tp di mana adab kita? adab sebagai seorang rakan bisnes mungkin?adab sebagai seorang pesaing?adab sebagai saudara semuslim?

Pendapat peribadi sy, adalah kurang sopan apabila contohnya orang tuh buat baju (mungkin baju dia special sikit, sedap dipakai, cantik n kemas) n jual baju yg dah siap tuh... kira bisnes la... tp kita pula tanya "kat mana eh nk cari kain baju tuh?saya nk jahit baju ni sendiri?" "puan/cik jahit mcm mana eh utk hasilkan baju yg macam ni? saya nak buat sendiri" kira details la mengenai produk orang tuh... ok boleh imagine tak?ntah2 tukang buat baju tuh berhempas pulas nk hasilkan baju yg sedap dipakai, cantik n kemas tuh... amik masa bertahun-tahun nk belajar utk mahir... tapi kita senang2 nk cilok orang tuh pnya idea? sy tak kisah kalau orang nk tanya sikit2... sy dengan gembira lagi seronok untuk berkongsi pendapat n idea yg tak seberapa ini... tp kalau nk sebijik2 macam yg kita buat sy rasa 'kekurangan-adaban' di situ...

Kalau kita nk cakap orang tuh kedekut ilmu, fikir balik la... kita lagi kedekut kot? nak mudah jek, pemalas nk keluarkan tenaga, duit, berusaha lebih sikit utk dapatkan sesuatu itu... nak orang bagi free2 jek?sapa lagi kedekut?yg nak free2 ke atau orang yg susah payah dapatkan ilmu tadi?

Apa2 pun ini sekadar pendapat peribadi... terpulang kepada individu utk menilai... saya ok sahaja mana2 pun... tp bagi sy, saya memilih utk menghargai susah-payah orang itu mendapatkan ilmu... jadi lebih baik begini "boleh awk ajar saya tak?buat kelas ke?berapa yurannya?" instead of "boleh bagi resepi/tips/rahsia tak?" yg mana lebih beradab sopan ataupun lebih sedap didengar... memang, sesetengah orang sokay je...kawan-kawan je... :) jadi sy tinggalkan anda untuk fikir sendiri... terpulang...

 

6.10.14

Kesibukkan hal duniawi...

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Tajuk xboleh blah... baru perasan dah hampir 1bulan xupdate blog tercinta ini... hari ni, hari raya aidiladha ke2 dah bagi tahun 1435H... tahun ni paling hambar sambutan sbb xboleh nak pi mana sgt... since malam aidiladha lg hujan turun tak henti2 di bumi perlis indera kayangan... diikuti dgn ketiga2 anak syurgaku ini kena flu... syukur xda yg demam... mula2 kak long aisya selesema n batuk... bawak balik dari skolah... dia ckp ada budak demam... patutla kan so bawak balik virus bagi kt adik2...ekeke :P dah p skul gitula kannn... nk buat macam mana... aisya sekarang kerap jgk kena flu sejak pi sekolah... memang wajibkan dia ambil madu n chewable vit c shaklee setiap hari...

Bila anak-anak xsihat ummi jadi super bz... tidur malam pun dah hampir tidak tidur... ammar bangun setiap 10-15minit... naik berpinar mata ummi dibuatnya... badan sgt letih... nasib baik kedai headband tutup sat sempena aidiladha...kalu tak xsempat nk uruskan order... alhamdulillah lately order adalah sgt memberangsangkan.... syukur ya allah atas rezeki ini... eh kedai shaklee saya pun buka seperti biasa ye... hehe :D 2in1 la kekdahnya... shaklee dan headband...ekeke :P jgn pula ada yg fikir sy da stop bisnes shaklee... masih lagi dibuka utk konsultasi percuma serta pembelian produk... begitulah kesibukkan duniawi sy... kat rumah dah macam opis... SOHO sy 2in1 juga... mana dgn alatan menjahit, ribbons, aksesori headband, lepas tuh barang2 shaklee lagi... dah selerak sana-sini... itu belum lagi part 3org assistant membantu ummi... super mencabarnya berkerja dari rumah... tidur pun xikut waktu dah...kkdg 2-3jam ja dapat lelap...kekadang kalu time2 anak2 syurga ni xsihat hampir tidak tidur malam...

Jangan lupa ye kawan-kawan n readers sekalian... bulan ni promo hot stuff shaklee yakni ESP (Energizing Soy Protein) BELI 6 PERCUMA 1... Serta Meal Shake masih lagi dgn promonya utk bulan itu iaitu BELI 3 PERCUMA 1... Jom grab 2stuffs termasyur ini :)
 


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook


 

8.9.14

SweetieCutiePretty...

Bismillah wal hamdulillah... 

2-3minggu ni saya sangat bz dgn bisnes sekangkang kera ini... baru nk belajar buat bisnes art... nk cari materials art yg affordable price tp berkualiti tinggi... penin jgk cari n tanya2 orang... alang-alang buat biarlah buat betul-betul kan?

Jadi kepada semua readers & visitors sekalian, jemput-jemputlah singgah FB Page SweetieCutiePretty & available jugak di instagram... search @sweetiecutiepretty je ye untuk cuci-cuci mata dengan produk berasaskan ribbons... tak semestinya headband je, ada hair-band (semua org pun pakai rasanya, tak semestinya budak gegirl kot?hehe), ada hair-clips... buat masa ni ada 3produk ni je dulu...pasni nk upgrade lg nak adakan aliceband dan macam-macam lagi... doa2kan lah ye... malam tadi ingat nk jalankan misi pembikinan ribbons tp si ammar ni bgn setiap 1jam... huwarghhh mengantoknya arini... dugaan bila menjadi WAHM... :)  

Antara koleksi SweetieCutiePretty








 Ada lagi koleksi tak sempat nk upload... dan ada lagi bakal dihasilkan... tunggu...

Instagram: @sweetiecutiepretty
FB Page: www.facebook.com/sweetiecutipretty
Blog: http://sweetiecutiepretty.blogspot.com


 

3.9.14

My 'Babies' & cabaran menjadi WAHM...

Bismillah wal hamdulillah...

'Babies' di sini merefer bisnes2 kecil-kecilan omak sepanjang menjadi surirumah ini... kenapa digelar Babies? sebab bidang bisnes itu telah menjadi passion saya, saya minat, saya sayang n saya struggle utk membangunkannya walaupun xdakla pendapatan berkoyan2 sangat, tp masya ALLAH bisnes sekangkang kera saya ini banyak sangat mengajar saya... mengajar saya untuk bersabar (of kosh!), bukan senang nak duit masuk berdesup2 tanpa usaha yg bersungguh2 korban masa rehat, berkelai (dalam bahasa utaranya gadoh2 manja la kenkonon) dgn anak2, korban tidur, duit modal walaupun xbyk tp banyak bg seorg housewife yg xda income tetap setiap bulan...

Dalam pada nk fokus kepada 'babies' tersebut ada jugak babies lain yg kena ambil perhatian tak kira waktu dan masa... yakni anak2 syurgaku... :) tuh la arituh yg keluar status "feeling menyotong" haha! heran org apa kes yg jadi sotong tuh... jadi sotong la sebab rasa tak cukup tangan nk handle semua menda dalam 1masa... time2 tuh juga 1-2org customers whatsapp tanya pasai Shaklee, pastu tiba2 ada customers pm facebook tanya pasai headband (baru 2minggu baby saya ni), lepas tu tiba2 si aisya asyik dok suruh ummi buat roti sapu peanut butter, amira pula nak minum susu, ammar pulak meraung nk susu n mengantok... huwaaa... ummi mmg feeling sotong betul la... riuh-rendah la rumah dikala itu... dah gane kan? dah namanya working-at-home-mom... mmg tak sanggup kkdg... sebab tak boleh nak fokus pada satu2 kerja... 

Kalau diberi pilihan saya mmg pilih kerja di ofis sebab walau sesibuk mana kita, kita boleh fokus satu2 kerja tanpa ada gangguan... kalu kt rumah dikala tengah fokus tiba2 anak meraung meronta takkan nk buat derk selama 1jam semata2 nak fokus?mmg tak boleh fokus la kalau dia meraung tanpa henti...akhirnya ummi beralah meninggalkan kerja dengan harapan sementara cuma mungkin makan masa 15minit tapi sebenarnya esok sambung pulak kerja tersebut... nampak tak cabaran kat situ?nampak simple tp waduhhhh bg saya sgt sukar utk saya lakukan... pernah sy menangis sebab tak boleh nk fokus n rasa macam ntah apa2... serius! ya allah bantulah daku menjaga, mendidik anak2 syurgaku sebaik mungkin sambil aku dapat menjalankan amanah lain yg juga memerlukan perhatianku... berdoa je la mampu sebab doa kan senjata orang mukmin... 

Itu baru anak2 syurga 3orang dah rasa macam 10orang... haha! ALLAHUAKBAR... tak semudah yg dibayangkan...
 

29.10.13

Business baking?mahu diteruskan lagi?

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni dpt msg lagi... ada la dpt beberapa msg dari regular customer n customer baru bertanyakan mengenai business baking yg dah 5bln terkubur dek kerna tuan tanah xda kudrat nk meneruskannya buat sementara waktu... sy mmg minat baking... rasa release tension kalu dpt baking... pastu mkn... best lak...hehe :D tapi...

Sejak disahkan pregnant anak ke3 mood membaking ke laot sudah... start dgn morning sickness sy da close order buat sementara waktu... ada yg merayu2 mntak penuhi order terakhir sebelum close order... xsangka pulak, bakers cikai mcm sy nehs ada peminat tersendiri...hehe :P tp mmg siyes xleh nk baking da arituh so xdptla nk penuhi permintaan customer itu... kira dia return customer... nk order pavlova utk majlis makan2 kt opis dia... sorry dear... xmolah kualiti pavlova tuh xbest pulak kan...org bayar, kena la buat yg terbaek... sbb tuh sebelum apa2 terjadi better sy tolak awal2... pastu dpt msg dari member yg selalu order swissroll guwe... dia peminat tiramisu swissroll... selalu je order every weekend... siap tnya "bila nk buka order balik?nk order swissroll nehs..." ahha! mmg xda jawapan tetap utk persoalan itu... nk try gak baking tp mcm da agak kekok pulak lama da xpegang mixer bagai... arituh p kedai youhin (jual brg2 baking) tgk harga da naik byk tidak seperti 5bulan lepas melopong kejap haku... agak2 kalu diteruskan business hobi ini mcm mana ye?mmg kena run together la kot... shaklee n baking... shaklee sbg memberi modal...hehe :D agak xbapa yakin lak dgn harga brg mencanak naek mcm tuh, kita ni baker kecil-kecilan jek... kkdg tuh xamik untung apa sgt... dahla baking ni 1keja yg perlukan fokus, komitmen yg tinggi, penat lg nk membaking, dgn anak2... fuhhh... mmg byk fikir... kalu dlm keadaan badan letih kkdg mengganggu performance jgk... hilang fokus... 

Tadi dpt lg msg dari seseorg yg tidak dikenali... dia dpt no fon dari sumbody yg pernah menjadi customer sy... tnya sy boleh buat kek apa... buat masa ni kek shaklee jek sis! hehe :D xdela jawab cenggitu just blur kejap... xreply lg msg dia...esok2 la sbb rasa xda jawapan lg setakat ini... ada gak niat dihati nk teruskan tp belum cukup keyakinan di dada... ingat nk kena p kelas dulu kot baru refreshing sket segala skill... ok2 kita p kelas la dulu tgk mcm mana... kalu ada rasa nk teruskan business nehs kita teruskan since ada yg bertanya...ingat ka xda yg minat...hehe :D alhamdulillah... tuh org ckp rezeki kan... mcm kita tgk, kedai makan mcm melambak2 ja zaman skrg, tp setiap kedai mkn tuh ada customers dia yg tersendiri... pernah tepu ke business kedai makan nehs walaupun menu sama? sy rasa mcm tak... selera setiap dari kita pun xsama... :) setgh org suka cara kita masak, setgh org suka cara org laen masak... tekak laen2... yakin dgn rezeki dariNYA... OK jom ushar2 kelas baking yg best... wahhh ketaq tgn lama xpegang mixer...ekeke :D

 

28.3.13

Teladan..

Bismillah wal hamdulillah...

Kisah teladan ini adalah utk renungan n muhasabah diri sy yg serba kekurangan terutamanya... kepada yg sudi membaca mg kisah ini juga menjadi teladan buat anda... mana yg baek kita jadikan teladan n mana yg buruk kita jadikan sempadan... paparan isu ini bukan bertujuan n aibkan mana2 pihak, tetapi sebagai kisah yg boleh dijadikan "reset minda" buat semua... guna words Prof. Dr Muhaya... hehe... :D suka sgt dgn words n statements yg sntiasa berbaur positif... mmg jadi follower tetap fesbuk dan twitter beliau...

Ok berbalik pada kisah teladan yg sy cuba nk memuhasabahkan diri di sini adalah berkaitan dgn dunia perniagaan... aisehhh... ala2 da maju sgt la ko punya perniagaan tuh... wakakaka :)) xkisahlah maju ke tak, besar ke tak perniagaan n atau apa kerja sekali pun kalu tak dimulakan dgn niat yg baek n betul serta IKHLAS mmg perkerjaan kita itu akn menjadi sia2... kalu kita niatkan dgn betul serta IKHLAS insya allah apa shj pekerjaan yg kita buat akn jadi amal ibadat... btul x? *muhasabah diri btul2 faizah....* contohnya kalu nk berbisnes bkn semata2 nk dpt untung, glamer atau apa2 shj yg bersifat duniawi n sementara, tp berbisnes nehs sbb nk tolong family, nk dptkan rezeki yg halal, nk ikut sunnah Rasulullah SAW, nk dptkan redha ALLAH SWT itu yg plg penting... 

Selalu je org ckp org 'melayu' nehs kalu berbisnes maju sket, femes dah mula la menunjukkan belang dgn tidak menjaga customers... sy ada gak hadapi situasi begini... ada kot 2-3kali pas da frust dgn serbis depa nehs mmg tobat xpi dah la...walau hebat mana pun produk depa tp kalu customer service drop rasanya mmg xperlu kot berhubung dgn mereka... biar mereka dgn customer2 mereka yg hebat2... yg boleh bg depa untung ribu-riban... yg boleh bg depa kata2 pujian... yg boleh bg depa populariti seantero dunia... nk tgk lama mana depa dgn 'kehebatan' mereka itu... bukan dengki... tidak sekali2 malah kita ni kalu boleh nk tolong bisnes 'org2 kita' org melayu islam... sanggup je walaupun mahal sket... tp kalau dah customers serbis mcm hampes, fikir2kanlah... 

Sy ada dpt 2-3komen dari beberapa bakers kt area2 kedah dan perlis nehs... bakers yg mmg tgh meletops jgk... sy xtau la sejauh mana kebenarannya... kisah2 yg depa dok cerita kt sy yg sy KENA JADIKAN TELADAN UTK DIRI SENDIRI...

1) Bakers ni mmg hasil tgn dia the best... sy mmg tak nafikan...tip top... tp dia ikut mood... bak kata kawan sy nehs, if mood MALAS dia mai mmg dia buat ala kadar je... nak2 kalu order mende2 yg murah, simple n sikit... wallahu'alam... sy pun xpasti just org tuh shj yg cerita ttg kekecewaan dia...

2) Bakers ni jgk fames n tip top... dpt customers ribu2 jgk setiap hari... mmg salute dgn bisnes dia tp 2-3kali customers pm/sms/wassap dia buat tak layan je... kalu 1-2kali boleh tahan lg tp berkali2 dah... pehtuh customer tuh ckp, dgn org laen dia boleh pula reply komen bagai kt fb... erm... 

Kiranya ada 2kisah yg lbh krg mcm ni la yg selalu sy dengar... my 1st impression adalah bakers yg sudah mendapat nama n tempat dlm masyarakat mesti SIBUK! Sgt bz menyiapkan tempahan yg sgt byk setiap hari n dgr kata jgk salah seorg baker tuh da amik pembantu dah... kira 1tindakkan yg bijak... sy tak rasa depa saja2 ja xmau layan customers at the first place... mungkin tak menang tgn... berbaek sangka n bg dia peluang lg... jgn cpt membuat andaian sblm menyiasat n mengetahui keadaan yg sebenar...

Sy ni pun walaupun order suam2 kuku je pun tp bz sgt lah... kkdg reply lmbt cpt2 mintak maaf... dgn anak tak terlayan.. mmg masing2 ada tugas n keadaan life yg berbeza2... kita xleh nk expect jgk kkdg... so cuba berbaek sangka... itu shj yg sy dpt ckp... TAPI... bg side bakers atau org yg menjalankan perniagaan itu, cuba sedaya upaya utk tunaikan request customers... at least jwb call/sms/wassap/pm fesbuk... walaupun lewat 1-2hari... huhu... tp cuba jgkla amik masa sblm tdoq ka reply sume pm/sms/call... kalau bz xdpt nk entertain bgtau sesiap kt wall fb ka... just let them know... jgn diam xbg respond apa2... org kkdg xphm nak2 yg xpnh run bisnes... so depa xleh nk imagine kesibukkan org2 berniaga tak tentu masa nehs... kkdg tdoq pun xsempat... ni bg org yg 200% komit dgn perniagaan dia... mmg siyes sibuk... apatah lg org yg da well-known cenggitu... rasanya setiap masa kot dpt order... baking nehs bkn boleh dok tensen2 satg mai angin stress nk baking apa pun xjadi... haha! itu saya la... sy perlukan mood yg baek utk membaking... enjoy, happy dan tidak terburu2... sbb tuh seeloknya order 2-3hari b4 nk pick up... kkdg tuh ada gak yg jenis nak order 3-4menda...skali nak esok pg... trr..trr..trr... terpaksa mintak maaf n tolak order tersebut... stok brg nk kena cek bagai... nk rancang n plan nk baking tuh... xtaula... itu cara sy...xdela terus masuk dapur ok BAKING SEKARANG! dgn ada anak kecik mcm saya mmg kena plan btul2... nk plan waktu tidur depa lagi... wahhh... bkn 1kerja yg mudah... :)

Harap2 kita dpt membantu perniagaan org2 kita... bumiputera islam... mg maju hendaknya... org kata win-win situation... bg pihak customers berpuas hati n bg pihak bakers dpt perform the best n IKHLAS'kan niat... 

Nak tayang UPGRADED my Light Snowy Cheesecake... :) alhamdulillah dpt improve skit2... (bila nk p kelas baking ni faizah oiiiiiiiiiiiiiiii... huwaaa)

Light Snowy Cheesecake for my in laws... alhamdulillah... manage utk buat yg ni walaupun tgh migrain panas... haha!
Sedap n rasa cheese yg light lagi menggoda... heeeee ;)


 

16.1.13

Official Sticker~!

Bismillah wal hamdulillah...

1-2hari ni xdak order n mmg diri pun xbapa nk sihat... fasa perubahan hormon mungkin... asik emo je, cramp2 kaki (kalah org pregnant! hehe) mebi sbb kekurangan kalsium kot... asik ngelat amik ostematrix... smpt la order sticker dari kak sya utk business sekangkang kera ini... org ckp MARKETING STRATEGY tuh penting dlm business... so sticker yg ditampal pada box kek, swissroll bagai tuh sedikit sbyk sbg marketing strategy... kena p bengkel dr.azizah nehs... hehe

Next step adalah memperbaiki skill baking... tp xtau la bila ada rezeki nk kmpul dana utk kelas baking... sume rate RM100 - RM300 skrg ni... kt perlis ni lagi la limited... 2menda ni je la dok pkiaq...yakni RM dan jgk si tecit amira humaira... tp skrg da mau minum pakai sippy cup walaupun terkuar2 air masa minum tuh... harap2 makin improve la sng ummi nk tggal p kelas baking n kelas nti da masuk kampus blk... hamboih tamaknya sume kelas nk pi! haha! kalu ikut perasaan malas ni, xmola p kelas bagai tuh... tp demi nk menuntut ilmu~

Ok da jauh menyimpang pulak... nk tnjuk sticker yg ai tempah tuh... :) mg allah swt merahmati perjalanan sy ini... mg dimurahkan rezeki kami sekeluarga... ameen ya rabb

Close up sticker... i loike~ :P

100pcs stickers... baru smpai tadi... sapa2 yg nak leh tempah di Gadis Jumaat~