12.3.13

PMS vs tanda-tanda mengandung...

Bismillah wal hamdulillah...

Warning: Entri ini lbh bersifat privacy kpd kaum wanita...jika anda seorg lelaki sila jgn sambung baca.. kerna entri ini bertujuan utk berkongsi dgn kaum wanita diluar sana... (kalu blogger ni leh select utk kaum wanita shj kan bagos...hehe)

Sy mengalami mr.P 9hari slps habesnya nifas... cpt sgt walaupun fully-bf... tp masa aisya agak lmbt yakni pas 3bln... amira pas 2bln... lbh krg je la kans... tp mmg cpt! so jaminan tidak 'dijangkiti' mr.P slps bersalin (jika fully-bf) adalah tidak menepati semua wanita...  itu hakikatnya... hehe ;)

Beberapa bln kebelakangan ini, if nk dkt mr.P ja mesti ada tanda2 pelik... kkdg cuak ingat ka pregnant ka?heheheh :D sbb sblm ni xpnh ada tanda2 pelik sblm kedatangan mr.P... heran jgk kan?kiranya if mr.P nk dtg, dia dtg je...xde bg signal apa2 pun... tp since da beranak anak ke2 nehs dia mai tanda2 pelik... ini kot yg dinamakan PMS atau (Pre-menstrual Syndrome) 

Apa itu PMS?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:
  •  Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
Penyebab PMS:
  •  Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Stress. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.
  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B dan kalsium tambahan sepanjang tempoh itu.
  •  Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluargamenemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.
Kemarin sy mmg xleh nk buat apa... dahla terbgn awal pg tiba2 rasa mcm semacam... pehtu terpaksa melayan anak2 yg agak cranky... rasa nk marah ja..tahan2 je perasaan itu... mlm td telan Ostematrix n bcomplex.. pg ni da ok sket... da boleh masak n kemas umah n mood da ok byk... kemarin sy xmasak n xbuat apa2 pun... rasa nk nanges bagai...penat, sakit kepala... siap nk makan jeruk lg...kohhkoff.. en.abg mula syak bukan2... haha! masih lg merancang kot dear... insya allah tak pregnant lg... dgn izin allah swt sgalanya... 

Alhamdulillah, sy da ok sket... sapa2 yg mengalami masalah mcm sy sila PM sy ye utk tips... hehe ;)


Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 846059
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah
 

2 sweet persons:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

Hahaha.same goes to me.baru rasa nak perasan peknen.kehkeh.sindrom pms gak ni rs.
Thanks for the post.
Kalu x cuak je. Nk beli upt malas

Rosmawani♥ said...

Kikiki..btui tu kak..ros msa auni lpas 8bulan bru period, lpas lahir humaira dlm pantang dh dtg period..so nekad cucuk implanon...hahhaha..tkut... :p

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D