14.3.17

Filem Seram "Dark Water" versi mat salleh...

Bismillah wal hamdulillah...

Masa zaman belajar dulu ada jugak layan movie "Dark Water" ni tapi versi orang Jepun... betulkan saya kalau saya silap... tapi tak ada kesan sangat bagi saya... jalan cerita lebih kurang sama... cerita budak perempuan meninggal lemas dalam tangki air apartment/flat, lepas tu menghantui salah seorang penghuni. Versi Jepun saya tak berapa ingat 'exact' jalan cerita... tapi yang versi omputih ni dah 2kali tengok boleh ingat 'exactly' jalan cerita dia dan rasa sangat banyak pengajaran yang saya dapat sebagai seorang ibu...

Tak pernah-pernah buat 'review' movie hehe :D tapi serius tak boleh nak 'move on' dengan Dark Water ni setiap kali tengok part last tuh mesti menitis air mata...kah3 emo sangat kot... tapi tetap layan jugak... Tengok "Sunk into Womb" pun tak teriak (cover jugak la) tapi Dark Water ni tak boleh nak cover :( Kisah bermula apabila sepasang suami isteri berpisah dan meninggalkan seorang anak perempuan bernama Cecilia Williams berusia 6tahun... Ibu kepada budak perempuan ni pun ada kisah silam menyayat hati iaitu dia pernah diabaikan oleh ibu bapa dia sendiri... Tetapi dia tak pernah mengabaikan anak perempuan dia tuh walaupun jodoh dengan suami beliau tak panjang... Ibu Cecilia ni namanya Dahlia William... Efek cerita ni yang asik hujan menambahkan lagi kesuraman di hati...huhu

Lepas dah 'divorce' Dahlia memang fight untuk hak penjagaan anak dia Cecilia... dia terpaksa berpindah jauh dari New Jersey sebab tak mampu nk sewa rumah area New Jersey which is bandar yang besar jadi sewa pun mahal... Dia pi kat sebuah bandar kecil nama tak pasti tapi katanya berdekatan dengan Manhattan kot kalau tak salah... sewa di bandar tuh sedikit murah sementara dia kena cari kerja baru untuk jaga Cecilia... Dari situlah bermula dia menyewa sebuah apartment yang berdekatan dengan sekolah senang dia nak ulang alik hantar Cecilia... Pada awalnya Cecilia macam tak berkenan nak berpindah kat bandar kecik macam tuh... tapi dek kerna terjumpa beg Hello Kitty dekat roof top apartment tuh Cecilia pun pujuk ibu dia untuk stay je kat situ walaupun apartment tuh nampak suram, lepas tu siling pun asik bocor...

Adala adegen gadoh2 mak ayah Cecilia ni masing-masing nak dapatkan hak penjagaan sampai depa lupa keadaan itu sangat memberi tekanan pada Cecilia yang tak faham apa... Baru berumur 6tahun kan... Kiranya kisah misteri yang terjadi di apartment tuh memang memberi pengajaran la buat Dahlia... Dahlia dan Cecilia di hantui dengan cerita-cerita dan bayangan2 pelik dari seorang budak bernama Natasha Rimsky... Natasha tuh nak berkawan dengan Cecilia sebab dia juga diabaikan oleh mak ayah sendiri sampai dia jatuh lemas dalam tangki air pun tak ada sapa tahu... Kesian sangat kan? Jadi roh Natasha ni nak bagitahu la yang dia lemas seorang2 dalam tangki air dekat roof top apartment tuh... Ayah Natasha ni balik pi Rusia n mak dia pi ke mana ntah si ayah dok fikir yang Natasha ni dok  dengan mak dia dan mak dia pulak fikir Natasha ni follow ayah dia... ha dah jadi lost di situ memang tak peduli anak sungguhla... Pastu penjaga apartment tuh melakukan kecuaian di mana di lupa kunci pintu roof top tuh jadi dia tahu ada budak lemas dalam tuh... tapi dia tak report... takut kena tangkap sebab cuai... Jadi tak ada sapa la tau mayat Natasha dok ada dalam tangki air tuh....

Akhirnya, Dahlia bermimpi pasai budak tuh yang membawa kepada penemuan mayat budak bernama Natasha Rimsky... Roh Natasha ni dok cari kawan dah dia jumpa Cecilia dia tak nak lepas la budak tuh sebab dia memang keseorangan... Bila roh Natasha ni dapat tahu yang Cecilia dan mak dia Dahlia nak pindah dia pun bercadang nak bunuh si Cecilia sebab nak jadikan kawan dia... part ni memang paling sedih, roh Natasha cuba nak lemaskan Cecilia dalam tab mandi tapi mak Cecilia (Dahlia) merayu kepada Natasha untuk lepaskan Cecilia dan ambil dia sebagai ganti... Akhirnya mak Cecilia ni meninggal kononnya sebagai ganti peneman si Natasha... Sedih sangat rasa pengorbanan seorang ibu... walaupun dah berpisah suami isteri akhir sekali depa ni plan nk duduk dekat2 supaya dapat besarkan Cecilia sama-sama jadi Cecilia tak pening kepala nak pilih mak atau ayah dia... at the end tak sempat pindah mak Cecilia meninggal... tapi roh Dahlia ni ada la dok pesan kalau dia perlukan ibu, mai saja melawat mak dia di apartment tuh... mak dia ada untuk Cecilia walaupun dah tak wujud di alam nyata.... huhuhuhu...sedih sangat rasa... :(

Ok sekian dok emo seorang2... :P

9.2.17

Entering 3rd trimester...

Bismillah wal hamdulillah...

Syukur alhamdulillah, 4thn pregnancy sudah masuk fasa ketiga kehamilan yakni 3rd trimester...bermakna 7bulan la kan? kadang2 'lost track' dek kerana kesibukkan dengan urusan duniawi terutamanya hal2 melibatkan sesi persekolahan anak-anak... baru 2orang anak di alam persekolahan... seorang baru tadika tapi kelam kabut dia tuh fuh menguji mental dan fizikal... dalam masa beberapa bulan lagi menambah ahli baru lagi... tak tahulah kudrat ummi ni macam mana ye... orang kata kalau dah sebab anak, seorang ibu itu sanggup je redah apa pun cabaran yang bakal tiba... tak mau nak fikir bukan2 'just follow with the flow' orang kata... yang penting banyakkan doa semoga dipermudahkan segala urusan baik dari segi nak hadap fasa sarat ala2 penguin jalan, fasa melahirkan, fasa berpantamg, menyusukan dan sebagainya with 4kids... *tarik napas dalam2*

Secara peribadinya mungkin rasa kurang kesediaan menghadapi 4th pregnancy ni membuatkan saya rasa serba tak kena tapi secara jujurnya... tuhdia semua secara na... :D pregnancy kali ni takdakla beza jauh sangat dengan 3pregnancies sebelum ni pun... cuma kepenatan dari segi kudrat tuhla yang menguji sikit sebab mungkin faktor usia yang dah menjangkau ke angka 33 this year... dan sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak menjadikan sy sangat pantang dari 'me time' mesti nak tidur tak kira siang malam... haha! sangat kurang sihat habit ini... masa 3rd trimester ni kena start dah 'workout' untun pregnancy... masih menikmati tidur malam yang 'heaven' since ammar dah 'wean off breastfeed' sejak beliau berusia 2tahun 10bulan... alhamdulillah ammar tak banyak karenah sejak dah masuk usia 3tahun ni senang diuruskan... cuma susah tidur waktu siang... waktu malam ok je tidur je 'direct' dari malam sampai siang... ummi la pulak dah semakin kerap ke 'toilet' malam2... ada kot dalam 1-2kali... bergantung pada jumlah pengambilan air la jugak... so far so good... manageable lagi... sakit2 badan tuh pun tak ada lagi... ada kot sakit pinggang sikit2, dan dah terasa perut memberat ke depan... saspens jugak adakah kali ini bakal berhadapan sakit 'joint' paha seperti pregnant ammar?? so far tak ada lagi sakit joint... physically memang alhamdulillah sihat... dari segi result check up pun nurse sangat berpuas hati... tak ada sebarang masalah kesihatan... syukur alhamdulillah dipermudahkan segalanya... cuma nak hadap proses bersalin saja... saya adalah sangat takut untuk 'dilapah' lagi... T_T hanya mampu berdoa sahaja semoga dikurniakan hati yang ikhlas dan redha, sabar serta bertawakkal kepada allah swt atas apa yang bakal dilalui... semuanya sudah tertulis untuk saya... -__-

 

2kali check up dan scan, gender 4th baby dah diketahui... kalau tak salah mesin scan ni insya allah geng abang chik ammar... cukup dah kot 2pasang... haha! wallahu'alam... 

1.2.17

Welcome february 2017 & 4th journey...

Bismillah wal hamdulillah... 

Dah februari, how time flies... keadaan kehidupan dengan rutin baru masih huru-hara hakikatnya... terfikir juga bagaimana nak hadapi rutin selepas bergelar ibu kepada 4orang cahaya mata... sungguh tidak dapat dibayangkan... bermula dari fasa sarat, melahirkan, berpantang dan bermulalah detik mengusung keempat-empat mereka... moga dikurniakan kesihatan yang baik kepada ummi, serta fizikal & mental yang mantap... ameen...

Memasuki minggu ke 27 minggu ini... keadaan fizikal yang semakin tidak selesa... kerap terkena pedih ulu hati, dan atas perut menjadi keras... last 2weeks ada membuat pemeriksaan di hospital swasta yakni di Amanjaya Specialist... pertama kali membuat pemeriksaan di sini... selama ini setia dengan Dr. Annuar Husaini INS Specialist, tapi kali ini terasa ingin tukar angin kepada Dr. Mathews di ASC Sg. Petani... Pengamal perubatan yang jauh lebih serasi dengan jiwa ini... syukur alhamdulillah walaupun sudah anak ke-4 barulah berpeluang bertemu doktor hebat ini, namun 'better late than never'. Isu ini saya tak pasti boleh berdiskusi secara terbuka atau tidak sebab saya yakin ada sesetengah pihak/orang perseorangan tidak berapa suka akan isu ini... saya pun tak pasti kenapa... mungkin terlebih 'concern'? Atau buat-buat 'concern' sekadar menggangu gugat emosi saya? wallahu'alam... mungkin saya terlalu paranoid... apa-apa pun saya yakin apa yang saya buat, dan ia disokong oleh seorang pengamal perubatan yang banyak buat 'research' hakikatnya ilmu ALLAH SWT itu Maha Luas... jadi siapalah kita untuk menidakkan segala kemungkinan yang MUNGKIN boleh berlaku... ok abaikan hal itu... nanti ada peluang saya cerita lebih lanjut mungkin perlu untuk panduan sesiapa yang memerlukan diluar sana...

Keadaan baby yg ke-4 alhamdulillah syukur baik2 sahaja... setiap pregnancy adalah pengalaman baru bagi saya walaupun dah ke-4... ada simptom2 pregnancy yg baru dan ada yang 'copy paste' dari kakak2 dan abang... kudrat dan tenaga sebagai ibu yang sudah meningkat usia kepada 33tahun, tahun ini tentulah berbeza daripada kudrat dan tenaga semasa 1st pregnancy dulu yang masih lagi dalam fasa 20an... saya memang kagum dengan ibu-ibu yang pada usia 40tahun ke atas masih lagi kuat mengendong 1lagi nyawa bersama-sama... agaknya kondisi kesihatan masing-masing memainkan peranan penting, dari segi pemakanan, berat badan dan rutin senaman yang konsisten... sebulan sebelum conceive yang ke-4 syukurlah sempat mengamalkan beberapa rutin senaman yang konsisten jadi pregnancy kali ni kurang sakit belakang, betis dan badan... ada lenguh-lenguh pinggang yang biasa sahaja walaupun tidak mengamalkan sebarang 'supplements' moden. Cuma mengamalkan pemakanan yang sihat walaupun kadang-kadang terbabas-babas dek kerna 'mengidam' kononya :D keadaan sekarang kerap terkena pediul ulu hati dan jantung berdebar-debar kalau 'consume' caffeine secara berlebihan... sebelum ni memang tak ada masalah itu... :( 'lastest' scan di ASC kepala baby masih di atas menyebabkan pedih ulu hati mungkin akan kerap berlaku... sama keadaan dengan ammar dulu 25weeks masih lagi kepala di atas... kedua kakak awal lagi kepala dah ke bawah... :D mungkin perut ummi dah luas jadi baby selesa begitu... almaklum dah masuk anak ke-4...

Apa-apa pun didoakan semoga dipermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat... banyak ingin dicoretkan sebagai rujukan di masa akan datang... tapi kepincangan idea sudah... haha! ayat pun ntah apa2... :D

17.1.17

7 years old already...

Bismillah wal hamdulillah... 

Blog ni saya buat dari sebelum kahwin, berkahwin, mengandung, ada anak pertama, kedua, ketiga dan kini dah nak masuk yang ke-4... rasanya sudah hampir 9tahun usia blog picisan tak seberapa ini...dari aisya dalam perut ummi sampai sekarang dah nak masuk 7tahun usia beliau... tahun ni dah selamat masuk sekolah... syukur alhamdulillah atas segalanya... walaupun ummi tak berkerja namun ALLAH SWT mempermudahkan segalanya... dari proses nak 'apply' sekolah, proses nak sediakan keperluan sekolah dan paling penting proses aisya nak sesuaikan diri dengan suasana baru... minggu ni dah masuk minggu ke-3 alhamdulillah fi kullihal...

Cuma ummi ja yang terkejar-kejar kepenatan menguruskan segalanya terutamanya waktu ayah kena 'outstation' beberapa hari... sekarang kerap juga ayah 'outstation' letih juga la dengan membawa perut yang sudah mencecah 6bulan ini... Hantar dan ambil aisya dan adik amira tadika... kemudian, waktu rehat nak tengok aisya kejap (1-2hari sahaja pada minggu pertama), dan 3rd week ni nak tengok dia sesuaikan diri dengan waktu rehat petang dengan waktu solat... terpaksa 'mingle around' ke surau, ke kelas dan ke kantin berebut-rebut dengan semua budak... semua itu memang lumrah, cuma jiwa mak2 ni risau aisya tak dapat sesuaikan diri pada minggu2 awal persekolah... perkara ni ambil masa 2-3hari sahaja sehingga dia ok dan faham 'flow' pagi dan petang bagaimana... Lepas ni lega la ummi tak perlu ke sekolah secara kerap untuk memantau keadaan aisya... Aisya ni dia macam panik dengan persekitaran baru, dengan saiz kakak2 dan abang2 tahun 5-6 lebih kurang ayah n ummi :D Budak zaman sekarang darjah 6 dah macam sekolah menengah... 

Rutin minggu transisi kakak aisya...angkut dengan adik2 pi tunggu kakak balik sebab gap masa balik amira dan aisya hanya 1jam...amira balik 12tgh hari, aisya balik 1tgh hari...tak kuasa la nak angkut bawak balik dan datang semula selepas 1jam... terus je tunggu di sekolah...

1st day for both my doters... aisya sekolah baru, amira tadika baru...alhamdulillah kedua2 cepat adapt dengan suasana baru...syukur
 

15.1.17

140114 - 140117

Bismillah wal hamdulillah...

Genab usia anak bujang kesayangan satu-satunya 3tahun semalam kalau ikut tahun masihi... kalau ikut tahun Islam, dah cukup 3tahun pun bulan 12 harituh... alhamdulillah atas kurniaan anugerah pinjaman yang diberikan ini... pelbagai peristiwa pahit manis membesarkan anak-anak terutamanya anak ke-3 ni tidak sempat dirakamkan di dalam blog... tup3 dah 3tahun berlalu... semoga anak bujang ummi membesar dengan sempurna, jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat... ameen... 

Milestone pun tak sempat nak update dan cerita satu per satu.... so far semua ok cuma ammar ni sedikit lambat bercakap... bila mencecah usia 3tahun ni baru menguasai lebih banyak perkataan yang boleh difahami... mengarang ayat dan bercerita sahaja seperti kakak belum lagi... ummi sedikit bimbang tapi dah buat assessment dengan 'occupational therapist' katanya ammar masih ditahap normal seperti kanak-kanak sebaya dia cuma mungkin terlambat sedikit dalam 3-4bulan perkembangan pertuturan dia... jadi kena 'keep on stimulate' fasa pertuturan ammar... yang ummi lihat, ammar ni lebih mudah sebut perkataan dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu mungkin lebih mudah dan simple perkataan2 dalam english... 

Semoga tahun ini memudahkan lagi proses ammar belajar... dan lidah fasih bertutur selepas ni... huruf-huruf pun dah banyak kenal...satu perkembangan yang baik berbanding dengan kakak-kakak yang kenal huruf bila dah masuk tadika...  1perkembangan yang baik... boleh sebut alphabate dan numbering in english juga... 

Semoga dipermudahkan segala urusan anak ummi kelak...ameen

 


13.1.17

Pembuka tirai 2017 dan ragam manusia...

Bismillah wal hamdulillah... 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Lama rasanya tak menjenguk ke blog peribadi ini... hampir nak terkubur dah rasanya... aktiviti harian membataskan segalanya... hari berganjak hari begitu juga dengan tanggungjawab, yang semakin bertambah dan mencabar... pejam celik, tahun ni dah masuk tahun ke-5 saya bergelar 'housewife' banyak sangat rasanya pengalaman yang mendewasakan... Haih kekok pulak rasanya nak memulakan bicara haha! :P

Tahun 2017 yang agak kelam kabut... tahun pertama dan pengalaman pertama anak sulung menjejak kaki ke alam persekolahan... pengalaman berharga kepada saya yang bergelar ibu... alhamdulillah detik kelam kabut tidak berlarutan seperti yang dirisaukan... cuma pada 1-2hari awal sahaja... minggu depan rutin akan berubah sedikit kerana si kakak akan menamatkan sesi persekolahan setiap hari pada pukul 5petang... belas juga nak membayangkan anak sekecil 7tahun harus membiasakan seharian berada di sekolah... zaman kita dulu setakat pukul 1-2petang sahaja... tak apalah begitulah kehidupan nak oi... tidak semudah yang kita sangka semoga pengalaman berharga ini menjadikan kakak aisya semakin matang hendaknya...

Seperti 'parents' yang lain perasaan teruja anak masuk sekolah tuh memang ada... tengok orang sibuk tempah 'sticker' kita pun eksaited kekdahnya nak tempah juga... bukan apa aisya bersekolah dari pagi sampai petang... jadi banyak peralatan yang perlu dibawa... pesanan daripada para guru dan guru besar adalah melabelkan setiap barang anak... apa kaedah sekalipun terpulang kepada ibu bapa... jadi saya memikirkan untuk membeli sticker... sumpah tak tahu zaman sekarang 'sticker' dah ada jenis 'iron on' bagai... 'waterproof' la segala mak nenek... 'blur' la sekejap dengan hal-hal 'sticker' tuh... nak dijadikan cerita saya ada order 'sticker' dari seorg 'seller' ni... awalnya di tutup tempahan awal tahun sebab nak masuk sesi persekolahan... saya rasa dia seorang guru dan berasal dari negeri yang sama... jadi konon2nya jimat duit postage... saya terus 'browse' akaun instagram beliau... dan pilih 'design' yang berkenan di hati... 

Sabar menanti sampai 'seller' ni buka semula tempahan... punya la sabar dan percaya pada 'seller' senegeri kekdahnya... tak cari dah 'seller' lain... nak ke kedai almaklum lah dengan anak-anak ni memang kelam kabut sikit jadi bila dah ada 'online' ni memang memudahkan kerja... bila dah siap hajat di hati nak 'pickup' je lah di rumah 'seller' tersebut... Alhamdulillah 'seller' tersebut setuju... Sesi membuat tempahan bermula... saya 'attach' design yang nak dan 'seller' tersebut terus memberikan harga dan saiz sticker...konfem design, saiz dan kuantiti tanpa berlengah lagi saya terus buat payment secara online juga sebagai langkah 'booking' ikut turn katanya... tempahan dibuat ahad lepas dan katanya by hari rabu dah boleh siap... ok DEAL!

Hari rabu menjelang 'seller' tersebut belum juga whatsapp... saya ambil keputusan untuk tunggu lagi sehari... hari khamis petang saya ambil keputusan untuk whatsapp semula 'seller' barangkali dia kelam kabut tak sempat... 'seller' tersebut bagitahu dia tak dapat nak siapkan lagi tempahan saya sebab tak sihat katanya... oklah kesihatan kan tidak dijangka... saya pun setuju untuk lanjutkan lagi sampai 'weekend' ni asalkan 'sticker' boleh siap... extra 2-3hari lagi pun ok... saya bagitahu 'seller' tersebut minggu depan anak saya akan memulakan sesi persekolahan dari pagi sampai petang jadi kalau ada 'sticker' mudah sikit nak buat labeling barang-barang dia... tiba-tiba dalam whatsapp 'seller' tersebut tanya "eh nak lekat dekat telekung semayang ke? yang awak order ni sticker untuk tampal dekat botol air, kotak pensil sahaja... bukan iron on" Allah... masa tempahan awal haritu 'seller' tersebut tak ada pulak 'mention' mengenai jenis-jenis sticker... my bad la sebab tak tahu langsung jenis-jenis 'sticker' yang wujud dipasaran... bila saya 'browse' IG dia tak ada pun cerita dengan jelas mengenai jenis-jenis 'sticker' my bad jugakla sebab tak 'survey' banyak-banyak IG mahupun 'facebook'

Saya pun jelaskan saya nak yang boleh tampal pada kotak pensil dan baju juga... saya minta maaf sebab tak tahu akan kewujudan 2jenis 'sticker' tersebut... 'seller' tersebut pun jawab dengan agak angkuh la bagi saya sambil attach gambar "awak tak nampak ke ada 2jenis sticker?" memanglah dengan hanya tengok gambar saya tak tahu 'sticker' tuh ada 2jenis! yang saya nampak hanya 2jenis DESIGN! Saya cakap kenapa tak bagitahu details produk-produk dia ada... dia pula jawab "Awak tak tanya! lagipun awk dah tau IG saya kenapa tak tengok?" ALLAH... gitu sekali... dia fikir IG dia semua orang boleh faham apa dia tulis? saya dah minta maaf pada awalnya sebab kelemahan saya tak tahu mengenai jenis-jenis 'sticker'. 2kali juga saya minta maaf sebab tak tahu menahu hal-hal sticker ni... niat di hati nak tambah order la untuk waterproof sticker dan iron on... dia bebel lagi "kalau awak pegi kedai nak beli tepung pun, penjual tak akan tanya awak nak buat kuih apa... awak kena tahu sendiri nak buat kuih apa dan tepung apa nak guna?" haha! boleh pulak dia samakan kejadian STICKER dengan TEPUNG? Tepung tuh sah2lah barang yang semua orang pakai... saya jawablah, orang tua kat kampung pun tahu nak beli tepung... yang saya tengah nak beli ni STICKER kot... tak semua orang guna STICKER...dan tak semua orang 'familiar' dengan STICKER... terutamanya orang macam saya.... saya pernah order STICKER produk je memang tak berjumpa lagi STICKER nama yang iron on bagai banyak-banyak jenis... saya memang fikir iron on tuh sama boleh juga buat tampal dekat barang-barang lain...maaflah memang nampak sangat tak tahu kan? tapi tak boleh ke masa tempahan dibuat dia 'attach' sikit penerangan mengenai setiap produk dia ada... bukan banyak pun 2jenis produk je dia ada... banyak beratus-ratus je produk dia buat sampai nak 'explain' pun tak nak. Kena TANYA katanya :(

Lantas dia mem'block saya dengan marahnya... selama saya menjadi 'seller' dan 'buyer' online ni kali pertama saya jumpa 'seller' seumpama ini... kalau bisnes gah macam vivy yusoff tuh kagum jugakla... bukan nak rendah2kan sesiapa... BUDI BAHASA BUDAYA KITA kekdahnya... sama-sama minta maaf dan cukup sekadar itu... ya saya akui silap saya tapi saya agak tak boleh terima dia 'blame' saya 100% macam saya tengah merayu nak suruh dia buat 'sticker'. ALLAH... Pembuka tirai yang sangat mengecewakan... at the first place saya tak salahkan dia pun dia tak provide infos details mengenai setiap produk dia, walaupun yelah sebagai seller kan... kau jual, kau kena terangkanlah each produk yang kau ada... alasan dia sebab saya TAK TANYA... Kalau ikut pengalaman saya yang ciput ni berbisnes... even customer tak tanya saya provide ja infos semuanya... mana tahu kot customer tak tahu dan akan tambah order dengan EXTRA INFOS yang ada... :( yelah semua orang tak sama cara... saya terima itu sebagai kekurangan saya... semoga ALLAH SWT memberikan dia hidayah...ameen

28.9.16

4th...

Bismillah wal hamdulillah...  

'Update' je la kan 'since' mana tahu ini merupakan 'my last pregnancy journey' gitu... sejak tahun 2009 konsisten je kan 'update' mengenai pengalaman mengandung dan melahirkan yang tak seberapa sampai la sekarang dah tahun 2016... usia pun dah semakin berganjak... namun emosi dan perasaan menyambuat berita tentang kedatangan orang baru masih tetap sama walaupun emosi kekadang berubah sesuai dengan keadaan life masa kini dan umur juga... dah masuk fasa 30an ni rasanya fokus utama banyak kepada anak-anak yang sedia ada...  serius tak terfikir untuk menimang cahaya mata ke-4 sepantas ini... yalah mungkin sudah sampai masanya jadi kita terima dengan hati yang redha... lepas ni boleh la fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja... 'mood newborn' ni rasanya biarlah kepada mereka yang masih muda belia pengantin baru... semangat dan tenaga pun masih muda dan baru... 

Adeh ambil masa betul la nak habiskan 1entri pun sebab 'sickness' kali ni boleh tahan mencabar... rasanya agak teruk berbanding yang ketiga dulu... jeng3... kadang-kadang rasa "eh...girl pulak kot" sebab anak-anak girls saya memang alahan teruk sungguh terutamanya amira sampai warded...seminggu tak dapat makan dan minum pakej dgn demam... kalau boleh taknak ingat! kali ni macam teruk juga cuba untuk melawan rasa itu... sebut pasai alahan... bersyukurlah ibu2 yang mengandung ALLAH SWT tak uji dengan masalah alahan ni ye... memang ramai juga yang bernasib baik pregnant je sihat dari awal sampai bersalin... bahagian dan rezeki masing-masing sila jangan 'compare'... mengandung ni pun kira perjuangan seorang ibu juga nak membawa dan melahirkan seorang lagi khalifah ALLAH SWT ke muka bumi ini... saya redha dan terima ujian ini dengan hati terbuka mungkin ada hikmahnya cuma saya manusia biasa sahaja... kadang-kadang saya terasa nak mengalah... sampai tahan kan 24jam tak sihat dah 1bulan ni... fikir pulak orang yang ALLAH SWT uji terlantar dah bertahun2 tuh lagi lah kan...kita ni cuma meloya, tak tahan bau, muntah2, perut tak selesa, etc saja... huhu... ya allah kurniakan hambaMU ini ketabahan sebab hamba perlu menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil... tak mampu kadang2 dengan kudrat yang sudah 'drop'50% ini T_T

Oh adik baby tolonga 'behave' ye... membesar dengan baik... maafkan ummi andai ummi tersalah makan atau teremosi yang mengganggu kamu... ummi cuba sedaya untuk memberikan yang terbaik untuk kamu dan kakak2 n abang kamu ni... ummi kamu hanya insan biasa yang banyak khilaf... eceh emosi pulak haha! :P simptom2 apakah ini... ya allah hazabedah sungguh alahan kali ni... pakej dgn sakit gigi... ni memang simptom baru... ketiga2 pregnancy takda masalah gigi... huwarghh... dengan ayah pun terkena tempias sensitif dengan bau sama dengan ummi... mungkin anak yang hebat yang bakal lahir ini...ameen ya rabb
Add caption