3.3.16

Proses pembuatan minyak kelapa dara di rumah...

Bismillah wal hamdulillah...

Saya merupakan penggemar minyak kelapa dara ataupun virgin coconut oil (VCO) setelah saya mengetahui kebaikkannya kepada kesihatan sejagat. Dan saya rasa setiap rumah patut simpan VCO ni untuk kegunaan harian antaranya sebagai 'supplements' terbaik seisi keluarga... pada mulanya sy fikir VCO ni sama sahaja dengan minyak tanak zaman tok nenek kita dulu-dulu selalu masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan minyak itu digunakan sebagai minyak rambut, minyak masak dan sebagainya... alami je bila fikir-fikir balik... sempatlah melalui zaman fasa tersebut... tok sebelah abah saya memang orang kampung... suka pakai dapur kayu (walaupun ada dapur gas), suka tanak minyak nyok (minyak kelapa) untuk dijadikan kegunaan harian, makan nasi ulam, kiranya sangat kurang makanan proses... semuanya DIY ja dan didapati dari kampung... 

Apa itu minyak kelapa dara yang membuatkan ia istimewa?

Minyak kelapa dara adalah sejenis minyak yang dikeluarkan oleh buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara diproses dengan TANPA MENGGUNAKAN HABA ATAUPUN KIMIA dan minyak kelapa dara menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.

Terdapat 1kajian mengenai minyak kelapa dara yang telah dibuat oleh pakar dari negara barat dari awal tahun 1930an. Sebahagian besar telah dilakukan ke atas penduduk di kepulauan Pasifik yang mana kelapa merupakan sebahagian besar daripada pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut telah merumuskan bahawa terdapat 1kandungan dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu yang boleh memberi pelbagai kesan positif kepada kesihatan manusia.  Oleh sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang mantap dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Kalah seperti minyak tanak yang dimasak untuk mengeluarkan minyak, sedikit khasiatnya mungkin sudah musnah akibat daripada haba yang digunakan untuk mengeluarkan minyak itu tadi. Antara proses yang digunakan dalam industri makanan untuk menghasilkan minyak kelapa dara agar khasiatnya masih tetap 'dara' adalah melalui kaedah penapaian (fermented) ataupun 'cold press' dimana pati santan di simpan ditempat sejuk beku bagi mengeluarkan minyak kelapa dara daripada santan tersebut. 

Saya pun belum habis baca lagi mengenai penghasilan minyak kelapa dara ini apa yg saya faham selagi prosesnya tiada penglibatan haba dan bahan kimia ia masih dikira sebagai VCO... saya menggunakan teknik yang diajar oleh ayah mertua saya yang juga pengguna tegar VCO kerna penyakit kencing manis beliau. Sebelum ini sy guna kaedah 'cold press' namun hasil yang saya dapat tidak seperti yang diidamkan... hehe :D iaitu 2-3kg santan saya dapat lebih kurang 500ml VCO sahaja. Kaedah 'fermented' yang diajar oleh ayah mertua 5kg santan = 1800ml VCO! :D

Jom tengok proses-proses yang saya lakukan seperti yang diberikan oleh ayah mertua... apa yang kita perlukan adalah sebuah bekas bersih seperti gambar dibawah atau yang seumpama dengannya. Bekas letak air masa kenduri tuh pun boleh asalkan dibasuh sebersih mungkin. Selepas itu isikan air tapis sebanyak 10liter ke dalam bekas berkenaan. 

10liter air tapis diisi
Masukkan 5kg pati santan. Kacau rata pati santan bersama air. Kenapa campur air? Air adalah agen/pemangkin kepada proses 'fermented' yang bakal dijalankan sebentar lagi agar minyak dan pati santan terpisah dan terbentuk. Biarkan pada suhu bilik lebih kurang 32darjah celcius selama lebih kurang 24jam.
5kg santan itu

 
Ini 'close up' selepas 24jam. Proses pengasingan yang agak renyah sebab VCO ni terbentuk ditengah-tengah antara kepala santan yang terbentuk daripada proses penapaian. Lihat gambar bawah untuk lebih jelas...
Gigih ayah lukis hehe... untuk lebih pemahaman... jadi kita nak ambil yg minyak tuh.
Apa yang saya buat, saya kaut guna sudip kari (pasti yang betul-betul bersih ya!) dan tapis menggunakan tapis santan/sayur. Lepas dah habis lapisan atas kaut pula bahagian minyak... guna tapis santan dulu. Kemudian kita bakal tapis pula kesemua hasil menggunakan kapas yang disumbat pada corong penuras/minyak.

Maaf bahagian ini saya tiada gambar sebab tengah bergelut dengan anak-anak syurga... silap tak buat masa 'weekend' haha! jadi terpaksalah bergelut memang mencabar... corong itu disumbat dengan kapas muka pada bahagian corong halus kemudia dilapiskan pula dengan 4-5helai 'disposable cloth diapers liner' kemudian mulakan sesi tapisan/turasan untuk kali ke-2 ke atas VCO yang terhasil dan berjaya diasingkan tadi.

Pakai corong macam ni... sumber: Google

1800ml vco yang berjaya diasingkan... alhamdulillah

Pakai 'disposable cloth diaper liner' je hehe... pakai kain pun boleh...
   Sekian sahaja... terima kasih :D

1 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D