Showing posts with label isu masa kini. Show all posts
Showing posts with label isu masa kini. Show all posts

13.1.16

Isu viral: 'Breastfeeding in public' dan 'Brelfie' (pandangan peribadi)

Bismillah wal hamdulillah...

Dah beberapa hari rasanya 'facebook' dihujani dengan isu viral bikin panas 1Malaysia... ada juga retis turut sama menyumbang kata-kata sokongan dan nasihat... saya tak mahu komen siapa salah, sapa yang betul... kat sini ayuhlah kita pandang dari sudut pandangan positif dan apakah pengajaran yang kita perolehi dari isu ini? Sebagai salah seorang anggota masyarakat? Sebagai seorang wanita? Sebagai seorang yang beragama Islam? Sebagai seorang ibu? Sebagai seorang isteri?

Zaman 'smartphone', 'social media' semua dihujung jari hanya klik-klik je semua maklumat boleh dapat, boleh tersebar secara sangat meluas tanpa ada sesiapa pun dapat kawal dan halang... 

Berhati-hati di laman sosial

Banyak sangat sebenarnya isu sekarang ni yang dikaitkan dengan laman sosial antaranya ada yang dikenakan hukuman undang-undang kerana statusnya di laman sosial yang berbaur ugutan, menfitnah dan sebagainya. Kita memang bebas berkata-kata tetapi perlu untuk lebih berhati-hati sebab 1dunia yang baca laman sosial kita. 

Dunia tanpa sempadan ni apa sahaja pun boleh berlaku. Ada yang memang berniat nak menjatuhkan kita, jadi mereka ini 'create' 1 akaun 'fake' atau palsu untuk 'add friend' dengan kita. Padahal ada niat yang tidak elok. Jadi bagi saya memilih akaun untuk dijadikan kawan perlulah ditapis dahulu kerana berkemungkinan orang yang nak 'add friend' dengan kita memang ada niat yang tidak baik termasuklah mengaibkan kita, menfitnah dan sebagainya. 

Ataupun mungkin kita kurang selesa  dengan seseorang di laman sosial bagi saya seeloknya 'hide/unfollow' sahaja orang-orang berkenaan kerna dikhuatiri memberi aura negatif kepada kita. Saya sebenarnya sangat tak kisah dah sekarang sekiranya ada kenalan saya di laman sosial berniat nak 'unfriend' saya atau sebaliknya sebab mengambil langkah lebih 'privacy'. Kadang-kadang dengan laman sosial pun boleh bergaduh sesama rakan. Ada yang ambil peluang nak aibkan orang, 'stalk' laman sosial orang dengan niat nak buruk-burukkan orang tersebut... Jadi memang kena 'super' berhati-hati dah sekarang ni!

Ramai orang yang buat dosa kering secara sedar atau tidak melalui laman sosial sebab ambil langkah mengecam, mengutuk, mengumpat orang yang kadang2 kita tak kenal pun di laman sosial... Nauzubillah...

Berhati-hati 'upload' gambar peribadi dan keluarga

Berhati-hati dalam memuatnaik gambar peribadi, anak-anak dan keluarga. Ini nasihat kepada saya juga terutamanya gambar yang boleh memberikan prasangka negatif kepada orang lain contohnya seperti gambar 'brelfie' tersebut... Memang betul gambar 'brelfie' itu tak mendedahkan mana-mana bahagian aurat tapi rasanya Pencetus Ummah Rahmat ada menjelaskan isu ini. Analoginya seperti seorang wanita yang memakai haruman sehingga terhidu oleh seorang lelaki ajnabi sudah dikira mendekati zina... Apa la sangat setakat bau wangi je? Bukan perempuan tuh dedahkan aurat dia? Ini kerana ISLAM sangat memelihara maruah seorang wanita, jadi dijaganya wanita itu dengan sekecil-kecil hal yang kadang2 kita pun tak terfikir. 

Bagi saya isu 'breastfeeding in public' ni sangan 'common' sejak dari dulu lagi. NIP ni tak ada salahnya sekirannya kena dengan caranya. Saya secara peribadi tidak suka sekiranya orang perasan saya tengah menyusu tak kiralah orang itu lelaki atau perempuan. Mungkin fitrah saya sebagai seorang perempuan ada yang ada sifat MALU tu semulajadi. Jadi apa yang saya buat sekiranya terpaksa NIP (sebolehnya nak elak tapi jika keadaan mendesak saya sediakan beberapa plan tindakkan)? Pakai tudung yang 'super' labuh sebab saya rasa 'nursing cover' tak membantu pun dalam kes saya. Ok ini pendapat saya la kan, saya lebih suka dan 'prefer' sekiranya ORANG SEKELILING TAK PERASAN pun saya tengah menyusu. Iaitu menyembunyikan bayi saya disebalik tudung yang labuh. Alhamdulillah saya memang pemakai tudung bidang besar sebab itulah saya kurang selesa sebenarnya nak pakai 'shawl' walaupun 'shawl' labuh sebab dia agak TERBELIT sekiranya terpaksa NIP. Sekiranya saya memakai 'nursing cover' orang perasan saya tengah NIP dalam hal begini suami pun kurang bersetuju. Sebab itulah juga saya tak pernah beli 'nursing cover'. Saya lebih 'prefer' sorok proses menyusu itu sehingga orang pun tak perasan. Orang ingat saya tengah dukung anak yang sedang tidur macam biasa.  

Saya juga pernah NIP di 'airport' alhamdulillah ALLAH SWT mudahkan saya dapat cari 'port' tersorok dan suami sebagai pak guard tolong awasi saya yang tengah menyusu risau ternampak dek orang. Jadi sebelum nak bawa anak keluar PLAN A saya adalah akan 'make sure' dia betul-betul dah kenyang dan tak mengantok. Sekiranya keadaan mendesak jadi fikir plan B iaitu cari tempat tersorok dan lebih 'proper' seperti 'nursing room' jika ada, surau, 'coridor' atau bahagian bangunan yang memang tersorok dari padangan orang. Memang mencabar ye sebenarnya nak menyusu ni tapi ia tidak mematah semangat saya apatah lagi ibu-ibu kat luar sana untuk menyusu. Cuma dalam kes ini kita sebagai seorang muslimah, beragama Islam, faham mengenai aurat, ambil kisah mengenai adab seorang wanita muslim. Disamping itu kita kena fikir juga orang sekeliling yang tak semuanya 'open' mengenai menyusu di tempat awam. Jadi seeloknya kita elak daripada sebarang perkara yang  tidak diingini risau timbul isu dikemudian hari.

Tidak taksub dengan sesuatu perkara

Sejak saya melahirkan anak pertama, isu 'breastfeeding' ni menjadi semakin meriah... Alhamdulillah ramai dah ibu-ibu muda sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu. Tetapi bagi pandangan peribadi saya, kita tak perlu untuk taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita tak ambil kisah tentang aurat, adab dan sopan kita sebagai yang bergelar wanita apatah lagi beragama ISLAM. Mungkin la pada awalnya kita tidak tahu, tapi apa salahnya kita minta pandangan orang yang lebih berilmu tentang sesuatu yg kita sendiri tak pasti dari sudut syariah. 

Jadi buang ego kita, buang perasaan taksub kita untuk lebih mengutamakan apa yang dianjurkan dalam Islam. Islam sendiri pun menggalakkan penyusuan susu ibu tapi biarlah kena pada caranya... faham kan? :) Analogi mudah, hubungan intim suami isteri tuh ibadat lagi tapi perlu ke dipertonton sehingga 1dunia boleh tengok?

Menjaga adab, bahasa, tatasusila walaupun di laman sosial 

Walau marah macam mana sekalipun kita, sakit hati dan geram tetapi itu bukan alasan untuk kita melontarkan kata-kata kurang sopan, ayat maki hamun dan sumpah seranah. Ini teguran juga untuk diri sendiri terkadang terlalu mengikut perasaan dan emosi sehingga terlupa sehingga sempat memuat-naik status berbaur amarah dan dendam. Nauzubillah... maafkan hambaMU yang serba kekurangan ini. 

Siapa kita, akhlak dan peribadi seseorang hanya boleh dilihat apabila dia sedang marah dan mempunyai peluang untuk membalas balik apa yang orang lain perlakukan kepadanya. Jadi sekiranya kita melihat peribadi seseorang yang suka menghamburkan kata-kata kurang sopan, kata-kata kesat sepatutnya kita tidak mendekati orang-orang sedemikian dan tak perlu rasanya untuk berkawan dengan mereka.  

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik" (Hadith Riwayat At-Tirmizi no. 1987, lihat Shahihul Jami' No. 97)

Tidak mengaibkan orang lain dan tegurlah secara baik dan berhikmah

Tindakkan mengaibkan sesama manusia di laman sosial juga sepatutnya dielakkan oleh kita semua. Apatah lagi dengan jelas mempertontonkan/memuatnaik wajah orang tersebut dengan tujuan memalukannya secara sengaja ataupun tidak. Ambil langkah yang lebih baik dengan tidak mengaibkan sesiapa. Jika orang tersebut buat salah tegur dia secara berhikmah, guna ayat dan perkataan yang baik dan yang penting tidak menegur dia dikhalayak ramai sehingga menjatuhkan air mukanya. Apatah lagi mengaibkan orang dengan kata-kata yang kurang enak secara terbuka sehingga tersebar berita keburukkan orang tersebut.

Setengah orang berpendapat sebar aib orang secara terbuka begitu adalah sebagai langkah nak menegur si pelaku itu. Biar semua orang maki hamun dan melontarkan kata-kata tidak baik. Begitulah cara nak 'ajar' orang yang buat salah. Sedarlah ye, kita juga ada buat salah dan apa perasaan kita jika kita ditegur dan diaibkan sebegitu rupa. Boleh ke kita terima dan berlapang dada? Ataupun saudara dan kenalan rapat kita diperlakukan sedemikian rupa? Apa pula perasaan kita? Begitu juga dengan orang yang kita aibkan... Apa perasaan suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka? Tolonglah belajar untuk fikir hati, perasaan, maruah orang lain juga dan tidak bertindak melulu selari dengan 'kebodohan' diri sendiri. 

"treat others how you want to be treated"

 "Dan barang siapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya ALLAH SWT menutup aibnya didunia dan diakhirat" (Hadith Riwayat Muslim)

Tiada orang kat dunia ni nak aibnya diketahui orang lain. Setiap dari kita tak sempurna ada kelemahan jadi jagalah aib dan kelemahan diri daripada kita sibuk mencanang aib dan lemah orang lain.

Tidak memanjangkan isu yang remeh

Perbalahan, pergadohan di laman sosial terutamanya dengan golongan orang yang tidak/cetek 'akal' ni tidak membawa sebarang penyelesaian. Kata-kata kesat dan kotor terus dilontarkan, dan tiada kata sepakat pun diperolehi. Maka 'tinggalkan' orang itu sendirian. Biar dia dengan kata-kata dan maki hamunnya. Tiada guna untuk kita berbalas kata dengan mereka. Penat nanti diam la tu... :)

Tambah sakit hati, tambah dosa... Rasanya banyak lagi perkara lebih penting untuk layan orang-orang sedemikian. Rasanya mereka ini golongan yang jenis 'attention seeker', kekurangan kasih sayang dan minta perhatian dari orang lain dengan cara 'cari gadoh'. Kita sebagai ibu-ibu dan ayah-ayah terutamanya, dah matang, dah besar panjang boleh fikir kot perkara ini. Bergadoh, bertikam-lidah tak membawa apa-apa manfaat dan kebaikkan pun malah lebih memanjangkan isu dan memburukkan lagi keadaan. Diam tidak bermakna kalah. Diam tak bermakna kita salah. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH SWT dan hari kemudian maka hendaklah dia berkata yang baik atau DIAM" (Hadith Muttafaq 'Alaih)

Minta maaf dan akui kesilapan tidak merugikan sesiapa

Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini. Sebab itu dalam Islam ada istilah bertaubat. Maknanya kita ni sebagai status HAMBA kepada yang Maha Berkuasa kat atas sana memang tak lari dari buat silap dan salah... ALLAH SWT melayan hamba-hambaNYA yang buat salah dengan jalan taubat dengan baik. Walau tinggi manapun status dan kedudukan kita, kalau kita buat salah memang wajib minta maaf. Hatta seorang ibu kepada anaknya pun ibu kena minta maaf dengan anak. Pemimpin dengan rakyat, majikan dan pekerja. Tiada istilah siapa paling besar boleh buat salah dan tak perlu minta maaf. 

Buang sifat ego dan tinggi diri, lebih merendah diri dan 'low profile' sahaja adalah sifat yang dianjurkan dalam Islam. Tapi zaman sekarang ni ramai yang bila buat salah berlagak macam tak tahu apa-apa dan bertindak seperti menegakkan benang yang basah. Alih-alih orang yang dia buat salah tuh yang kena minta maaf dengan dia. Allah... lama mana kita kat dunia ni yang nak berlagak sombong seolah-olah kita yang paling hebat, tak ada siapa boleh lawan, tak ada siapa boleh kata kita salah. Di akhir hidup kita ke tanah jua tempat kita. Kita hanya berasal dari titisan-titisan air yang hina sahaja yang jika jatuh ke bumi, hidupan kat tanah ni tak ingin pun nak makan/minum. Betapa hinanya kita. Yang membezakan kita cuma ilmu dan amal kita di sisiNYA sahaja... 

Maaf jika penulisan ini ada yang mengguris hati dan perasaan sesiapa dan mana-mana pihak. Ia sekadar pendapat peribadi saya dari rujukan beberapa sumber berserta hadith sebagai pengukuh. Segala teguran mohon komen dan saya dahului dengan ucapan terima kasih... 'Peace no war' ya :)

 

28.10.15

Tragedi 10hari

Bismillah wal hamdulillah...

Kita digemparkan dengan seorang ibu baru 10hari selepas melahirkan anak membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondo. Berita yang sangat sedih kerana beliau meninggalkan anak-anak yang masih kecil termasuklah bayi yang baru berusia 10hari. Daripada berita yang dilaporkan dalam Harian Metro, ibu itu nekad membunuh diri DIPERCAYAI (belum lagi sahih) kerana gagal menyusukan bayinya dengan susu ibu.


Pelbagai tomahan, pendapat, yang dilontarkan daripada pelbagai pihak mahupun individu. Ada yang menyalahkan ibu menyusu badan, ada yang menyalahkan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, ada yang menyalahkan ibu yang membunuh diri itu, ada yang menyalahkan suaminya dan macam-macam lagi lah pendapat. Naik juling bijik mata nak baca. Baca sepintas lalu jek... Kurang berminat dengan olahan yang bersifat menyalahkan. Perkara dah pun terjadi jadi kita ambil pengajaran sahaja tanpa menyalahkan sesiapa. Antara pengajaran yang saya paling nampak adalah:

Ilmu

Bagi saya, apa perkara yang kita nak buat pun mestilah dengan berilmu. Sekurang-kurangnya ambil tahu sebagai persediaan. Proses menjadi seorang ibu bukanlah 1proses yang mudah. Ia merupakan 'learning-proses' yang sentiasa berlaku tanpa henti. Walaupun anak dah 10orang tapi setiap kelahiran seolah-olah melahirkan anak sulung sebab pengalaman yang berbeza-beza setiap orang anak yang dilahirkan. Persediaan perlu sentiasa ada dan diperbaharui dari semasa ke semasa. 

Pada pandangan peribadi saya, 3kali pengalaman mengandung dan melahirkan, semuanya berbeza dan mempunyai masalah tersendiri. Saya seolah-olah seperti ibu beranak sulung untuk setiap anak. Saya perlukan ilmu dan persediaan yang rapi untuk setiap kelahiran. Anak sulung dengan masalah terpaksa melahirkan secara 'emergency czer' atas sebab-sebab tertentu. Lepas itu masalah jaundis. Yang kedua pula bermula dengan masalah 'hypremisis gravidum', alhamdulillah kelahiran yang mudah. Tetapi diuji dengan masalah 'prolonged-jaundice'. Yang ketiga, pengalaman mengandung yang mudah. Diuji dengan kelahiran yang bermasalah, diikuti dengan ujian terpaksa 'warded' atas sebab masalah 'G6PD Defecient' perlu pemantauan doktor selama 5hari.

Begitulah keadaan ketiga-tiga orang anak saya yang diuji dengan masalah yang berbeza. Perlunya ilmu dan persediaan mental dan fizikal tentang persediaan sewaktu mengandung, melahirkan, bersalin dan menjaga bayi. Kalau tanpa ilmu sudah tentu kita merasa tertekan dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. 

'Postpartum-depression'

Secara peribadi, perasaan selepas melahirkan adalah sangat aneh. Aneh macam mana? Terutamanya beberapa minggu selepas melahirkan. Badan menjadi sangat lemah dan sakit (terutamanya bersalin secara pembedahan). Memerlukan bantuan untuk bangun dan pergerakkan terbatas. Pada waktu itu perlu belajar menyusukan anak dalam keadaan lemah dan sakit itu. Ditambah pula dengan keadaan bayi yang meragam, sukar tidur malam, sentiasa inginkan pelukan (perubahan alam dari alam rahim ke alam dunia). Memang akan rasa tertekan.

Sebab itu saya kurang gemar menziarahi ibu baru lepas bersalin ni. Kecuali dah lepas pantang 44hari atau keadaan ibu sudah stabil, pulih luka dan dah biasa dengan kehadiran cahaya mata baru. Secara jujurnya suami kurang mengerti setiap kali saya dalam pantang. Perlu berterus-terang dengan dia yang kita perlukan perhatian dia. Dia perlu ada disisi kita sentiasa walaupun ada mak yang membantu. Kadang-kadang kita perlukan seseorang itu berbual. Macam tuh lah keadaan lebih kurang. Mudah tersinggung, mudah terasa, kadang-kadang rasa cepat marah, cepat pula rasa sedih. Sentiasa inginkan sokongan dan kata-kata semangat dari orang tersayang.

Pengalaman saya, saya pernah menangis macam budak kecik sewaktu berpantang anak sulung (aisya) sebab campur tangan nenek saya. Haha! Bunyi macam kelakar tapi tak kelakar langsung! sebab sampai sekarang saya ingat. Nenek saya sentiasa nak pegang baby saya masa tuh. Saya cuma diberi peluang untuk pegang baby sewaktu menyusu sahaja. Selepas menyusu belum sempat saya nak belajar pegang dan belai baby, nenek saya dah ambil baby. 24jam diribaan nenek saya. Tertekannya waktu itu hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Saya menangis sekuat hati sebab nak melepaskan rasa marah dan tidak puas hati itu :) 

Anak ke-2 memang saya banyak bertenang sebab dah ada pengalaman yang pertama. Alhamdulillah berpeluang bersalin secara normal jadi pergerakkan saya tidaklah bermasalah seperti bersalin secara pembedahan cuma saya diuji dengan masalah baby 'prolonged-jaundice'. Tertekan lagi alhamdulillah banyak dapat sokongan daripada keluarga. Saya dapat lalui proses berpantang dengan baik cuma terlewat mengurut sebab sibuk ke klinik 'check-up' jaundis. 

Hero pertama lahir dengan masalah yang banyak juga. Terpaksa bersalin secara pembedahan kali-2 dan keadaan 'my superhero' yang sangat menguji. Ammar susah untuk tidur. Kadang-kadang dia tak tidur 24jam. Badan saya penat dan letih hanya ALLAH SWT yang tahu. Ditambah dengan kakak-kakak yang masih kecil (aisya 4tahun, amira 1tahun 8bulan) menambahkan sarat didada. Ada juga rasa nak bunuh diri haha! Secara jujurnya (berapa banyak jujur da... :P) en.abg kurang sikit bab-bab nak ambil tahu mengenai perempuan n isteri dalam pantang ni... Ammar nanti besar ummi nak tekankan bab ni, sebelum kahwin kena khatam dulu pasai menjaga ibu dalam pantang. Ha gitu... Nak jadi suami dan ayah tidak semudah yang disangka... Ingat bini dah mengandung dan beranak kau tak payah ambil tahu apa... oh silap ya! Tanggungjawab suami n ayah untuk ambil tahu serba-serbi. Banyak ilmu kena gali. 

Saya 'stress' sebab ammar susah tidur malam. Badan saya letih, tak dapat rehat yang cukup. En.abg pula sesedap rasa tidur tanpa fikir pasai saya. Kena bebel jugaklah dia. Masa tu saya memang tak kisah dah dia nak cakap apa. Tak sanggup mak meroyan! Baik berterus-terang. Lepas tu baru dia 'stay-up' jaga ammar. Barulah adil sama-sama merasa penat dan lelahnya itu. Waktu pantang ni 1ja yang diperlukan yakni REHAT! PENAT DAN LELAH SELEPAS BERSALIN BUKAN HILANG SEHARI DUA SAHAJA TAPI AMBIL MASA... 

Sokongan 

Seperti yang saya bagitahu tadi, menjadi seorang ibu bukanlah 1perkara yang mudah. Cabaran sentiasa ada, bermula dari bila anda disahkan mengandung. Lepas tuh bersalin, menyusu, mendidik, menjaga bla bla bla tak habis. Sebagai manusia biasa, memang adakalanya kita merasa tersangat letih dan perlukan masa sejenak untuk melupakan segalanya. Bukan nak abaikan terus tapi dengan erti kata lain perlukan masa untuk diri sendiri. Releks dan 'chill-chill' terutamanya selepas bersalin. 

Sepatutnya ibu selepas bersalin mesti ada pembantu. Sama ada suami sendiri, ibu atau 'confinement lady'. Masa ni lah ibu-ibu nak manjakan diri, berurut, bertangas untuk kembalikan balik kesihatan dalaman dan luaran. Kalau ikut cara berpantang orang tua dulu-dulu, makan pun orang bawakan dan tak boleh ceduk nasi sendiri. Saya sempat merasa masa anak sulung ja. Terkejut bila mak bawak masuk nasi dan air dalam bilik. Terasa dilayan bagaikan puteri. Tapi lepas tuh makan sendiri la... siap masak sendiri hehe :D Kekangan dari segi tuh la...bila beranak kecik-kecik ni lagi la... nak 'fefeeling' permasuri sangat tak sempat dan tak ada orang nak tolong. Cukup berpantang dari segi makan, berurut tuh dah cukup baik. 

Suami la berperanan paling besar. Dah susah payah isteri beranak dan melahirkan, carilah 'support system' untuk isteri sebagai tanda penghargaan melahirkan zuriat sendiri. Andai semua lelaki boleh sedar akan tanggungjawab ini alangkah indahnya hehe :)

Penjagaan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang)

Tempoh selepas bersalin memang tempoh yang paling kritikal untuk dijaga oleh seorang ibu. Dengan kepenatan selepas melahirkan (sama ada bersalin secara normal atau pembedahan), darah nifas yang keluar tanpa henti selama lebih kurang 30-60hari, hormon yang masih tidak stabil sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Baik dari segi pemakanan dan luaran (termasuklah berurut, berbengkung, bertungku dan sebagainya)

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, dibimbangi kesihatan ibu terjejas dan boleh mengakibat gejala-gejala seperti meroyan dan sebagainya. Jadi suami-suami tolonglah ambil tahu.

Pegangan agama

Bila pegangan dan asas agama kita kukuh insya ALLAH dengan izin ALLAH, memang kita tak akan buat perkara-perkara yang menyalahi agama kita terutamanya bunuh diri. Bukanlah saya nak salahkan si ibu yang membunuh diri, tidak adil rasanya saya nak buat 'conclusion' mengenai ibu terbabit sebab saya sendiri tidak mengenali dia secara dekat. Apa yang saya buat semasa dilanda kepenatan melampau semasa ammar tak tidur malam dalam tempoh berpantang, saya buku bacaan al-quran 24jam. Letak dekat katil. Alhamdulillah ada aura tenang itu. Zikir pun non-stop kalau teringat sebab memang rasa nak meroyan dah waktu itu, disebabkan oleh tidak cukup rehat. Masa tu fikir "apalah nasib aku... dah berhari-hari rasanya tak dapat tidur malam. Badan pun dah lemau. Apa salah aku sehingga diuji sebegini" memang bebel je lah dalam hati. 

Tapi masih lagi ingat kita ada ALLAH SWT dan mesti ada hikmahnya kita diuji sebegitu.

Ayat yang boleh saya 'qoute' dari 'siakapkeli.com'

ACP Sharul kata ibu si mati telah juga hanya melawat beliau dan bayi yang baru sehari sebelum tragedi itu.

"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.


Saya yang dah menjadi surirumah selama 3tahuh, saya faham sangat perasaan 'bosan' berada dalam rumah. Bukan lah nak berjimba sangat tapi haih susah nak cerita. Kadang-kadang perlukan seseorang untuk berbicara, kadang-kadang perlukan 'me time'. Bayangkanlah kau hadap kerja ofis 24jam tanpa henti? Sama la juga dengan seorang surirumah. Hadap kerjarumah 24jam? Lepas tuh ada pulak yang komen "Takpa la duduk rumah je..." rasa nak tumbuk sekuat hati muka dia tuh! haha! 

 

21.10.15

Jerebu gelombang ke2


Bismillah wal hamdulillah...

Sebenarnya ni misi nak update blog secara 'riang' setiap hari 2-3post... haha! Berangan! Sebab nak kejaq encik Nuff... 'update' blog pun suam-suam kuku maka encik Nuff pun segan silu nak naik macam dulu... I is sedih... Rasa terbakar tengok blog Dayu, dia siap boleh guna duit hasil rajin berblogging dan encik Nuff bagi cek RM1k++ pasif 'income' apa kan? rezeki juga perlu diusahakan :)

Hari ni saya cutikan aisya daripada pergi tadika. Jerebu makin teruk... pagi ni dah macam senja dah tengok cuaca kat luar... pintu dan tingkap tutup rapat-rapat... kepala asik fikir kesihatan anak-anak... Aisya dah mula selesema dan batuk. Memang tak nak ambil risiko paksa dia pi tadika walaupun hari ni Perlis tak bercuti. Rasanya esok KPM akan arahkan penutupan sekolah-sekolah seluruh Perlis sebab bacaan API pagi ni dah 134 "unhealthy" ataupun tidak sihat. Semoga kita semua dilindungi ALLAH SWT...

Gelombang ke-2 jerebu kali ni memang asap agak kekuningan. Kalau tengok kat luar dah macam waktu senja... kekuningan dan keperangan... memang tak keluar rumah la kita anak-anak 2-3hari ni. Jom solat hajat banyak-banyak semoga ALLAH SWT arahkan angin bawa asap jerebu yang berbahaya ni jauh dari kita... ameen ya rabb

Perlis pada 20 Oktober 2015
Kelabu asap dah... masa ni on the way nak 'pick up' aisya
Bacaan API semakin meningkat menjelang petang pada 21 Oktober 2015. Masih lagi berstatus "sederhana" ataupun "moderate"

Bacaan API setakat pagi ni... dah melonjak dari kemarin... ya allah lindungi kami semua dari mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini...

6.5.15

Myvi vs pajero...

Bismillah wal hamdulillah... 

Gempar 1malaysia, apabila sekumpulan kereta katak myvi sedang memandu dengan laju atau dengan erti kata lain sedang berlumba di lebuhraya DUKE telah mengakibatkan kemalangan dan kematian 3nyawa serentak. Seluruh rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yg diertikan sebagai tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri sendiri... siap kereta myvi kena banned huhu... macam-macam lahai perangai rakyat malaysia... seolah-olah marah kat nyamuk, kelambu yang kena bakar :D

Memang banyak je kemalangan maut tapi kes ni rare sikit sebab kemalangan tuh melibatkan parents dan baby baru 7bulan... lepas tuh disebabkan oleh kerakusan orang2 yg sibuk berlumba kat jalan raya bajet pakai kereta sport...lepas tuh dengar cerita jgk, si pelumba itu pun baru je dapat lesen P... sabar je la kan... seprofessional pelumba F1, xde nak race kat jalan public yg boleh membahayakan keselamatan orang awam yg lain... media sosial la tempat seluruh rakyat malaysia melampiaskan kemarahan masing2... yelah, 3nyawa melayang sekelip mata, anak2 yg masih kecil sekelip mata je jadi yatim piatu... ada pula video anak2 kecil tuh tgh meraung kesedihan...sapa2 tgk pun mesti menitiskan air mata...sedih kot... kenapala gamak sgt ikut perasaan smpai membahayakan orang lain?memangla dah ditaqdirkan, tp dalam malaysia ada undang2 hatta dalam islam sekalipun... takkan semua menda nk cakap "telah ditaqdirkan?" pastu tak payahla ada undang-undang kan? yg teraniaya mesti mendapat pengadilan yg sewajarnya... yg bersalah mesti dihukum... jadi semua orang mesti mengambil iktibar dan pengajaran... 

Semua orang tengah menanti siasatan pihak berkuasa terhadap kes ni... harap2 dapat setel dengan baik... tak syok jugak dok baca sumpah seranah orang2 kita ni... masing2 marah kan?tapi harap2 semua dapat bertenang... orang yg bersalah tuh pun sila lah tampil untuk memudahkan proses siasatan... kalau rasa tak bersalah buat apa takut?kalau rasa bersalah, sila lah minta maaf kepada keluarga mangsa dan mengaku je buat salah... mungkin kesilapan itu dapat diperbaiki... tak payah nk berlagak sangat, kot tak sempat nk berubah ahli keluarga sendiri pulak dapat tempiasnya... semua orang marah dengan kejadian ini... saya pun kadang2 rasa seram nak drive sendiri dengan anak-anak... kita ni drive sebaik mungkin dah, tp kalau ada orang lain yg cuai kita pulak yg dapat habuannya...

Apa-apapun bersederhanala dalam apa jua perkara pun... ada jugak yg macam xboleh terima tiba2 budak berdua tuh dapat perhatian seluruh malaysia termasuk retis...biarlah kan, at least dpt jugak depa nk hilangkan rasa sedih tuh...mungkin itu rezeki untuk mereka... dan sebagai pedoman kepada yg membuat onar tuh jgn senang2 ja nak lepas diri... mungkin sebelum ni dah ramai yg teraniaya... kiranya kejadian kalinya betul2 boleh bagi pengajaran utk dia... who knows?

Bersama dato' ct dan heliza helmi

Sebak...

Keadaan pajero

Selepas kejadian...

Amira dan aqilah dengan gambar kenangan ibu n ayah mereka

 

22.3.15

Debaran menjelang April 2015... #GST2015

Bismillah wal hamdulillah...

Tak payah countdown sangat sebenarnya, harga barang, dan kedai2 yang berdaftar dengan GST sebenarnya sudah mulai mengenakan cukai 6% terhadap servis dan barangan mereka... kalau nak kira n congak tak larat kot nak sedih n kecewa tapi siapalah kita kan?



Apa itu GST?

GST (Good and Services Tax) atau 'Cukai Barangan & Perkhidmatan'. GST ni bakal menggantikan SST (Sales Tax and Services Tax) atau 'Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan'. SST biasanya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, astro, tiket wayang, tiket parking, kedai makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donalds dan sebagainya pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan dan 10% untuk cukai jualan. 

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.

Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.


'Key point' GST

1- Peniaga dikehendaki - mengenakan caj GST pada kadar yang ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan. GST akan dikutip dan dibayar kepada kerajaan

2- GST dikenakan kepada bekalan yang dicukaikan iaitu hampir ke semua barangan dan perkhidmatan

3- Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.

4- Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.

5- Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).

6- Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.

7- Beban akhirnya ialah pengguna.

Isu-isu dan implikasi GST

Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .

Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.

Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:

1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.

2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.

4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.

Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.

5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.

Namun persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.

Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.

Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.

Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.

Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.

6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.

Akibatnya GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.

Sehingga ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.

7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.

8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.

Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.

Hanya 15% dari tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.

9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.

10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09.

“The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”

GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.

11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.

13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi cukai .

Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.

Sebuah sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.

Sebahagian kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .

Pengalaman negara kaya seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.
 

 

13.2.15

Al-fatihah

Bismillah wal hamdulillah...

2hari lepas, saya dikejutkan dengan berita perginya seorang guru yakni ustaz semasa pengajian saya di SMKA Baling Kedah lebih 15tahun lalu... Ustaz Alaudin Abdul Hak yang mengajar kelas saya dan kawan-kawan pada ketika itu subjek Syariah Islamiyah. Beliau memiliki suara yg merdu dan selalu mengalunkan ayat-ayat suci al-quran serta mengajar al-quran serta taranum di sekolah dulu...

Malam tadi ketika sedang berada di rumah mak (en.abg hadir sesi pengajian al-quran di ofis) sy dikejutkan oleh rakan-rakan dengan kembalinya tokah yg disegani ke rahmatullah pada pukul 9.40malam tadi yakni pada malam jumaat yang penuh barokah. Semoga roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ditempatkan bersama orang-orang soleh dan dikasihiNYA... Saya dan en.abg memang dah bercadang nak bertolak ke kelantan dah malam tadi, tapi bila memikirkan kena angkut ketiga2 mujahid mujahidah dalam keadaan orang yang sedang berpusu-pusu menuju ke kelantan dari seluruh negara jadi kami batalkan sahaja niat itu... khabarnya, ratusan ribu orang membanjiri bumi kelantan untuk memberi penghormatan terakhir... 

Sukar rasanya masyarakat nk terima kehilangan seorang tokoh yang hebat sebegini... sila tolak ketepi apa-apa berunsur politik yang boleh memecah-belahkan masyarakat kita... apa-apa pun kematian memang sangat menginsafkan... orang-orang yang baik-baik senang saja pergi bertemu penciptaNYA... kita pula bagai mana nasib? takut sangat rasanya nak bertemu si DIA... Adakah cukup persediaan?



 

22.8.14

Mengenang MH17 & MH370...

Bismillah wal hamdulillah...

22 Ogos 2014, merupakan hari berkabung mengenang tragedi MH17, pesawat boeing 777-200ER berlepas dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur Malaysia ditembak jatuh pada 17Julai2014 di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. 283 orang penumpang bersama 15orang anak kapal terkorban dalam nahas terbabit... Kejadian dan tragedi yg menggemparkan seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia terjadi pada tahun yg sama terjadinya misteri kehilangan pesawat MH370 yg terut mengundang dukacita dan kesedihan yg tidak berbelah bagi bagi semua rakyat Malaysia... 

Tak sempat tgk full upacara istiadat pengebumian mangsa nahas sebab sibuk dgn anak-anak... tetapi terasa suasana sunyi dan redup sangat menyelubungi... Rakan2 facebook juga turut berkongsi beberapa keping gambar yg sangat menyedihkan... Ahli keluarga mangsa berada dalam kesedihan sewaktu menyaksikan adat istiadat berkabung mangsa MH17... Hanya yg melalui merasai bagaimana hancur luluhnya hati apabila orang tersayang pergi buat selama2nya dalam tragedi yg tidak diduga itu... Semoga tragedi MH17 serta misteri kehilangan MH370 yg masih menjadi tanda tanya memberi iktibar buat kita semua... sungguh semua merupakan rahsia ketetapan dari Yang Maha Esa... Ia juga merupakan sebuah peringatan dariNYA 





 

26.3.14

529 dan 239

Bismillah wal hamdulillah...

Tanggal 25mac2014 malaysia dikejutkan dgn 2berita sedih... 239 penumpang dan anak kapal MH370 dilaporkan oleh kerajaan malaysia hilang di lautan hindi dan seorang pun tidak selamat serta 529 penyokong perdana menteri mesir muhammad morsi dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah mesir... 

Dunia sudah menghampiri akhir zamannya... terkandang sgt sukar utk mempercayai laporan akhbar serta berita daripada media2 arus perdana... tetapi siapa kita hanya sbg rakyat biasa utk mempersoalkan kesahihan segala berita yg dipaparkan?

Pelbagai pendapat dan berita yg bercanggah dpt juga dibaca tetapi bukti n kesahihan tidak dpt dipastikan... sebagai seorang rakyat memandang 2berita ini sbg 1peringatan ALLAH SWT kepada kita umat islam di malaysia khususnya dan umat Islam di dunia amnya... sudah sampai masanya kita bersatu atas dasar Islam yg tidak mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan negara... 


Ahli ikhwanul muslimin yg dijatuhi hukuman mati...

 

9.2.14

Madu...

Bismillah wal hamdulillah...

Saya memang suka madu sejak pregnant ammar... sejak ada 'kesedaran' sikit mengenai kebaikkan makanan sunnah, mmg sy berusaha mengadakan sebyk mungkin sumber makanan sunnah kt umah kami... termasuklah madu ori (org ckp kena madu tempatan... madu import kureng sikit kerna madu tempatan daripada lebah tempatan yg mengambil madu dari bunga2 tempatan jadi lebih sesuai dgn keadaan tubuh badan kita... wallahu'alam kesahihannya... tp ada logiknya kan?) sy pun skrg (selalu je xsempat n lupa) akan suap aisya n amira minum 1sudu kecik madu... alhamdulillah aisya n amira jarang sgt kena demam, selesema n batuk... kalu demam, batuk n selesema pun xamik masa lama dalam masa 1-2hari insya allah da ok... besides supplements shaklee of kosh... chew vit c tuh sehari 1biji insya allah... ikhtiar je apa termampu... kalu boleh nk avoid segala menda2 yg bersangkut dgn drugs, chemicals etc nehs... sorry to say... ada sapa2 xsetuju dgn sy?? :) 

Eh bukan nk cerita pasai madu makanan sunnah nehs... ekekeke :D melalut sudah... eceli sy ada follow instagram wan sakinah... eh kenai ka wan sakinah sapa dia? tiba2 jmpa IG dia terus je la tekan follow... kebetulan dia xset private... wan sakinah is isteri ke2 ashraf muslim of kosh... saja ja follow no harm okeh... nk tgk life org bermadu ni gane la eh? jadi stalker tiba2... hehe... ouh... wan sakinah ni sebaya saya rupanya lahir tahun 1984... kiranya dayana lebih muda la dari wan sakinah...ramai gak follower wan sakinah dok maki2 dia tp dia cool jek xbertindak melulu... komen2 yg maki2 n marah2 dia dia delete n reply dgn baik.. pelik btoila org2 itu, mmg la dia isteri ke2 tp xperlu kot dok marah2 dia dgn kata2 kesat... emosi ja lebih org2 nehs... sbg perempuan mmg kita akn rasa terusik sikit la bila bercakap mengenai isu poligami... tp tak bermakna kita boleh bercakap sebarangan pada org yg berpoligami itu... biasalah bila dah kawen dgn selebriti life pun org dok follow je... kalu follow je xpa ni siap setiap apa yg dia post ada ja yg nk amik kesempatan nk maki... dayana xdak apa2 pun org2 sekeliling ja lebih2... nk tergelak pun ada...

Sy honestly sgt respect wanita2 yg sgt berlapang dada dgn isu poligami nehs... eh satg kata saya nk suruh en.abg pi cari lg seorg lak... mmg tak laaa... haha! :D tak semua wanita sanggup berkongsi kasih... itu fakta... cer komen sini sapa yg xkisah berkongsi suami n kasih suami dgn wanita laen? hanya org2 n wanita2 terpilih shj yg mampu menerima dgn hati terbuka...selebihnya dgn hati terpaksa rasanya... hehe :) nak rasa REDHA dalam hati bkn sesuatu perkara yg mudah... sbb itu seseorg yg REDHA dgn ujian allah swt memiliki makam n kedudukan yg tinggi di sisi ALLAH SWT... ok nk cerita pasai tuh ja... peace no war~! ^_^

p/s: pesanan penaja utk diri sendiri terutamanya... ibu mengandung n menyusu bykkan makan makanan sunnah, elakkan/kurangkan makanan segera (fast food), makanan diproses etc.. utk kesihatan diri dan bayi/anak-anak :)

 

3.12.13

Entering 36weeks and emotional feelings...

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni dah 3 Disember 2013... hari selasa... en.abg cuti kemarin... tiba2 shj sbb malam tuh sy ckp "esok cuti la 1hari... faizah siyes xlarat dah nehs... kan da hujung thn..." huhu... padahal isteri dia saja2 jek tgk2 mmg en.abg cuti... seronok jgk 3hari dpt beronok-ronok tp xdakla ronok mana... cuma kerja2 handle anak en.abg amik alih... lega la sat... nk rehatkan badan n minda tp umah mcm tongkang pecah/kapal pecah n seumpamanya... nk mula mengemas pun xtau nk mula dari mana... hospital bag masih belum complete packing... ada beberapa brg lagi yg perlu top up... barang2 dapur pun ada yg nk kena 'refill' tp mak xdaya nk berjalan pusing pasar tani... nk mntak en.abg bab sayur2 dia mmg xreti nk beli contoh kejadian diminta beli sawi dibelinya sayur kailan... ngeh3... pasrah... T_T menu kegemaran sy da nk dekat2 due ni hanya sup sayur n ikan goreng... hehe :D mcm mana tuh?sepatutnya nk dkt due adalah proses nk makan makanan2 yg sedap2 yg bakal dipantangkan selama lbh krg 44hari... tp daku awal2 lg da xselera nk makan... dengan keadaan batuk2 ni pulak... potong stim nk minum n makan makanan sejuk...

Hujung2 pregnancy ni ntah kenapa emosi rasa sgt xstabil, emosional, sensitif semua 1pakej... kemarin sms my sis yg nk posting MO (medical officer) kemarin (2 Dec 2013) selesai sudah housemen-ship beliau selama lbh krg 2tahun... mak advice dia amik bahagian O&G n alhamdulillah dia da apply... tp sy mendapat pengkhabaran kurang enak, 2 Dec 2013 dia terpaksa teruskan tugas di unit Pediatric dulu dan dia xpasti bila boleh masuk unit O&G... seram sejuk mak nakkkk T_T sy da masuk minggu ke 36 dah... harap2 sempat my sis masuk unit O&G disaat sy nk melahirkan... kalu tak homebirth je la minta dia attend... ada berani??? haha :D

Pastu sy start post/up status pasai petition mengenai wad bersalin kt malaysia... ni 1lg isu sensitif... minta semua baca dengan berlapang dada ye... jgn serang dulu baca smpai habis...hehehe :D rupanya mmg tersangatlah sensitif isu ini ada yg berlapang dada, ada yg menangkis dgn kata2 sinis, ada yg menyokong... % mcm sama byk... sy ni sebenarnya xdakla nk menentang dgn begitu membabi-buta... sbb sy pun ada adik2 n adik ipar (lelaki) dikalangan doctor... ini berkaitan dgn tanggungjawab seorang doctor n profession seorang doctor... mungkin ada yg xfaham apa yg cuba sy sampaikan... dan saya rasakan pendapat DR. Harlina Halizah adalah lbh nmpak professional n tidak berat kepada mana2 pihak... 

Masa sy bersalin anak pertama sy pun xkisah sgt dgn doctor lelaki atau perempuan sbb pemahaman sy waktu itu adalah keadaan kita darurat utk bersalin n doctor pakar yg ada cuma doctor lelaki. Jadi sy memilih utk check up dgn dr.annuar... ada gak yg tanya "awat tak cari doctor perempuan?" utk pengetahuan semua doctor pakar sakit puan wanita xda kt area perlis/kedah ni... kalu nak pakar mmg lelaki. Selepas itu didedahkan dgn rancangan "Semanis Kurma" tentang keadaan n kewajipan memelihara aurat tidak lupa solat ketika sakit hendak bersalin. Ketika itu baru mcm buka mata sikit betapa mengutamakan doctor wanita muslimah merupakan 1keperluan... kecuali keadaan mendesak (tiada doctor pakar, kes2 tertentu yg melibatkan keselamatan n nyawa ibu n anak). Sy mcm sedikit sedih dulu mcm xkisah sgt memikirkan doctor lelaki/perempuan sbb kes darurat mcm tuh rupanya kewajipan kita kena cari n ikhtiar utk dptkan doctor muslimah dulu... or else baru choice amik doctor lelaki/muslim. 

Sy pun faham keadaan dunia perubatan kt Malaysia nehs... doctor yg limited (tahun depan dgrnya dari page DR. Zubaidi akn terjadi fenomena lambakkan doctor2 di hospital2 kerajaan... ha waktu tuh kita tgk mcm mana pula keadaannya). Tetapi KALAU ada boleh tak bg peluang kt pesakit utk pilih doctor perempuan utk merawat terutamanya kes2 bersalin ni sbb nk kena buka part2 yg sgt2 privacy... u know what i mean kan... kalu setakat cek perut gitu gini mungkin boleh diberi excuse... sy pernah jg berhadapan dgn situasi kt KK Kangar masa pregnant kt amira... ada 2orang JM lelaki dtg minta maaf n minta kebenaran utk cek perut katanya nk belajar... takkan nk belajar cek perut lelaki pulak kan?jadi bg sy itu kes terdesak n bg la depa nk belajar sbb depa amik bidang tuh... cuba jgn salah anggap ok! Sampai kata sy meroyan, suruh sy beranak kt hospital private jek etc... mmg agak terkilan dgn golongan orang2 mcm nehs... cuba teliti dulu apa yg sy cuba sampaikan... ada sesetgh perempuan saja ja memilih doctor lelaki sbb doctor lelaki lemah lembut la, jahit elok n kemas la sy rasa kalu sebab itu dipilih mcm xmunasabah... padahal ada je doctor perempuan yg boleh dipilih... melainkan kalu xdak pilihan doctor wanita muslimah... 

Ok jelas tak?haha! cerita kt blog boleh kot sikit nk explain secara meluas... aku meroyan pun ada sebab... at least da lepas tanggungjawab nk berusaha utk dapat rawatan terutamanya rawatan bersalin dari doctor wanita muslimah... kalu allah swt tak izinkan sy redha... 


Haha comel ja...

 

18.11.13

Luahan bekas pekerja taska...

Bismillah wal hamdulillah...

Entri lanjutan daripada entri sy mengenai kejadian tak diingini kt taska di SINI... tiba2 muncul pulak luahan bekas pekerja taska tuh tampil buat pengakuan. Memang bagus dia tampil buat pendedahan selepas terdedahnya kejadian yang membuatkan semua org berasa panas hati... tp kenapa baru sekarang?kau tuh sepatutnya buat laporan awal2 lg pas berhenti kerja...apa kes kau diamkan diri je? aku pun rasa nk hangin gak dgn pompuan nehs... sorry ye mak yong mmg rasa panas hati sgt2... walaupun bukan anak sy yg kena tp sy juga seorang ibu... ibu bapa hantar anak2 yg masih kecil, ada yg baby baru pas pantang utk dijaga dgn baik sepeninggalan ibu bapa keluar mencari rezeki tp amanah itu dikhianati oleh syaitan2 bertopengkan manusia ini... 

Bila baca cerita yg bekas pekerja ni share rasa lagi nk marah... kurang ajar! dahla melayu beragama islam... bangsa lain n agama lain pun xdak sampai hati nk buat budak2 mcm tuh... xtau la apa ada kt dalam hati syaitan2 ini??? cuba korang baca Luahan Bekas Pekerja Taska nehs... rasa mcm xleh nk terima akal je kekejaman mereka2 ini... ada yg baby masih breastfeed dibuat sesuka hati ja... kononnya xleh manjakan... ini bukan soal manjakan tp soal amanah menjaga budak2 tuh dgn baik... diapers pls salin sbb mak bapak da bekalkan diapers ni apa hal kau simpan bg anak2 kau pakai?susu xkira la fm atau bm tolonglah bg pada masa2 yg ditetapkan ni apahal kau buang n campo sesuka hati je susu2 budak2 tuh?tuh xtermasuk yg mendera, mengetuk, mengheret budak OKU dari atas tangga smpai ke bawah... ya allah! xmasuk akal aku nk fikir hati mereka2 ini... kt mana agaknya perikemanusiaan mereka2 ini... dapat ni rasa nk balun depa ni cukup2... 

Ibu bapa kt luar sana please... please cek dulu tempat/taska/rumah pengasuh yg korang nk hantar anak2... mmg kalu menda nk jadi tetap akn jadi... tp at least kita berusaha mengatasi daripada berlakunya perkara2 tak diingini...anak kecik kot yg kita nk hantar n tinggalkan tuh...bukan sekejap...makan masa 9-10jam jgk... macam2 boleh jadi sepanjang masa itu... double or tripple cek tempat2 berkaitan, tnya org2 yg pernah tinggal anak2 kt tempat tuh ke, cek ada register dgn JKM ke tak, cek la apa yg sepatutnya... jgn maen redah je hantar... buat spotcek sekali-sekala itu penting... kita berhak itu rasa was2 n curiga sbb kita pun xkenal n xtahu mcm mana keadaan taska tuh sebenarnya... demi keselamatan anak2 yg ditinggalkan... banyak sgt kes... itu yg dilaporkan atau terbongkar... yg tidak dilaporkan??? nauzubillah... smg allah swt melindungi anak2 yg tidak berdosa ini... ameen ya rabb

Semoga allah swt memberikan mereka hidayah n balasan setimpal di atas perbuatan mereka... ameen ya rabb...

 

6.11.13

Lagi???

Bismillah wal hamdulillah...

Terkejut beruk monyet tgk ada lagi kes kt pusat asuhan/taska... kali ni kes dera pulak... haih, mmg mengucap n istighfar panjang bila dpt tahu kes2 mcm tuh... sy sebenarnya paling takut nk hantar anak kepada org yg tidak dikenali... xkisahla babysitter ataupun kt taska... xtaula kenapa... manjakan anak sgtkah diri ini?lagi2 bila dgr mcm2 kes terjadi zaman2 skrg ni lagi la xberani... tertanya2 jgk dihati ini... pengasuh/babysitter/cikgu tuh xdak hati n perasaankah?pengasuh/babysitter/cikgu ni bukan manusia kot?pengasuh/babysitter/cikgu ni mmg xnak jaga budak hakikatnya tp disebabkan terdesak sgt nk cari duit? macam2 persoalan bermain di minda sy yg ada anak2 nehs... mmg tak dinafikan, rank umur anak 1-5thn ni fasa mereka sedang explore n mahu belajar sesuatu yg baru kkdg kita sbg ibu pun boleh hilang sabar dgn pe'el yg macam2...itu budak 1-5thn... laen kisahnya baby newborn yg asik tdo tuh je pun kkdg kena dera jgk, tersedak susu, terjatuh, terkena air panas etc... serammm okeh baca mcm2 berita ngeri mcm tuh... budak yg asik tdo, minum susu, berak tuh pun kena dera?apa sbnrnya ada dlm kepala org2 mcm ni ye?mmg xhabes bersoal-siasat kita ni... 

Salah satu faktor sy resign adalah faktor anak...mmg faktor utama... masa tuh dgn amira baru 2bulan, aisya baru 2thn++ mmg xfikir apa la selain sapa nk jg anak2 sy nehs... mak awai2 lg warning suruh tinggal aisya n amira kt dia...jgn bawak p cyberjaya... mak pun xharap cucu2 dia org laen jg... seram okeh dgn mcm2 kes... sy nk tggal anak2 mcm xdpt je... rindu oit xpernah berjauhan sejak mereka lahir lg... fikir pnya fikir resign adalah keputusan yg terbaik ek... kerja boleh dicari, duit pun boleh dicari...tp if sumthing berlaku kt anak2 kecintaanku mmg aku xleh ganti n undur masa lg... mmg surirumah la pekerjaan terbaik utk sy buat masa ini... mmg gentar jgk nk resign terkejut tergempaq mcm tuh tanpa sebarang perancangan... tp niat sy hanya nk menjaga anak2 sendiri... mmg tak yakin nk bg org yg tidak dikenali jg... sy tahu xsemua taska mcm tuh ada yg ok n boleh diharap tp mungkin sy jenis yg terlalu byk berfikir kot... fikir complicated... huhu... cuba baca blog Orlylove nehs... ni gara2 'malas' nk fikir...bkn sy salahkan ibu muda ini... xsemua org mampu utk berhenti kerja n stay kt umah je kan?tp mmg pasai anak2 kita kena fikir habis-habisan... ini bukan soal nk manjakan tp soal keselamatan anak... apa2 pun doa la byk2 n tawakkal kpdNYA sesungguhnya... mmg xda ibu ayah yg nak anak2 kena nasib mcm tuh... ibu ayah kena keluar cari rezeki walaupun berat hati mmg terpaksa jgk tinggalkan kt taska atau pengasuh... waktu ni la golongan2 mata duitan, hati syaitan ni ambil kesempatan... ya allah! marah sgt rasa kalu nk fikir dgn golongan xdak hati perut nehs...

Peristiwa yg menimpa 2org anak perempuan Orlylove nehs turut dihadapi oleh seorg bapa n bapa ni ambil langkah berani memasang camera pada beg sekolah anaknya... baguskan ayah dia ni?kalu kita mmg tak tergerak hati nk pasang camera bagai... so terbongkarlah kisah di taska itu yg penuh tragis... sob3...kesian budak2 tuh kena tampar dgn kuat, rasa nk p renyuk ja muka pengasuh hati syaitan tuh... tgk link SINI... 

Cer korang baca kisah di blog tuh... bkn saja mendera anak2 dia, siap songlap diapers n susu anak dia lg... apala masalah pengasuh mcm ni... kt anak sndiri pun sanggup bg mkn n pakai menda xhalal...yela xhalal hak budak laen kot... ni pun boleh jadi punca kerosakkan akhlak dewasa ini... awal2 lg pentarbiyahan yg diberi kepada anak2 adalah memakai n mkn menda curik, pastu mak ayah pulak amik kesempatan di atas kesempitan org laen... kt dunia mungkin kau boleh lepas... kat akhirat nanti kau menjawablah! nak salahkan siapa dalam hal ini?ada yg terdesak nk duit, ada yg terdesak kena kerja terpaksa tinggal anak2?harga barang2 naek? bykkan doa smg allah swt melindungi anak2 kita n semua kanak2 yg tidak berdosa kt dunia ini... ameen ya rabb

Fikir2kan dan selamat beramal semua :)



 

26.10.13

Just my 2cent...

Bismillah wal hamdulillah...

Beriya sy copy ucapan bajet 2014 encik PM terchenta kt fesbuk beliau...ada kot 29pages semuanya bersama 5teras... xsempat nk baca habes pun... yelah copy n baca la satg org kata dok umah xreti apa2 pulak... at least kita amik tau hal negara tercinta... adala beberapa perkara yg menarik perhatian kt sini yg rasanya boleh ada tanda soal kt kepala ini... wallahu'alam la utk org laen... 

Berikut adalah teras bajet 2014:

1) Teras bajet yang pertama: Merancak aktiviti ekonomi
2) Teras bajet yang kedua: Mengukuh pengurusan fiskal
3) Teras bajet yang ketiga: Menggunggul modal insan
4) Teras bajet yang keempat: Mempergiat pembangunan bandar dan luar badar
5) Teras bajet yang kelima: Mensejahtera kehidupan rakyat

Apa yang menjadi perbualan rata2 org skrg selepas sesi bajet 2014 dibentangkan oleh pak PM kita ada isu:

1) Isu GST (Good and Services Tax)

Ini termasuk dalam teras bajet yang kedua iaitu mengukuh pengurasan fiskal dalam perkara "Cukai barang dan perkhidmatan (GST dan bantuan sokongan)

Mengikut teks ucapan pak PM nehs, dari 2jenis cukai iaitu "Sales Tax" dan "Service Tax" akan dimansuhkan dan digantikan dengan "Good and Services Tax" kira dari 2cukai kepada 1cukai sahaja yang kononnya akn mengurangkan beban rakyat selepas ini. Haha! asasnya CUKAI cara atau bentuk mcm mana sekalipun sebenarnya membebankan rakyat... Ok2, jgn ada yg mengamuk tetiba lak na... zaman skrg ni para pemimpin dunia mula membuat pelbagai "term" agar rakyat mula menerima CUKAI ini. Sebab itulah wujud pulak dah GST...

Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil pendapatan negara. GST atau "Good and Services Tax" adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata lain, asasnya jauh lebih luas daripada "Cukai Jualan/Sales Tax" dan "Cukai perkhidmatan/Services Tax" yang ada sekarang... ha nmpak tak??? silap2 skrg nehs masuk kedai mana pun ntah2 semua da ada tax... sekarang ni yg kita nmpak kedai yg cas tax mcm KFC, McDonald n beberapa lagi kedai kot...pasneh makan kt kedai mamak pun ada cukai? jeng3...sebab perlaksanaan GST ni lebih menyeluruh. Itu yg saya faham walaupun pada hakikatnya nmpak macam ada 1jenis cukai je yakni GST compare to sebelum ni ada 2jenis cukai... tp kedua2 jenis cukai sebelum ini tidak menyeluruh seperti perlaksanaan GST... boleh nmpak tak? win-win situation kah?
Oh! perlaksanaan sepenuhnya GST adalah pada April2015... so skrg dalam fasa nk educate rakyat tentang 'keindahan' GST... marilah rasa tereducate~

2) Subsidi gula dikurangkan sebanyak 34sen

Ini termasuk dalam teras bajet yang kelima iatu mensejahterakan kehidupan rakyat dalam perkara "Perkhidmatan kesihatan berkualiti" 

Perkara ke-163 menyebut:

"Statistik juga menunjukkan terdapat 2.6juta rakyat malaysia yang berumur 30tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakkan buah pinggnag, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. Sehubungan dengan itu, kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34sen berkuatkuasa 26Oktober2013. Saya menyeru agar kita bersama-sama menjaga kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman"

Hahaha :D sy rasa statement yg paling kelakar kot dibaca dalam pembentangan bajet... Takpalah pak PM sekali sekala nk berlawak jenaka kannnn... sy rasa dalam zaman skrg nehs, tak pakar ekonomi pun boleh faham.... rakyat tak bodoh kot?majoriti berpelajaran tinggi... sy ada terbaca statement seseorang... analogi boleh buat macam nehs "Rumah kita sepah2 sebab anak2 main toys n sepahkan... jadi apa harus kita lakukan utk mengatasi masalah rumah sepah sebab toys anak?adakah dengan tidak membeli toys lagi?haha :D gelakk... caranya adalah dengan memberi pengajaran dan pendidikan kepada anak2 tuh supaya tidak sepahkan toys mereka..."

Ok fine marilah kita mengurangkan manis dalam makanan kita... pak2 pemimpin n mak2 pemimpin pun kena la jadi role-model dulu ye... tak payah la kot buat2 event makan2 kt hotel 5stars, makan sedap2 guna duit rakyat! tak adil bukan?rakyat disuruh minum air kosong, makan makanan xda gula tp pemimpin berseronok berjimba makan sedap2, minum sedap2... tepuk dada tanya iman... kat akhirat nanti allah swt pratonton semuanya utk diadili di Mahkamah Yang Maha Kuasa... 

Ok boleh faham kot? Ada ka cara nk atasi masalah diabetes dgn menaikkan harga gula?atau cara utk tak bazirkan duit rakyat sebab harga minyak nak dinaikkan suruh rakyat jalan kaki, naik bas atau kayuh basikal?nampak cerdik ke tak agaknya org2 nehs??? Blur sat kita nak faham minded2 org sebegini... sangat apa ya??? harga ayam nak dinaikkan nasihat rakyat supaya jangan makan ayam... wakakaka :D

Ok2... kita cubalah berbaik sangka... cuba fikir kerajaan cuba buat yg terbaik utk kita... HARAPNYA! sama2lah kita doa smg allah swt memberikan mereka hidayah... moga allah swt memperbetulkan niat para pemimpin kita tuh... (kita ni sama2 manusia tak tahu apa ada dlm hati manusia2 laen...)

Wallahu'alam... peace no war ya... ini sekadar pendapat melalui beberapa pembacaan yg tak seberapa... :)