Showing posts with label family life~. Show all posts
Showing posts with label family life~. Show all posts

29.8.16

Perjalanan yang baru bermula yang mungkin tertangguh sementara?

Bismillah wal hamdulillah...

Assalamualaikum wbt semua... seminggu yang serabot dan kelam-kabut... segala semangat seakan-akan terkubur seketika... hati luluh dan kecewa... ya allah lemahnya hambaMU ini...saya cuba untuk pujuk diri... pujuk untuk menerima sesuatu yg diluar perancangan dan secara tiba-tiba ini... Sesungguhnya DIA yang lebih berkuasa...

Bila saya dah dipertemukan ALLAH SWT dengan sebuah 'team' yang tersangat 'best', bagi cara dan solusi untuk mendapatkan berat badan yg ideal dan sihat, dengan gaya hidup dan pemakanan seimbang, ilmu bersenam lagi, tak paksa beli produk rasa macam 'heavennya' ada 'support team' seumpama itu...walaupun baru sebulan saya menyertai mereka kesan positif dah saya rasai dari segi kecergasan dan kesihatan... berat badan yang berlebihan pun semakin berkurangan... badan yang dulunya lesu semakin cerdas... jadi semakin rasa ketagih untuk bersenam :) alhamdulillah...

Setelah berat badan berkurangan, 'life-style' dah berubah dari segi pemakanan dan sebagainya, tiba-tiba saya dinasihatkan untuk berehat sekita... :( sangat sadis rasanya... saya masih mahu teruskan untuk 1jangkamasa lagi iaitu sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun ini... tapi DIA lebih berkuasa menentukan... 

Biarlah gambar berbicara tenang... doakan saya semoga segalanya dipermudahkan... encik abang terkejut menerima berita ini sampai terus demam T_T 

Kami sama-sama tidak menduga...dek kerna hormon cik puan isteri yang gelong... BFF pun datang acuh tidak acuh sahaja... ini yang dikatakan rezeki... segalanya 'unpredictable'. Orang cakap ini antara 'benefits' rajin 'workout'... ha sapa-sapa yang sedang TTC sila rajinkan diri untuk bersenam ya... sekurangnya 3kali seminggu selama 30minit untuk 1sesi... semoga membuahkan hasil... semua dengan izin dan kuasaNYA jua...kita hanya mampu berikhtiar...

10.5.16

May's

Bismillah wal hamdulillah...

Bila anak-anak dah besar panjang ni, depa dah pandai 'request' macam2 bersempena 'birthday' masing-masing... ummi ni tak pandai sangat nak buat 'celebration' ala2 budak-budak zaman sekarang sebab zaman ummi dulu maktok n tokwan memang tak buat apa-apa celebration... pernah kot sekali beli kek, tuh pun hasil daripad ummi yang menangis tak berenti2... haha! zaman ummi kecik2 dulu susah nak cari kek yang dibuat oleh orang Islam... kebanyakkan kek dan kedai kek dimiliki oleh orang berbangsa lain dan tidak beragama Islam. Jadi sebab itulah maktok memang taknak beli kek... kebetulan masa tuh ada sebuah kedai kek muslim yang dimiliki oleh 1badan NGO Islam di Perlis... keknya sedap2, nama kedai kek tersebut adalah Sayyidah Bakery... sekarang ni tak tau la pi mana Sayyidah Bakery... kek sedap2, terutamanya 'swissroll. Eh dah merapu pasai kek :D Sebenaqnya nak cerita mengenai industri kek dan pastry ni dulu dipelopori oleh orang bukan Islam. Zaman sekarang baru lah para bakers muslim sudah tumbah bak cendawan...jadi boleh la nak 'order' kek ka, 'pastry' ka insya allah tanpa was-was...

Berbalik pada cerita May's tak 'plan' nak buat 'celebration' pun... aisya cakap dia taknak bawak kek pi tadika katanya... "kita buat kat rumah pun boleh..." eh tiba-tiba pulak 'low profile' anak ummi padahal ramai ja kawan-kawan dia celebrate besday masing-masing... pemalu dah anak dara ummi haha! Jadi ummi pun cadangkan yelah nak jugak 'create moment' yang diingati oleh anak-anak... walaupun ala kadar... "oklah, kita buat potong2 kek dengan tok ayah la...kebetulan besday tok ayah pun mei jugak..." so ayuhlah! Sehari sebelum jenuh tanya 'bakers' area Perlis haha! last minit kan semua tak terima 'order' dah... Tanyalah salah seorang fav baker yang saya antara 'regular customer' dia kalau dia buat 'fast sale'... Hummingbird kek dia ya ampun sedap amat! Dahla murah berbaloi-baloi...kalau beli dekat 'bakers' lain '1slide' hummingbird tuh RM12, tapi dia jual RM6 je saiz kecik sikit tp bagi saya sangat ok lah dengan rasa dan tekstur kek tuh... terus roger dia alhamdulillah dia boleh buatkan walaupun last minit... 'choc moist' ja pun... teruslah terjadinya 'small celebration' masak spegeti bolognese terus zass ke rumah PIL lepas asar hari ahad yakni pada hari besday aisya... terus makan-makan n amik gambaq... :) settled! Syukur alhamdulillah didoakan semoga anak-anak ummi, my father in law dikurniakan usia yg berkat, dirahmati allah swt di dunia dan akhirat...ameen

Last minit cake...jadilah kan siap dapat 10% diskaun lagi... terbaiklah!
Yang diraikan... aisya 8mei, amira 12mei, tok ayah 15mei...



Cousins... termiss seorang lagi tak dapat balik... aisya nafisa, amira humaira, mohd aniq umar, ammar yaser
Ammar Yaser birthday boy dah lepas :D
Tragedi dihari lahir haha! orang tua2 selalu pesan "jangan dok seronok sangat" dia punya happy hari tuh tiba2 jatuh tersungkur lantas berdarahlah bibir... hehe :D kenanganlah tuh aisya oiii...hidup ini tak seindah yang disangka :)
Best man win! Haha! Depa ni sebaya tapi lain bulan... ammar lahir jan2014, umar lahir Julai2014, tapi nampak sama saiz :D

 


 

28.4.16

Si Harumanis...

Bismillah wal hamdulillah...

Harumanis merupakan sejenis mangga yang sinonim di negeri Perlis. Oleh kerana baunya yang harum dan rasanya yang manis menjadikan mangga jenis Harumanis ini diminati ramai... Rezeki bagi bumi dan penduduk negeri Perlis, mangga (read: di utara mangga digelar sebagai mempelam) mangga harumanis tumbuh subur dan sangat menjadi. Mungkin kerana faktor tanah dan cuaca di Perlis mempengaruhi rasa dan kualiti mangga harumanis yang luar biasa hanya terdapat di Perlis.

Kalau ikut sejarah macam mana mangga harumanis ni dibawa ke Perlis adalah pada tahun 1971-1975 di dalam rancangan Malaysia kedua klon mempelam harumanis pertama (MA 128) dibawa ke Perlis. Dari mana? saya pun tak pasti... ada yang kata berasal daripada Indonesia... Nak baca sejarah lanjut mengenai mangga harumanis bagaimana ia dibangunkan, sejarah penyelidikan dan sebagainya boleh baca di website Jabatan Pertanian Negeri Perlis 

Saya dan keluarga sendiri sebagai anak jati Perlis memang tak ketinggalan untuk menanam sendiri tanaman 'emas' ini. Tokwan saya dah mula tanam harumanis ni dalam awal tahun 80an lagi. Seiingat saya sewaktu saya masih dibangku sekolah (Tahun 90an) setiap tahun hasil mempelam harumanis wan (datuk) memang memberangsangkan. Memang letih tolong wan buat pembalut harumanis menggunakan surat khabar lama. Wan saya memiliki pokok harumanis lebih kurang 150 pokok pada ketika itu. Setelah wan meninggal dunia pada tahun 1999, tiada siapa lagi yang boleh menjaga dan mengusahakan pokok harumanis beliau. Pokok harumanis wan merupakan antara baka pertama yang dibawa ke Perlis pada ketika itu. Tekstur kulit buahnya yang hijau gelab apabila masak, dan isinya yang berwarna oren sangat memikat hati. Sekarang seiring dengan perkembangan teknologi, baka harumanis sudah sedikit berubah tetapi masih tetap lagi manis dan harum. 

Setelah abah saya menamatkan perkhidmatan beliau sebagai kakitangan kerajaan (senang cerita pencen la... punyalah bahasa dah macam website perlacongan hehe) abah decide nak tanam sendiri pokok harumanis demi mengusahakan beberapa keping tanah peninggalan arwah wan (sebelah abah). Salah satunya abah nak tanam harumanis. Bermula dengan menghadiri beberapa sesi taklimat dan latihan daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Rupanya nak tanam harumanis ni tak semudah yang disangka. Perlu melalui beberapa proses yang boleh dikatakan rumit sebab pokok harumanis ni sensitif. Jika tersalah teknik berkemungkinan besar buah yang dihasilkan tidak menjadi, kurang manis, rosak atau pokok 'merajuk' langsung tak keluarkan buah! Haa sampai gitu tahapnya... apa2 pun semua rezeki dari yang Maha Esa... 

Abah mula tanam harumanis dengan anak pokok yang diberikan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Perlis pada tahun 2013 kalau tak salah saya. Kira inisiatif daripada kerajaan negeri. Siap dapat percuma mesin rumput dan beberapa peralatan lain. Alhamdulillah... Pokok abah mula menghasilkan buah pada tahun 2015 tapi tak banyak sebab pokok masih kecil/muda. Hasilnya boleh la dimakan kami sekeluarga dan saudara-mara sahaja. Tahun ini 2016 alhamdulillah hasil memberangsangkan walaupun tak semeriah orang lain yang hasilnya sehingga mencecah 10,000 biji! tapi dengan pokok abah yang sebanyak 49pokok itu alhamdulillah sekadarnya abah kata. Tak sampai 1,000 biji pun tetapi abah dah tak larat nak jaga hehe :D sebab proses nak jaga pokok harumanis ni rumit... Tak boleh terlalu kering, terlalu lembab pun tak boleh... jadi kena pantau selalu. Jika kurang air perlu untuk disiram setiap hari almaklumlah Perlis ni terkenal dengan negeri yang terlampau panas... walaupun panas bekalan air pokok perlulah mencukupi. Itu belum masuk bab penjagaan pokok daripada serangan ulat dan serangga perosak lagi... 

Bila dah mula berbuah ni (kebun abah berbuah lewat sikit daripada orang lain) perlu melalui fasa membalut buah pula. Pada fasa ini ada pula serangan dariada orang tak bertanggungjawab. Haha...bukan serangan serangga ja...serangan orang pun ditakuti juga... lagi bahaya tuh! Seperti yang kita tahu buah harumanis ni tinggi nilai harganya, jadi ada yang mengambil kesempatan mencuri hasil tanaman orang lain tanpa rasa tanggungjawab! Haih la orang kita... nak senang cara mudah... so sad...  Jadi perlu berjaga siang dan malam... kesian juga abah... dah beberapa minggu ni tidur di kebun harumanis :( teruk tau nak jaga harumanis mengalahkan jaga baby! Jadi 'please' jangan marah si penjual harumanis sekiranya harga harumanis boleh dikatakan mahal... 

Begitulah kisah si harumanis saya... hehe :D sekadar perkongsian daripada pengalaman peribadi...

Terlupa 1lagi fakta, musim harumanis ni sekali je setahun yakni dia mula berbuah pada bulan april sehingga mei. Mungkin ada sesetengah pokok berbuah sehingga awal Jun. Ikut rezeki :) Jadi jangan lepaskan peluang merasai keistimewaan harum dan manisnya si harumanis ini... sangat sedap dimakan bersama pulut dan santan... apa nak kata :)

Baru separuh yang dibalut... pokok masih lagi mengeluarkan buah... alhamdulillah...rezeki dari ALLAH SWT

Seronok masing-masing di kebun harumanis tokwan

Aisya khusyuk tengok tokwan membalut buah

Maktok berkejaran dengan cucu-cucu... haha! kawasan lapang kekdahnya ammar sukar dikawal... :P

Pokok yang masih kecil dan muda... alhamdulillah ada juga buah...

Si harumanis

Aisya khusyuk lagi... ammar berlari dengan ligat sekali :D

Gambar dengan tokwan dan maktok sekeping! :)

 

17.1.16

Weekend househusband~!

Bismillah wal hamdulillah...

Waktu 'weekend' ni la peluang bagi saya yang bergelar 'housewife' nak juga merasa cuti  walaupun tidak sepenuhnya... Saya sengaja pas kerja menguruskan anak-anak kepada en.abang... tapi tugas memasak masih lagi saya yang tetap kena uruskan. Cuma agak kelam kabut waktu cuti ni sebab semua orang ada kat rumah, nak sediakan sarapan, makan tengah hari dan malam... kadang-kadang urusan MAKAN sahaja pun boleh pening kepala... kalau tak nak buat kerja 2-3kali terpaksa cuci lantai, mop lantai kena la suap makan ketiga-tiga serentak. Kalau ummi rajin, ummi suruh ketiga-tiga makan sendiri walaupun hasilnya selepas itu terpaksa sapu dan mop lantai untuk entah ke berapa kali dalam 1hari...

ALHAMDULILLAH, en.abang dengan rela hati menguruskan anak-anak seharian... saya memang tak amik 'port' dah 'part' nak suruh depa mandi, makan, siapkan ammar, mandikan ammar, tukar 'diapers' ammar... 100% serah kepada ayah depa... saya jadi bos kejap 1hari... boleh baring-baring sambil berfacebook... 'heaven' kan? Hasilnya? Lepas maghrib tengok en.abang dah terkulai depan tv keletihan... tanya dia kenapa...dia cakap ngantok sangat... pukul 9.30malam terus ha tidur sekali dengan anak-anak... jarang sekali dapat suasana begitu walaupun hari kerja. Hari kerja en.abang masih mampu 'stay up' buat kerja sampai pukul 1-2pagi. Tapi 'weekend' bila kena buat separuh kerja rumah dan jaga anak-anak?? Hamikk... baru separuh tuh... tak termasuk masak lagi tuh... haha!

Betapa penatnya seharian kena uruskan semua... kadang-kadang ada kerja ter'miss sebab tak larat sangat atau dengan kata lain malas... kah3... ada juga hari-hari rasa macam tak mampunya nak habiskan semua kerja. Anak baru 3orang, nak uruskan pergi dan ambil depa kat tadika... tahun hadapan aisya dah nak masuk darjah 1... lagilah rutin tuh kan? Itupun kalau saya tak kerja, kalau kerja? Kenalah bahagi tugasan di rumah kepada 2orang... Memanglah kerja kat rumah tuh dalam rumah ja, tak payah pi kerja, 'meeting' bagai... tapi kekalutan dalam rumah dengan anak-anak tuh haih... sukar ditafsir bila 24jam kena hadap... nampak macam tak ada apa sangat... tapi... :D

 

1.11.15

Berjalan-jalan melihat alam...

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni 'fefeeling' anak seorang bila kakak-kakak dari pagi lagi dah berjalan ke rumah maktok. Begitulah anak-anak ni, kalau tak bawak depa ni ke mana-mana memang akan merengek-rengek nak ke rumah maktok.

Jadi ajak en.abang ke Padang Besar cuci mata. Seperti biasa hujung minggu saja memang umpama tin sardin ja Padang Besar tu. Orang yang datang dari pelusuk Malaysia... dengan bas berduyun-duyun. Itu memang pemandangan yang sangat biasa kalau ke Padang Besar pada hujung minggu. Belum lagi musim cuti sekolah. Memang tak hadap la ke Padang Besar. Bagi peluang kat orang lain luar Perlis la hehe :D tak kose kot nak bersesak-sesak gitu... Bukan nak beli apa sangat cuma 'window shopping' sahaja.

En.abang asalnya nak beli jajan tiba-tiba terbekenan t-shirt kat situ... Maka dapatlah 2helai tshirt anak beranak... Ammar punya tshirt = RM12, ayah dia punya tshirt = RM25... Sedondon pulak tuh... huhu...ayah ni sejak ada anak lelaki nan seorang ni, semua baju kalau boleh nak sedondon...apa kes kan?haha! ummi is jeles kesahnya :P

Tengah tunggu order tomyam


Tidak ketinggalan teh ais thai bekas besar gedabak share 3orang tak habis...hehe...gambar ehsan gugel :)

Jajan kegemaran setiap kali ke padang besar



 

4.8.15

Cerita Syawal 2015/1436Hijrah...

Bismillah wal hamdulillah...

Tahun ni merupakan tahun ke-6 saya beraya bersama keluarga kecil kami... rasanya tahun ni paling rasa kurang kemeriahan di hati saya... huhu...mungkin sesuai kot dgn usia yg dah makin bertambah, keriangan tuh macam dah kurang... tidak seperti zaman 20an dulu... nak2 masa zaman bujang lagi la kan meriahnya... bila dah ada anak seorg, kemeriahan tuh lebih kepada menyiapkan anak untuk menyambut syawal...makin bertambah anak rasanya kesibukkan adalah lebih kepada anak-anak... ummi tak ada baju raya pun ada apa hal sgt?tapi kalau anak2 tak da baju raya ummi memang dah macam cacing kepanasan...asik fikir nak beli je... sebelum puasa lagi ummi dah ajak ayah survey baju raya anak-anak... last-last beli online jek... pastu dapat sponsor dari maktok-maktok... seronok aisya, amira n ammar dapat 3pasang baju raya tahun ni... bukan main seronok n melaram masing-masing

Aisya n amira dah besar jadi pandai dah request macam-macam... dulu pakai ja yg mana ada... aisya siap mintak beg nk bubuh duit raya, baju warna apa, kasut lagi... pening kepala ayah... tiba-tiba raya nak pakai kasut sport... haha! ntah mana dia dapat idea... sebenarnya terjatuh hati dgn kasut sport kawan kat tadika... kasut sport frozen kekdahnya... seronok melayan karenah anak-anak last2 memang betul la ummi tak da baju raya haha! takpa la anak-anak asalkan ampa semua happy... ummi tak kisah sgt... tapi agak terkilan ramadhan kali ini tak mencapai target... pejam celik tengok2 esok dah syawal....poyo sangat bunyinya kan... dah berapa tahun faizah dok target tapi tak capai2 jugak... :(

Dress sponsor by maktok jannah

Family sebelah saya...alhamdulillah keluarga dah berkembang... faizah pun kembang jugak... ekeke :P

5beradik kami alhamdulillah dah berjaya dah semua...kecuali makcik surirumah seorang tuh... alhamdulillah berjaya jgk jadi surirumah haha! dah kawen berlaka kecuali yg bongsu masih menuntut dia UIAM Kuantan...

 Cukup dah kot letak gambaq 3keping...sebenaqnya cemuih tengok diri sendiri yang kembang semangkuk bukan semangkuk lagi dah setaman terus dah ni... bila lagi nk start misi diet ni faizah... kasut sport dah beli haha! poyo sangat berkasut sport bagai nak eksesais dalam umah je pun... tapi bak kata kak shiemz demi keselematan dan keselesaan kaki kasut sport adalah cumpulsory jadi mak relakan je lah membeli kasut sport tuh walaupun dalam hati "eh kalau malas nk eksesais acane?tak ke membazir?maknanya kena paksa rela la faizah oiii" :P

 

10.6.15

Unplanned pre-family day... haha!

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Tak boleh blah betoi title entri... tapi menda yg unplanned ni selalunya akan lebih menarik kan? al-kisah 2hari sebelum kejadian, mak call ajak p penang... tp saya macam ala2 je la sebab mak abah, anak n naurah nk p hari ahad... macam tak sempat je sebab isnin en.abg dah kerja... dia pulak jenis susah nk amik cuti if tak ada apa hal sangat... 

Lepas tuh, memang tak bagi kata putus kat mak... ikut jadi je lah kalu nak pi pun... dahla malam ahad tuh ammar buat perangai apa ntah tak tidur nyenyak... ummi lepas subuh baru bleh lelapkan mata sekeja... terbangun dah pukul 10pagi... zasss tiba2 decide nak follow mak... tapi tak bagitau pun sebab isau lambat ka mcm mana dengan anak2 kecik lagi kan... 

Pukul 1tgh hari baru sampai penang... call mak, mak baru lepas lunch, kami pulak baru nk cari kedai nak lunch... last2 lunch kt KFC ja cpt dan mudah... lepas tuh mak ajak jumpa kat hotel yg naurah booking... Hotel Rainbow Paradise... kami pun join la sekaki... nasib naurah sewa hotel macam ala2 apartment sebab dalam hotel tuh ada 2buah bilik lagi... ada hall n dapur kecik... tak sempat nak amik gmbaq...pastu mak abah ajak join tidur kt penang... homaii saya n en.abg memang tak bawak baju sebab bajet nak balik hari je... anak2 mmg sentiasa bawak baju spare 2-3pasang seorang jadi selamat lah... tuhpun aisya sibuk ajak p shopping baju lagi... Fikir punya fikir ok je la... baju fikir kemudian... haha!

Petang tuh kami jalan2 kat Muzium 3D... rupanya banyak muzium 3d ni kat penang... gugel punya gugel kami jmpa Muzium 3D Art Trick kat padang kota je... so serbu...orang boleh tahan ramai... pukul 6ptg baru sampai...pukul 7ptg dah nk tutup... lepas selesai berjimba kat muzium 3d kami p makan ramai2 kat Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet area bukit mertajam...

Sekian sahaja lah percutian kami yg tak seberapa... tp rasa seronok sbb dapat jgk la merelease kan tension yang menyerabuti fikiran...anak2 pun siap ajak nak jalan2 lagi...tak puas katanya... unplanned kan?ummi pun pergi n balik dengan baju yang sama -_- harap2 orang tak perasan...huk3... jom layan gmba yg ala kadar sahaja... terpaksa menerima realiti yg semakin melebar...kohhhkoffff :(

Lari dari dinosour pun tersengeh...haha!

Memang sgt trick

Haha...dgn tak malunya buat macam2 aksi

Maktok hepi layan karenah cucu-cucu... aisya menten 'peace'

Ahli rombongan... haha! smg happy n bahagia selamanya...

Yang ni aisya kata ummi macam gergasi... ok fine ummi sedih T_T

Kena kejaq dengan siput babi sebenaqnya tp jadi tak real sebab mak abah pijak ayaq... haha!

Kami naik tikaq terbang... bukan main lagi masing2 berlakon... tokwan kata orang tuh macam tok guru ajaq ngaji... haha!

Maksu ana, maktok jannah, aisya n amira

Dinner dibelanja oleh my sister naurah n husband syamil... di Puncak Mutiara Cafe Kg. Pelet... harus terjah ye sapa2 mai penang... tempat ni mendamaikan... menu sangat banyakkk pilihan... ala2 restoren dalam kampung yg sgt best...

Maktok jannah with aisya n amira
 


 

7.6.15

Anak...

Bismillah wal hamdulillah... 

Baru lepas tidurkan ammar n amira... itupun tak tau berapa round bangun, berguling, bergolek, berbaring, breastfeed... siap bangun makan nasik lagi 2ketoi tuh... nasib baiklah kak long aisya sudah melabuhkan tirai malam dia lebih awal daripada adik2... sbb petang tadi kak long aisya da puas meraung nk mintak belikan playdoh... bila ummi buat homemade playdoh tak mau katanya...tak best xde alat2 acuan comel, cantik macam set playdoh tuh... tak tau berapa kali dah ummi n maktok belikan tapi last sekali campak entah ke mana... adik ammar masih dalam fasa 'masuk semua menda dalam mulut' jadi ayah kami agak keberatan nak beli playdoh... nanti dimakannya pulak... jadi puas la kak long aisya meraung sampai muntah...sudahnya pukul 9mlm dah mengantok n tidur...

Habis turn kak long, turn kak ngah n abg chik ammar pulak... ok setel semuanya pukul 12malam... alhamdulillah... tugas seorg ibu kan?sekarang fahamlah kenapa ISLAM meletakkan darjat yang tersangat mulia bagi seorang ibu... sbb ibu dengan anak2 ni hubungan terlalu dekat... dari dalam perut, melahirkan dgn susah payah, menyusukan dan menjaga siang malam... walaupun penat, tapi ntah datang dari mana tenaga dan kekuatan untuk meneruskan hari2 bersama anak2... kadang2 rasa macam 'ok please bagi ummi cuti 1hari" tapi tak cuti jugak...bangun pagi masih dengan rutin menguruskan anak2... kadang weekend ayah amik alih memang ummi mood gembira bila ayah setelkan semua... bukan taknak uruskan anak2 tapi kadang2 perlukan ruang untuk 'me time'... hehe :P

ALHAMDULILLAH so far... walaupun saya kehilangan kerja secara tiba-tiba dengan alasan anak masih kecil, tak sanggup nak tinggalkan dengan orang yg tidak dikenali, di taska saya korbankan pekerjaan disaat2 memang tak mahu lagi saya lepaskan pekerjaan itu... bukan satu keputusan yg mudah... tapi saya nekad bila saya fikir anak adalah rezeki yg lebih besar, amanah yg lebih utama sy redha melepaskan segalanya... ramai orang bercakap "zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja...kenapa dengan mudah 'resign'?" saya hanya tersenyum kerana bagi saya anak adalah lebih penting dari kerja saya... tipulah kalu saya langsung tak risau keadaan ekonomi kami sekeluarga selepas sy TERPAKSA berhenti kerja... tapi saya memang dah bertawakkal kepada ALLAH SWT sepenuhnya... DIA yg berkuasa memberikan rezeki... mungkin ada hikmahnya yg kita tidak nampak... 

Walaupun kehidupan yg sederhana syukur segala2nya cukup...makan cukup, pakai cukup, kehidupan semakin selesa... takdak bezanya pun dari semasa kerja cuma bezanya rasa puas hati dapat menjaga anak2 sendiri... dari seorang anak kepada 3orang anak anugerah ILLAHI... rasa LEGA dan bersyukur jgk bila tengok ibu ayah yg berkerja pening kepala cari tempat/taska untuk tinggalkan anak2, dengan pelbagai kes yg kita dengar sekarang.... memang menakutkan... kalau sy mmg konfem sy tak senang kat tempat kerja meninggalkan anak2 dengan orang yg tak dikenali sesuka hati di zaman yg tersangat PELIK ini... huhuhuhu...

Pesanan saya yg tak seberapa kepada ibu-ibu & DIRI SAYA SENDIRI... bukan mudah amanah menjadi seorang ibu... bukan setakat bagi pakai baju lawa-lawa, bagi susu mahal2 tapi perilaku dan akhlak kita mempengaruhi anak yg kita jaga dan didik... Bersikaplah jujur dan ikhlas dengan kehidupan kita sendiri... Usah hidup dalam kepura-puraan kerana itu sifat orang munafik... orang munafik orang yg dibenci oleh ALLAH SWT... Sukakah kita anak-anak yg kita jaga dan besarkan mewarisi perangai buruk kita itu?jadi berfikirlah dengan lebih panjang dan luas... jika tersilap masih belum terlewat untuk perbetulkan... usah juga menunding jari menyalahkan orang lain apabila kesilapan kita sudah terlihat... sebaiknya suluh, tengok dan belek dulu diri sendiri yg 'tempang' itu... layakkah aku menjadi seorang IBU??

 

31.12.14

Family day julung-julung kalinya... #throwback

Bismillah wal hamdulillah...

Family day ni adalah sebelah in-laws & dah lama rasanya FIL rancang... tapi asik clash dgn program lain yang lebih penting seperti kenduri kendara saudara-mara terdekat... biasalah waktu yang dipilih haruslah cuti sekolah sebab biras saya cikgu di Teluk Intan, Perak... jadi kalau bukan cuti sekolah susah lah sikit dia nak balik angkut baby yang masih kecik... Last2 PIL decide buat pada 13Dis2014 lepas... dekat-dekat dengan tarikh anniversary PIL iaitu pada 16Dis kalau tak silap... 

Dah lama rasanya tak berholiday... sejak kehadiran ammar ni kira 1st time... hehe :D tak sempat fikir nak holiday bagai sebenarnya... pejam celik dah 1tahun rupanya tidak becuti...last bercuti masa sy tengah pregnant ammar 28weeks masa tuh :) masih segar diingatan kerna waktu tuh birthday celebration saya yg ke-29... jadi kami sekeluarga jalan-jalan kat penang... tapi tak sempat pi mana pun... yelah dgn boyot-boyot bawak 2orang toddlers macam sangat tak larat dah... 

Mula-mula saspens jugak nk holiday 3hari 2malam mengangkut 3org mujahid dan mujahidah ni... selalu balik hari je kalu pi penang... tp PIL cakap tak sempat nak buat aktiviti apa-apa... abang kepada en.abg (BIL) memang berkerja di penang jadi diala yang urus hal2 penginapan kat sana... dia sewa sebuah apartment (homestay) di Seri Sayang Apartment berhadapan dengan hotel rasa sayang batu Feringghi. Mula2 sewa homestay betul2 depan laut tapi ntah jadi macam mana cancel last minit dapat Seri Sayang tuh dahla dapat tingkat 29... gayat mak! tapi apartmentnya sangat selesa n besar... boleh muat 2-3buah family...

Hall apartment seri sayang

Hall

Meja makan


Master bedroom telah didiami oleh kami sekeluarga...dapat bilik paling besar sebab anak paling ramai... hehe :P

Sampai je di penang tengah hari... terus dapat tengok view ni... terus hilang masalah dunia... alhamdulillah atas rasa lega ini :)

Aktiviti petang aisya with cousin

Petang ja redup sebab hujan...

View dari tingkat 29...gayattt...

Indah ciptaan ALLAH SWT

Aisya tak mau keluaq pool... tiba2 hujan terpaksa berlari...huhu

Depa sri sayang apartment...masing2 kebasahan lepas balik dari pantai bermandi-manda... ammar tgh sedap tidoq dlm SSC beliau..

Amira yg malu nak join

Bersantai di tepi pantai...