31.10.15

Amira pulak!

Bismillah wal hamdulillah...

Aisya dah nampak ok malam ni... tiba-tiba amira pulak yang termuntah waktu tidur. Terkejut tiba-tiba dia bangun batuk-batuk dan terus muntah... YA ALLAH, boleh berjangkit pulak ye muntah-muntah dan sakit perut ni? Risau amat kot sebab sekarang tinggal ammar ja yang masih sihat walafiat... ummi adalah sangat bimbang :(

Adalah 'google' beberapa info mengenai simptom muntah dan cirit-birit ni... memang pun boleh berjangkit. Kadang-kadang 1keluarga boleh kena... YA ALLAH risaunya... kakak-kakak tak apalah boleh bagitahu sakit perut ka, rasa tak selesa ka, rasa nak muntah ka, si ammar tuh baru nak belajar bercakap. Harap-harap tak berjangkitlah dengan ammar. Tadi paksa amira makan ubat untuk kembung dan senak. Harap-harap oklah dan tak berlarutan. 

Mesin basuh kat rumah ni 2-3hari ni 'non-stop' asik berpusing sebab basuh baju-baju, comforter, cadar, bantal depa-depa ni muntah. Aduh risau!

 

30.10.15

1hari lagi!

Bismillah wal hamdulillah...

Selesai sibuk-sibuk uruskan hal ehwal anak-anak, nak 'update' sikit mengenai promo Shaklee yang bakal berakhir esok. Mana tahu kot ada dikalangan pembaca sekalian yang terlepas pandang tentang tawaran istimewa ini. Esok dah hari terakhir boleh la merancang pembelian anda yang menjimatkan ini.

'Offer' apa tu yang jimat sangat? Boleh tengok gambar di bawah!



Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga esok sahaja!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

Aisya Nafisa kekembungan, keracunan atau kecacingan?

Bismillah wal hamdulillah...

Puteri sulung saya ada peperiksaan akhir tahun tadika PASTI minggu ni. 4hari yang 'stress' macam zaman ummi amik 'exam' beberapa tahun lalu... hehe :D tapi hari ke-3 'exam' boleh pulak aisya tak sihat. Pukul 3.30pagi dah bangun sambil muntah-muntah. Ummi syak aisya makan banyak sebelum tidur. Sepinggan nasik dia hadap pada pukul 10malam lepas tu terus masuk tidur pulak.

Muntah dalam 30minit sekali... Ummi dan ayah dah risau... Esoknya ayah cuti nak bawa aisya ke klinik. Tapi dia macam ok pulak... dah boleh makan dan tak muntah. Ummi syak lagi mungkin perut masuk angin. Ada whatsapp maklang aisya tanya pendapat. Dia kata "viral gastritis" entah apa ka benda pun tak tahu. Bila tengok aisya dah ok tak jadi la bawak dia ke klinik.

Esoknya 'last paper' alhamdulillah aisya ok ja kat tadika jawab 'exam'. Malam tu dalam pukul 4.30pagi aisya bangun muntah pula sambil mengadu sakit perut. Sampai guling-guling sakitnya. Ummi dah risau apa tak kena pula dengan aisya. Berteka-teki dalam kepala. Malam tu dia makan sikit sahaja sebab takut muntah lagi. Aisya cakap lapar. Ummi tak sempat masak sebab seawal 4.30pagi aisya bangun dok muntah dengan ammar pun dok terbangun-bangun sebab dengar kak long aisya dok nangis. 

Ayah ambil 'half-day' hari ni. Pagi-pagi pukul 8pagi bawa ke klinik remedic kangar. Alhamdulillah sebelum 8.30pagi doktor dah sampai. Cek-cek, tekan-tekan perut, doktor cakap perut aisya masuk angin. Dia cakap aisya sakit bila dia tekan perut bahagian kanan. Tak puas hati juga sebab takkan masuk angin 'on/off' macam tu? Amira pun ada mengadu sakit perut tapi tak teruk. Lepas dah berak-berak ok dah sakit perut dia. Aisya ni pula melarat sakit perut dia. Keracunan kah? sebagai ummi memang sentiasa berteka-teki, 'google' sana sini cari info... simptom-simptom tu macam simptom kecacingan. Tapi doktor cakap kembung mungkin disebabkan oleh tersalah makan. 


Doktor bagi 4jenis ubatan ini. Ubat angin/senak perut, ubat tahan muntah, ubat cacing, dah probiotik. Dia bagi juga ubat cacing sebab ada bagitahu aisya ada rasa gatal-gatal di bontot beliau. Balik rumah terus makan ubat senak perut, makan bubur nasi, Lepas tu muntah lagi. Rehat sebentar dah ok. Mungkin betul kot masuk angin. Tapi malam ni tetap nak bagi ubat cacing sebab memang saspek cacing. Kali terakhir makan ubat cacing adalah pada usia aisya 2tahun.

Setengah orang tak bagi pun ubat cacing ni. Amalkan 'natural remedy' tapi budak-budak kan nak kunyah tomato la, habbatussauda'... huhu... ummi tak cukup tabah. Tapi saya masih lagi kekalkan pengambilan 'vco - virgin coconut oil' dan madu. Alhamdulillah doktor pun bagi probiotik untuk aisya. 

29.10.15

Plan diet untuk wanita yang kelaparan!

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Bila dah 'translate' dari ayat dalam bahasa inggeris terus ha jadi wanita yang kelaparan. Saja tepek kat sini kot mai seru nak cuba amalkan. Untuk apa pulak nak amalkan 'diet plan' bagai ni? Sudah tentulah untuk sihat menjadi keutamaan... kedua untuk tampil cantik...eceh... dah berkurun ha berazam tapi seru belum sampai... haha! alasan sebab menyusu badan sepenuhnya si ammar yaser... saya rasa macam ralat ja nak 'cut-cut' kalori bagai... Malas dah 1hal nak kira kalori setiap hari lepas tuh fikirkan si kecik yang masih menyusu badan sepenuhnya. Walaupun ammar dah masuk 1tahun 9bulan tapi setiap malam dia masih dalam fasa menyusu dengan sangat kerap. Jadi eh tunggulah dulu ammar 'breastfeed' puas-puas dulu. Nanti 'cut-cut' kalori dibuatnya susu dah berubah tekstur (mungkin sedikit cair sebab kekurangan kalori dan karbohidrat) dan sebagainya. Saya ada terbaca pengurangan jumlah pengambilan kalori untuk menyusu memang akan memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti susu badan.

Ada yang cakap menyusu badan membantu mengurangkan berat badan tapi tidak bagi saya... tak berkesan pun atau mungkin saya makan banyak sangat?haha! dah cuba kawal tapi rasa macam tak ada perubahan rasanya kena gerak gempur secara serius kot pakej dengan 'workout' sekali. Ya... ya saya kena terima yang setiap orang keadaan badan dia tak sama. Saya rasa metabolisma badan saya 'super-slow'. Ammar 'breastfeed' dengan sangat dahsyat pun kau tak kurus faizah! Malah bertambah pulak dah... Haha... gelak lagi... Ok berhenti bebel. Jom tepek dulu 'diet plan' ni nanti boleh rujuk. Hari-hari belek kot dapat aura dan seru nak terus 'apply' mungkin :D

Antara tips yang dikongsi adalah:

1) Jangan 'skip' makan. Perlu makan 5kali sehari secara berkala. Ibu menyusu tidak perlu 'cut' terlalu banyak pengambilan kalori. Fokus pada 1,800 - 2,000 kalori sahaja sehari 'instead' of orang yang memang nak diet tanpa menyusu pengambilan kalori adalah lebih kurang 1,500 sehari.
2) Jangan biarkan kelaparan membelenggu diri. Makan sebelum lapar. 
3) Makan sesuatu dalam masa 3-4jam sekali. Makan secara kerap dan berkala
4) 'Breastfeed mommy' perlu untuk 'lose weight' secara 'slow and steady'. 

'Checklist' makanan yang perlu

1) Buah-buahan - 3hidangan sehari (saiz sederhana dalam 1/2 cawan setiap hidangan
2) Sayur-sayuran - sekurang-kurangnya 4hidangan (1cawan sayuran hijau, 1/2 cawan pelbagai jenis hidangan sayuran yang mentah atau dimasak)
3) Hasil tenusu - sekurang-kurangnya 3hidangan sehari - 1hidangan adalah seumpama 1cawan susu, 1ketul keju saiz ibu jari je satu hidangan)
4) Gandum penuh (whole grain) tinggi fiber - sekurang-kurangnya 4hidangan - 1keping roti 'wholegrain', 1/3 cawan kekacang 
5) Protein - sekurang-kurangnya 3hidangan - 1oz kekacang, 2sudu besar peanut butter, 4oz daging atau ikan (besar tapak tangan)
6) Makanan kegemaran - boleh la 'cheat' untuk 2-3kali seminggu je...

Jadual pemakanan plan cinta tak jadi diet tak jadi kita:

Ni contoh je eh faizah. Nanti boleh olah. Sebagai idea kot rasa macam 'blank':

Ahad

Sarapan: sosej sandwic dan jus buah (sosej tak sihat la bagi saya, tukar jadi ayam grill sandwic mungkin?)
Snek: Crakers 'whole-grain' dan peanut butter 
Makan tengah hari: Sandwic wrap (balut dengan kulit capati kot rasanya)
Snek: Salad/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Salad dengan daging ayam panggang atau telur rebus

Isnin

Sarapan: Careal (chia-seeds atau rolled-oat?) bersama ESP Shaklee. Freshmilk pun ok
Snek: Trail mix (entah apa ke benda)
Makan tengah hari: Pasta dengan kacang dan sayuran
Snek: Crackers whole-grain dan peanut butter
Makan malam: Salad

Selasa

Sarapan: Banana sandwic
Snek: String cheese dan buah epal
Makan tengah hari: Salad dengan kepingan ayam panggang
Snek: Veggies/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Segenggam nasi (seeloknya beras perang), kekacang dan sayuran

Lebih kurang gitulah menunya. Macam sedap je kan? Boleh beli stok roti 'whole-grain', lettuce, daun salad, apa-apa jenis sayur yang boleh dibuat sup mungkin. Rolled-oat dan chia seeds... Eceh... bila ye nak mula :D

 

28.10.15

Tips bangun pagi segar walaupun tidur lewat malam

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni merupakan hari ke-3 saya dapat bangun pagi awal dan yang penting segar, rasa cergas bertenaga dan tidak mengantuk! Saya mengalami masalah tidur yang tidak cukup sejak melahirkan anak ke-3 si ammar yaser. Ammar merupakan seorang bayi yang tidak suka tidur sama ada siang atau malam. Selepas saya melahirkan ammar, bermulalah episod kehidupan saya yang meletihkan dan mengantuk kerana tidak dapat tidur dengan mencukupi. Ammar bangun dengan sangat kerap menyusu diwaktu malam secara purata 5-6kali. Kadang-kadang tidak terkira banyaknya dia bangun menyusu sehingga satu tahap, ammar kembali bangun apabila saya baru hendak mula terlelap selepas sesi menyusu sebelumnya. Keadaan kekal begitu sehingga hari menjelang subuh. Kini usia Ammar 1tahun 9bulan. Bayangkanlah selama itu saya tidak dapat tidur lena yang mencukupi...

Hari ini merupakan hari ke-3 saya aplikasikan tips yang boleh saya anggap berjaya sebab saya boleh bangun awal (sebelum subuh), dan rasa segar tanpa rasa mengantuk (terpaksa bangun). Rasa aktif dan dapat masak sarapan, menyediakan keperluan anak ke tadika serta kelengkapan suami ke tempat kerja.

Antara tips hebat yang saya amalkan sepanjang tempoh 3hari kejayaan bangun pagi segar ini adalah:


'Short nap'

Saya akan ambil 'short nap' pada waktu tengah hari sebelum ambil anak sulung dari tadika (sebelum waktu solat zuhur). Sebagai surirumah memang agak sukar untuk tidur seketika di siang hari kerana ada anak-anak kecil. Apa yang saya buat, saya bawa kedua-dua anak masuk bilik dan ajar mereka untuk tidur bersama-sama dengan erti kata lain berehat. Masa yang diambil sekejap sahaja dalam linkungan 10-15minit. Saya selalu amalkan 'short nap' ini ketika berkerja dulu. Sewaktu makan tengah hari, saya akan lelapkan mata sekadar tempoh 10-15minit sahaja untuk tampil cergas pada sesi berkerja sebelah petang.

Berdasarkan kajian 'short-nap-time' dapat meningkatkan prestasi kerja secara berterusan. Waktu terbaik mengambil sesi 'short-nap' ini adalah diantara 10-20minit 1sesi. Disamping itu ia juga berupaya meningkatkan kemahiran kognitif, daya ingatan dan kecergasan minda seseorang.


'Alarm-clock'

Saya menggunakan 'alarm-clock' telefon bimbit ataupun anak saya yang menyusu sebagai penggera semulajadi saya. Ammar akan biasa bangun menyusu 1jam sekali dan saya memang terbiasa bangun pukul 5-6pagi sebab ammar memang akan bangun menyusu pada waktu itu. Apabila sudah bangun dan ammar selesai menyusu saya akan terus bingkas bangun, mandi, dan bersiap untuk solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa 'alarm-clock' yang sudah saya set (sama ada jam telefon ataupun jam si ammar)

Amalkan sebelum tidur tanpa gagal

Saya akan mengambil 2biji vitalea dan 4biji ostematrix tanpa gagal setiap kali hendak tidur. Kadang-kadang saya selesai melakukan tugasan harian (uruskan pesanan pelanggan untuk tujuan pos esok harinya) pada pukul 1-2pagi. Jadi saya akan ambil vitalea dan ostematrix bersama air masak secukupnya.


wpid-20151028081202.jpg


wpid-20151028075732.jpg


Berdoa

Sebelum tidur jika berkelapangan, tunaikan solat sunat witir dan bacaan surah al-mulk. Berdoa kepada ALLAH SWT agar dia kejutkan kita pada waktu sepatutnya agar dapat melakukan ibadat kepadaNYA. Insya ALLAH dengan izin ALLAH SWT kita boleh bangun tepat pada waktunya dan dengan semangat!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

Tragedi 10hari

Bismillah wal hamdulillah...

Kita digemparkan dengan seorang ibu baru 10hari selepas melahirkan anak membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondo. Berita yang sangat sedih kerana beliau meninggalkan anak-anak yang masih kecil termasuklah bayi yang baru berusia 10hari. Daripada berita yang dilaporkan dalam Harian Metro, ibu itu nekad membunuh diri DIPERCAYAI (belum lagi sahih) kerana gagal menyusukan bayinya dengan susu ibu.


Pelbagai tomahan, pendapat, yang dilontarkan daripada pelbagai pihak mahupun individu. Ada yang menyalahkan ibu menyusu badan, ada yang menyalahkan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, ada yang menyalahkan ibu yang membunuh diri itu, ada yang menyalahkan suaminya dan macam-macam lagi lah pendapat. Naik juling bijik mata nak baca. Baca sepintas lalu jek... Kurang berminat dengan olahan yang bersifat menyalahkan. Perkara dah pun terjadi jadi kita ambil pengajaran sahaja tanpa menyalahkan sesiapa. Antara pengajaran yang saya paling nampak adalah:

Ilmu

Bagi saya, apa perkara yang kita nak buat pun mestilah dengan berilmu. Sekurang-kurangnya ambil tahu sebagai persediaan. Proses menjadi seorang ibu bukanlah 1proses yang mudah. Ia merupakan 'learning-proses' yang sentiasa berlaku tanpa henti. Walaupun anak dah 10orang tapi setiap kelahiran seolah-olah melahirkan anak sulung sebab pengalaman yang berbeza-beza setiap orang anak yang dilahirkan. Persediaan perlu sentiasa ada dan diperbaharui dari semasa ke semasa. 

Pada pandangan peribadi saya, 3kali pengalaman mengandung dan melahirkan, semuanya berbeza dan mempunyai masalah tersendiri. Saya seolah-olah seperti ibu beranak sulung untuk setiap anak. Saya perlukan ilmu dan persediaan yang rapi untuk setiap kelahiran. Anak sulung dengan masalah terpaksa melahirkan secara 'emergency czer' atas sebab-sebab tertentu. Lepas itu masalah jaundis. Yang kedua pula bermula dengan masalah 'hypremisis gravidum', alhamdulillah kelahiran yang mudah. Tetapi diuji dengan masalah 'prolonged-jaundice'. Yang ketiga, pengalaman mengandung yang mudah. Diuji dengan kelahiran yang bermasalah, diikuti dengan ujian terpaksa 'warded' atas sebab masalah 'G6PD Defecient' perlu pemantauan doktor selama 5hari.

Begitulah keadaan ketiga-tiga orang anak saya yang diuji dengan masalah yang berbeza. Perlunya ilmu dan persediaan mental dan fizikal tentang persediaan sewaktu mengandung, melahirkan, bersalin dan menjaga bayi. Kalau tanpa ilmu sudah tentu kita merasa tertekan dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. 

'Postpartum-depression'

Secara peribadi, perasaan selepas melahirkan adalah sangat aneh. Aneh macam mana? Terutamanya beberapa minggu selepas melahirkan. Badan menjadi sangat lemah dan sakit (terutamanya bersalin secara pembedahan). Memerlukan bantuan untuk bangun dan pergerakkan terbatas. Pada waktu itu perlu belajar menyusukan anak dalam keadaan lemah dan sakit itu. Ditambah pula dengan keadaan bayi yang meragam, sukar tidur malam, sentiasa inginkan pelukan (perubahan alam dari alam rahim ke alam dunia). Memang akan rasa tertekan.

Sebab itu saya kurang gemar menziarahi ibu baru lepas bersalin ni. Kecuali dah lepas pantang 44hari atau keadaan ibu sudah stabil, pulih luka dan dah biasa dengan kehadiran cahaya mata baru. Secara jujurnya suami kurang mengerti setiap kali saya dalam pantang. Perlu berterus-terang dengan dia yang kita perlukan perhatian dia. Dia perlu ada disisi kita sentiasa walaupun ada mak yang membantu. Kadang-kadang kita perlukan seseorang itu berbual. Macam tuh lah keadaan lebih kurang. Mudah tersinggung, mudah terasa, kadang-kadang rasa cepat marah, cepat pula rasa sedih. Sentiasa inginkan sokongan dan kata-kata semangat dari orang tersayang.

Pengalaman saya, saya pernah menangis macam budak kecik sewaktu berpantang anak sulung (aisya) sebab campur tangan nenek saya. Haha! Bunyi macam kelakar tapi tak kelakar langsung! sebab sampai sekarang saya ingat. Nenek saya sentiasa nak pegang baby saya masa tuh. Saya cuma diberi peluang untuk pegang baby sewaktu menyusu sahaja. Selepas menyusu belum sempat saya nak belajar pegang dan belai baby, nenek saya dah ambil baby. 24jam diribaan nenek saya. Tertekannya waktu itu hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Saya menangis sekuat hati sebab nak melepaskan rasa marah dan tidak puas hati itu :) 

Anak ke-2 memang saya banyak bertenang sebab dah ada pengalaman yang pertama. Alhamdulillah berpeluang bersalin secara normal jadi pergerakkan saya tidaklah bermasalah seperti bersalin secara pembedahan cuma saya diuji dengan masalah baby 'prolonged-jaundice'. Tertekan lagi alhamdulillah banyak dapat sokongan daripada keluarga. Saya dapat lalui proses berpantang dengan baik cuma terlewat mengurut sebab sibuk ke klinik 'check-up' jaundis. 

Hero pertama lahir dengan masalah yang banyak juga. Terpaksa bersalin secara pembedahan kali-2 dan keadaan 'my superhero' yang sangat menguji. Ammar susah untuk tidur. Kadang-kadang dia tak tidur 24jam. Badan saya penat dan letih hanya ALLAH SWT yang tahu. Ditambah dengan kakak-kakak yang masih kecil (aisya 4tahun, amira 1tahun 8bulan) menambahkan sarat didada. Ada juga rasa nak bunuh diri haha! Secara jujurnya (berapa banyak jujur da... :P) en.abg kurang sikit bab-bab nak ambil tahu mengenai perempuan n isteri dalam pantang ni... Ammar nanti besar ummi nak tekankan bab ni, sebelum kahwin kena khatam dulu pasai menjaga ibu dalam pantang. Ha gitu... Nak jadi suami dan ayah tidak semudah yang disangka... Ingat bini dah mengandung dan beranak kau tak payah ambil tahu apa... oh silap ya! Tanggungjawab suami n ayah untuk ambil tahu serba-serbi. Banyak ilmu kena gali. 

Saya 'stress' sebab ammar susah tidur malam. Badan saya letih, tak dapat rehat yang cukup. En.abg pula sesedap rasa tidur tanpa fikir pasai saya. Kena bebel jugaklah dia. Masa tu saya memang tak kisah dah dia nak cakap apa. Tak sanggup mak meroyan! Baik berterus-terang. Lepas tu baru dia 'stay-up' jaga ammar. Barulah adil sama-sama merasa penat dan lelahnya itu. Waktu pantang ni 1ja yang diperlukan yakni REHAT! PENAT DAN LELAH SELEPAS BERSALIN BUKAN HILANG SEHARI DUA SAHAJA TAPI AMBIL MASA... 

Sokongan 

Seperti yang saya bagitahu tadi, menjadi seorang ibu bukanlah 1perkara yang mudah. Cabaran sentiasa ada, bermula dari bila anda disahkan mengandung. Lepas tuh bersalin, menyusu, mendidik, menjaga bla bla bla tak habis. Sebagai manusia biasa, memang adakalanya kita merasa tersangat letih dan perlukan masa sejenak untuk melupakan segalanya. Bukan nak abaikan terus tapi dengan erti kata lain perlukan masa untuk diri sendiri. Releks dan 'chill-chill' terutamanya selepas bersalin. 

Sepatutnya ibu selepas bersalin mesti ada pembantu. Sama ada suami sendiri, ibu atau 'confinement lady'. Masa ni lah ibu-ibu nak manjakan diri, berurut, bertangas untuk kembalikan balik kesihatan dalaman dan luaran. Kalau ikut cara berpantang orang tua dulu-dulu, makan pun orang bawakan dan tak boleh ceduk nasi sendiri. Saya sempat merasa masa anak sulung ja. Terkejut bila mak bawak masuk nasi dan air dalam bilik. Terasa dilayan bagaikan puteri. Tapi lepas tuh makan sendiri la... siap masak sendiri hehe :D Kekangan dari segi tuh la...bila beranak kecik-kecik ni lagi la... nak 'fefeeling' permasuri sangat tak sempat dan tak ada orang nak tolong. Cukup berpantang dari segi makan, berurut tuh dah cukup baik. 

Suami la berperanan paling besar. Dah susah payah isteri beranak dan melahirkan, carilah 'support system' untuk isteri sebagai tanda penghargaan melahirkan zuriat sendiri. Andai semua lelaki boleh sedar akan tanggungjawab ini alangkah indahnya hehe :)

Penjagaan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang)

Tempoh selepas bersalin memang tempoh yang paling kritikal untuk dijaga oleh seorang ibu. Dengan kepenatan selepas melahirkan (sama ada bersalin secara normal atau pembedahan), darah nifas yang keluar tanpa henti selama lebih kurang 30-60hari, hormon yang masih tidak stabil sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Baik dari segi pemakanan dan luaran (termasuklah berurut, berbengkung, bertungku dan sebagainya)

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, dibimbangi kesihatan ibu terjejas dan boleh mengakibat gejala-gejala seperti meroyan dan sebagainya. Jadi suami-suami tolonglah ambil tahu.

Pegangan agama

Bila pegangan dan asas agama kita kukuh insya ALLAH dengan izin ALLAH, memang kita tak akan buat perkara-perkara yang menyalahi agama kita terutamanya bunuh diri. Bukanlah saya nak salahkan si ibu yang membunuh diri, tidak adil rasanya saya nak buat 'conclusion' mengenai ibu terbabit sebab saya sendiri tidak mengenali dia secara dekat. Apa yang saya buat semasa dilanda kepenatan melampau semasa ammar tak tidur malam dalam tempoh berpantang, saya buku bacaan al-quran 24jam. Letak dekat katil. Alhamdulillah ada aura tenang itu. Zikir pun non-stop kalau teringat sebab memang rasa nak meroyan dah waktu itu, disebabkan oleh tidak cukup rehat. Masa tu fikir "apalah nasib aku... dah berhari-hari rasanya tak dapat tidur malam. Badan pun dah lemau. Apa salah aku sehingga diuji sebegini" memang bebel je lah dalam hati. 

Tapi masih lagi ingat kita ada ALLAH SWT dan mesti ada hikmahnya kita diuji sebegitu.

Ayat yang boleh saya 'qoute' dari 'siakapkeli.com'

ACP Sharul kata ibu si mati telah juga hanya melawat beliau dan bayi yang baru sehari sebelum tragedi itu.

"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.


Saya yang dah menjadi surirumah selama 3tahuh, saya faham sangat perasaan 'bosan' berada dalam rumah. Bukan lah nak berjimba sangat tapi haih susah nak cerita. Kadang-kadang perlukan seseorang untuk berbicara, kadang-kadang perlukan 'me time'. Bayangkanlah kau hadap kerja ofis 24jam tanpa henti? Sama la juga dengan seorang surirumah. Hadap kerjarumah 24jam? Lepas tuh ada pulak yang komen "Takpa la duduk rumah je..." rasa nak tumbuk sekuat hati muka dia tuh! haha! 

 

26.10.15

Teknik Mendidik Anak - Ustaz Zahazan Mohamed (Anakku Hebat Anakku Soleh)

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah lama rasanya saya beli buku "ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH" karangan pendakwah tersohor tanah air iaitu Ustaz Zahazan Mohamed. Saya sangat kagum dan suka dengan pendekatan yang dilakukan oleh ustaz sebab tuh saya nak kongsi dengan pembaca blog saya tentang sedikit ilmu yang disampaikan oleh ustaz. Semoga bermanfaat.

Sistem ISLAM tidak pernah memisahkan antara matlamat dan cara. Matlamat yang agung memerlukan matlamat yang baik. Demikian juga dengan pendidikan awal anak-anak yang bermatlamatkan ke arah melahirkan seorang anak yang baik dan soleh. Sudah semestinya perlu mengikut cara, teknik dan jalan yang telah digariskan oleh Islam



1- Menunjukkan contoh taulada yang baik

Kita sering mendengar ungkapan 'kepimpinan melalui tauladan'. Ungkapan ini menjelaskan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh contoh tauladan orang yang memimpin kepada orang yang dipimpin termasuklah ibu ayah dan anak-anak. Keluarga yang ingin anak-anak berakhlak mulia, perlu mempraktikkan akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. 

Sirah: Ibu bapa perlu bersikap mulia

Daripada Abdullah bin 'Amir r.a berkata: "Rasulullah SAW pernah datang ke rumah kami dan aku pada masa itu masih kecil. Ketika aku pergi bermain tiba-tiba ibu memanggilku: 'Mari sini aku ingin memberikan engkau sesuatu'. Maka Rasulullah SAW pun bertanya: 'Apa yang nak kau berikan kepadanya?'. Ibu berkata: 'Tamar'. Sabda Rasulullah SAW: 'Kalau engkau tidak memberinya nescaya ditulis bagimu satu dosa menipu"

Tidak dapat dinafikan rumah merupakan pendidikan pertama yang diterima anak-anak kerana rumah adalah tempat di mana anak-anak dibesarkan dan dididik. Akhlak yang dilihat setiap hari oleh anak-anak secara tidak langsung membentuk pekerti dan akhlak anak-anak juga. Dengan sebab itu ibu bapa dinasihatkan untuk menjadi model yang baik yang akan dituruti oleh anak-anak. Elakkan perbuatan dan perilaku yang negatif seperti bengis, buruk laku, berkata-kata dengan kata-kata kesat dan kotor dan sebagainya. 



2-  Merangsang (taghrib) & menakut-nakutkan (tarhib)

Cendekiawan-cendekiawan ilmu tarbiah bersepakat bahawa rangsangan dan galakkan serta memberi ganjaran adalah perkara penting dalam pendidikan apabila anak-anak melakukan perkara yang baik. 

Ibu bapa dan para pendidik seharusnya melihat perspektif memberi ganjaran ini dengan lebih luas. Ia tidak terhad hanya dengan memberi hadiah semata-mata ia termasuklah dengan memberi kata-kata pujian, kata-kata semangat, membawa anak-anak bersiar-siar dan sebagainya  bergantung kepada keadaan. Ia bertujuan untuk terus memberi galakkan dan dorongan kepada anak-anak untuk terus berkelakuan positif.

Dengan ganjaran yang diperolehi anak-anak ini akan terus bersemangat untuk berkelakuan baik atas sebab ganjaran dan sokongan yang mereka perolehi. 

Al-Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihya' Ulumuddin:

"Semua perkara baik yang ditunjukkan oleh anak perlu dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik di hadapan khalayak ramai. Jika anak itu membuat perkara sebaliknya (buruk) maka hendaklah dilupakan oleh ibu bapa (seolah-olah mereka tidak mengetahui). Janganlah mereka membuka aib si anak lebih-lebih lagi jika dia cuba menyembunyikannya kerana yang demikian menjadikan anak tadi tidak membuang keburukannya itu"

Hukuman juga perlu dibuat untuk mengatasi perkara sebaliknya dari terus berlaku dan perkara ini diakui oleh cendekiawan cendekiawan ilmu psikologi. Dengan kombinasi dua cara ini anak-anak dilatih untuk berfikir: Membuat baik balasannya baik, membuat jahat balasannya hukuman.

Islam mengharuskan penggunaan hukuman atas perkara jahat yang dilakukan dengan syarat biarlah ia bersebab. Selain itu hendaklah hukuman yang dikenakan itu berpatutan dan tidak berlebihan. 

Di dalam hadith ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah SAW bersabd:

"Ketahuilah wahai Ab. Mas'ud (pemukul) pukullah dengan cara yang berpatutan (jangan berlebih-lebuhan)." Apabila terdengar sahaja seruan Nabi, sahabat yang memukul tadi berkata: "Dia aku bebaskan kerana ALLAH." Nabi bersabda: "Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka"

Al-Qobsi berkata:

Alangkah baiknya kalau para pendidik menjadi 'ayah' pada anak-anak didiknya. Janganlah pendidik tadi selalu bermasam muka pada anak-anaknya kerana perbuatan itu adalah dibenci, menyebabkan anak-anak menjadi kurang ajar kepadanya. Hendaklah dia menasihati mereka. Jika tidak berjaya, bolehlah memukul mereka dengan pukulan yang menyakitkan tetapi tidak melebihi hadnya dan janganlah pukulan itu terlalu perlahan. Adalah tidak patut seseorang pendidik itu mewakilkan seorang murid untuk memukul rakannya kerana perkara itu menyebabkan timbulnya rasa benci sesama mereka. Muka dan kepala hendaklah dielakkan semasa memukul. 

Mungkin pada sesetengah keadaan memaafkan boleh dilakukan sebagai ganti pada hukuman pukul. Perlulah pada waktu itu pendidik memaafkan anak tadi tanpa memukulnya



3- Mencontohi dan mengikuti (taqlid)

Taqlid adalah nilai-nilai baik ialah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa yang diterima oleh akal dan yang diyakini olehnya tetapi dia tidak dapat memberi dalil atas apa yang dibuatnya. Anak mendengar ayahnya menyebut perkataan 'Alhamdulillah' lalu dia akan mengikuti ayahnya kerana dia percaya pada ayahnya da apa yang disebut oleh ayahnya walaupun dia tidak mampu memberi dalil atas apa yang disebutnya, Mereka juga akan mencontohi ibu ayah dalam solat, cara bercakap, cara makan dan sebagainya

Ibn Khaldun berkata:

"Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar" 
(Al-muqaddimah) 



4- Memberi pengajaran (nasihat)

Al-quran menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan menggunakan percakapan yang menunjukkan kasih sayang. Inilah yang kita lihat diucapkah oleh nabi-nabi alaihissalam kepada anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka kadangkalanya derhaka dan tidak mengikuti agama yang dibawa oleh ayah mereka. 

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud:

Satu hari aku berada di belakang Nabi, lalu Nabi bersabda: "Wahai anak! Aku mengajarmu beberapa perkataan: Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah DIA, kamu akan mendapatiNYA dihadapanMU. Apabila kamu meminta, mintalah ALLAH. Apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripadaNYA. Ketahuilah sekiranya ummah berkumpul untuk memberi manfaat padamu mereka tidak mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH dan jika mereka berhimpun untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH"

Perlulah bagi pendidik menyertakan bersama nasihat-nasihatnya, harapan yang tinggi, menakut-nakut dengan hukuman, memuji dan sebagainya kerana tanpa perkara ini hilanglah nilai nasihat itu. 

Pertimbangan antara penggunaan NASIHAT dan ROTAN akan melengkapkan cara mentarbiah.

5- Bercerita

Cara bercerita juga mungkin boleh dilaksanakan dalam tarbiah untuk menanam sifat-sifat baik dalam diri anak. Dengan cara bercerita anak-anak akan belajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Cukuplah contohi Al-Quran kerana di dalam al-quran telah banyak menceritakan pada kita tentang peristiwa-peristiwa yang telah dan akan berlaku untuk diambil iktibar oleh kita supaya kita mengikut jalan yang benar. 

ALLAH SWT berfirman dalam al-quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka itu ada pengajaran" (Surah Yusuf: 111)

Cara bercerita ini dapat dilaksanakan dengan cerita-cerita yang terkandung dalam al-quran beserta dengan pengajaran daripada kisah tersebut. Boleh disertakan juga nasihata tauladan daripada kisah yang dipaparkan oleh al-quran kepada ummat manusia seluruhnya. 



6 - Membuat perumpamaan

Antara cara-cara pendidikan yang berjaya ialalh dengan membuat perumpamaan dalam percakapan dengan anak-anak dalam mendidiknya. Tidak ada syak cara ini juga ada digunakan oleh al-quran dengan begitu banyak sekali. 

Sirah: Nabi SAW mendidik para sahabat dengan perumpamaan

Hadith yang dibawakan oleh al-imam ahmad dan al-baihaqi dalam Syu'ab Iman (Bab iman) daripada hadis Abi Umamah r.a: "Telah datang seorang pemuda kepada Nabi lalu berkata: 'Wahai Rasulullah SAW izinkanlah bagiku untuk berzina. Orang yang ada di sekeliling cuba untuk menghalaunya dan mereka berkata: Diam. Nabi memanggilnya: Mari dekatku. Maka dia pun datanglah dekat. Nabi berkata duduk, maka duduklah dia. Nabi bertanya: 'Adakah kamu suka perbuatan zina itu dilakukan oleh ibumu?'. Dia menjawab: 'Tidak'. Demi ALLAH, semoga ALLAH menebuskan dirimu denganku. Dia berkata lagi: 'Tiada siapa pun yang hendak perbuatan itu berlaku pada ibu mereka.'

Demikianlah Nabi bertanya tentang anak perempuannya, saudara perempuannya, emak saudaranya, bapa saudaranya dan lelaki itu menjawab dengan jawapan sebelumnya. Kemudia Nabi pun bersabda sambil meletakkan tanganya pada dada pemuda itu: ' YA ALLAH ampunkanlah dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya daripada zina'. Selepas itu pemuda itu tidak lagi ingin memperlakukan perkara-perakara sumbang.


  

24.10.15

Churros with choc sauce

Bismillah wal hamdulillah...

Misi 'update' blog secara rajin masih diteruskan... alhamdulillah istiqomah beberapa hari ni... harap terus istiqomah la demi sebuah impian :P

En.abang bawa anak-anak ke rumah PIL, jadi ini merupakan 'me time' yang sangat 'best'... selesai memasak untuk makan malam, jadi marilah 'update' blog sebentar. 'Churros' ni saya buat waktu anak-anak tidur malam tadi. Sepatutnya 'churros' ni kena makan panas-panas barulah kerangupan dia tu terasa. Tapi disebabkan kalau siang macam tak sempat sangat sekarang ni nak 'baking' walaupun menu yang 'simple' jadi saya gagahi buat juga. Itupun hero tercinta belum tidur... Minggu ni rutin tidur malam dia adalah pada pukul 12-2pagi ye :D ummi layankan sahaja... 

Korang boleh ja sebenarnya 'gugel' sahaja resepi 'churros'. Saya pun ada cuba 2versi resepi. Ada yang macam cair sikit dan susah nak 'pipe' masuk kuali panas. Ada yang versi keras sikit dan senang nak 'pipe' masuk kuali. Dua-dua bagi saya sedap ja... Eh tapi yang cair sikit tuh bila dah goreng 'churros' jadi macam ala-ala mashmallow sikit kat dalam... sedap! Yang keras sikit tuh lembut juga kat dalam tapi kurang sikit kelembutan dari adunan cair... boleh 'try and error'. Kesimpulannya rasa lebih kurang sama. Mungkin setiap resepi dengan pelbagai versi berbeza dari segi tekstur adunan dan hasilnya. Oh ada juga versi yang guna minyak sayuran 'instead of' butter. Saya macam lebih suka butter :)

Churros (Sumber: Chef Khairi Mansor)

2cawan air
100g butter (saya guna Tartura)
Secubit garam
2sudu kecil gula kastor
2cawan tepung
2biji telur

Cara-cara:

1- Satukan air, butter, garam, gula dalam 'sauce pan' dengan api yang kuat. Tunggu sehingga butter cair dan adunan menggelegak
2- Tutup api dan terus masukkan tepung secara serentak. Kacau dengan sudip kayu. Ratakan tepung dengan adunan tadi.
3- Tunggu adunan suam, masukkan telur satu per satu
4- Masukkan dalam 'piping beg'. Gunakan nozel bintang untuk membentuk 'churros'. Panaskan minyak dan gorenglah 'churros' seperti menggoreng cucur pisang :)
5- Cicah dengan 'chocolate sauce' adalah sangat 'heaven'!

Stew Daging (Beef Stew)

Bismillah wal hamdulillah... 

Saya tak tahu pula 'stew' ni masakan orang korea sebab tak layan sangat cerita korea (saya tengok cerita FULL HOUSE & CINDERELLA MAN sahaja tapi FULL HOUSE tengok berulang-ulang sampai tak terkira haha!) dan 'of course' saya memang tak pernah pergi Korea... hehe... tapi bila dimbas balik cerita FULL HOUSE macam ada hero ni sebut pasai stew... boleh pulak teringat (ni yang buat nak tengok lagi nehs... macam la ada masa! :P) dialog hero tuh dengan heroin... Lupa nama dah... dialog dia lebih kurang gini

Hero: "Ini sup ke stew?"
Heroin: "Sup boleh, stew pun boleh...multi-player" 

Haha! Memang lawak... siap 'multi-player'... saya ada try buat 2-3hari lepas sebab lebihan daging korban yang banyak... Sedap rupanya stew ni! kalau buat stew ni dengan daging kambing lagi mables rasanya... rasa macam sup letak black-pepper pastu ada sos gravy 'meatball' ha lebih kurang la... Selalu tengok masakan korea ni macam tak terasa nak makan... tapi stew ni serius sedap... ada try 2jenis resepi tapi 1resepi je yang memenuhi rasa tekak... yang 1lg tuh ok tapi saya kurang 'prefer'

Ok jom cerita resipi supaya tak lupa! :D

Resepi stew daging sedap

1/4cawan tepung jagung + 1sudu besar tepung serbaguna
Garam
Lada hitam ditumbuk/dikisar kasar
3 sudu minyak masak
1labu bawang besar - dicincang kasar
2sudu pes tomato
4cawan air
2kiub stok daging (bone broth) 
2helai daun bay
4tangkai daun thyme (saya pakai daun thyme kering dalam 2sudu besar)
3batang carrot
3batang daun celery
4biji kentang
1cawan kacang pis dalam tin

Cara-cara:

1- Campurkan tepung bersama 2sudu kecil garam dan lada hitam. Gaul sebati
2- Potong daging seperti kiub besar anggaran saiz dalam 1" atau 1 1/2". Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi
3- Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan. Saya guna pemanggang ajaib. Jadi ala-ala memanggang la daging tuh. Kalau ada 'slow cooker' pun bagus untuk melembutkan daging.
4- Menggunkan minyak yang sama, masukkan bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga terbit bau dan layu. Kemudian masukkan pes tomato dan gaul hingga sebati
5- Masukkan 1sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3minit supaya tepung itu betul-betul masak.
6- Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun tyhme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama lebih kurang 1jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu. 
7- Setelah daging empuk, masukkan sayur-sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam

Gambar ehsan gugel... hehe... tapi lebih kurang gini la bentuk dia... sorry tak snap gambar, kurang mahir bab2 nak snap gambar makanan... haha! Tapi memang sedap makan dengan roti ka, fries ka... 



 

22.10.15

7 tahun!

Bismillah wal hamdulillah... 

Terlupa bersempena 'birthday' saya yang ke-31 ni, sebenarnya blog kesayangan saya juga berkongsi tarikh lahir yang sama yakni 22 Oktober :P haha! 7tahun dah usia beliau rupanya maknanya saya dah menceburkan diri dalam dunia 'blogging' ni walaupun ada pelbagai musim... Kadang-kadang rancak, kadang-kadang suam-suam kuku... 

Apa-apa pun alhamdulillah jika blog ini memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. Dan saya minta maaf andai blog saya ini mengganggu-gugat mana-mana pihak. Tujuan asal berblogging sebab minat lepas tuh nak berkongsi manfaat sama ada dari ilmu atau apa dengan semua atau kepada yang memerlukan. Kadang-kadang ada jugak merapu meraban... Biasalah hidup ni takkan nak 24jam serius ja... Ni blog peribadi saya. Saya bukanlah jenis 24jam serius dan juga bukan 24jam asyik nak bergurau sahaja... Ada masa-masa tertentu kita perlu serius, ada masa-masa tertentu kita perlu bergurau senda... 

Maaf andai ada yang mendapati blog saya ini tidak memberi apa-apa faedah :)

p/s: Seronok baca 'previous' entri yang membuatkan saya tergelak dan tersenyum seorang :)

Tagline Nuffnang "Once a blogger, always a blogger" :D :D

 

Special request dan saya tidak mengambil tempahan...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak saya berkongsi cerita di FB dan IG mengenai DIY topeng muka jerebu tuh ramai yang bertanya tak ambil tempahan ke?Ok, secara jujur memant saya tidak mengambil tempahan untuk topeng jerebu atas sebab-sebab tertentu iaitu 

1) Topeng jerebu saya tak ada kelulusan hehe :P satgi orang mai serbu rumah saya marah jual topeng jerebu tak dapat kelulusan NIOSH hehe

2) Saya jahit DIY topeng jerebu sekadar suka-suka... tak ada niat nak buat bisnes... jadi kualiti adalah kurang sikit dari segi kekemasan jahitan. Material insya allah terbaik cuma kurang ketelitian la kot sebab tidak merancang untuk dijadikan barang dagangan

3) Renyah sikit sebab fabrik yang 'readystock' saya cuma ada jenis 'knit cotton' iaitu kain tshirt which is agak mahal berbanding fabrik cotton biasa. Jadi saya tidak berhajat nak borong fabrik cotton semata-mata nak jahit mask... adala 2-3keping fabrik cotton kegemaran saya tapi sayang sangat nak guna... saya ada koleksi peribadi ja... 

4) Saya rasa bisnes mask ni bermusim sebab sekarang kan musim jerebu. Jadi memang saya tengok ramai juga 'crafter' yang jual. Sebenarnya nak jahit mask ni mudah je... saya boleh berkongsi 'tutorial' yang saya 'follow'. Mudah sangat saya rasa jahit tangan pun boleh. 

Saya tak pasti kot 'next time' saya serius nak berbisnes mask ni... hehe :P ramai pulak yang dok PM tanya siap call lagi... haih... rasa macam tak boleh nak komit... sekarang cuma bisnes 'headband' dan Shaklee sahaja ya... Ada lagi perancangan pada masa akan datang. Insya ALLAH... tak mau buat banyak-banyak bisnes tapi tak boleh fokus sudahnya ke laot semua :)



 

31st on 22nd of October 2015 !!!

Bismillah wal hamdulillah...

ALHAMDULILLAH, setahun lagi dipanjangkan umur olehNYA... dah 31tahun usia tuan tanah kedaung ni... ramai perempuan sangat perahsia dengan angka pada usia, bagi saya buat apa nak rahsia... saya lebih suka berterus terang... bila masuk fasa 30an ni ramai yang dah panggil kakak... haha! Redha la faizah oi dah tua kamu... sangat tak best kan dengan panggilan kak atau kakak? Kawan-kawan anak panggil 'makcik' tuh pun sentap... haha! tak boleh menerima kenyataan ka macam mana?

Cepat sangat rasa masa berlalu... pejam celik ja rasa macam baru 'birthday' yang ke-30 tiba-tiba dah 31 pulak... yang tak bestnya 'birthday' tahun ni dalam keadaan Malaysia dan Perlis terutamanya dilanda jerebu yang amat dahsat! 'Currently' bacaan API setakat pukul 2pagi tadi adalah 199 uolss... ALLAH! Sampai dalam rumah berbau asap... tekak sakit, mual dah rasa... anak-anak pulak harini seorang-seorang meragam... tengok-tengok aisya dan amira dah selesema... ammar pun meragam... badan dedar sikit... Terus suap madu dan vco... Alhamdulillah malam ni dah tak dedar tapi masih dengan perangai bangun kerap dia... setakat dia tidur pukul 10malam tadi sampai pukul 3pg tadi dah 10kali kot bangun... haha! ummi dah biasa... tapi bangun pagi tetap tak rasa 'fresh' sebab tak cukup tudur dah nak dekat 2tahun... pastu la ai gemuk susah nak kurus ni sebab tak cukup tidur... hehehe :P

Baru selesai jahitkan topeng jerebu seorang doktor ni 'request'. Saya tak ambil tempahan sebenarnya tapi doktor ni call sambil merayu tolong buatkan... Dia cakap hari sabtu ni kena pergi ke KL... kena bawak anak-anak tapi masalahnya anak-anak dia tak suka pakai topeng jerebu... Jadi dia 'request' kat saya topeng comel-comel dengan harapan anak-anak mahu la pakai topeng jerebu tersebut walaupun topeng saya ni tak dapat kelulusan... hehe... no heart feeling na...k bai (ammar bangun lagi untuk kali ke-11 malam ni T_T)

 

21.10.15

4 Fasa Didikan Anak-Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Bismillah wal hamdulillah...


Sementara mood rajin ni marilah berkongsi dan 'update' blog secara pantas sebelum mood dibawa arus jerebuh eh? Dah pukul 11.30 pagi tapi cuaca macam gelab dan suram ja... berdebu n berhabuk... Kepala tengah ligat fikir aktiviti untuk anak-anak seharian dalam rumah... biasala bebudak tak keluar rumah dah macam apa je masing-masing buat perangai sebab bosan... jom 'homeschooling' haha! Rajin sangat ka ummi kamu ni...hehe :P

Terjumpa 1blog 'share' 1info mengenai 4fasa cara didikan anak-anak mengikut sunnah nabi kita Rasulullah SAW... 

Fasa pertama: umur 0 hingga 6tahun (fasa anak-anak saya sekarang = aisya 5tahun, amira 3tahun, ammar 1tahun)

Pada fasa ini ibu bapa mestilah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Anak-anak hendaklah dilayan dengan baik. Jangan sesekali memukul dan merotan anak-anak dalam umur ini (haih dah 2-3kali bebudak ni kena rotan kaki... moga ummi dan ayah dapat perbaiki kesilapan selepas ini. Entahlah tahap sabar sampai mana kan?huhu...orang yang tak pernah marah dengan budak-budak umur 3-6tahun ni memang terbaiklah tahap kesabaran dia. Kena belajar lagi)

Fasa kedua: umur 7 hingga 14tahun

Pada fasa ini Islam masih lagi memberi penekanan dalam memberi kasih sayang tetapi perlu disulami dengan unsur tegas dalam mendidik. Mereka perlu diberikan penerangan dan diajar untuk berdisplin dan bertanggungjawab. Pada fasa ini anak-anak perlu diberikan penekanan serius mengenai perlaksanaan solat, puasa, pergaulan antara lelaki dan perempuan, akhlak dan ibadah-ibadah sampingan lain. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia 7tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 9tahun dan asingkanlah tempat tidur mereka antara anak lelaki dan perempuan" (Hadith riwayat Abu Daud)

Menurut hadith di atas Islam membenarkan ibu bapa memukul anak yang berusia antara 9-10tahun jika tidak bersolat. Namun ada beberapa garis panduan semasa memukul anak iaitu:

1- Anak mengerti kenapa dia dirotan
2- Orang yang memukulnya adalah walinya contohnya: ayah
3- Tidak memukul secara berlebihan hingga memudaratkan
4- Kesalahan yang dilakukan serius dan perlu mendapat peringatan agar tidak berulang
5- Memukul/merotan dengan niat untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
6- Jangan memukul menggunakan tangan atau anggota badan. Guna rotan atau bahan lain untuk memukul anak.
7- Seeloknya pukul ditapak kaki kerana ada kajian menunjukkan pukulan pada telapak kaki anak akan merangsang saraf di bahagian otak agar berkelakuan baik. Wallahu'alam



Fasa ketiga: Dari umur 15-21tahun

Pada fasa ini ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan menjadi SAHABAT BAIK kepada mereka. Banyakkan berkomunikasi dengan mereka, berbual, bertanya seolah-olah menjadi seperti seorang kawan kepada anak-anak remaja ini. Bagi remaja perempuan, cerita kepada mereka mengenai proses akil baligh yang mungkin mereka hadapi iaitu berkenaan dengan HAID. Terangkan mereka bagaimana ia berlaku dan apa yang bakal mereka lalui. Begitu juga dengan remaja lelaki. Dedahkan juga proses akil baligh bagi lelaki. Peranan ini selalunya mungkin boleh diambil oleh ayah.

Jadilah pendengar yang baik kepada mereka. Hormati pendapat dan pandangan mereka selagi tidak menyalahi syarak dan baik untuk mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan pandangan dan tindakan mereka elakkan daripada memarahi mereka dengan cara mengherdik dan meninggikan suara kepada mereka terutamanya jika dihadapan orang ramai atau adik beradik yang lain. Anak-anak dalam umur remaja ini mudah memberontak jadi perlu menggunakan pendekatan diplomasi dengan mereka. 

Fasa keempat: 21 ke atas

Dalam fasa ini anak-anak sudah boleh diberikan hak dan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Ajar anak-anak untuk menilai sesuatu keputusan yang perlu untuk mereka lakukan. Disamping itu sebagai ibu ayah perlu memantau keputusan dan perkara yang anak-anak lakukan agar selari dengan landasan Islam.

Semoga bermanfaat buat semua

Sumber asal: Nor Azira Mohamad

 

Jerebu gelombang ke2


Bismillah wal hamdulillah...

Sebenarnya ni misi nak update blog secara 'riang' setiap hari 2-3post... haha! Berangan! Sebab nak kejaq encik Nuff... 'update' blog pun suam-suam kuku maka encik Nuff pun segan silu nak naik macam dulu... I is sedih... Rasa terbakar tengok blog Dayu, dia siap boleh guna duit hasil rajin berblogging dan encik Nuff bagi cek RM1k++ pasif 'income' apa kan? rezeki juga perlu diusahakan :)

Hari ni saya cutikan aisya daripada pergi tadika. Jerebu makin teruk... pagi ni dah macam senja dah tengok cuaca kat luar... pintu dan tingkap tutup rapat-rapat... kepala asik fikir kesihatan anak-anak... Aisya dah mula selesema dan batuk. Memang tak nak ambil risiko paksa dia pi tadika walaupun hari ni Perlis tak bercuti. Rasanya esok KPM akan arahkan penutupan sekolah-sekolah seluruh Perlis sebab bacaan API pagi ni dah 134 "unhealthy" ataupun tidak sihat. Semoga kita semua dilindungi ALLAH SWT...

Gelombang ke-2 jerebu kali ni memang asap agak kekuningan. Kalau tengok kat luar dah macam waktu senja... kekuningan dan keperangan... memang tak keluar rumah la kita anak-anak 2-3hari ni. Jom solat hajat banyak-banyak semoga ALLAH SWT arahkan angin bawa asap jerebu yang berbahaya ni jauh dari kita... ameen ya rabb

Perlis pada 20 Oktober 2015
Kelabu asap dah... masa ni on the way nak 'pick up' aisya
Bacaan API semakin meningkat menjelang petang pada 21 Oktober 2015. Masih lagi berstatus "sederhana" ataupun "moderate"

Bacaan API setakat pagi ni... dah melonjak dari kemarin... ya allah lindungi kami semua dari mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini...

20.10.15

10 Tips Keibubapaan dan Kebahagian Anak - Prof. Muhaya

Bismillah wal hamdulillah...

Walaupun blog picisan saya ni banyak merapu dan 'sharing' mengenai life semata-mata nak juga berkongsi ilmu... sorry kawan-kawan saya memang jenis orang ada kalanya suka bergurau, suka bercerita dan ada masanya perlu juga ada keseriusan... Tapi saya bukanlah jenis 24jam serius dan asyik nak bercerita secara serius mengenai ilmu 24jam... Haha! Bukanlah bermakna saya tak suka kepada perkongsian ilmu tapi saya tak suka cara atau bentuk yang terlalu kaku... rasa mengantok dan 'keras' bagi sesetengah orang yang baru nak berjinak-jinak untuk menuntut ilmu. Why are u so serious? Chill je lah :D 

Heh merapu sudah... saya baru terbaca dari 1blog mengenai 10tips keibubapaan yang dikongsikan oleh Prof. Muhaya. Tujuan tepek kat blog sendiri ni semoga mudah nak buat 'revision' tak perlu tercari-cari lepas ni dan dapat juga berkongsi ilmu dengan 'readers' yang tak berapa ramai ni... :D

1- Khas buat ibu ayah yang kerap berjauhan dengan anak, kerap tinggalkan anak dengan pengasuh atau taksa atas urusan pekerjaan, jika tiba-tiba teringat kat anak, baca surah al-fatihah, sampai ayat "Iyyakana'budu waiyyakanastai'in" yang membawa maksud "Hanya kepada MU kami sembah dan hanya kepadaMU kami mohon pertolongan". Berdoa dan mohon hajat apa yang berkaitan dengan anak dan kemudian habiskan bacaan al-fatihah seperti biasa. Doakan anak kita beroleh kefahaman sebenar, beroleh ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan menjaga anak kepada ALLAH SWT.

2- Pandang wajah anak sewaktu dia tidur. Ucapkan bahawa "ummi nak (sebut nama anak) jadi anak yang soleh/solehah. Cuba amalkan seolah-olah kita sedang merangsang minda separuh sedar anak dan kita sedang berkomunikasi dengan rohnya. Dan ucapan yang baik-baik dari seorang ibu merupakan doa buat anak

3- Bangun solat malam, bersolatlah disebelah anak-anak. Ataupun anak-anak dekat dengan kita. Jika kita selalu buat dan kita bagitahu anak yang kita selalu doakan dia akan terbina satu ikatan kasih sayang yang akrab antara ibu dan anak. Walaupun anak kita masih kecil lama-kelamaan dia boleh faham yang kita selalu doakan dia, nak dia jadi anak yang baik dan soleh.

4- Minta dikasihani. Fahamkan anak-anak yang ibu ayah berada di dunia ni sudah tidak lama. Jika anak tidak menjadi anak yang soleh, anak yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik, anak yang tidak mahu solat, nanti ibu ayah meninggal ALLAH SWT akan marah. 

5- Peluk dan ciumlah anak walaupun dia sudah besar kerana belaian dan sentuhan seorang ibu memberi impak positif kepada rohaninya. Pelakuan peluk cium itu melambangkan rasa kasih seorang ibu yang tidak berbelah bagi. Walaupun dia dah ada adik, dah besar ibu masih lagi sayang padanya seperti biasa

6- Maafkan anak walaupun dia kerap melukakan hati kita. Muhasabah diri semula, mungkin kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak adalah bayangan kesilapan dan dosa-dosa kita yang telah lalu. Muhasabah dan perbetulkan jika mampu. 

7- Yang penting tutur kata kita. Jangan ucapkan perkataan yang tidak disukai anak ataupun membuatkan perasaan anak terluka. Jika terbuat silap, jangan segan silu untuk minta maaf kepada anak. Cerita dan terangkan kepada anak yang kita marah kerana sayang bukan benci. 

8- Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40 supaya anak, keluarga serta zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendirikan solat. (Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga dengan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku! Perkenankanlah doa dan permintaaku)


9- Selalu berpesan dengan anak-anak untuk memiliki budi pekerti dan akhlak yang baik walau dengan siapa pun. Tidak guna belajar tinggi-tinggi, ada pangkat besar tetapi tidak tahu menghormati orang lain. Kita perlu jaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan juga hubungan kita dengan manusia.

10- Masa basuh beras, masa memasak makanan untuk anak-anak dan keluarga niatkan dalam hati "Ya ALLAH, KAU lembutkanlah hati anak-anak aku sepertimana ENGKAU lembutkan beras ini menjadi nasi. Jadikan anak-anak ku orang yang faham dan mengamalkan agamanya yakni Islam" Kenapa kita nak anak-anak kita faham agama? Jika agamanya A, agamanya baik insya allah kita tak perlu risau banyak perkara. Dia boleh menjaga diri sendiri. Basuh beras arah lawan jam (pusing tangan dalam basuhan beras) seperti orang sedang bertawaf sambil berselawat ke atas Nabi


 

19.10.15

Come back!

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah sebulan rasanya saya 'bercuti' daripada bisnes sekangkang kera yang baru berusia setahun jagung yakni headband... (read: boleh search kat IG @sweetiecutiepretty atau klik link Sweetie Cutie Pretty) Saya tak tahu apa yang tak kena, pegang 'ribbons' je jadi malas, pegang alatan menjahit je terus rasa terkuap2 mengantok... tak boleh nak 'stay' langsung... buat menda-menda kraf ni memang perlukan satu mood yang tenang dan memang mood sangat penting... kalau mood ke laot tapi kita paksa diri kita untuk berkarya (walaupun takdak la kreatif sangat... seni adalah subjektif bagi saya...terpulang pada individu untuk menilai setiap karya seni itu). Jadi setelah setahun Sweetie Cutie Pretty beroperasi, alhamdulillah atas rezekiNYA SCP ada peminatnya yang tersendiri...

Memang ada diantara rakan-rakan terdekat kurang menyokong bisnes saya ni... saya tak kisah pun... ada yang cakap bisnes headband ni ramai sangat dah 'online shop' buat, 'online shop' ni siap dah masuk WHI, siap ada anak-anak retis pakai headband dia ni, 'online shop' ni punya harga memang semua mahal dan berkualiti, yang ni pulak cakap 'online shop' ni jual murah je bawah RM6 semua headband dia... nampak tak berapa ramai orang punyak perangai? (bak kata ikaradiusite 'range' harga adalah terpulang kepada 'target market' kita... kalau 'target' orang berpendapatan rendah dan sederhana kau jual harga 'standard' berpendapatan tinggi, memang tersalah 'target market' la... contohnya: Orang ni 'target market' dia dikalangan orang-orang ternama dan anak-anak artis. 

Jadi reka-bentuk eksklusif dengan menggunakan material 'import' dan juga maha. 'Range' harga dalam RM15 - RM30 untuk 1pcs 'headband' (saya bagi contoh dalam skop 'headband' ye sebab saya jual headband). Saya ni surirumah yang berpendapatan yang tak menentu. Agak-agak saya nak beli tak 'headband' dengan harga yang macam tuh? Kempunan nak pakaikan anak dara dengan 'headband' tapi tak mampu nak beli dengan harga yang macam tuh (yelah 'headband' je kot sampai nak beli berpuluh ringgit... budak cepat membesar rasanya tak pakai lama 'headband' tuh untuk satu-satu jangka masa). Memang tak masuk 'target market' la orang jenis saya ni... Jadi sila padamkan hasrat itu. Cari je la 'headband' dengan 'range harga' yang mampu kau pilih... dari semurah-murah harga hingga semahal-mahal harga ada... pilih je mana yang nak.. haha :D

Kalau kita nak 'follow' semua cakap-cakap orang ni memang letih dan tak terlayan... saya akui, saya bukanlah ada modal besar... saya bermula dengan modal yang kecil dan pelan-pelan saya kembangkan... saya tak kreatif tapi ada yang minat dengan hasil seni saya... Jadi saya yakin dengan rezeki ALLAH SWT... macam bisnes Shaklee jugak... berapa ramai pengedar Shaklee dan saya tak nafikan kanan kiri, atas bawah, depan belakang ada 'competitors' tapi tak semestinya kita tak boleh berjaya... betul tak? 'Target market' saya untuk orang berpendapatan rendah dan sederhana. Harap-harap semua orang dapat merasa melawakan anak dara masing-masing dengan aksesori kepala yang cantik dan harga berpatutan gitew... hehe :D... ada beberapa orang 'mommies' whatsapp saya minta saya tiru design 'online shop' lain tapi bagi harga murah dari 'online shop' tersebut... memang bukan saya la kalau gitu. Saya minta dia pergi beli dengan 'online shop' itu. Sila hormati hak cipta orang lain. Jika berminat dengan barang yang dia jual tapi tak mampu cer 'deal' elok-elok? Saya rasa macam kurang manis minta orang lain tiru sebijik barang orang lain semata-mata nak dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. Mestilah ada sebab dia letak harga macam tuh kan? mungkin 'material' yang digunakan 'material' bermutu tinggi, idea yang dicurahkan lagi makan masa dia, silap-silap tak tidur malam orang tuh nak hasilkan produk sendiri... :)

'No heart feeling' ya... sekadar secebis pendapat saya yang tak seberapa... jadi sila jangan banding-bandingkan... pilihan banyak dan anda boleh buat pilihan berdasarkan citarasa dan kemampuan masing-masing... begitulah dunia perniagaan ada pesaing, ada pelbagai ragam manusia yang kita akan jumpa... bermula dengan 'supplier', kemudian pelanggan, kemudian pesaing dan bermacam-macam lagi. Minta semua kawan-kawan doakan saya semoga dimurahkan rezeki. Mungkin bisnes 'headband' saya ini boleh berkembang lagi dengan pelbagai produk berasaskan aksesori bayi dan kanak-kanak yang 'handmade'? :D Boleh tukar status seorang peniaga kepada seorang usahawan... haha! tak salah berangan kan? moga allah swt memberikan saya jalan... doakan saya semua! 

Siap setup 'hairbow organizer' kat pintu almari jek... hehe :D coming soon design-design terkini insya allah.... doakan ALLAH SWT berikan saya inspirasi yang bernas lagi bermutu tinggi na!