Bismillah wal hamdulillah...
Sebenarnya ni misi nak update blog secara 'riang' setiap hari 2-3post... haha! Berangan! Sebab nak kejaq encik Nuff... 'update' blog pun suam-suam kuku maka encik Nuff pun segan silu nak naik macam dulu... I is sedih... Rasa terbakar tengok blog Dayu, dia siap boleh guna duit hasil rajin berblogging dan encik Nuff bagi cek RM1k++ pasif 'income' apa kan? rezeki juga perlu diusahakan :)
Hari ni saya cutikan aisya daripada pergi tadika. Jerebu makin teruk... pagi ni dah macam senja dah tengok cuaca kat luar... pintu dan tingkap tutup rapat-rapat... kepala asik fikir kesihatan anak-anak... Aisya dah mula selesema dan batuk. Memang tak nak ambil risiko paksa dia pi tadika walaupun hari ni Perlis tak bercuti. Rasanya esok KPM akan arahkan penutupan sekolah-sekolah seluruh Perlis sebab bacaan API pagi ni dah 134 "unhealthy" ataupun tidak sihat. Semoga kita semua dilindungi ALLAH SWT...
Gelombang ke-2 jerebu kali ni memang asap agak kekuningan. Kalau tengok kat luar dah macam waktu senja... kekuningan dan keperangan... memang tak keluar rumah la kita anak-anak 2-3hari ni. Jom solat hajat banyak-banyak semoga ALLAH SWT arahkan angin bawa asap jerebu yang berbahaya ni jauh dari kita... ameen ya rabb
Perlis pada 20 Oktober 2015 |
Kelabu asap dah... masa ni on the way nak 'pick up' aisya |
Bacaan API semakin meningkat menjelang petang pada 21 Oktober 2015. Masih lagi berstatus "sederhana" ataupun "moderate" |
Bacaan API setakat pagi ni... dah melonjak dari kemarin... ya allah lindungi kami semua dari mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini... |
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D