29.10.15

Plan diet untuk wanita yang kelaparan!

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Bila dah 'translate' dari ayat dalam bahasa inggeris terus ha jadi wanita yang kelaparan. Saja tepek kat sini kot mai seru nak cuba amalkan. Untuk apa pulak nak amalkan 'diet plan' bagai ni? Sudah tentulah untuk sihat menjadi keutamaan... kedua untuk tampil cantik...eceh... dah berkurun ha berazam tapi seru belum sampai... haha! alasan sebab menyusu badan sepenuhnya si ammar yaser... saya rasa macam ralat ja nak 'cut-cut' kalori bagai... Malas dah 1hal nak kira kalori setiap hari lepas tuh fikirkan si kecik yang masih menyusu badan sepenuhnya. Walaupun ammar dah masuk 1tahun 9bulan tapi setiap malam dia masih dalam fasa menyusu dengan sangat kerap. Jadi eh tunggulah dulu ammar 'breastfeed' puas-puas dulu. Nanti 'cut-cut' kalori dibuatnya susu dah berubah tekstur (mungkin sedikit cair sebab kekurangan kalori dan karbohidrat) dan sebagainya. Saya ada terbaca pengurangan jumlah pengambilan kalori untuk menyusu memang akan memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti susu badan.

Ada yang cakap menyusu badan membantu mengurangkan berat badan tapi tidak bagi saya... tak berkesan pun atau mungkin saya makan banyak sangat?haha! dah cuba kawal tapi rasa macam tak ada perubahan rasanya kena gerak gempur secara serius kot pakej dengan 'workout' sekali. Ya... ya saya kena terima yang setiap orang keadaan badan dia tak sama. Saya rasa metabolisma badan saya 'super-slow'. Ammar 'breastfeed' dengan sangat dahsyat pun kau tak kurus faizah! Malah bertambah pulak dah... Haha... gelak lagi... Ok berhenti bebel. Jom tepek dulu 'diet plan' ni nanti boleh rujuk. Hari-hari belek kot dapat aura dan seru nak terus 'apply' mungkin :D

Antara tips yang dikongsi adalah:

1) Jangan 'skip' makan. Perlu makan 5kali sehari secara berkala. Ibu menyusu tidak perlu 'cut' terlalu banyak pengambilan kalori. Fokus pada 1,800 - 2,000 kalori sahaja sehari 'instead' of orang yang memang nak diet tanpa menyusu pengambilan kalori adalah lebih kurang 1,500 sehari.
2) Jangan biarkan kelaparan membelenggu diri. Makan sebelum lapar. 
3) Makan sesuatu dalam masa 3-4jam sekali. Makan secara kerap dan berkala
4) 'Breastfeed mommy' perlu untuk 'lose weight' secara 'slow and steady'. 

'Checklist' makanan yang perlu

1) Buah-buahan - 3hidangan sehari (saiz sederhana dalam 1/2 cawan setiap hidangan
2) Sayur-sayuran - sekurang-kurangnya 4hidangan (1cawan sayuran hijau, 1/2 cawan pelbagai jenis hidangan sayuran yang mentah atau dimasak)
3) Hasil tenusu - sekurang-kurangnya 3hidangan sehari - 1hidangan adalah seumpama 1cawan susu, 1ketul keju saiz ibu jari je satu hidangan)
4) Gandum penuh (whole grain) tinggi fiber - sekurang-kurangnya 4hidangan - 1keping roti 'wholegrain', 1/3 cawan kekacang 
5) Protein - sekurang-kurangnya 3hidangan - 1oz kekacang, 2sudu besar peanut butter, 4oz daging atau ikan (besar tapak tangan)
6) Makanan kegemaran - boleh la 'cheat' untuk 2-3kali seminggu je...

Jadual pemakanan plan cinta tak jadi diet tak jadi kita:

Ni contoh je eh faizah. Nanti boleh olah. Sebagai idea kot rasa macam 'blank':

Ahad

Sarapan: sosej sandwic dan jus buah (sosej tak sihat la bagi saya, tukar jadi ayam grill sandwic mungkin?)
Snek: Crakers 'whole-grain' dan peanut butter 
Makan tengah hari: Sandwic wrap (balut dengan kulit capati kot rasanya)
Snek: Salad/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Salad dengan daging ayam panggang atau telur rebus

Isnin

Sarapan: Careal (chia-seeds atau rolled-oat?) bersama ESP Shaklee. Freshmilk pun ok
Snek: Trail mix (entah apa ke benda)
Makan tengah hari: Pasta dengan kacang dan sayuran
Snek: Crackers whole-grain dan peanut butter
Makan malam: Salad

Selasa

Sarapan: Banana sandwic
Snek: String cheese dan buah epal
Makan tengah hari: Salad dengan kepingan ayam panggang
Snek: Veggies/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Segenggam nasi (seeloknya beras perang), kekacang dan sayuran

Lebih kurang gitulah menunya. Macam sedap je kan? Boleh beli stok roti 'whole-grain', lettuce, daun salad, apa-apa jenis sayur yang boleh dibuat sup mungkin. Rolled-oat dan chia seeds... Eceh... bila ye nak mula :D

 

2 sweet persons:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

kak fae kalau la kak fae boleh buat healthy package mcm ni,naem org 1st nk order hari2..hahaha..
bila rs nk diet mesti makan melampau n alasan sebab bf dua org.hahah
faridzul pulak asek "makan ja,makan ja"

faizah said...

@♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥

"Makan ja, makan ja" kalau tak gemuk tak pa aih naem... syok tak kira kalau kfae...tapi ni menggemuk sambil menjeruk rasa tuh yg tak syok...tak boleh silap sikit makan rasa macam badan naik... metabolisma slow sgt rasanya... ammar pun dah nak masuk 1thn 10bln tp menyusu dok kerap seropa tuh jgk malam2... risau jgk kot dia rasa xpuas menyusu kalau cut2 karbo... tgh pkiaq lg ni... kak fae mmg teringin nk buat bisnes 'healthy food' arituh ada terjmpa org buat bisnes salad utk 'lunch' tp ramai yg prefer delivery... delivery ni yg payah dgn anak kecik, kita seorg2... nk hired 'runner' mcm tak mampu lagi... hehe... doakan lah kak fae na moga dimurahkan rezeki n dipermudahkan urusan... setakat ni hannahcookies punya salad terbaik...makan sambil 'enjoy' sebab sedap sgt... tapi kopak la nak beli hari2... :D kena blajaq buat yg sedap2.... study lagi! :P

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D