Showing posts with label budak gemok. Show all posts
Showing posts with label budak gemok. Show all posts

20.8.16

Perjalanan yang baru bermula...

Bismillah wal hamdulillah... 

Ibu menyusu dikaitkan dengan orang-orang yang tak perlu risau akan kenaikkan berat badan kerana proses menyusukan itu adalah proses yang membakar kalori di dalam badan ibu. Akan tetapi tidak semua ibu-ibu bernasib baik atas faktor 'one size doesn't fit all' jadi teori ini tidak releven untuk semua yang bergelar ibu menyusu. Yelah badan dan hormon kita adalah berbeza jadi perlulah 'back to basic' yakni DIET SEIMBANG. Tak kisahlah anda menyusu ataupun tidak. 

Saya adalah antara orang yang tidak bernasib baik itu... huhu... mungkin juga atas faktor usia yang makin meningkat (approaching 32 years old with 3kiddos!). Pada mulanya saya macam tak kisah sangat atas peningkatan berat badan yang mendadak, tak kisahlah orang nak kata apa asalkan aku bahagia! Tapi bila dah masuk 3series ni, dah tak boleh pakai dah kata2 tuh sebab semakin usia meningkat semakin tinggi risiko kita menghidapi beberapa jenis penyakit berbahaya disebabkan oleh masalah berlebihan berat badan. Fikir punya fikir sampai bila kan? asik2 la dok kata esok, esok dan esok... akhirnya saya sebulat hati nak mulakan langkah selepas aidilfitri... setelah terasa banyak baju dah sendat, mengah ja nak bergerak aktif... tak boleh jadi ni... i have to do something... tiba2 dah rezeki ter'add seorang 'founder' salah sebuah 'fitness club' kat sini... menawarkan bantuan kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan... lantas diri ini teruslah pm untuk tanya 'details' program yg beliau adakan di kelab... pada mulanya mengetahui kelab tersebut merupakan kelab para pengedar sah produk Herbalife... hati sedikit risau kot dikenakan syarat 'wajib' beli produk sebelum sertai kelab berkenaan. Sangkaan saya meleset. Saya tidak dipaksa untuk 'consume' apatah lagi membeli produk Herbalife. Terus jatuh cinta dengan kelab berkenaan kerana kebanyakkan 'coach' di situ merupakan 'coach' yang bertauliah dalam pelbagai aspek termasuklah yang telah mendapat latihan intensif berkenaan beberapa teknik 'workout' serta berpengalaman dalam beberapa program menurunkan berat badan termasuklah penyediaan pelan pemakanan kepada mereka yang berhajat. 

Tak sangka pula terdapat kelab yang boleh dikatakan hebat terdapat di Perlis. Dah 2tahun pun... macam manalah saya tak perasan... pada mulanya saya ke kelab kerana ingin bersenam... berapa kurun dah uiii tak 'workout'. Awal2 memang rasa nak 'give-up'. Habis sakit lutut, pinggang dan badan... huhu...tapi saya gagahkan diri juga untuk bersenam di situ kerana siri latihan 'workout' mereka sangat bagus kerana mereka mengamalkan teknik senamam yang sekejap dan intensif tetapi memberikan kesan kadar pembakaran kalori yang berpanjangan sehingga 48jam! Best kan? Jadi tak perlulah nak displinkan diri pergi ke kelab setiap hari... kalau berkemsempatan eloklah join... antara teknik 'workout' yang dipraktis di situ adalah HIIT, Tabata dan MetaFit. Kalau tak faham boleh gugel ye... Memanag rasa nak pecah jantung senamannya tapi berbaloi sebab kadar pembakaran kalori berlangsung dalam badan kita selama 24-48jam... Memang dah lama saya cari teknik 'workout' yang berkesan dengan pemantauan 'coach' yang berpengalaman... alhamdulillah saya dipertemukan akhirnya memang 'timing' terbaik selepas aidilfitri... almaklum makan memang tak hingat... muka pun kembang macam 'water retention' saja... sedih tengok dah masuk fasa umur 30an diri semakin gemuk! 

Alhamdulillah setelah saya sertai 'weight lost program' bersama pemantau 'coach' dan pelan pemakanan lebih kurang 3minggu saya dah kehilangan 3.2kg! Fat lost sebanyak 1.9% yang hilang... Dengan cara yang tidaklah sesukar yang saya gambarkan... cumanya saya perlu displin  dan tekadkan fokus... doakan saya semoga terus istiqomah sehingga saya mencapai berat badan ideal... saya target masa yang diambil adalah antara 6-12bulan untuk menjalani proses ini...huhu... semoga saya tabah!


7.8.16

2months...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sudah 2bulan rasanya menyepi dari dunia 'blogging'... berblog hanya sekadar hobi dan berkongsi apa yg menarik...kadang-kadang rasa nak berblog sebab nak kongsi sesuatu yang bermanfaat... tapi sokmo ja terkubur... sudahnya erm nanti2lah 'update'... lemau sangat rasa... dengan umur dah masuk fasa 30an... kadang-kadang semangat telah dibawa angin lalu... melalui hari-hari dengan hambar...  YA ALLAH, ampuni segala dosa-dosaku... terlalu banyak rasanya khilaf diri terasa tidak layak untuk terus melangkah di muka bumiMU ini...  

Semoga saya terus menjadi hambaNYA yang bersyukur, ingat dan terus tidak lupa yang hidup ini hanya sementara, walau siapa pun kita, walau di mana pun kita, segala amal perbuatan kita bakal dipertanggungjawab dihadapanNYA kelak... sudah bersediakah saya? Ajal maut tidak mengenal umur, bila dan ketikanya... bila sudah tiba waktu yang tertulis, maka tidak akan terlewat dan cepat sedetik pun... 

Tepek gambaq raya la beberapa keping walaupun Syawal telah berlalu beberapa hari... Mood nak tepek gambaq adalah kurang memberangsangkan dewasa ini kerana diri yang terlalu tembun bagai dipampam... -_- sungguh sadis melihat diri ini paling gemuk dalam sejarah 32tahun huhu... Semoga ALLAH SWT menguatkan semangat saya untuk kurus dan sihat untuk beribadat kepadaNYA... ameen ya rabb... doakan saya juga ya semua 'readers' sekalian... 


Mak abah bersama 5orang puteri...haha puteri la sangat... ada gambaq beberapa tahun lepas syok jugak 'compare' adeh...betapa diri sangat tua dalam gambaq ni dengan debotnya...
Family day syawal keluarga sebelah en.abang... sepupu sepapat...
Toknek bersama para cicit... semoga allah swt kurniakan tok saya kesihatan dan keberkatan umurnya yang sudah menjangkau 80tahun...

29.10.15

Plan diet untuk wanita yang kelaparan!

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Bila dah 'translate' dari ayat dalam bahasa inggeris terus ha jadi wanita yang kelaparan. Saja tepek kat sini kot mai seru nak cuba amalkan. Untuk apa pulak nak amalkan 'diet plan' bagai ni? Sudah tentulah untuk sihat menjadi keutamaan... kedua untuk tampil cantik...eceh... dah berkurun ha berazam tapi seru belum sampai... haha! alasan sebab menyusu badan sepenuhnya si ammar yaser... saya rasa macam ralat ja nak 'cut-cut' kalori bagai... Malas dah 1hal nak kira kalori setiap hari lepas tuh fikirkan si kecik yang masih menyusu badan sepenuhnya. Walaupun ammar dah masuk 1tahun 9bulan tapi setiap malam dia masih dalam fasa menyusu dengan sangat kerap. Jadi eh tunggulah dulu ammar 'breastfeed' puas-puas dulu. Nanti 'cut-cut' kalori dibuatnya susu dah berubah tekstur (mungkin sedikit cair sebab kekurangan kalori dan karbohidrat) dan sebagainya. Saya ada terbaca pengurangan jumlah pengambilan kalori untuk menyusu memang akan memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti susu badan.

Ada yang cakap menyusu badan membantu mengurangkan berat badan tapi tidak bagi saya... tak berkesan pun atau mungkin saya makan banyak sangat?haha! dah cuba kawal tapi rasa macam tak ada perubahan rasanya kena gerak gempur secara serius kot pakej dengan 'workout' sekali. Ya... ya saya kena terima yang setiap orang keadaan badan dia tak sama. Saya rasa metabolisma badan saya 'super-slow'. Ammar 'breastfeed' dengan sangat dahsyat pun kau tak kurus faizah! Malah bertambah pulak dah... Haha... gelak lagi... Ok berhenti bebel. Jom tepek dulu 'diet plan' ni nanti boleh rujuk. Hari-hari belek kot dapat aura dan seru nak terus 'apply' mungkin :D

Antara tips yang dikongsi adalah:

1) Jangan 'skip' makan. Perlu makan 5kali sehari secara berkala. Ibu menyusu tidak perlu 'cut' terlalu banyak pengambilan kalori. Fokus pada 1,800 - 2,000 kalori sahaja sehari 'instead' of orang yang memang nak diet tanpa menyusu pengambilan kalori adalah lebih kurang 1,500 sehari.
2) Jangan biarkan kelaparan membelenggu diri. Makan sebelum lapar. 
3) Makan sesuatu dalam masa 3-4jam sekali. Makan secara kerap dan berkala
4) 'Breastfeed mommy' perlu untuk 'lose weight' secara 'slow and steady'. 

'Checklist' makanan yang perlu

1) Buah-buahan - 3hidangan sehari (saiz sederhana dalam 1/2 cawan setiap hidangan
2) Sayur-sayuran - sekurang-kurangnya 4hidangan (1cawan sayuran hijau, 1/2 cawan pelbagai jenis hidangan sayuran yang mentah atau dimasak)
3) Hasil tenusu - sekurang-kurangnya 3hidangan sehari - 1hidangan adalah seumpama 1cawan susu, 1ketul keju saiz ibu jari je satu hidangan)
4) Gandum penuh (whole grain) tinggi fiber - sekurang-kurangnya 4hidangan - 1keping roti 'wholegrain', 1/3 cawan kekacang 
5) Protein - sekurang-kurangnya 3hidangan - 1oz kekacang, 2sudu besar peanut butter, 4oz daging atau ikan (besar tapak tangan)
6) Makanan kegemaran - boleh la 'cheat' untuk 2-3kali seminggu je...

Jadual pemakanan plan cinta tak jadi diet tak jadi kita:

Ni contoh je eh faizah. Nanti boleh olah. Sebagai idea kot rasa macam 'blank':

Ahad

Sarapan: sosej sandwic dan jus buah (sosej tak sihat la bagi saya, tukar jadi ayam grill sandwic mungkin?)
Snek: Crakers 'whole-grain' dan peanut butter 
Makan tengah hari: Sandwic wrap (balut dengan kulit capati kot rasanya)
Snek: Salad/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Salad dengan daging ayam panggang atau telur rebus

Isnin

Sarapan: Careal (chia-seeds atau rolled-oat?) bersama ESP Shaklee. Freshmilk pun ok
Snek: Trail mix (entah apa ke benda)
Makan tengah hari: Pasta dengan kacang dan sayuran
Snek: Crackers whole-grain dan peanut butter
Makan malam: Salad

Selasa

Sarapan: Banana sandwic
Snek: String cheese dan buah epal
Makan tengah hari: Salad dengan kepingan ayam panggang
Snek: Veggies/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Segenggam nasi (seeloknya beras perang), kekacang dan sayuran

Lebih kurang gitulah menunya. Macam sedap je kan? Boleh beli stok roti 'whole-grain', lettuce, daun salad, apa-apa jenis sayur yang boleh dibuat sup mungkin. Rolled-oat dan chia seeds... Eceh... bila ye nak mula :D

 

14.9.15

Diari sihat #2: Menu tak sihat...

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Tajuk dah diari sihat, tapi dah pula menu tak sihat... alasannya anak-anak tak sihat...kah3... jadi ummi tak sempat fikir nak masak apa, nak beli apa yg kenkonon MENU SIHAT, sudahnya ummi capai apa ada, dan order ja apa yg boleh dibuat makan asal perut kenyang...

Mencabar sangat bila time anak-anak tak sihat semua buat kelam kabut...yang tak best tuh perut asik lapar je bila si ammar 24jam keja ngempeng... dahla ngempeng kerap, lama pulak tuh setiap kali ngempeng...lepas kiri ke kanan, pastu kiri pastu kanan... haha! sampai la terlelap...azabnya pinggang ummi tergolek kiri kanan gitu selama lebih kurang sejam kadang2... pastu lapar dahaga macam seharian puasa tak makan... nak prepare something yg healthy dah tak kose dah... rasa nak makan semua menda...tekak pulak perit, badan pun dah tak sedap... sah la jangkit dgn anak-anak...

Ok inilah menu tak sihat saya... huhu... malas fikir dah...makan je asal perut tak sakit, tak masuk angin huk3...

Menu paling cepat tapi please jangan buat selalu...
Dah jumpa resepi mee kari sedap dan mudah...apa lagi asik buat je hari2... boleh la habuan makan kami anak-beranak...dah tuh acane nk diet sihatnya?makan mee?what??
Resepi ni memang asalnya resepi yg sihat sebab tumis tuh sepatutnya dengan olive oil n garlic... tapi kalau tumis pakai butter memang dah tak sihat la ye...pastu parut mozarella cheese banyak2 kat atas...hehehe :D dap dap
Siap buat kudapan ha... sambal bilis ni tinggi kolesterol tau sbb banyak pakai minyak... minyak sana sini... not good tapi feel good with the taste...keh3...yg sedap semuanya tak sihat..sob3
Kopi dan faizah memang tak dapat nak dipisahkan... yang ni brew punya hot espresso... senang sebab dah ada cafe dekat rumah jual kopi brew macam ni...harganya memang mahal sikit la berbanding nescafe ais kat kedai mamak tapi sihat sikit la sebab depa pakai freshmilk instead of susu pekat... dap dap... tapi kopak la laki ai hari2 nak kena beli...dapat seminggu sekali dah heaven!
Creampuff pulak dah...baru ja berazam nk kurangkan makanan manis dah siap order pulop... creampuff durian ni sedap sangat...dahla jual murah...RM18/25pcs... rasa pun menyengat...dia dah close order untuk durian sebab musim dah sampai ke hujung jadi susah nk cari stok durian fresh

 

26.8.15

Diari Sihat #1: Saya seorang pemakan!

Bismillah wal hamdulillah...

Disclamer: Eceli ni bukan entri macam mana nak kurus na... haha! ni cuma catatan peribadi saya untuk menukar menu dalam diet seharian kepada 'healthy foods' insya allah... tapi bukan secara total lagi... baru belajar dan tukar sikit demi sedikit...  

Siap disclaimer lagi tuh haha! Yala satgi orang ingat saya ni poyo sangat nk 'diet' bagai... macam la pakar sangat nak diet padahal badan mcm tong dram debab jugak... saya tak fokus pada 'weigth loss' semata-mata tapi more on 'eat clean habit' atau makan secara 'bersih'. Bersih apa pulak? Bersih dari anasir jahat kepada badan contohnya 'makanan berminyak, manis, berlebihan gula, banyak bahan proses, makanan segera' harap-harap boleh jadi panduan kepada sapa-sapa yang memerlukan dan panduan untuk diri saya terutamanya... 'as a reminder' kalau lupa... memang pun sokmo lupa... lupa diri kalau hadap makanan sedap... bila dah kenyang baru sedar "eh apa yg aku makan tadi?" haha! sangatlah 'horror'... lately memang tak boleh control selera dengan makanan manis especially kek, desserts... kalau nampak bakers mana-mana share ja kek sedap2 memang cepat ja whatsapp nk order... malam-malam dah selesai dinner pun boleh lagi ajak en.abg cari kek... kemaruk sangat! 

Rupanya sindrom suka pada menda2 manis ni dipanggil 'sugar cravings'... mula la gugel sana sini... boleh baca cara-cara untuk atasi masalah 'sugar cravings' ni kat SINI. Dulu memang tak suka sangat dengan kek-kek ni... tapi bila dah masuk fasa 30an makin menjadi-jadi pulak rasa nak makan makanan manis... risau kan? tapi last year baru ja buat 'MGTT TEST' untuk detect GDM dikalangan ibu mengandung... alhamdulillah sepanjang pregnant, dan 3kali dah pregnant tak pernah lagi kena penyakit serius macam GDM ataupun darah tinggi... syukur sangat walaupun selera makan mengalahkan naga lapar... :P

Sebelum sesuatu yg buruk terjadi saya menyeru kepada diri saya dan semua supaya sama-sama menjaga pemakanan seharian. Memang berat sangat rasanya nk kawal, rasa semua menda nak telan tapi fikir punya fikir kalau sakit lagi la teruk tak boleh makan langsung! Jadi better kita kawal dari sekarang... nak makan boleh tapi bersederhana... apa pun yang diambil secara berlebihan memang memudaratkan... penyakit itu datangnya dari perut... huhu... gemuk/obesiti pun sejenis penyakit... T_T kevin zahri pernah cakap orang yang obes ni badan dia berada dalam tekanan 24jam sebab terpaksa kerja extra keras tak seperti orang badan yang normal... jantung kena pump lebih kuat nak salurkan darah ke seluruh anggota yang dah tentu besar dan luas dari orang normal... bila saluran darah pun 'pressure' memanjang lama-lama dinding-dinding arteri pun akan injured... kat sini lah menjadi punca arteri/saluran darah 'pecah' dan seumpanaya maka terjadilah stroke, serangan jantung dan sebagainya... SERAMMMM :( minta dijauhkan... 

Harapnya saya insaf la... haha! serta lebih gigih untuk makan makanan yg lebih sihat, senaman... doakan saya! Masih diperingkat permulaan... tengah memujuk diri untuk 'create a healthy life style' ecehhh... macam orang merokok nak 'quit smoking' walaupun dia tahu merokok bahaya kepada kesihatan tapi ingat sonang ke nak suruh dia berhenti on the spot? huhu... samala orang yang jenis PEMAKAN macam saya... haha! Saya pun naik fade up dengan diri sendiri... geram dengan hangat-hangat taik ayam punya semangat...adoi...

First day makan oat & cinch shake choclate SHAKLEE... beli rolled oat lebih asli daripada instant oat ye kawan-kawan

Saya lebih suka jadikan oat sbg minuman instead of makanan macam gambar yang 1st tadi... kita kasi 'blend' semua memang sedap dan dapat menelan semua :) cinch shake shaklee jangan dilupa... cinch shake mengandungi protein yang tinggi dan juga leucine. Apa fungsi leucine? "Salah seorang penyelidik utama dalam bidang pemakanan. Donald, Ph.D.6, dari University of Illinois, telah menerbitkan banyak kertas kerja mengenai fungsi protein untuk kurus. Beliau telah mendapati bahawa protein yang tinggi, makanan yang kaya leucine, dalam kombinasi dengan karbohidrat yang lebih rendah (150g atau 600kalori setiap hari) adalah berkesan untuk menyokong berat badan, metabolisme, gula dalam darah dan pelbagai faktor-faktor yang memberi kesan kepada kesihatan kardivaskular"

Sebagai 'snack' dikala kelaparan... harap2 saya tak cari dah biskut2 yang tinggi gula...sob3... susah jgk nk buang tabiat suka mengunyah ni... jadi kenala kunyah healthy food je kot?

 

25.8.15

Tempoh terpanjang

Bismillah wal hamdulillah...

Sebenarnya baru perasan ammar genab 1tahun 7bln beberapa hari lepas... makna kata ia merupakan tempoh terpanjang saya 'kekosongan' haha! apakah makna kekosongan tersebut?ia berkait rapat dgn status mak buyong... hehe... sejak tempoh 5tahun (lepas kawen) bila anak2 paling kecik berusia 1tahun dan ke atas sila berhati2... kemungkinan 'double line' bakal muncul semula... :P

Dah sangat terasa anak-anak dah makin membesar... ammar pun kalau siang hari tuh xdakla nak berkepit sangat dgn ummi cuma kena awasi dia sebab sangatlah explorace... dah perangai susah tidur dia masih lagi menten... ammar tak boleh tidur terlalu awal sebelum pukul 9-10malam sebab nanti mesti dia akan terbangun tengah-tengah malam ajak ummi main... kalau buat2 tidur nanti, dipanjatnya ummi sampai terbangun... bila la kamu nak ok ni duhai puteraku?hari2 pening kepala ayah nak bagi kamu tidur sebab ayah banyak kerja kena setel waktu malam... kalau anak-anak ada memang tak dptlah nak siapkan kerja...kadang-kadang sampai lewat malam... ummi pun sama jugak... ni baru 3orang kan...

Memang nampak sangat banyak hikmahnya di situ anak kami dah tak menambah lagi dalam tempoh terpanjang ini sebab rasanya banyak perkara yang perlu distabilkan dulu termasuklah tahap kesihatan diri ini... orang cakap, kasi beranak je bagi setel dulu baru fikir nak kurus ke apa...tp bagi saya pregnancy juga memerlukan berat badan yang baik, tahap kesihatan yang stabil barulah kita enjoy the moment dan juga anak yang lahir insya allah sihat... jadi saya perlu berdiet dulu dalam tempoh 5tahun ini... hehe :P harap-harap tuh mencapai sasaran... banyak culas je faizah nehs... ada beberapa meals da ganti oat ya allah hazebedahnya nak menelan oat... tambah hirisan pisang emas tuh pun ala-ala je la... berpeluh nk telan oat... apsal la oat ni xbest eh?nak-nak oat yg rolled tuh... memang kaw2 rasa tak sedap enak dia tuh... demi nak sihat konong2nya ku gagahi jugak... cuma workout je belum bermula... sport shoes masih cantik dlm kotak... haha! seriaun en.suami bertanya nanti sebab arituh beriya bukan main nk beli sport shoes... malam-malam buta lepas en.abg balik dari opis terjah kedai sukan... haha! macam lawak... tak menyempat je macam malam tuh jgk kau nk eksesais kan...

Padahal dah sebulan kot tak start lagi eksesais... huwaaa...  perlu kuat la 'will power' nak lawan segala anasir negatif yang bakal menggagalkan segala rancangan...

 

12.8.11

Nasik vs Roti Gandum Penuh

Bismillah wal hamdulillah...

Time sahur sy mmg akn makan nasik walaupun 1/2 senduk... ada kot 2-3 kali xmkn nasik... pastu ada terdgr seorg staf dok sembang pasai menu sahur... dia mmg diet la... sblm ni dgr ceritanya badannya berisi skrg da mcm sedang2 je... so far so good... rupanya beliau berdiet... so ada terdgr dia dok nasihat seorg lg staf... dia ckp "waktu sahur jgn mkn menda2 berat mcm nasik. satg kita kena guna tenaga byk utk cerna makanan2 tuh sbb tuh kita cpt letih n lapar..." oh! tiba2 mcm terkedu dgn kata2 dia itu... so sy tros gugel pasai beberapa menu sihat utk sahur yg leh tahan lapar n tenaga pun menten je... skali ada seorg staf antar emel pasai menu sihat ramadhan... so da dpt idea utk sahur yg mudah n berzat...
Balik umah trus singgah kedai cari roti gardenia breakthrough... roti tuh merupakan roti gandum penuh... rasanya lbh krg roti gardenia plastik ijau.. cuma stock xbyk la sbb rasanya xramai yg suka roti tuh plus sedikit mahal... sama harga dgn roti gardenia butterscoth n choclate yg maha sedapp tuh... faizah, sila ucapkan selamat tinggal pada roti butterscoth ye T__T so sy pun bli roti breakthrough tuh dgn harga RM4.70 1buku roti... try mkn sahur pagi td... dgn 1biji epal with nescafe... drive pg tadi pun segar je... xdak ngantok2 mcm sblm nehs... masa sy mkn nasik... heran la jgk... waktu tdo smlm mcm besa je... pastu spnjg hari bertenaga je... smpai kul 12tgh hari masih terasa kenyang... lunch hour kalu ikotkan hati malas nk jalan g memana n kalu bleh nak lelap jap... tp td sy cergas je... jalan pusing2 beli mcm2 dlm keadaan yg cergas... xngantok langsong okeh! pelikkk yg amat... pastu time blk drive pun sama... siap stop2 bli udang la, sotong la... bli bahan2 nk masak lg... mcm org xposa pun ada gayanya...

Maka sy rasa btol la ckp staf itu kan? kiranya kita xguna byk tenaga utk cerna n proses makanan dats why kita tetap energize je smpai ptg... roti gandum penuh atau wholegrain tuh mmg kalu masuk perot mmg da cukup zat n nutriens sbb kandungan gandom tuh belum diproses... unpolished punya gandom.. kira insya allah yg terbaek besides bleh control kadar colestrol dlm darah... terbaek la roti wholegrain nehs... walaupun sgt xsedap tp khasiatnya hebat... try la sapa2 yg nk diet atau nk cari sumthing supaya hari2 anda lbh bertenaga :)



  

11.8.11

Sendat vs Muat

Bismillah wal hamdulillah...  

2-3psg baju start jadi sendat 2minggu lepas... cuak! da rasa cam nk melalak2 je... geram+sdeh sume ada... tuhla xjaga mkn lg... ni baju2 da byk xleh pakai sbb da sendat... padan muka... *ketuk kepala kuat2*
Pastu da sedar diri baru la kalut nk jaga mkn... sebelum ni mmg sy xpnh diet okeh! kalu berat turun pun sbb nasib je... contohnya mcm fasa morning sickness dulu mmg byk berat turun.. pastu naek blk n xdak keinginan pulak nk kurangkan berat yg makin bertmbh setiap hari... pastu mula menjadikan weight scale sbg musuh ketat T__T

Setelah 2minggu yg 70% agak bertungkus lumus, akhirnya walaupun blom capai target, ada baju yg "mengecil" dulu da berjaya disarungkan kembali dgn elok... alhamdulillah... sy panjatkan kesyukuran kehadrat ILLAHI... mg tros diberikan kekuatan utk kuat dijalan ini... ameen


 

8.8.11

Bila nak dayet...

Bismillah wal hamdulillah...

2hari ni sgtla xefektif...plus stress dgn keja... penatnya len mcm bila kita stress...  len keadaannya bila kita happy xdak menda nk kena fikir sgt walaupun byk keja badan rasa bertenaga kn?? ^_^ makanya kesannya adalah sy mls fikir byk pasai mkn...men mkn je apa yg ada n tersedia... sbb tuh org ckp stress ni bleh membuatkan org gemok! besides hormon yg terganggu, byk menda lg akan timbul if kita stress... cam sy la... suka mkn time stress! boleyyyy??? so sgtlah memberi kesan buruk kepada apa yg tlh sy usahakan 12hari lepas... geram je!

2hari ni every time sahur n berbuka kena mkn nasik... *ketuk kepala kuat2* tp skit la...1/2 - 1 senduk... tp nasik? huwaaa... dahla en.abg asik komplen je... "awat mkn sikit sgt ni? dahla ari2 drive jauh...kena ada tenaga jgk...kalu mkn sikit ni mmg la asik xlarat je..." boleh ke? bg sy sama je... mkn nasik or tak tetap la xleh nk kenyang smpai ptg kn??? nama pun posa yg kena tahan diri dari lapar n dahaga... da kena beleter dgn en.abg T___T kang binik kamu ini gemok lagi cam no??? dia ckp dia xkesah... oh tidak! sy tidak mahu kelihatan sgt hodoh pada masa akn dtg T___T pelan2 kayuh... kena gak usaha... pastu pulak MIL suka wat puding n agar2... skali tuh dia bg puding marble 1taperware yg agak besar n jenuh jgkla kami suami isteri nk kena habeskan... sy mkn jgk la 2-3potong pastu balance simpan mkn skit2... en.abg bising lg... ckp xmo mkn puding mak dia wat... huwaaa...menda tuh manislaa.... xgunala sy diet2 bagai tp asik mkn menda manis... tsk tsk tsk... akibat kecewa sy minom ais n manis 2hari nehs... hancuss diet guwe.... T__T xmo naek weight scale... ngeri! 2hari ni sgt mengecewakan... 

Kena get start blk esok... jgn ikut hati n perasaan... cuba releks n amik langkah2 terbaek... susahnya kan... haih... yela kami 2org... kalu MIL or mak abah bg makanan kami 2org je la kena habeskan... kkdg sgt byk! rasa membazir la kalu biar rosak cam tuh... so simpan dlm peti ais... bila da penuh bising la en.abg tuh ckp tak bersentuh pun mkanan2 tuh... asik dia je yg kena mkn... sy asik mkn skit je n skip2 mkn... huwaaa... susahnya... T___T doakan daku... mg sy kuat utk berada dijalan ini.. ameen...

  

30.7.11

Malu nk ckp...

Bismillah wal hamdulillah...  

Tinggal 2hari je lg nk smbut ramadhan.. ramadhan kali ni merupakan ramadhan ke-3 sy smbut sbg isteri, thn ke-2 menjadi seorg ibu... sgt2 mengujakan! syukur ya allah atas kurniaan ini... Thn pertama dlm tempoh sy jadi isteri masa tuh baru 3bln bergelar isteri sy mabuk kepayang time bln ramadhan... rasa lembik je... asik melepek je sbb alah yg bleh tahan gak troknya... asik terbaring, meloya, pening bagai... dugaan... pastu thn ke-2 sy dah jadi ibu masa tuh aisya baru 3-4bln je... sy sy seorg fully-bf mother tpppp... masa tuh aisya da start rejek direct feed n ramadhan waktu tuh mmg btol2 mencabar... sy hnya meng'pump utk memberikan susu kepada aisya tp sy tetap bersyukur sbb masih mampu fully-bf aisya :) rezeki ramadhan mungkin walaupun terpaksa tinggal posa 2hari sbb production susu adalah pd tahan yg plg kritikal! pas 2hari da stabil n sy bleh berpuasa seperti biasa... alhamdulillah... mind-setting tuh yg mempengaruhi, bila kita ckp takut nk posa sbb tkt production merudum maka mmg akan terjadi seperti yg kita fikir... pas 2hari sy mula fikir yg +ve n yakin rezeki ada utk aisya tros production kembali maintan walaupun berpuasa... trust me! kepada ibu2 yg baru menyusukan anak... troskan usaha anda ye! ^_^v alamak..tersasar dr topik...

Malu nk ckp... sbnrnya ramadhan kali ni sy baru nk menjalankan misi diet sy yg xtau ke bape kali... tp kali ni mcm btol2 insap je... dgn keadaan dri yg makin gabak membuatkan sy xselesa dgn itu... so sy kena tekad utk kurangkan berat badan yg menggergasikan diri... sadis tgk badan yg gelebeh n montel sana sini... ada baca blog SaifulIslam.com dan byk memberikan idea n smgt utk sy mengawal pemakanan pasneh... ramadhan sbg titik permulaan bg perubahan ini... mg allah swt memberikan sy kekuatan... n trus menguatkan sy pada jln ini...  kalu tiba2 pas 3-4bln tgk sy masih xberubah2 kawan2 tlg doakan sy tau... mg sy insap ni tros istiqamah... huhu... ngaa :(

Dalam tempoh hari2 b4 ramadhan ni sy da cuba utk kurangkan dos intake makanan per day... alhamdulillah allah swt membantu sy dlm mengawal nafsu mkn... rasa cam xselera sgt pun ada... pagi2 just mkn oat, capati atau kkdg buah shj... syukur xdakla lapaq sgt dah skrg..arituh memula mmg rasa gigil2 sume.. pelan2 kayuh org ckp... alah bisa tegal biasa... tlg doakan daku ye kwn2.... sy mahu sihat n cergas... ameen.. kuatkan aku di jalan ini ya allah... ameen ya rabb

 

28.7.11

3 barang...

Bismillah wal hamdulillah...  

Arini sy amik cuti... saje je nk prepare apa yg patot utk menyambut ramadhan... nk amik cuti ahad sy konfem time tuh sgtla ramai manusia akan sibuk2 wat preparation jgk! kedai, pasar tani bagai akan crowded... jadi utk mengelakkan sume tuh makanya sy amik cuti arini... Pepagi terpaksa tinggal aisya kt MIL sbb nk shopping sakan arini... stock dapur sume da sold out... so bykla bekalan kena bli... brg runcit dapur je da cecah RM115 tau! elok nk g pasar tani (org perlis sebut "nat" mebi dlm bahasa thai kot) hujan turun dgn lebatnya tanpa henti smpai kul 12tgh hari... so misi nk ke pasar terpaksa dibatalkan... esk la pula kot... tp kena la usung aisya skali... huhu.. itu yg plg mencabar tuh...
Dpt duit poket dr en.abg haruslah cpt2 shopping...heee... dasar perempuan! :D haha... so menda yg diwhistlist arituh da bli dah... tmbh lg 1brg.. T___T yakni bekas air besar 2L... hehe...tajaan dari cosway... tara.... 

Infos weight scale ini...dr cosway... retail price adalah RM189.90 tp oleh sbb ada 3RP maka sy dpt RM79.00...digital weight scale...leh kira BMI, water, fat dlm badan...dgn memasukkan umo, jantina n tinggi so dia kira smdiri... bestttttt :) kena naek slalu la...huk2...

Apakah ini??

Fikir la snrik...huhuhu