Bismillah wal hamdulillah...
Kita digemparkan dengan seorang ibu baru 10hari selepas melahirkan anak membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondo. Berita yang sangat sedih kerana beliau meninggalkan anak-anak yang masih kecil termasuklah bayi yang baru berusia 10hari. Daripada berita yang dilaporkan dalam Harian Metro, ibu itu nekad membunuh diri DIPERCAYAI (belum lagi sahih) kerana gagal menyusukan bayinya dengan susu ibu.
Pelbagai tomahan, pendapat, yang dilontarkan daripada pelbagai pihak mahupun individu. Ada yang menyalahkan ibu menyusu badan, ada yang menyalahkan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, ada yang menyalahkan ibu yang membunuh diri itu, ada yang menyalahkan suaminya dan macam-macam lagi lah pendapat. Naik juling bijik mata nak baca. Baca sepintas lalu jek... Kurang berminat dengan olahan yang bersifat menyalahkan. Perkara dah pun terjadi jadi kita ambil pengajaran sahaja tanpa menyalahkan sesiapa. Antara pengajaran yang saya paling nampak adalah:
Ilmu
Bagi saya, apa perkara yang kita nak buat pun mestilah dengan berilmu. Sekurang-kurangnya ambil tahu sebagai persediaan. Proses menjadi seorang ibu bukanlah 1proses yang mudah. Ia merupakan 'learning-proses' yang sentiasa berlaku tanpa henti. Walaupun anak dah 10orang tapi setiap kelahiran seolah-olah melahirkan anak sulung sebab pengalaman yang berbeza-beza setiap orang anak yang dilahirkan. Persediaan perlu sentiasa ada dan diperbaharui dari semasa ke semasa.
Pada pandangan peribadi saya, 3kali pengalaman mengandung dan melahirkan, semuanya berbeza dan mempunyai masalah tersendiri. Saya seolah-olah seperti ibu beranak sulung untuk setiap anak. Saya perlukan ilmu dan persediaan yang rapi untuk setiap kelahiran. Anak sulung dengan masalah terpaksa melahirkan secara 'emergency czer' atas sebab-sebab tertentu. Lepas itu masalah jaundis. Yang kedua pula bermula dengan masalah 'hypremisis gravidum', alhamdulillah kelahiran yang mudah. Tetapi diuji dengan masalah 'prolonged-jaundice'. Yang ketiga, pengalaman mengandung yang mudah. Diuji dengan kelahiran yang bermasalah, diikuti dengan ujian terpaksa 'warded' atas sebab masalah 'G6PD Defecient' perlu pemantauan doktor selama 5hari.
Begitulah keadaan ketiga-tiga orang anak saya yang diuji dengan masalah yang berbeza. Perlunya ilmu dan persediaan mental dan fizikal tentang persediaan sewaktu mengandung, melahirkan, bersalin dan menjaga bayi. Kalau tanpa ilmu sudah tentu kita merasa tertekan dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.
'Postpartum-depression'
Secara peribadi, perasaan selepas melahirkan adalah sangat aneh. Aneh macam mana? Terutamanya beberapa minggu selepas melahirkan. Badan menjadi sangat lemah dan sakit (terutamanya bersalin secara pembedahan). Memerlukan bantuan untuk bangun dan pergerakkan terbatas. Pada waktu itu perlu belajar menyusukan anak dalam keadaan lemah dan sakit itu. Ditambah pula dengan keadaan bayi yang meragam, sukar tidur malam, sentiasa inginkan pelukan (perubahan alam dari alam rahim ke alam dunia). Memang akan rasa tertekan.
Sebab itu saya kurang gemar menziarahi ibu baru lepas bersalin ni. Kecuali dah lepas pantang 44hari atau keadaan ibu sudah stabil, pulih luka dan dah biasa dengan kehadiran cahaya mata baru. Secara jujurnya suami kurang mengerti setiap kali saya dalam pantang. Perlu berterus-terang dengan dia yang kita perlukan perhatian dia. Dia perlu ada disisi kita sentiasa walaupun ada mak yang membantu. Kadang-kadang kita perlukan seseorang itu berbual. Macam tuh lah keadaan lebih kurang. Mudah tersinggung, mudah terasa, kadang-kadang rasa cepat marah, cepat pula rasa sedih. Sentiasa inginkan sokongan dan kata-kata semangat dari orang tersayang.
Pengalaman saya, saya pernah menangis macam budak kecik sewaktu berpantang anak sulung (aisya) sebab campur tangan nenek saya. Haha! Bunyi macam kelakar tapi tak kelakar langsung! sebab sampai sekarang saya ingat. Nenek saya sentiasa nak pegang baby saya masa tuh. Saya cuma diberi peluang untuk pegang baby sewaktu menyusu sahaja. Selepas menyusu belum sempat saya nak belajar pegang dan belai baby, nenek saya dah ambil baby. 24jam diribaan nenek saya. Tertekannya waktu itu hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Saya menangis sekuat hati sebab nak melepaskan rasa marah dan tidak puas hati itu :)
Anak ke-2 memang saya banyak bertenang sebab dah ada pengalaman yang pertama. Alhamdulillah berpeluang bersalin secara normal jadi pergerakkan saya tidaklah bermasalah seperti bersalin secara pembedahan cuma saya diuji dengan masalah baby 'prolonged-jaundice'. Tertekan lagi alhamdulillah banyak dapat sokongan daripada keluarga. Saya dapat lalui proses berpantang dengan baik cuma terlewat mengurut sebab sibuk ke klinik 'check-up' jaundis.
Hero pertama lahir dengan masalah yang banyak juga. Terpaksa bersalin secara pembedahan kali-2 dan keadaan 'my superhero' yang sangat menguji. Ammar susah untuk tidur. Kadang-kadang dia tak tidur 24jam. Badan saya penat dan letih hanya ALLAH SWT yang tahu. Ditambah dengan kakak-kakak yang masih kecil (aisya 4tahun, amira 1tahun 8bulan) menambahkan sarat didada. Ada juga rasa nak bunuh diri haha! Secara jujurnya (berapa banyak jujur da... :P) en.abg kurang sikit bab-bab nak ambil tahu mengenai perempuan n isteri dalam pantang ni... Ammar nanti besar ummi nak tekankan bab ni, sebelum kahwin kena khatam dulu pasai menjaga ibu dalam pantang. Ha gitu... Nak jadi suami dan ayah tidak semudah yang disangka... Ingat bini dah mengandung dan beranak kau tak payah ambil tahu apa... oh silap ya! Tanggungjawab suami n ayah untuk ambil tahu serba-serbi. Banyak ilmu kena gali.
Saya 'stress' sebab ammar susah tidur malam. Badan saya letih, tak dapat rehat yang cukup. En.abg pula sesedap rasa tidur tanpa fikir pasai saya. Kena bebel jugaklah dia. Masa tu saya memang tak kisah dah dia nak cakap apa. Tak sanggup mak meroyan! Baik berterus-terang. Lepas tu baru dia 'stay-up' jaga ammar. Barulah adil sama-sama merasa penat dan lelahnya itu. Waktu pantang ni 1ja yang diperlukan yakni REHAT! PENAT DAN LELAH SELEPAS BERSALIN BUKAN HILANG SEHARI DUA SAHAJA TAPI AMBIL MASA...
Sokongan
Seperti yang saya bagitahu tadi, menjadi seorang ibu bukanlah 1perkara yang mudah. Cabaran sentiasa ada, bermula dari bila anda disahkan mengandung. Lepas tuh bersalin, menyusu, mendidik, menjaga bla bla bla tak habis. Sebagai manusia biasa, memang adakalanya kita merasa tersangat letih dan perlukan masa sejenak untuk melupakan segalanya. Bukan nak abaikan terus tapi dengan erti kata lain perlukan masa untuk diri sendiri. Releks dan 'chill-chill' terutamanya selepas bersalin.
Sepatutnya ibu selepas bersalin mesti ada pembantu. Sama ada suami sendiri, ibu atau 'confinement lady'. Masa ni lah ibu-ibu nak manjakan diri, berurut, bertangas untuk kembalikan balik kesihatan dalaman dan luaran. Kalau ikut cara berpantang orang tua dulu-dulu, makan pun orang bawakan dan tak boleh ceduk nasi sendiri. Saya sempat merasa masa anak sulung ja. Terkejut bila mak bawak masuk nasi dan air dalam bilik. Terasa dilayan bagaikan puteri. Tapi lepas tuh makan sendiri la... siap masak sendiri hehe :D Kekangan dari segi tuh la...bila beranak kecik-kecik ni lagi la... nak 'fefeeling' permasuri sangat tak sempat dan tak ada orang nak tolong. Cukup berpantang dari segi makan, berurut tuh dah cukup baik.
Suami la berperanan paling besar. Dah susah payah isteri beranak dan melahirkan, carilah 'support system' untuk isteri sebagai tanda penghargaan melahirkan zuriat sendiri. Andai semua lelaki boleh sedar akan tanggungjawab ini alangkah indahnya hehe :)
Penjagaan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang)
Tempoh selepas bersalin memang tempoh yang paling kritikal untuk dijaga oleh seorang ibu. Dengan kepenatan selepas melahirkan (sama ada bersalin secara normal atau pembedahan), darah nifas yang keluar tanpa henti selama lebih kurang 30-60hari, hormon yang masih tidak stabil sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Baik dari segi pemakanan dan luaran (termasuklah berurut, berbengkung, bertungku dan sebagainya)
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, dibimbangi kesihatan ibu terjejas dan boleh mengakibat gejala-gejala seperti meroyan dan sebagainya. Jadi suami-suami tolonglah ambil tahu.
Pegangan agama
Bila pegangan dan asas agama kita kukuh insya ALLAH dengan izin ALLAH, memang kita tak akan buat perkara-perkara yang menyalahi agama kita terutamanya bunuh diri. Bukanlah saya nak salahkan si ibu yang membunuh diri, tidak adil rasanya saya nak buat 'conclusion' mengenai ibu terbabit sebab saya sendiri tidak mengenali dia secara dekat. Apa yang saya buat semasa dilanda kepenatan melampau semasa ammar tak tidur malam dalam tempoh berpantang, saya buku bacaan al-quran 24jam. Letak dekat katil. Alhamdulillah ada aura tenang itu. Zikir pun non-stop kalau teringat sebab memang rasa nak meroyan dah waktu itu, disebabkan oleh tidak cukup rehat. Masa tu fikir "apalah nasib aku... dah berhari-hari rasanya tak dapat tidur malam. Badan pun dah lemau. Apa salah aku sehingga diuji sebegini" memang bebel je lah dalam hati.
Tapi masih lagi ingat kita ada ALLAH SWT dan mesti ada hikmahnya kita diuji sebegitu.
Ayat yang boleh saya 'qoute' dari 'siakapkeli.com'
ACP Sharul kata ibu si mati telah juga hanya melawat beliau dan bayi yang baru sehari sebelum tragedi itu.
"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.
"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.
Saya yang dah menjadi surirumah selama 3tahuh, saya faham sangat perasaan 'bosan' berada dalam rumah. Bukan lah nak berjimba sangat tapi haih susah nak cerita. Kadang-kadang perlukan seseorang untuk berbicara, kadang-kadang perlukan 'me time'. Bayangkanlah kau hadap kerja ofis 24jam tanpa henti? Sama la juga dengan seorang surirumah. Hadap kerjarumah 24jam? Lepas tuh ada pulak yang komen "Takpa la duduk rumah je..." rasa nak tumbuk sekuat hati muka dia tuh! haha!
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D