21.10.15

4 Fasa Didikan Anak-Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Bismillah wal hamdulillah...


Sementara mood rajin ni marilah berkongsi dan 'update' blog secara pantas sebelum mood dibawa arus jerebuh eh? Dah pukul 11.30 pagi tapi cuaca macam gelab dan suram ja... berdebu n berhabuk... Kepala tengah ligat fikir aktiviti untuk anak-anak seharian dalam rumah... biasala bebudak tak keluar rumah dah macam apa je masing-masing buat perangai sebab bosan... jom 'homeschooling' haha! Rajin sangat ka ummi kamu ni...hehe :P

Terjumpa 1blog 'share' 1info mengenai 4fasa cara didikan anak-anak mengikut sunnah nabi kita Rasulullah SAW... 

Fasa pertama: umur 0 hingga 6tahun (fasa anak-anak saya sekarang = aisya 5tahun, amira 3tahun, ammar 1tahun)

Pada fasa ini ibu bapa mestilah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Anak-anak hendaklah dilayan dengan baik. Jangan sesekali memukul dan merotan anak-anak dalam umur ini (haih dah 2-3kali bebudak ni kena rotan kaki... moga ummi dan ayah dapat perbaiki kesilapan selepas ini. Entahlah tahap sabar sampai mana kan?huhu...orang yang tak pernah marah dengan budak-budak umur 3-6tahun ni memang terbaiklah tahap kesabaran dia. Kena belajar lagi)

Fasa kedua: umur 7 hingga 14tahun

Pada fasa ini Islam masih lagi memberi penekanan dalam memberi kasih sayang tetapi perlu disulami dengan unsur tegas dalam mendidik. Mereka perlu diberikan penerangan dan diajar untuk berdisplin dan bertanggungjawab. Pada fasa ini anak-anak perlu diberikan penekanan serius mengenai perlaksanaan solat, puasa, pergaulan antara lelaki dan perempuan, akhlak dan ibadah-ibadah sampingan lain. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia 7tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 9tahun dan asingkanlah tempat tidur mereka antara anak lelaki dan perempuan" (Hadith riwayat Abu Daud)

Menurut hadith di atas Islam membenarkan ibu bapa memukul anak yang berusia antara 9-10tahun jika tidak bersolat. Namun ada beberapa garis panduan semasa memukul anak iaitu:

1- Anak mengerti kenapa dia dirotan
2- Orang yang memukulnya adalah walinya contohnya: ayah
3- Tidak memukul secara berlebihan hingga memudaratkan
4- Kesalahan yang dilakukan serius dan perlu mendapat peringatan agar tidak berulang
5- Memukul/merotan dengan niat untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
6- Jangan memukul menggunakan tangan atau anggota badan. Guna rotan atau bahan lain untuk memukul anak.
7- Seeloknya pukul ditapak kaki kerana ada kajian menunjukkan pukulan pada telapak kaki anak akan merangsang saraf di bahagian otak agar berkelakuan baik. Wallahu'alam



Fasa ketiga: Dari umur 15-21tahun

Pada fasa ini ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan menjadi SAHABAT BAIK kepada mereka. Banyakkan berkomunikasi dengan mereka, berbual, bertanya seolah-olah menjadi seperti seorang kawan kepada anak-anak remaja ini. Bagi remaja perempuan, cerita kepada mereka mengenai proses akil baligh yang mungkin mereka hadapi iaitu berkenaan dengan HAID. Terangkan mereka bagaimana ia berlaku dan apa yang bakal mereka lalui. Begitu juga dengan remaja lelaki. Dedahkan juga proses akil baligh bagi lelaki. Peranan ini selalunya mungkin boleh diambil oleh ayah.

Jadilah pendengar yang baik kepada mereka. Hormati pendapat dan pandangan mereka selagi tidak menyalahi syarak dan baik untuk mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan pandangan dan tindakan mereka elakkan daripada memarahi mereka dengan cara mengherdik dan meninggikan suara kepada mereka terutamanya jika dihadapan orang ramai atau adik beradik yang lain. Anak-anak dalam umur remaja ini mudah memberontak jadi perlu menggunakan pendekatan diplomasi dengan mereka. 

Fasa keempat: 21 ke atas

Dalam fasa ini anak-anak sudah boleh diberikan hak dan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Ajar anak-anak untuk menilai sesuatu keputusan yang perlu untuk mereka lakukan. Disamping itu sebagai ibu ayah perlu memantau keputusan dan perkara yang anak-anak lakukan agar selari dengan landasan Islam.

Semoga bermanfaat buat semua

Sumber asal: Nor Azira Mohamad

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D