Showing posts with label diet seimbang. Show all posts
Showing posts with label diet seimbang. Show all posts

29.10.15

Plan diet untuk wanita yang kelaparan!

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Bila dah 'translate' dari ayat dalam bahasa inggeris terus ha jadi wanita yang kelaparan. Saja tepek kat sini kot mai seru nak cuba amalkan. Untuk apa pulak nak amalkan 'diet plan' bagai ni? Sudah tentulah untuk sihat menjadi keutamaan... kedua untuk tampil cantik...eceh... dah berkurun ha berazam tapi seru belum sampai... haha! alasan sebab menyusu badan sepenuhnya si ammar yaser... saya rasa macam ralat ja nak 'cut-cut' kalori bagai... Malas dah 1hal nak kira kalori setiap hari lepas tuh fikirkan si kecik yang masih menyusu badan sepenuhnya. Walaupun ammar dah masuk 1tahun 9bulan tapi setiap malam dia masih dalam fasa menyusu dengan sangat kerap. Jadi eh tunggulah dulu ammar 'breastfeed' puas-puas dulu. Nanti 'cut-cut' kalori dibuatnya susu dah berubah tekstur (mungkin sedikit cair sebab kekurangan kalori dan karbohidrat) dan sebagainya. Saya ada terbaca pengurangan jumlah pengambilan kalori untuk menyusu memang akan memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti susu badan.

Ada yang cakap menyusu badan membantu mengurangkan berat badan tapi tidak bagi saya... tak berkesan pun atau mungkin saya makan banyak sangat?haha! dah cuba kawal tapi rasa macam tak ada perubahan rasanya kena gerak gempur secara serius kot pakej dengan 'workout' sekali. Ya... ya saya kena terima yang setiap orang keadaan badan dia tak sama. Saya rasa metabolisma badan saya 'super-slow'. Ammar 'breastfeed' dengan sangat dahsyat pun kau tak kurus faizah! Malah bertambah pulak dah... Haha... gelak lagi... Ok berhenti bebel. Jom tepek dulu 'diet plan' ni nanti boleh rujuk. Hari-hari belek kot dapat aura dan seru nak terus 'apply' mungkin :D

Antara tips yang dikongsi adalah:

1) Jangan 'skip' makan. Perlu makan 5kali sehari secara berkala. Ibu menyusu tidak perlu 'cut' terlalu banyak pengambilan kalori. Fokus pada 1,800 - 2,000 kalori sahaja sehari 'instead' of orang yang memang nak diet tanpa menyusu pengambilan kalori adalah lebih kurang 1,500 sehari.
2) Jangan biarkan kelaparan membelenggu diri. Makan sebelum lapar. 
3) Makan sesuatu dalam masa 3-4jam sekali. Makan secara kerap dan berkala
4) 'Breastfeed mommy' perlu untuk 'lose weight' secara 'slow and steady'. 

'Checklist' makanan yang perlu

1) Buah-buahan - 3hidangan sehari (saiz sederhana dalam 1/2 cawan setiap hidangan
2) Sayur-sayuran - sekurang-kurangnya 4hidangan (1cawan sayuran hijau, 1/2 cawan pelbagai jenis hidangan sayuran yang mentah atau dimasak)
3) Hasil tenusu - sekurang-kurangnya 3hidangan sehari - 1hidangan adalah seumpama 1cawan susu, 1ketul keju saiz ibu jari je satu hidangan)
4) Gandum penuh (whole grain) tinggi fiber - sekurang-kurangnya 4hidangan - 1keping roti 'wholegrain', 1/3 cawan kekacang 
5) Protein - sekurang-kurangnya 3hidangan - 1oz kekacang, 2sudu besar peanut butter, 4oz daging atau ikan (besar tapak tangan)
6) Makanan kegemaran - boleh la 'cheat' untuk 2-3kali seminggu je...

Jadual pemakanan plan cinta tak jadi diet tak jadi kita:

Ni contoh je eh faizah. Nanti boleh olah. Sebagai idea kot rasa macam 'blank':

Ahad

Sarapan: sosej sandwic dan jus buah (sosej tak sihat la bagi saya, tukar jadi ayam grill sandwic mungkin?)
Snek: Crakers 'whole-grain' dan peanut butter 
Makan tengah hari: Sandwic wrap (balut dengan kulit capati kot rasanya)
Snek: Salad/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Salad dengan daging ayam panggang atau telur rebus

Isnin

Sarapan: Careal (chia-seeds atau rolled-oat?) bersama ESP Shaklee. Freshmilk pun ok
Snek: Trail mix (entah apa ke benda)
Makan tengah hari: Pasta dengan kacang dan sayuran
Snek: Crackers whole-grain dan peanut butter
Makan malam: Salad

Selasa

Sarapan: Banana sandwic
Snek: String cheese dan buah epal
Makan tengah hari: Salad dengan kepingan ayam panggang
Snek: Veggies/sayur-sayuran diratah
Makan malam: Segenggam nasi (seeloknya beras perang), kekacang dan sayuran

Lebih kurang gitulah menunya. Macam sedap je kan? Boleh beli stok roti 'whole-grain', lettuce, daun salad, apa-apa jenis sayur yang boleh dibuat sup mungkin. Rolled-oat dan chia seeds... Eceh... bila ye nak mula :D

 

14.9.15

Diari sihat #2: Menu tak sihat...

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Tajuk dah diari sihat, tapi dah pula menu tak sihat... alasannya anak-anak tak sihat...kah3... jadi ummi tak sempat fikir nak masak apa, nak beli apa yg kenkonon MENU SIHAT, sudahnya ummi capai apa ada, dan order ja apa yg boleh dibuat makan asal perut kenyang...

Mencabar sangat bila time anak-anak tak sihat semua buat kelam kabut...yang tak best tuh perut asik lapar je bila si ammar 24jam keja ngempeng... dahla ngempeng kerap, lama pulak tuh setiap kali ngempeng...lepas kiri ke kanan, pastu kiri pastu kanan... haha! sampai la terlelap...azabnya pinggang ummi tergolek kiri kanan gitu selama lebih kurang sejam kadang2... pastu lapar dahaga macam seharian puasa tak makan... nak prepare something yg healthy dah tak kose dah... rasa nak makan semua menda...tekak pulak perit, badan pun dah tak sedap... sah la jangkit dgn anak-anak...

Ok inilah menu tak sihat saya... huhu... malas fikir dah...makan je asal perut tak sakit, tak masuk angin huk3...

Menu paling cepat tapi please jangan buat selalu...
Dah jumpa resepi mee kari sedap dan mudah...apa lagi asik buat je hari2... boleh la habuan makan kami anak-beranak...dah tuh acane nk diet sihatnya?makan mee?what??
Resepi ni memang asalnya resepi yg sihat sebab tumis tuh sepatutnya dengan olive oil n garlic... tapi kalau tumis pakai butter memang dah tak sihat la ye...pastu parut mozarella cheese banyak2 kat atas...hehehe :D dap dap
Siap buat kudapan ha... sambal bilis ni tinggi kolesterol tau sbb banyak pakai minyak... minyak sana sini... not good tapi feel good with the taste...keh3...yg sedap semuanya tak sihat..sob3
Kopi dan faizah memang tak dapat nak dipisahkan... yang ni brew punya hot espresso... senang sebab dah ada cafe dekat rumah jual kopi brew macam ni...harganya memang mahal sikit la berbanding nescafe ais kat kedai mamak tapi sihat sikit la sebab depa pakai freshmilk instead of susu pekat... dap dap... tapi kopak la laki ai hari2 nak kena beli...dapat seminggu sekali dah heaven!
Creampuff pulak dah...baru ja berazam nk kurangkan makanan manis dah siap order pulop... creampuff durian ni sedap sangat...dahla jual murah...RM18/25pcs... rasa pun menyengat...dia dah close order untuk durian sebab musim dah sampai ke hujung jadi susah nk cari stok durian fresh

 

25.8.15

Tempoh terpanjang

Bismillah wal hamdulillah...

Sebenarnya baru perasan ammar genab 1tahun 7bln beberapa hari lepas... makna kata ia merupakan tempoh terpanjang saya 'kekosongan' haha! apakah makna kekosongan tersebut?ia berkait rapat dgn status mak buyong... hehe... sejak tempoh 5tahun (lepas kawen) bila anak2 paling kecik berusia 1tahun dan ke atas sila berhati2... kemungkinan 'double line' bakal muncul semula... :P

Dah sangat terasa anak-anak dah makin membesar... ammar pun kalau siang hari tuh xdakla nak berkepit sangat dgn ummi cuma kena awasi dia sebab sangatlah explorace... dah perangai susah tidur dia masih lagi menten... ammar tak boleh tidur terlalu awal sebelum pukul 9-10malam sebab nanti mesti dia akan terbangun tengah-tengah malam ajak ummi main... kalau buat2 tidur nanti, dipanjatnya ummi sampai terbangun... bila la kamu nak ok ni duhai puteraku?hari2 pening kepala ayah nak bagi kamu tidur sebab ayah banyak kerja kena setel waktu malam... kalau anak-anak ada memang tak dptlah nak siapkan kerja...kadang-kadang sampai lewat malam... ummi pun sama jugak... ni baru 3orang kan...

Memang nampak sangat banyak hikmahnya di situ anak kami dah tak menambah lagi dalam tempoh terpanjang ini sebab rasanya banyak perkara yang perlu distabilkan dulu termasuklah tahap kesihatan diri ini... orang cakap, kasi beranak je bagi setel dulu baru fikir nak kurus ke apa...tp bagi saya pregnancy juga memerlukan berat badan yang baik, tahap kesihatan yang stabil barulah kita enjoy the moment dan juga anak yang lahir insya allah sihat... jadi saya perlu berdiet dulu dalam tempoh 5tahun ini... hehe :P harap-harap tuh mencapai sasaran... banyak culas je faizah nehs... ada beberapa meals da ganti oat ya allah hazebedahnya nak menelan oat... tambah hirisan pisang emas tuh pun ala-ala je la... berpeluh nk telan oat... apsal la oat ni xbest eh?nak-nak oat yg rolled tuh... memang kaw2 rasa tak sedap enak dia tuh... demi nak sihat konong2nya ku gagahi jugak... cuma workout je belum bermula... sport shoes masih cantik dlm kotak... haha! seriaun en.suami bertanya nanti sebab arituh beriya bukan main nk beli sport shoes... malam-malam buta lepas en.abg balik dari opis terjah kedai sukan... haha! macam lawak... tak menyempat je macam malam tuh jgk kau nk eksesais kan...

Padahal dah sebulan kot tak start lagi eksesais... huwaaa...  perlu kuat la 'will power' nak lawan segala anasir negatif yang bakal menggagalkan segala rancangan...

 

7.7.14

Tips, persediaan & pengalaman peribadi menyusu ketika berpuasa...

Bismillah wal hamdulillah... 

Kita berpuasa bukan sahaja pada bulan ramadhan, mungkin kita kena puasa ganti, puasa sunat dan sebagainya... di sini sy ingin kongsikan sedikit tips & persediaan berpuasa bagi ibu-ibu menyusu yang saya baca dan juga pengalaman saya sendiri sebagai ibu menyusu selama lebih kurang 4tahun... Sekiranya ada tambahan boleh bagi dalam komen ye... :)

Niat & Doa yang seiring

Sentiasa memperbarui niat kita sebagai ibu ingin menyusukan anak kerana ALLAH SWT. Yakin dengan rezeki ALLAH SWT beri untuk anak yg dilahirkan. Berdoalah sentiasa dengan doa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”


Konsep supply vs demand

Yang ni kira 1st priority kerana penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada permintaan. Banyak permintaan jadi banyaklah hasilnya insya allah. Kerapkan/tambah sesi penyusuan & sesi perahan agar stimulasi dapat dihasilkan. Lakukan beberapa aktiviti tambahan bagi menghasilkan stimulasi/merangsang penghasilan susu ibu seperti tambahkan sesi perahan pada waktu malam/sebelum sahur, tandem pumping (menyusu dan memerah secara serentak) atau teknik power pumping setiap malam selama 1-2jam. Rujuk SINI untuk teknik power pumping. Pengalaman saya mengenai teknik PP neh, jika diamalkan konsisten selama 1minggu mmg akan terasa production sangat-sangat bertambah... Mungkin sebelum teknik PP sekali pump kita dapat 5oz, selepas teknik PP selama seminggu insya allah akan bertambah kepada 6-7oz... bergantung kepada badan masing-masing. Minum air suam setiap sela masa sesi power pumping.

Tandem-pumping

Utamakan & banyakkan mengambil cecair dalam menu seharian

Utamakan menu makanan jenis sup, berkuah agar cecair di dalam badan dapat dikekalkan. En.abg selalu tak prefer makanan berkuah waktu sahur tapi bila saya terangkan keutamaan ini kepada ibu2 menyusu barulah dia faham... air/cecair adalah sangat crucial bagi ibu-ibu menyusu... Selain itu kurangkan makanan manis dan masin di mana ia dapat menarik keluar air daripada sel.

Secara automatik, ibu akan merasa haus setiap kali selepas menyusukan bayi oleh sebab itu pengambilan air/cecair adalah sangat penting. 

Sup adalah antara menu terbaik untuk ibu menyusu :)

Banyakkan minum jus buah... disamping banyak khasiat dapat juga membekalkan khasiat semulajadi pada buah-buahan. Bulan puasa sy suka jus tembikai dan oren... nyum3...
 
Pentingkan diet mengandungi protein berkualiti tinggi 

Ibu yang menyusukan perlu mengamalkan diet seimbang. Salah satu nutriens yang perlu dititikberatkan adalah pengambilan protein. Ibu menyusu perlu mengambil 2-3hidangan protein setiap hari untuk memenuhi keperluan diet sehariannya. Sumber protein terbaik adalah seperti daging, ayam, makanan laut, telur, keju, susu, yogurt, tofu dan sebagainya. 



Ambil milk-booster anda!

Setiap ibu mempunyai "milk-booster" yang berbeza... antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah seperti longan kering, kurma, lobak putih (jadikan sup sayur - insya allah susu tiba2 jadi 2-3x ganda!), halba/fenugreek, habbatussauda', cheese, soya dan sebagainya. Apa-apa pun "try-and-error" sebab setiap orang badan tak sama. Ouh milk-booster saya adalah halba/fenugreek, buah durian dan ayam goreng... insya allah lepas makan memang sampai tahap basah2 baju... alhamdulillah atas rezekinya. Ada yang mengambil rawatan hemeopathy untuk menambah susu badan. Apa-apa pun yang diusahakan semua bergantung kepada semakin konsep supply vs demand kembali. Kalau anda malas untuk memerah susu, malas untuk "direct-feeding" baby makan la apa2 pun tentu kesannya tidak seperti yg diidam-idamkan.

Sahur & berbuka dengan makanan berkhasiat 

Ibu menyusu memerlukan jumlah pengambilan kalori melebihi orang yang tidak menyusu. Oleh sebab itulah ibu menyusu perlu mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sewaktu sahur dan berbuka. Utamakan makanan yang mempunyai kadar indeks glisemiks yang rendah bagi mengekalkan tenaga, rasa kenyang yang berpanjangan. Walaupun anda berpuasa, tetapi anda kekal bertenaga serta tidak berasa cepat lapar.



Makanan sunnah

Amalkan mengambil kurma, madu, susu kambing dan sebagainya setiap hari. Madu juga merupakan antara sumber pemberi tenaga yang baik dan memiliki GI yang rendah (mampu memberi rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari). Makanan-makanan sunnah yang digemari Rasulullah SAW sudah tentu terbukti khasiatnya sejak berkurun-kurun dahulu disamping berkat yg diperolehi kerana mencintai apa yg dicintai oleh Rasul junjungan kita. Ia boleh jadi 1ibadat yang membawa keberkatan.


Supplements - menjana tenaga & kesihatan bagi ibu bagi melancarkan penghasilan susu ibu

Jika ibu-ibu yang menyusukan menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat kerana kesibukkan dengan aktiviti harian, boleh mempertimbangkan pengambilan supplements/vitamin bagi menampung khasiat-khasiat/nutriens yang tidak mencukupi.



Berehat dengan secukupnya

Berehat secukupnya agar badan merasa lebih tenang dan tidak tertekan. Tekanan dan keletihan boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Elak stress - banyakkan amalan rohani 

Stress di tempat kerja merupakan antara faktor penyumbang kepada kemeruduman pengeluaran susu ibu. Elakkan stress di mana jua anda berada dan perbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir, membaca al-quran, bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Elakkan bergaul dengan orang-orang yg berfikiran negatif & dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berfikiran positif!

Elakkan minuman berkafein & berkarbonat

Walaupun tiada bukti kukuh minuman berkafein dan berkarbonat mengurangkan penghasilan susu tetapi pengambilan secara berlebihan oleh ibu menyusu mungkin akan menyebabkan bayi anda meragam, sukar tidur dan sebagainya. Minuman berkafein juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat menghadapi dehydrate terutamanya pada bulan puasa. 



 

5.1.13

Die....T

Bismillah wal hamdulillah...

Haha :P oke gelak dulu sblm post pasai nehs... segan mak! sbb honestly sy bkn seorg yg sgt alert pasai diet, jg badan, jg makan itu ini... so hasilnya?sila jawab sndiri... tp ada hadith mengatakan "Perut punca segala penyakit" Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) bermakna apa yg kita mkn n minum seharian menyumbang kepada kesihatan tubuh badan... itu yg plg utama... tubuh badan kita ini anugerah ALLAH SWT yg wajib kita jaga sbg tanda kita mensyukuri nikmat kurniaanNYA... *insaf mode*

Bila nk diet ni?? haha! diri sndiri tanya pada sendiri... walaupun berat xbertambah mana pun slps bersalin (terima kasih allah swt sbb menjadikan sy ibu yg menyusukan anaknya!) tp berat ini masih tetap perlu dikurangkan sehingga mencapai berat ideal... mmg sejak azali lg la sy ni jenis berbadan berisi/gemuks kih3 =)) so mmg kena jg btol mkn... lbh sket mkn mmg badan akan naek dgn cpt... genetik kadar metabolisma rendah la kan?tp since breastfeed ni xdakla berat naek mencanak...menten je (walau overweight) tp at least xnaek walaupun mkn super byk~! 

Tadi ada tgk kt fesbuk, ada org jual pil herba utk diet... nama of kosh dirahsiakan... pil herba di mana diet tp xperlu kawal selera mkn n jumlah pengambilan makanan seharian... honestly sy xpercaya diet dgn pil2 diet bagai nehs... xpernah pun cuba sbb xminat nk cuba n merugikan duit rasanya... hehe... sy mmg bkn jns yg obses pasai "nak kurus" smpai sggup habeskan duit semata2 utk kurus... kita ni biarlah berilmu n cari infos sewajarnya if nk capai apa2 yg kita idamkan... bkn men percaya ja org ckp... *fikir2*

Walaupun sy ni bkn pakar diet/pakar pemakanan kita perlu tahu beberapa perkara asas utk capai target agar berat badan dpt dikurangkan... sy pernah praktis thn lepas di mana berat sy berjaya turun almost 10kgs... kiranya apa yg sy baca n cari tuh alhamdulillah betul n berjaya utk sy... sy xamik apa2 jenis ubatan pun... cuma amik ESP (Energizing Soy Proteins) bertujuan utk mengawal kelaparan melampau n apa fungsinya PROTEIN dalam diet? Protein berfungsi sbg bahan utk membantu pembinaan OTOT dalam badan... bukan LEMAK~! so dlm proses penurunan berat badan mungkin kulit2 akn menggeleber disebabkan lemak yg hilang jadi di sini fungsinya pembinaan otot... OTOT jg penting utk meningkatkan metabolisme dlm badan... oleh kerna bajet yg terbatas, sy just amik ESP je... lecthin catu2... so sy bergantung pada ikhtiar sndiri semata2... apa yg sy buat (PERINGATAN: ini just pemahaman peribadi n praktis sndiri je ye melalui pembacaan... bkn dari pakar...):

1) Jgn skip meal terutamanya BREAKFAST... 

2) Mulakan dgn kurangkan portion dalam setiap meal... makna kata contohnya lunch mkn 2senduk nasi sebelum ini so start dgn 1senduk nasi n pelan2 kurangkan kpd 1/2 senduk nasi... pastu sy start kurangkan lg smpai 2-3hari skali br makan nasi... so xdela azab nk tggal nasi terus... keyword adalah KURANGKAN~!

3) Jgn kerna nk elak nasi p amik mee atau pasta... lbh baek amik nasi dari amik mee okeh! nak2 mee goreng... kohhkoff... kiranya knowledge mengenai kadar kalori utk beberapa jenis makanan perlu jg diambil kira. Tapi xperlula kira dgn begitu teliti nilai kalori yg anda amik seharian satg serabot! last "OK fine! xpayah diet...letih mengira!!" T__T

4) Bykkan makan buah-buahan n sayur-sayuran if kita lapar... dari asik menda berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti etc... makna kata GANTIKAN bukan TIDAK MAKAN~! so keadaan LAPAR adalah perlu dielakkan dgn cara MAKAN! Lapar mana ada ubat selain MAKAN betul x?so mkn je tp alert dgn apa yg anda mkn... jgn bedal nasi je setiap kali lapar... macam sy skrg! hehe :P kalau rasa mcm mkn buah n sayur rasa mcm xleh gak ilang lapar, try oat pulak... n variasikan masakkan2 yg sihat! (kalu sempat...kalu bz dgn anak2 kkdg mmg xsmpt mkn! bila skali hadap...hamikkkk!)

5) Byk minum air... air penting utk sistem badan kita... org yg gemuk air bkn sbb air byk dlm badan sbb air kurang n toksin penuh dlm badan menyebabkan byk fungsi2 badan terganggu... sbb tuh jadi gemuks... kalu nk tau gemuk sbb toksin bila tgk leher n celah2 lemak kelihatan agak gelab... tuhla gemok toksin! 

6) Kalau ada masa eksesais! p gym ka bg yg duit xtau nk buat apa tuh daripada invest kpd menda2 xberfaedah... keh3 =)) teringinnya nk p gym.. jogging la free je xpyh bayaq apa... 15minit per session... kt umah mcm sy pun boleh... berlari sana sini dgn anak pun ok what... hehe...disamping maen2 dgn anak boleh eksesais!

So kesimpulannya bg sy (skrg tak diet sbb MALAS! nantilaa...haha!) xperlula invest byk2 sgt nk kuruih... apa yg sy blajaq dari sifoo terbaek yakni USTAZ HASRIZAL... dlm nk kurangkan berat badan apa yg pntg adalah DISPLIN! Jgn kata "Eh makanan sedap..esokla start diet lg..." NO NO NO... mmg azab sket sbrnya nk didik nafsu n selera makan kan????? T___T *teriak kuat2*

 

19.3.12

Entri berbaur...

Bismillah wal hamdulillah...

Bagi yg mengenali sy secara personal cam member keja, skola atau unibersiti sure tau bentuk fizikal sy mcm mana... hehe :D honestly sy bknlah org yg cantek... montel n demok itu adalah trademark sy ye... hehe :D sy xpnh langsung fikir nk diet bagai... biarla org nk ckp apa... sy mkn je apa yg sy rasa nk makan... smpaila thn lepas bila period sy jadi sgt weng smpai 3bln best fren itu xmenghadirkan diri... badan pun jd xsihat... sy ada gugel mcm2 infos n one of the reasons sbb apa period seorg perempuan itu jadi weng n bermasalah adalah kerna masalah berat badan... oh! sgt tragis rasanya masa tuh bila fikir blk... byk kesan negatifnya berbadan demok mcm ni ye... 

So start bln ramadhan lepas, sy buat 1program ala2 rencana diri sndiri... cam blur lak nk diet mcm mana sbb mmg xpnh diet kans... so amik kesempatan bln puasa ni la nk control mkn... memula mmg rasa cam xsanggup nk kurangkan kuantiti mkn, jenis mknan yg diambil, pengambilan H2O semaksimum mungkin yakni 1L = setiap 25kg berat badan kita... so kirala sndiri byk mana H2O sepatutnya kita semua ambil ye... ramaila jgk member2 pemberi smgt yg bleh join the club utk diet... termasuklah cik puan Huda... :) en.abg kureng memberi support sbb katanya xdak org teman dia mkn... haha! sy masak je makan tidak... so dia kata sgt xbest... ala bini nk diet pun xbleh kans.... utk kesihatan n kecantikkan dipandangan mata dia jgk.. I hate talking about D.I.E....T sbb mmg rasa nk mati... hehehe :D mmg org xpnh jg mkn gitula kot... men bedal ja apa ada dpn mata n apa yg sempat disumbat masuk mulut... asalkan sedap n kenyang! hati mau gumbira! :D


1st week try atkins diet mmg sgt2 menguji keimanan... sib bek masa bln posa so godaan tuh kurang sket... sy haramkan kaki sy utk jejak bazar ramadhan... huhu... so bg en.abg je p kalu dia nak pi... sy jg aisya kt umah konon2nya... n kalu bleh ari2 sy masak... sbb nk control jenis pengambilan makanan seharian.... seksanya hidup bila kita xleh nk jamah makanan yg kita suka hari2... 2-3hari skali br sy amik nasi tuhpun dlm portion yg sgt sedikit... dlm 1/2 senduk shj... lauk yg dibykkan... say NO utk minuman manis... masa tuh mmg hantu nescafe ais kans... so hari2 mmg tahan je la... nk minum pun minuman nesvita oat... tuh pun diambil waktu sahur... dgn 2kpg roti breakthrough, 1biji epal, H2O n kalu nk tmbh minum 1cawan oat nesvita... memula mmg susah nk sesuaikan diri tp lama2 okla... lagi rasa badan cerdas, drive dlm keadaan berpuasa pun rasa xngantok... btul la kan kalu makan makanan berat, rasa letihnya lebih... ngantok lg... so sy menten je menu sahur tuh... kkdg kalu rajin wat oat campur skit nasi dari beras faeza basmathi... campur sayur2, udang ke apa... walaupun kureng kesedapan dari menikmati sepinggan nasi dgn lauk2 enak tp dptla jgk mengenyangkan perot yg mmg sentiasa kelaparan ini -__-"

Pas almost 1month mengamalkan diet cenggini, tp tidak mengurangkan pengambilan H2O kerna dibimbangi kekurangan berat badan bkn kerna kurang lemak tp da dehydrated kerna kehilangan air dlm badan... sgtlah tidak baek utk kesihatan... berat kurang almost 6kgs dlm masa 1bln... 1pencapaian yg bagus... abah yg jrg2 jmpe guwe pun tego nmpak sy laen da sket dlm bln pose nehs... hehehe... tersengeh sendiri... ^_^ bila smpai syawal ja da xleh nk mkn byk2... sbb da biasa dgn menu cam tuh hari2... mkn byk ja mula rasa mengah... pelik la jgk... tp mkn ala kadar ja habuan merasa sbb plan diet blom lg selesai sbb berat idaman xsmpai lg... eheh... pas raya ja sy kena cirit-birit yg leh tahan truk... xtaula sbb apa mebi sbb mkn pelbagai menu... perot terkejut agaknya... pastu demam waktu mlm shj... anehla jgk dgn diri ini...bajet best fren sy yg da 3bln menghilang diri tuh nk menjengah agaknya... sy target hari raya ke-4 insya allah en.P akn dtg... tp xdtg2 jgk... aik laen mcm je... mula la gugel sana sini adakah kes org pregnant walaupun en.P da lama xdtg? pastu sy jmpa blog INI



Trus cam teruja nk baca pengalaman dia... kes dia sama cam sy... bila da mcm konfiden sket br sy bli UPT... trus je test... mmg besar kuasa allah swt... trus je +ve walaupun blur masa tuh... tunggu dlm 1-2hari tgk ada kuar brownish trus p jmpa doctor...doctor scan pun xnmpak lg... start dari situ la sy da kurang diet da... ksian lak si kecik ni xcukup mkn nti... heheh... tp berat xnaek pun makin turun lg adala... sbb sickness da mula terasa... kiranya start dari sy start diet n preggy almost 10kgs lost... huk3... cam xcaya lak... sickness kali nehs lbh truk compare to previous pregnancy... badan ringan, byk baju yg da sendat2 b4 nehs da leh sarung blk dgn baek ^_^ sonok kans bila lemak2 di badan da kurang sket... sket je ye tuhpun hati da berbunga2 riang~! tp xsonok bila xdak selera mkn... siap kena warded sbb kena Hypremesis... yakni morning sickness yg melampau diawal tempoh kehamilan... masa tuh br 12weeks... dok dlm ward doctor scan tgk baby menari2 pun da xdak perasaan masa tuh... cuma mampu mengucapkan alhamdulillah sy pregnant utk kali ke-2... oh! besarnya nikmat selera mkn itu ye... so jgn sia2 kan... mkn je la apa yg nk korg mkn tp ingat kena control kuantiti, jenis pengambilan makanan... jgnla smpai xmkn langsung... kang kena warded, penyakit len lak dtg... bg sy makan tuh penting apa... tp kena ada ilmu utk control mkn jgk... bkn men bedal je nk diet kans... tanpa ambil kira faktor nutrien n zat makanan yg diperlukan badan... sudahnya kita yg dpt sakit... 

Byk lak membebel... sbnqnya nk ceta pasai ketidaklaratan sy nk bawak badan sndiri yg makin memberat... elok2 je lost kgs pastu tmbh lg pulak... huk3..tp okla sy dpt lost kgs b4 preggy kans... xdakla kes overweight masa pregnant... nanti 2-3kali leh saspek GDM lak... cumanya concern cam mana nk diet pas beranak nanti... bf ni susah sket nk control n catu2 mkn... erm... harap2 dipermudahkan urusan la... dgn bz nk start semester study lg, anak da 2org, keje ulang alik cenggini... perghhh... rasanya double komitmen diperlukan... mg badan ini cergas n cerdas... xdak susah2 nk gerak sana-sini... kena jadi supermom! err...err..err... -____-"

   

12.8.11

Nasik vs Roti Gandum Penuh

Bismillah wal hamdulillah...

Time sahur sy mmg akn makan nasik walaupun 1/2 senduk... ada kot 2-3 kali xmkn nasik... pastu ada terdgr seorg staf dok sembang pasai menu sahur... dia mmg diet la... sblm ni dgr ceritanya badannya berisi skrg da mcm sedang2 je... so far so good... rupanya beliau berdiet... so ada terdgr dia dok nasihat seorg lg staf... dia ckp "waktu sahur jgn mkn menda2 berat mcm nasik. satg kita kena guna tenaga byk utk cerna makanan2 tuh sbb tuh kita cpt letih n lapar..." oh! tiba2 mcm terkedu dgn kata2 dia itu... so sy tros gugel pasai beberapa menu sihat utk sahur yg leh tahan lapar n tenaga pun menten je... skali ada seorg staf antar emel pasai menu sihat ramadhan... so da dpt idea utk sahur yg mudah n berzat...
Balik umah trus singgah kedai cari roti gardenia breakthrough... roti tuh merupakan roti gandum penuh... rasanya lbh krg roti gardenia plastik ijau.. cuma stock xbyk la sbb rasanya xramai yg suka roti tuh plus sedikit mahal... sama harga dgn roti gardenia butterscoth n choclate yg maha sedapp tuh... faizah, sila ucapkan selamat tinggal pada roti butterscoth ye T__T so sy pun bli roti breakthrough tuh dgn harga RM4.70 1buku roti... try mkn sahur pagi td... dgn 1biji epal with nescafe... drive pg tadi pun segar je... xdak ngantok2 mcm sblm nehs... masa sy mkn nasik... heran la jgk... waktu tdo smlm mcm besa je... pastu spnjg hari bertenaga je... smpai kul 12tgh hari masih terasa kenyang... lunch hour kalu ikotkan hati malas nk jalan g memana n kalu bleh nak lelap jap... tp td sy cergas je... jalan pusing2 beli mcm2 dlm keadaan yg cergas... xngantok langsong okeh! pelikkk yg amat... pastu time blk drive pun sama... siap stop2 bli udang la, sotong la... bli bahan2 nk masak lg... mcm org xposa pun ada gayanya...

Maka sy rasa btol la ckp staf itu kan? kiranya kita xguna byk tenaga utk cerna n proses makanan dats why kita tetap energize je smpai ptg... roti gandum penuh atau wholegrain tuh mmg kalu masuk perot mmg da cukup zat n nutriens sbb kandungan gandom tuh belum diproses... unpolished punya gandom.. kira insya allah yg terbaek besides bleh control kadar colestrol dlm darah... terbaek la roti wholegrain nehs... walaupun sgt xsedap tp khasiatnya hebat... try la sapa2 yg nk diet atau nk cari sumthing supaya hari2 anda lbh bertenaga :)



  

10.8.11

Diet Ramadhan - DO's and DON'Ts

Bismillah wal hamdulillah...

Healthy diet for healthy body

Having nutritious, well-balanced meals also helps to prevent constipation, indigestion, headaches and heartburn.

“These are common symptoms during this period because our metabolism tends to slow down. Having lots of fruits, vegetables and cereals are important to alleviate the problem.

The important thing is to eat healthy and choose a wide variety of nutritious foods from all of the food groups.

Nurul Aizah recommends children take lots of fluids after breaking fast to prevent dehydration.

“Fruits are also good because they contain a lot of water content. This will also help to prevent constipation and rev up their metabolism,” she says.

Pemakanan yg seimbang, cukup nutrians boleh mengelakkan dari masalah2 kesihatan seperti heartburn, headaches, indigestion dan sebagainya. 

Start the day right

A nutritious breakfast is important because it can provide the energy to last for several hours during the day. And, if you think you can have just about anything you want, think again ….

“A doughnut, for example, provides a quick rush of energy but it lasts a short while. It is best to avoid such foods. Refined carbohydrates or fast-digesting foods last for only three to four hours. It is best to have a balanced diet of foods that contain complex carbohydrates, proteins, fats and minerals,” she says.

Consuming complex carbohydrates, or slow digesting foods at Sahur (Ramadan pre-dawn meal) is better as they last longer, resulting in less hunger during the day.

These complex carbohydrates are found in foods that contain grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, wholemeal flour and unpolished rice.

Wholemeal bread, high-fibre cereal, milk, yogurt, scrambled eggs, cheese and fruits are good breakfast options because they won't make you lethargic and children perform better in school. In fact, these foods give them more energy to last the day.

Adding chopped nuts, raisins or other fruits to cereals makes it tastier and helps in digestion as well. Dates are one of the best things to have because it is high in fibre, iron and contains lots of minerals.
“For Muslims, it is the 'complete' food, so it should be taken regularly,” she says.

Though fried rice and nasi lemak are favourites for a morning meal, Nurul Aizah recommends taking these in small quantities. She recommends including proteins such as fish, chicken and milk in the diet.

“Nasi lemak and fried rice are allowed if you take them in moderation but most people like to add heaps of oily curry and meat which is really not good when fasting,” she adds.

Children who like noodles can indulge in noodle soups as well, as long as it is home cooked and not the processed ones.

According to Nurul Aizah, children should also try to have on a daily basis:

Fruits and vegetables: Two servings each.
Dairy: Two to three servings.
Bread, cereals and grains: Three to seven servings.
Meat: One to two servings.
Variations in serving sizes reflect children's different body sizes and activity levels.

Foods to avoid

“Try to avoid giving children spicy food, chips and crisps, carbonated drinks, coffee and tea, as well. These will make them more thirsty and irritable,” she adds.

She says it is also good to avoid ice or fizzy drinks because these can inhibit normal digestive function.

“It depends on the individual. Some people do not have any adverse effects after taking icy drinks while others tend to suffer bloating and other digestive problems,” she explains.

“The diet in Ramadan should not differ much from the normal diet that one has every day. However, it should be kept simple,” she says.

Watch out for salty foods as well. Salted fish (ikan masin, ikan bilis) , salty crackers and chips are best avoided as they can make you very thirsty.

Fast foods that are high in fat and salt are not encouraged as well. They should be taken in moderation, perhaps given as treats once a week.

What about fried foods?

“Sure, they are tasty, but they are not good for you. They are high in fat. Try to grill, bake, steam or boil your foods more often,” she advises.

Nurul Aizah says it is important for children to sustain a normal weight, neither losing nor gaining too much during Ramadan.

“If one is overweight, Ramadan is a good time to try to normalise one's weight,” she says, adding that children who are obese should take the advantage to discipline and restructure their diets.

Fried foods, spicy curries, sweets and too much sugar can cause health problems for children and should be limited during Ramadan.

“Spicy curries and sour food can cause indigestion, heartburn and gastric when you break your fast so it’s best to avoid them altogether,” she explains.

Giving children foods rich in fibre such as wholewheat bread, hummus, beans, fruits and healthy juice can alleviate this problem.

Ramadan bazaar food

One of the attractions during Ramadan is the food stalls selling a variety of popular foods and drinks. When the fasting month begins, food stalls and bazaars are seen mushrooming around different parts of the city displaying a variety of delicious local food for Muslims to break their fast.

Nurul Aizah warns parents against succumbing to the temptation to buy all these foods.

“Be careful when buying food at the stalls because they may not be hygienic. Children may succumb to infection, leading to other health problems,” she says. Try to eat home-cooked meals because food displayed at the roadside are not very healthy for children. Watch out for the stalls that sell drinks as well, as water used to make the drinks may not be boiled or clean.

Nurul Aizah emphasises that children do not become malnourished during Ramadan and parents need not worry about it.

“Children should learn to fast because it is good training and it actually inculcates good eating habits,” Nurul Aizah concludes