Showing posts with label faizah's baking stories. Show all posts
Showing posts with label faizah's baking stories. Show all posts

27.1.16

Resepi cheesetart munggil dan montok...

Bismillah wal hamdulillah...

Amboi tajuk sudah pun terasa mengiurkan...pewiitt... sorry la makcik surirumah ni memang suka kongsi resepi-resepi buat ingatan sendiri dan orang yang memerlukan... 

Sebenarnya 'cheesetart' ni dah lama jadi 'viral' kan? Saya mula rasa 'cheesetart' masa 'order' kat seorang 'baker' staf UNIMAP kalau tak salah tapi 'baker' tuh orang Melaka... mula rasa terus jatuh cinta... 'order' sebab saja nk bagi mertua dan mak abah rasa... Pastu 'repeat order' lagi untuk 'celebrate' besday mak abah tahun 2010 kot masa lepas bersalin aisya... mula dari situ belajar buat sendiri... resepi 'of course' ceduk dalam 'internet' je... sampai saya buat bisneslah juga 'cheesetart' ni dan menjadi 'hot items' juga... sampai sekarang orang masih suka 'cheesetart' tapi dah jadi 'viral' pulak sejak dua menjak ni dengan versi yang sedikit berbeza yakni 'cheesetart' yang gemuk/montok tengok pun geram kekdahnya...haha! :D

Saya suka tengok 'cheesetart' yang ya ampun gebu, montok, gemuk naik membuak-buak tapi dia tak mendap selepas sejuk... haa itu terbaik! Resepi yang saya buat sebelum ni memang naik elok tapi lepas sejuk dia mendap sikit...memang tak syok la tengok rupanya... Jadi adala gugel dan cari beberapa tips dari otai-otai gane nak hasilkan 'cheesetart' yang sebegitu rupanya... Tengok pun dah terliur...ke laot habis segala azam dietku... :(

Ni contoh 'cheesetart' gebu gebas, munggil...i loikee... sumber: Gugel
 Resepi 'so far' lebih kurang sama yang membezakan tuh cuma tips... saya dah cuba malam tadi nampak gayanya menjadi cuma perlu lebih praktis!

Resepi creamcheese tart

250g cream cheese
70g gula aising
Esen vanilla/perahan lemo - 1sudu kecil
2-3sudu besar - telur yang telah dikocak

Cara-cara:

1- Keluarkan creamcheese dari 'chiller' terus potong-potong kecil dan putar dengan gula aising tanpa menunggu 'creamcheese' tersebut lembut terlebih dahulu...
2- Putar hingga gebu dan berkilat ye, lepas tuh masukkan esen vanilla dan telur.
3- Terus putar sebati. Jangan pukul lama sangat, takut adunan terlebih cair...
4- Terus 'pipe' masuk dalam 'tart shell' 
5- Jangan lupa panaskan oven masing-masing ikut kesesuaian oven ye... saya cuma pakai suhu dalam 170c gitu hanya dengan masa 5-7minit pembakaran je... jangan lama-lama nanti creamcheese 'over cooked' mana dia akan merekah. Tengok ala-ala lapisan cheese dah tak melekat pada jari ok cukup dah.

Siap 'topping' nutella dengan parutan cheddar cheese

Belum letak topping...munggil dan montok kan?ekeke :P

Bila 'creamcheese' tuh banyak daripada bahan-bahan lain terutamanya telur dan seumpama yang lain memang rasanya lebih gebaboom rupanya... penuh rasa 'cheese'. 'Rich of cheese' gitewww... memang tak boleh kedekut 'cheese' la kalau nak sedap :D


 

28.9.15

Pembikinan japanese crispy cream puff setelah 2tahun tidak membikin...

Bismillah wal hamdulillah...

Minat tak semestinya kita pakar dalam bidang tersebut betul kan? Dah 2tahun++ rasanya saya dah 'resign' dari bisnes baking yang sekangkang kera itu... walaupun tak pakar tapi dalam proses menambah ilmu dan pengalaman. Lepas tuh terstop terus sampai la ke saat ini... nak 'baking' untuk makan-makan sendiri pun dah tak sempat... kalau teringin 'order' ja kat member-member yang buat bisnes baking tak pun terjah 'Najah Bakery'. Macam-macam kek sedap-sedap ada...

Kadang-kadang teringin jugak nak membaking sebab masih lagi ada minat... bukan nak makan sangat tapi teringin nak buat. Lepas tuh mula la bagi kat orang sebab tak ada sapa nak makan...sob3... en.abg jenis tak suka manisan n kek-kek ni... kek yang dia boleh terima pun 'Victoria Sandwich Cake' sebab katanya tak manis sebab ada rasa masam-masam strawberi compote tuh... Jadi next projek 'baking' suka-suka saya adalah VSC. Insya allah semoga berjaya...hihi :P kalau beli kek saya n anak-anak je la yg habiskan... dia tengok je...kalau tinggalkan dalam fridge pun tak bersentuh... jadi saya jugakla yang tolong habiskan... sebab tuh yang kembang setaman haha! semua makanan tak habis mak yg tolong habiskan...dah tuh acane? Taknak membazir hehe :D (alasan!)

Ok banyak merepek! Saya nak 'share' resepi yang kawan saya share dari seorang bakers jugak. Boleh 'search' kat ig @sugarysofeanadine. Saya rasa baker ni area kelantan. Kalau tak silapla... dia 'share' resepi JCCP ni kat ig dia sebab dia dah taknak ambil 'order' JCCP. Tak tau la kenapa. Tapi saya dah cuba resepi yang dia 'share' tuh dan alhamdulillah memang totally menjadi... Kalau korang baca dan fahami 'steps' yang sugarysofeanadine ni 'share' memang mudah dan senang difahami. Kalau ikut 100% insya allah JCCP memang menjadi dan sedappp... :D

Japanese Crispy Cream Puff (Credited: sugarysofeanadine)

Sable (1st time saya kenal JCCP 'topping' yang 'crispy' tuh saya kenal dengan nama 'Pai Shuu Crust'. Saya tak sure pulak nama sebenar sebab saya bukan orang jepun...hehe :D)

150g butter (sejukkan dan potong kecil)
150g gula perang
175g tepung gandum

Cara-cara membuat 'sable' atau 'Pai Shuu Crust':

1- Masukkan semua bahan dan putar dengan 'mixer' dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi doh yang sebati. 
2- Keluarkan doh ke atas 2keping 'baking paper' kemudian 'roll' sehingga doh menjadi leper dengan ketebalan 3mm sahaja. 
3- Letakkan dalam tray dan masukkan ke dalam freezer

Choux Pastry

150g butter (kalau nak sedap 'make sure' pure butter bukan buttercup atau marjerin)
160g air
200g susu segar
15g gula castor
7g garam (kalau pakai unsaltted butter)
200 tepung gandum (ayak dan ketepikan)
300g telur

Cara-cara membuat 'choux pastry':

1- Panaskan oven pada kepapasan 200 darjah celcius (bergantung kepada oven masing-masing. Kalau ikut oven Morgan saya ni, memang terlebih panas. Kalah arahan cakap 200c saya akan kurangkan jadi 190c gitu)
2- Griskan dulang serta alaskan dulang dengan 'baking paper'. Ketepikan
3- Satukan butter, air, susu segar, gula dan garam dalam 'saurcepan' serta letakkan di atas api dengan kepanasan maksimum (api besar). Apabila semua sedang mendidih secara pantas masukkan tepung yang telah diayak secara cepat dan serentak. Maksudnya jangan masukkan sikit-sikit tapi masukkan terus ke semuanya secara serentak.
4- Lepas tuh secara pantas lagi kacau adunan yang telah dimasukkan dengan tepung gandum tadi sehingga sebati menggunakan senduk kayu. 
5- Perlahankan api dan adun sebentar adunan menggunakan senduk kayu beberapa minit sehingga adunan menjadi bola besar.
6- Masukkan adunan ke dalam mangkuk pengadun, serta buka pada kelajuan sederhana untuk mengeluarkan wap/kepanasan di dalam adunan tersebut. Biarkan beberapa minit sehingga tiada lagi wap/asap yang keluar dari adunan.
7- Pukul sedikit telur. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Setiap kali anda masukkan telur pastikan adunan di adun sehingga sempurna untuk masukkan telur seterusnya. Ulang langkah ini sehingga telur habis. 
8- Pukul lagi beberapa minit sehingga adunan nampak berkilat dan sempurna. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair (runny). Just nice! (Note: saya pernah cuba beberapa resepi ada yang agak keras dan susah untuk 'creampuff' tersebut nak 'puff' secara cantik. Ada yang terlalu cair dan susah creampuff hendak dibentuk. Tapi jika follow resepi ni insya allah akan dapat 'result' yang sempurna dengan syarat guna 'pure butter' instead of 'buttercup' atau marjerin. 
9- Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar yg telah digris serta dialas 'baking paper'. Nak mudah boleh guna 'piping beg'. 
10- Jarakkan setiap 'creampuff' lebih kurang 1-1.5inci sebab nanti creampuff tuh akan membesar lebih kurang 2kali ganda
11- Gunakan 'cutter' berbentuk bulat atau petak untuk cut 'sable' yang kita dah 'roll' atas 2keping 'baking paper' tadi dan masukkan ke dalam 'freezer' then lepas potong (macam buat biskut raya bentuk bintang, love,bulan segala bagai tuh). Boleh letakkan ke atas adunan 'creampuff' yang kita dah 'pipe' atau sudukan awal tadi.
12- Masukkan ke dalam 'oven' yang telah di 'preheat'. Kalau oven ada kipas boleh pasang kipas
13- JCCP ni bagi saya kena jaga selalu sebab 'topping' dia yg terdiri daripada 'brown sugar' itu memang cepat hangus padahal adunan 'creampuff' belum cukup masak lagi. 
14- Jika 'topping' dah nampak keperangan gelab boleh 'off' api atas. Guna api bawah sahaja untuk teruskan pembakaran 'creampuff'. 

Sekian, terima kasih... :D jom layan gambaq...


Ni adunan 'sable' atau 'pai shuu crust' sebelum roll atas baking paper. Lupa pulak nk snap gamba sable ni selepas proses rolling tuh
Nampak tak kat atas tuh topping dia ataupun 'sable' atau 'pai shuu crust'

JCCP with kastad filling



Memang elok je naik dan crispy kat atas... saya suka JCCP! hehe




 

24.8.14

Merindui hobi...

Bismillah wal hamdulillah...

Pasrah... bila tgk balik page yg sudah terbiar sekian lama... Faizah's Baking Stories... rasanya sudah 1tahun lebih meninggalkan kerja separuh masa kesayangan saya sebelum sy mula serius dgn bisnes Shaklee pulak... kedua2nya adalah "baby" kesayangan sy... sy bermula dgn titik peluh sendiri sehingga boleh dikatakan ramai jg mempercayai produk dari Faizah's Baking Stories... Boleh la kan walau tak tidak sehebat nama2 tersohor tanah air dan juga di perlis seperti najahbakery, d'melati bakery dan sebagainya... tp sekurang2nya sy sgt minat membaking dan ada yg suka dgn air tangan sy... 

Sy dah plan nk attend kelas baking lg... yelah skill xberapa best lg... tp tuhla mengenangkan anak2 yg perlukan perhatian ummi, ummi tangguhkan dulu tak tau la sampai bila nak2 si ammar yaser nehs... xsangka la ALLAH SWT nak uji dgn baby yg sgt clingy nehs... hehe :D 24jam asik nk berkepit... dah tuh acane nk baking? haha! xpelah nak ummi redha asalkan kamu membesar sihat, jadi budak bijak, taat pada perintah ALLAH SWT dan RASUL, mendengar nasihat yg baek... itu jelah yg ummi harapkan walaupun terpaksa gendong kamu ke hulu ke hilir skrg... munkin ada hikmahnya... sudah 7bulan++ keadaan ini... redha dan pasrah :) ALLAH SWT adalah sebaik2 perancang dan penentu... 



 

12.7.14

Tidak berkesudahan... my favorite ever!

Bismillah wal hamdulillah...

Apa yang favorite sangat tuh? Haha :D yezza... si baldu merah... rasanya ada kot 2-3entri kat blog ni yg sy tulis mengenai "kegilaan" saya mengenai red velvet... 1st time saya makan si baldu merah ni masa kat ofis lebih kurang 2-3tahun lalu... ada anak salah seorang staff kt situ yg buat katanya... kira 1st time sy tgk kek warna merah... macam terkedu kejap! tp da tahu dah nama RV = red velvet cuma xpernah tgk real apatah lagi merasa... 2-3tahun lepas xdakla rajin nk baking n amik tahu hal2 baking nehs... minat! tp dek kerna bz dgn kerja... sibuk ulang-alik jauh 1jam sehari nk baking tuh mmg kirim salam lah... berbalik pada RV tadi, bila 1st time saya rasa red velvet yg staff tuh bawak mmg terus blacklist lah RV... haha! bukan salah si baldu merah! ekeke :P

Dalam hati masa tuh... "Apa yg best sgt dgn red velvet ni?tak sedap langsung! keras, padat sgt kek dia, rasa terus out! nak menghabis 1slice pun ya ampunnn... berkerut2 dahi dibuatnya... mmg tak leh nk terima tekak lah..." start dari situ mmg tak teringin langsung nk makan red velvet... apatah lagi nk buat... heran aku apasal la mahal keknya padahal xsedap? Lepas sy resign n start menceburkan diri dalam dunia baking sikit2... sy tgk ramai bakers yg buat red velvet... katanya mmg hot seller lah RV ni... eh yaka?nantilah nk try buat... lepas tuh dpt tahu kak najah bakery buat RV tiap2 hari... kira trademark dia kt perlis ni... RV cuppies dia mendapat sambutan hangat terutamanya kt kolej matrikulias, UNIMAP kiranya kawasan yg ramai students IPT... sy pun terus terjah umah kak najah sbb kak najah ada buat fast sale setiap hari... 1st time rasa macam terkedu kejap! apasal berbeza bebenor dgn yg sy rasa 2tahun lepas?? RV kak najah fluffy, lembut gebu je... cream cheese frosting RV kak najah paling terbaik yg menjadi heroin kepada RV cuppies tuh... rasa mmg complete! 

Terus sy macam cuba dgn gigih buat n belajar buat red velvet... nk pi kelas dah tak termampu dgn baby yg fully-bf... nk belajar kt kak najah, kak najah cakap RV xleh belajar sbb da jadi macam resepi rahsia la bagi Najah Bakery... ala... nyesal tak pi kelas kak najah awal2 dulu kan... skrg dah tak leh belajar resepi rahsia... haha! xpalah... banyak lg cara boleh belajar... godek internet, siap beli buku... dan resepi pertama yg saya cari adalah red velvet! 

Ini latest red velvet cake yg sy buat...sebelum ni banyak buat versi cupcakes sahaja... alhamdulillah mendapat feedback positif... :)

Buku resepi pilihan...


Terhasillah red velvet cake 6-7inc 2layers
Special gift for my shaklee's customers today... alhamdulillah kebetulan... mengancam sgt warna dia... geram pulak tgk! :D
 

16.4.14

Menyemperit~!

Bismillah wal hamdulillah... 

Kisah semperit ni bermula sejak 1-2minggu lepas...tekak ni rasa teringin sgt nk makan kuih semperit... padahal belum musim raya lg... resepi semperit pun dah xingat... rasanya last buat semperit adalah 2tahun lepas... pastu dah xbuat2 dah... semperit ni lagend la... celik2 mata da ada kuih semperit... 

Kisahnya kuih semperit smpai teringin (blame the hormone...teringin semperit ni pas injection depo tuh la... haha!) pastu gugel2 pelbagai versi resepi... sy amik resepi Mat Gebu sbb macam best... 1st time cilok sebijik2 tp rasa dia mcm xkena dgn anak tekak... terlalu rapuh, terlalu kuning (mebi byk sgt tepung kastad) n cepat pecah... sy lebih suka yg keras sikit n xmudah berderai... pastu rasa dia kekal tradisional xdak la rasa mcm susu2 ka... oh! sy xsuka semperit versi rasa susu tuh...

Setakat ni dah buat 3adunan semperit... dari 1resepi ni tp diolah2 ikut rasa anak tekak... ditambah n dikurangkan kuantiti bahan...pastu sy try n error jenis bahan... contohnya butter - ada yg sy guna pakai marjerin diasy, buttercup, farm cow, anchor...nti nk try pakai butter SCS lak... butter SCS xtry lg... oh! ada seorang makcik dok jual semperit kt kampung sy mmg sedap btoi semperit dia...murah jek dia jual 50pcs = RM18... murah kan?pastu siap xlokek nk share ilmu n ajak p belajar buat semperit kt umah dia...tp tuhla sy xsmpt nk pi tuntut ilmu...apa yg sy dapat dia bgtau dia xguna pun butter mahai2... dia just campur buttercup dgn marjerin biasa jek (planta, diasy etc) yg dah tentu murah dari butter mcm anchor n SCS... tp rasa dia menten sedap jek... :) ikut selera masing2 la kan...

Dari resepi mat gebu tuh sy kurangkan kuantiti tepung kastad n tepung jagung n lebihkan tepung gandum... baru kena dgn selera sendiri... ;) n warna pun xdakla kuning over sgt...

Ni 1st version arituh copy paste resepi Mat Gebu... bubuh chocolate rice sbb ceri merah xda... :)
Ok done utk biskut raya tahun ni... kira da jmpa resepi xpayah kalut2 nk buat nanti...skrg buat utk kudapan2 kt umah... amboi bkn maen kudapan2 semperit...ekeke :P membulat la aiii...

 

29.3.14

Passion...

Bismillah wal hamdulillah... 

Bila kita minat sesuatu mesti kita akn berusaha utk buat apa yg kita minat... walaupun xdakla pakar tp apa salahnya kita belajar n terus belajar untuk menjadi lebih pakar... itu satu kepuasan :)

Masa pregnant aisya n amira sgt rajin masuk ke dapur, masak n baking macam2... masa amira la paling obvious smpai boleh bukak bisnes baking kecil-kecilan selepas bersalin amira sbb byk sgt praktis baking kan... hehe :P org cakap kalu rajin masak ni anak lelaki...tp kuar perempuan jgk pun... masa pregnant ammar yg malas tahap xbleh blah... masak pun malas apatah lagi baking... tgk mixer n oven pun rasa nk muntah...haha! horror sgt kannn... memula plan nk close kejap jek bisnes baking (Faizah's Baking Stories) selepas habis fasa alahan nk teruskan...tp siyes xdak jiwa nk baking... pegang tepung rasa lain mcm serba salahnya...da ke laot semua minat masak n baking...waduhh kronik gak rasanya...n teruslah close smpai beranak...

Dah lepas pantang ni ingat nk teruskan niat tp macam agak ada kekangan n halangan bila da ada anak kecik2 nehs... ammar agak cranky di awal kelahirannya skrg da day 75 (kot?) macam slow2 nk stabil...da ok tidur siang n malamnya... kkdg buat hal jgk asik nk org duduk dekat dia je... bkn nk menyusu pun tp saja je nak ummi dok pegang2 dia... itu budak baru nk masuk 3bln dah pandai demand...huhu... tangan mula la gatai nk baking balik...ok fine hormon makin stabil balik..siyes gatai tgn nk mencuba itu dan ini... baru nk praktis skill baking sikit2... sempat buat bread pudding larut malam... haha! sbb buat ni masa ammar xtdo malam dulu jadi utk mengurangkan rasa mengantuk baking smbil dukung si ammar... kohhkoff...pastu buat red velvet pulop... kena praktis lg... plan nk attend kelas tgk keadaan mcm mana... :) doakan smg sy dpt teruskan passion sy utk baking ini... xkisahlah utk teruskan bisnes ataupun macam mana... 

My red velvet... habis sebekas ni... en.abg mkn sikit selebihnya binik dia habeskan... dah nama hantu RV... hehe
Love portion RV untuk adik2 di kuantan :)

 

29.10.13

Business baking?mahu diteruskan lagi?

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni dpt msg lagi... ada la dpt beberapa msg dari regular customer n customer baru bertanyakan mengenai business baking yg dah 5bln terkubur dek kerna tuan tanah xda kudrat nk meneruskannya buat sementara waktu... sy mmg minat baking... rasa release tension kalu dpt baking... pastu mkn... best lak...hehe :D tapi...

Sejak disahkan pregnant anak ke3 mood membaking ke laot sudah... start dgn morning sickness sy da close order buat sementara waktu... ada yg merayu2 mntak penuhi order terakhir sebelum close order... xsangka pulak, bakers cikai mcm sy nehs ada peminat tersendiri...hehe :P tp mmg siyes xleh nk baking da arituh so xdptla nk penuhi permintaan customer itu... kira dia return customer... nk order pavlova utk majlis makan2 kt opis dia... sorry dear... xmolah kualiti pavlova tuh xbest pulak kan...org bayar, kena la buat yg terbaek... sbb tuh sebelum apa2 terjadi better sy tolak awal2... pastu dpt msg dari member yg selalu order swissroll guwe... dia peminat tiramisu swissroll... selalu je order every weekend... siap tnya "bila nk buka order balik?nk order swissroll nehs..." ahha! mmg xda jawapan tetap utk persoalan itu... nk try gak baking tp mcm da agak kekok pulak lama da xpegang mixer bagai... arituh p kedai youhin (jual brg2 baking) tgk harga da naik byk tidak seperti 5bulan lepas melopong kejap haku... agak2 kalu diteruskan business hobi ini mcm mana ye?mmg kena run together la kot... shaklee n baking... shaklee sbg memberi modal...hehe :D agak xbapa yakin lak dgn harga brg mencanak naek mcm tuh, kita ni baker kecil-kecilan jek... kkdg tuh xamik untung apa sgt... dahla baking ni 1keja yg perlukan fokus, komitmen yg tinggi, penat lg nk membaking, dgn anak2... fuhhh... mmg byk fikir... kalu dlm keadaan badan letih kkdg mengganggu performance jgk... hilang fokus... 

Tadi dpt lg msg dari seseorg yg tidak dikenali... dia dpt no fon dari sumbody yg pernah menjadi customer sy... tnya sy boleh buat kek apa... buat masa ni kek shaklee jek sis! hehe :D xdela jawab cenggitu just blur kejap... xreply lg msg dia...esok2 la sbb rasa xda jawapan lg setakat ini... ada gak niat dihati nk teruskan tp belum cukup keyakinan di dada... ingat nk kena p kelas dulu kot baru refreshing sket segala skill... ok2 kita p kelas la dulu tgk mcm mana... kalu ada rasa nk teruskan business nehs kita teruskan since ada yg bertanya...ingat ka xda yg minat...hehe :D alhamdulillah... tuh org ckp rezeki kan... mcm kita tgk, kedai makan mcm melambak2 ja zaman skrg, tp setiap kedai mkn tuh ada customers dia yg tersendiri... pernah tepu ke business kedai makan nehs walaupun menu sama? sy rasa mcm tak... selera setiap dari kita pun xsama... :) setgh org suka cara kita masak, setgh org suka cara org laen masak... tekak laen2... yakin dgn rezeki dariNYA... OK jom ushar2 kelas baking yg best... wahhh ketaq tgn lama xpegang mixer...ekeke :D

 

7.5.13

Dilema menerima tempahan...

Bismillah wal hamdulillah...

Sedih sbb my Faizah's Baking Stories agak kesuraman... sy terpaksa menolak byk sgt order atas sebab2 yg xdpt dielakkan... 22hb/5 nanti member nk balik dari Ireland nk order 100pcs mini pavlova 100pcs JCCP tp terpaksa jugak sy tolak (mungkin) walaupun agak sedih n dlm dilema... alhamdulillah dpt byk sambutan terutamanya pavlova mini... repeat order pun byk... terima kasih kpd yg tak jemu2 menempah dari saya...

Terkadang terima tempahan smpai 3-4jenis yg byk sbb ada event kt umah mmg sy da xleh nk terima... dulu masa si kecik amira baby lg boleh la dia blom aktif n asik tdo je kan... aisya xpa bisa diatur~! skrg ni mlm kul 11-12mlm baru boleh start masuk dapo... masa tuh energy level tggl 20-30% je lg...kkdg kalu order byk terpaksa stay up smpai subuh... tskkk... mmg rasa nk collapse je...siang pulak amira kkdg aktif double tripple dari biasa...so perlukan energy yg maksimum utk mengawasi dia... dgn kakak aisya yg mntk perhatian... ok fine anak2 sgt perlukan sy jadi sy perlu kurangkan sikit masa utk berbaking... demi anak2...kesian gak kkdg terabai tak terlayan sbb sy penat amat n xleh nk fokus layan setiap seorg... rasa bersalah sgt2 bila termarah, aisya jatuh, amira tergolek... huhu... smpai sy akn ckp "ok fine.... ummi xamik order byk2 dah sayang..." smbil pujuk2 anakanda yg sdg nanges teresak2... T_T emosi seorg ibu kot... normal la tuh anak2 tgh belajar berdikari, tgh belajar bertatih adakalanya terjatuh... si ummi ni kalu boleh xnak bg anak jatuh... -___-"

Sy minta maaf kpd yg kecewa terpaksa tolak 2-3kali... bkn sengaja sbb tarikh yg direquest order da penuh...sy pula ada quota setiap order... skrg mmg xamik overlimit takut tak mampu n kualiti produk boleh merosot... biar sikit asalkan berkualiti ye dop? :D skrg sy cpt letih, cpt mengantuk... pls blame the hormone... hehe... wallahu'alam... kita smbung next entri... hehe

2beradik belum gosok gigi da ngap apam polkadot ummi buat...hehe
Sebelum mandi pun sempat buat mcm2 aktiviti...
Siap sempat memasak lg naa... amira da slim sikit sbb makan memilih...
Birthday girl esok~! 8mei2013... da nk masuk 3thn...alhamdulillah...

 

2.5.13

Extra Large Pavlova & Extra Shaklee Stocks...

Bismillah wal hamdulillah... 

Semuanya extra... sapa xmau extra oiitttt... semua mahu kan?so kena la extra jgk usaha, doa n tawakkal ye... hehe ;) to advice utk diri sdnri... eceli sy nk cerita pengalaman sy membaking pavlova extra large nehs... ni blom mampu nk buat pavlova mcm ala2 wedding cake yg sis irma buat... mmg kagumsss...  cer tgk stake pavlova ala2 wedding cake... cuns sgt2...

Cantik n kreatif tak? yg plg penting pavlova dia buat mmg btul2 nmpak crunchy2 gitu...mmg mengiurkan....
Lantas sy pun menghasilkan 2layers extra large pavvy dgn harapan nk crunchy2 cenggini gak... bg sy itulah perfect pavlova... wallahu'alam org laen sy xtau...sy xsuka pavlova yg lemau dalam dan luar... haha! sorry to say... rasa bukan mengunyah pavlova tp mengunyah gula2 kapas shj... hehe ;)

Ini first time buat pavvy saiz extra besar 2layers... (sy baru beginner...cenggini la ye...) saiz lbh krg 11-12inc setiap disk pavlova... jejoms layan pic...

Saya suka bila ada crack sikit2 mcm nehs...siyes crunchy...
Whipping cream perisa strawberi...
Nyum~!
Pastu bila customers da mai pick up order masing2, dgn cik mek molek 2ketoi ni baru nk mandi... huru-hara sat umah...bersepah dgn nasik berterabur, amira buat perangai asik nk berdokong, kakak aisya nk makan... mak oihhh...sapa kata WAHM ni byk releks??sapa kata mai habaq??? smpai tahan kena call hsband blk sat lunch hour tlg handle jap sbb nk masak perut da lapar...ummi lapar xpe tp kakak ni lapar kesian pulak... 

Pastu tiba2 org citylink mai umah... oh! rupanya stok Shaklee ku sudah tiba... lai lai lai jom order lekaihhh... baru 2jam stock smpai pakat book dah stok ESP... now ESP sume da booked... mlm satg nk COD... alhamdulillah en.abg sudi membantu... harap2 dipermudahkan sgala urusan kami... ameen ya rabb :) doakan daku ye kawan2...

Oh...nk tayang apam comel order pagi td jgk...hehe... :D

Apam polkadot mix fillings (kiwi, strawberry, blueberry, choc)
Apam polkadot mix fillings (kiwi, strawberry, blueberry, choc)
Stok Shaklee baru smpai...kalut je si amira nk membukak kotak... ya allah, aktif sungguh si kenit nehs...
Packing stok utk COD malam nehs... alhamdulillah...
 

 

4.4.13

Terkadang...

Bismillah wal hamdulillah...

2-3hari nehs terasa jem kepala otak... fikirkan sumthing utk majukan diri, majukan apa yg sdg sy usahakan... ye3 sy tau usaha sy tidak sekuat org laen sbb fokus utama sy adalah anak2 n family... ttp terkadang sy rasa sedikit 'down' bila melihatkan org laen sgt mudah utk berusaha majukan apa yg mereka suka... huhu... knp sy susah sgt yea? ish xbaek merungut kan? bukan merungut cuma ingin meluahkan rasa... peluang n rezeki setiap dari kita mmg tak sama... allah swt da tetapkan ikut kemampuan n daya usaha masing2...

Terkadang, rasa mcm penat sgt... penat dgn rutin yg bermacam2... mak selalu ckp "biasalah bila ada anak kecik...sementara anak2 nk bersar..." buatlah secara seiring n sekadar mampu... "Jika xmampu buat semua jangan tinggal semua..." sy pegang kata2 ini... hadith nehs... sy hanya manusia biasa... terkadang ada rasa 'down'nya diri, terkadang rasa semangats n gembiranya diri... bersilih ganti... sy hanya mampu membaca zikir nabi yunus sebyk2 mungkin agar dpt keluar dari kekusutan ini... rabbi yasseer wala tu'asseer... juga menjadi peneman... ya allah kuatkan diri ini... terkadang hambaMU ini cpt sgt melatah, terkadang hambaMU ini ingin mengadu kpdMU, terkadang hambaMU ini terasa sgt lemah... cuma ingin memohon dan merayu kpd TUHAN yg satu... dengarkanlah ya allah... KAU kuatkanlah hati dan iman ini... agar sntiasa meletakkan kebergantungan hanya kepadaMU.. ameen...

 

3.4.13

Seorang jutawan...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak dua menjak ni seronok dpt dekatkan diri dgn para jutawan n usahawan berjaya... alhamdulillah.. tak terfikir pun nk jadi seorg usahawan... masih cuba utk memulakan langkah... nk jadi seorg usahawan jg memerlukan ilmu secukupkan serta cas2 n aura2 positif dari org2 yg berjaya n org2 yg sntiasa berfikiran positif... 

Bila kita buat sumthing yg kita minat mesti kita akn buat bersungguh2... namun begitu sy xnafikan mesti ada cabaran2... biasalah bukan mudah nk berjaya... kkdg sy down n kkdg mood sy up... bila anak2 cranky melalui fasa peralihan tahun n bulan time tuhla mood sy down... huhuhu... bkn nk ckp anak2 ni penghalang tp kena fokus 200% kepada anak2 yg sdg membesar... kalu anak2 da besar n da p skola dah xpala...ada masa utk fokus bisnes bila anak2 p skola... sy masih ada anak yg menyusu badan sepenuhnya, anak yg sedang petah berckp n aktif amat... mmg memerlukan perhatian sy sbg ibu mereka... jd sy amik peluang sket2 if ada masa terluang... 

Bila td dok sembang2 dgn seorg usahawan bakers berjaya yakni kak najah (Najah Bakery) rasa mcm energized sgt nk ikut jejak langkah dia... dimulakan dgn nk p menuntut ilmu baking dari beliau... sy da berkali2 p beli kek red velvet n toffee caramel cake dari beliau yg available setiap hari sbb kak najah buat fast sale... sy la antara pelanggan tetapnya... haha! da tau buat kek pun p beli kek kat org laen ka??ramai yg tnya...awat xbuat sndiri je?eh serius laen kak najah punya RV nehs... kalu letak kt kedai makan ka, kedai2 runcit ka konfem sold out~!!! sgtla unik n sedap rasa RV kak najah... tuh baru RV... toffee caramel kek pun terbaek... rasa mcm nk borong je hari2... haih xfikir ka gula naek dalam darah... haha :))

*Psst... lapaq pulak RV kak najah nehs...*

RV kak najah... sedap sangats... (sumber: Najah Bakery)
Carrot cake mini... sedapp amat jgk! (Sumber: Najah Bakery)
Toffee Caramel Cheesecake terbaekkk... (Sumber: Najah Bakery)


 

28.3.13

Teladan..

Bismillah wal hamdulillah...

Kisah teladan ini adalah utk renungan n muhasabah diri sy yg serba kekurangan terutamanya... kepada yg sudi membaca mg kisah ini juga menjadi teladan buat anda... mana yg baek kita jadikan teladan n mana yg buruk kita jadikan sempadan... paparan isu ini bukan bertujuan n aibkan mana2 pihak, tetapi sebagai kisah yg boleh dijadikan "reset minda" buat semua... guna words Prof. Dr Muhaya... hehe... :D suka sgt dgn words n statements yg sntiasa berbaur positif... mmg jadi follower tetap fesbuk dan twitter beliau...

Ok berbalik pada kisah teladan yg sy cuba nk memuhasabahkan diri di sini adalah berkaitan dgn dunia perniagaan... aisehhh... ala2 da maju sgt la ko punya perniagaan tuh... wakakaka :)) xkisahlah maju ke tak, besar ke tak perniagaan n atau apa kerja sekali pun kalu tak dimulakan dgn niat yg baek n betul serta IKHLAS mmg perkerjaan kita itu akn menjadi sia2... kalu kita niatkan dgn betul serta IKHLAS insya allah apa shj pekerjaan yg kita buat akn jadi amal ibadat... btul x? *muhasabah diri btul2 faizah....* contohnya kalu nk berbisnes bkn semata2 nk dpt untung, glamer atau apa2 shj yg bersifat duniawi n sementara, tp berbisnes nehs sbb nk tolong family, nk dptkan rezeki yg halal, nk ikut sunnah Rasulullah SAW, nk dptkan redha ALLAH SWT itu yg plg penting... 

Selalu je org ckp org 'melayu' nehs kalu berbisnes maju sket, femes dah mula la menunjukkan belang dgn tidak menjaga customers... sy ada gak hadapi situasi begini... ada kot 2-3kali pas da frust dgn serbis depa nehs mmg tobat xpi dah la...walau hebat mana pun produk depa tp kalu customer service drop rasanya mmg xperlu kot berhubung dgn mereka... biar mereka dgn customer2 mereka yg hebat2... yg boleh bg depa untung ribu-riban... yg boleh bg depa kata2 pujian... yg boleh bg depa populariti seantero dunia... nk tgk lama mana depa dgn 'kehebatan' mereka itu... bukan dengki... tidak sekali2 malah kita ni kalu boleh nk tolong bisnes 'org2 kita' org melayu islam... sanggup je walaupun mahal sket... tp kalau dah customers serbis mcm hampes, fikir2kanlah... 

Sy ada dpt 2-3komen dari beberapa bakers kt area2 kedah dan perlis nehs... bakers yg mmg tgh meletops jgk... sy xtau la sejauh mana kebenarannya... kisah2 yg depa dok cerita kt sy yg sy KENA JADIKAN TELADAN UTK DIRI SENDIRI...

1) Bakers ni mmg hasil tgn dia the best... sy mmg tak nafikan...tip top... tp dia ikut mood... bak kata kawan sy nehs, if mood MALAS dia mai mmg dia buat ala kadar je... nak2 kalu order mende2 yg murah, simple n sikit... wallahu'alam... sy pun xpasti just org tuh shj yg cerita ttg kekecewaan dia...

2) Bakers ni jgk fames n tip top... dpt customers ribu2 jgk setiap hari... mmg salute dgn bisnes dia tp 2-3kali customers pm/sms/wassap dia buat tak layan je... kalu 1-2kali boleh tahan lg tp berkali2 dah... pehtuh customer tuh ckp, dgn org laen dia boleh pula reply komen bagai kt fb... erm... 

Kiranya ada 2kisah yg lbh krg mcm ni la yg selalu sy dengar... my 1st impression adalah bakers yg sudah mendapat nama n tempat dlm masyarakat mesti SIBUK! Sgt bz menyiapkan tempahan yg sgt byk setiap hari n dgr kata jgk salah seorg baker tuh da amik pembantu dah... kira 1tindakkan yg bijak... sy tak rasa depa saja2 ja xmau layan customers at the first place... mungkin tak menang tgn... berbaek sangka n bg dia peluang lg... jgn cpt membuat andaian sblm menyiasat n mengetahui keadaan yg sebenar...

Sy ni pun walaupun order suam2 kuku je pun tp bz sgt lah... kkdg reply lmbt cpt2 mintak maaf... dgn anak tak terlayan.. mmg masing2 ada tugas n keadaan life yg berbeza2... kita xleh nk expect jgk kkdg... so cuba berbaek sangka... itu shj yg sy dpt ckp... TAPI... bg side bakers atau org yg menjalankan perniagaan itu, cuba sedaya upaya utk tunaikan request customers... at least jwb call/sms/wassap/pm fesbuk... walaupun lewat 1-2hari... huhu... tp cuba jgkla amik masa sblm tdoq ka reply sume pm/sms/call... kalau bz xdpt nk entertain bgtau sesiap kt wall fb ka... just let them know... jgn diam xbg respond apa2... org kkdg xphm nak2 yg xpnh run bisnes... so depa xleh nk imagine kesibukkan org2 berniaga tak tentu masa nehs... kkdg tdoq pun xsempat... ni bg org yg 200% komit dgn perniagaan dia... mmg siyes sibuk... apatah lg org yg da well-known cenggitu... rasanya setiap masa kot dpt order... baking nehs bkn boleh dok tensen2 satg mai angin stress nk baking apa pun xjadi... haha! itu saya la... sy perlukan mood yg baek utk membaking... enjoy, happy dan tidak terburu2... sbb tuh seeloknya order 2-3hari b4 nk pick up... kkdg tuh ada gak yg jenis nak order 3-4menda...skali nak esok pg... trr..trr..trr... terpaksa mintak maaf n tolak order tersebut... stok brg nk kena cek bagai... nk rancang n plan nk baking tuh... xtaula... itu cara sy...xdela terus masuk dapur ok BAKING SEKARANG! dgn ada anak kecik mcm saya mmg kena plan btul2... nk plan waktu tidur depa lagi... wahhh... bkn 1kerja yg mudah... :)

Harap2 kita dpt membantu perniagaan org2 kita... bumiputera islam... mg maju hendaknya... org kata win-win situation... bg pihak customers berpuas hati n bg pihak bakers dpt perform the best n IKHLAS'kan niat... 

Nak tayang UPGRADED my Light Snowy Cheesecake... :) alhamdulillah dpt improve skit2... (bila nk p kelas baking ni faizah oiiiiiiiiiiiiiiii... huwaaa)

Light Snowy Cheesecake for my in laws... alhamdulillah... manage utk buat yg ni walaupun tgh migrain panas... haha!
Sedap n rasa cheese yg light lagi menggoda... heeeee ;)


 

27.3.13

First attempt~!

Bismillah wal hamdulillah...

Sy takut n xdak kekuatan nk buat cheesecake sbb bg sy cerewet~! takat snowy cheesecake tuh biasalah sbb pakai kek sponge je pun...luaq ja cover dgn creamcheese... 1st cheesecake yg sy pnh buat adalah japanese cotton cheesecake... tuhpun sbb xbyk karenah... sepatutnya org bakar kek keju (cheesecake) ni dgn cara water bath... tp haku men bakaq ja kek JCC ni gitu je... sib bek menjadi...hehe :P tp kalu nk lg best n lembut haruslah bakar secara water bath/bain marie n seumpamanya...

Org smpai p kelas nk belajar teknik2 buat cheesecake n apa2 kek dgn cara btul...aku apa kes nk p kelas???haha! berlagak?takkkk... sbnrnya teringin tahap dewa dah... tp byk halangan... sempat p demo class je arituh tuh pun smbil xsenang duduk...kelas blom dismiss sy da cabot dulu... smpt rembat hasil demo arituh sudaaaa... haha! :D sib bek yuran rm100 je...mau kelas makan beratus2 tak rugi ke kalu men cabot awal cenggitu?da bapa kali da pm kak najah nk p personal class, tp sy je yg asik tertangguh2... nk tggu amira besaq la kononnya...sudahnya dana yg disimpan terguna... melepas! T_T

Off topic kelas baking... sy nk try buat manggo cheesecake... ntah sbb dok tgk mangga/pelam NANG DOK MAI byk sgt kt perlis skrg... perlis kan terkenal dgn mempelam2nya... biasalah dkt dgn thailand... tuh xpi danok, thailand lg tuh... mcm2 lg ada kt sana... fresh2 kt pasar dia... sy pun buat la manggo cheesecake ni slow2... mula dgn based guna digestive biscuits pastu esoknya baru buat lapis cheese... sepatutnya lapis cheese tuh better kena tunggu 24jam atau semalaman sblm dikeluarkan dari loose based pan dia... tp mlm td jgk sy xsabar2 nk kuarkan... sib bek da mengeras tp agak lembut... pg td baru da btul2 keras... tuhla kan! tak sabaq sgt... smpai xleh tdoq nk tgk hasil chilled manggo cheesecake pertama sy! alhamdulillah menjadik! walaupun NO BAKED cheesecake tp sedapp... en.abg da mintak2 utk mkn... nyum3... aisya pun mkn sedap je tgk... yela sejuk2 kan... mcm aiskrim pun ada :D

Ni la pelam DOK MAI... 1kg - RM7... boleh tahan harga dia...
Da siap topping... puree mangga+kiub mangga+agar-agar
Malam td tak sabar nk potong n kuarkan dari loose based pan...agak lembut waktu ni...
Pagi td potong mkn sbg breakfast da perfek keras cantek... kena tunggu semalaman jgk :)



 

21.2.13

Si merah yang seksi~!

Bismillah wal hamdulillah... 

Eh seksi ke warna merah?haha! ntah sy rasa warna merah sgt mengancam n ada gak aura seksi... hehe :) sy b4 ni xdakla suka sgt dgn si merah nehs...apakah si merah? red velvet la... pehtu, ramai member2 bakers siap p kelas lg nk belajar buat rv yg terbaek... haku hanya search2 resepi kt tenet jek... pehtuh, teringin la nk try rv otai baker kt perlis nehs yakni kak najah... org ckp rv kak najah superb! kak najah selalu wat fast sale, so slalu je la ushar fb kak najah... tgk2 kemarin kak najah buat fast sale n termasuklah si rv nehs... 5pcs = rm13... terus ha bgtau en.abg nk p pdg.nyu arau nk pick rv... xsabaq nak rasa!!!

Tak sempat smpai umah da balun 2ketol rv... aisya pun join dlm keta tp aisya mkn cream cheese jek -__-" mak oiii sedapp btoi la rv kak najah... cream cheese frosting dia tuh mmg terbaek! bila rasa je, rasa nk lagi dan lagi dan lagi... tanpa rasa jemu... hehe ;) patutla sume org nk berguru dgn kak najah... mmg sedap la air tgn kak najah nehs... marilah membooking kelas kak najah ye faizah~! tp rv kak najah kering sket org ckp rv ni sepatutnya moist... ntahla... bg sy sokay je kering ke moist... as long as sedappp... n warna dia xdakla semerah seperti yg Nano idamkan itewww... hehe :D warna xpa na... asalkan rasa tip topp~!!!

Jadi kt sini sy nk share latest resepi rv yg sy cuba... sedap n moist... sy xsure tekak org laen mcm mana... oh! yg best sbb warna dia sgtla seksi... hehe :D ke'seksi'an warna merah rv ni bergantung kpd kuantiti pewarna merah ke? jenis n kualiti serbuk koko ke? anyone yg tau??sy rasa both... tanpa berlengah masa marilah kita.... oh sy amik resepi dari blog Persona Cinta Cida De'Nuanza... byk resepi best kt sana... gambar pun cantek2 sume... menguirkan..rasa mcm nk try sume resepi kt blog dia... hehe ;)

Resepi red velvet cupcakes - Buku Kek Cawan tulisan Lynn Hassan

250g tepung halus (superfine flour) - sy guna tepung rose/tepung kek
1tsp baking powder
2tsp serbuk koko
50g walnut cincang - sy guna almond grounds
113g mentega tulen
150g gula castor
1tsp esen vanilla
2biji telur

Buttermilk

240ml susu cair - sy guna full cream milk anchor
1tbsp pewarna merah
1tsp cuka

Cara - Campurkan susu dgn cuka. Biarkan 10minit kemudian campurkan pewarna merah

Tambahan

1tsp cuka
1tsp baking soda

Cara-cara:

1) Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan
2) Pukul mentega, gula dan butter sehingga gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji kemudian sambung pukul sehingga adunan kembang
3) Masukkan buttermilk berselang-seli dgn tepung yg diayak tadi
4) Dalam bekas lain, satukan bahan2 tambahan dan tunggu sehingga buih habes baru masukkan ke dalam adunan
5) Timbang adunan ke dalaman cawan kertas bernombor 12. 60g setiap satu. Bakar selama 23minit pada suhu 170c
6) Siap dihidangkan! eh jgn lupa cream cheese frosting.... ehhe ;)

Ini hasil rv yg sy buat... n cc tuh adalah resepi rekaan~! kih3 :D

5pcs red velvet!