17.5.16

Alhamdulillah... akhirnya...

Bismillah wal hamdulillah...

Sebenarnya saya memang suka makan 'sandwich'... nak-nak lagi 'sandwich' ala-ala subway yang healthy... letak 'chicken grill' dan salad banyak-banyak lepas tuh guna 'wholemeal bread' lagila mengancam jiwa dan raga... lepas tuh 'plan' nak buat bisnes 'healthy lunch box' pakej dengan 'defused water' lagi haha! berangan sangat kans... tapi setelah ditimbang tara mungkin bukan masanya lagi nak buat 'delivery' untuk 'healthy lunch box' tuh... bahan-bahan boleh tahan mahal jugak dah alang-alang 'healthy' haruslah cari segala mak nenek yang lebih bersifat organik... yang organik ni faham-faham sajalah... mau 1set kena jual RM10 jugakla... ada ka orang yang berminat area perlis ni... hehe :D rasanya ramai yg suka makan nasik daging bakaq lagi kot dari salad, wrap, sandwich, epal gitu ja...keh3... 

Ok fine lah...kita buat 'sandwich' biasa-biasa sahaja dulu... sebagai permulaan... setahun dah kot 'plan' nak buat... tanya idea macam-macam orang semua menghampakan... macam susah je nak jual 'sandwich' ni... saya tak 'prefer' jual sandwich ni secara 'delivery' sebab kekangan saya dengan 3ketols, nak hantar ambik depa tadika dah jadi beberapa hal dalam 1hari... nak 'delivery' ni kena 'punctual' la kan... tak boleh nak lari berejam2 dari masa yang dijanjikan... adeh banyak sangat fikir sampai jem kepala... sudahnya sampailah ada seorang 'member' bagitahu dia buka 'cafe' kecik area kolej kediaman, 'office', bilik kuliah UNIMAP... Saya macam 'ting!' terus ada mentol atas kepala... macam menarik nak meneruskan projek tertangguh saya... saya pun 'request' nak tumpangkan 'sandwich' dekat 'cafe' dia... sebab dia pun jual makanan berat, yakni nasik dan laksa... hari 1st nak jalankan misi masya ALLAH sampai tak nyenyak tidur... haha! 1st time kot nak berniaga secara harian cenggitu walaupun bukan kedai sendiri... fikir macam-macam... kalau tak laku macam mana? tak habis jual macam mana? mesti sedih?membazir, tak balik modal? Redah je kan... 

Lepas subuh dah jalankan misi sediahkan 'sandwich' untuk hari pertama buat 15set je dulu kawan saya tuh cadangkan... 15set pun semput mak! Dengan ammar memang la sangat jeles tengok ummi kusyuk dekat dapur dia pun buat perangai nak nyusu, nak makan, nak mandi, nak berak! Dah janji dengan kawan nak hantar pukul 10pagi sebab kedai dia bukak 11pagi... kelam kabut 'packing' semua 15set sandwich... tak cekap lagi buat kerja kan jadi terkial-kial lagi... setel 'sandwich' siapkan mandi ammar, suap makan semua zasss terus hantarlah...

Inilah dia 'sandwich chicken loaf blackpepper' saya... ni promosi hehe :D ada pengubahsuaian sikit ni... nanti nak tambah layer cheese dengan hanya berharga RM2~! Murah kan???? alhamdulillah hari pertama 15set sandwich sold out... happy sangat sampai tak leh nak lelap mata malam tuh haha! Poyos... ni perasaannya kan bila jualan yang kita penat lelah usahakan habis terjual... syukur rezeki untuk hari pertama... Esok sambung misi hari ke-2... masih tak boleh baca 'pattern' kegemaran student, staff di situ... kena 'try and error' :)

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D