11.10.15

DIY topeng muka...

 Bismillah wal hamdulillah...

Syukur ya allah, segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan sekalian alam... rasanya berakhir sudah musim jerebu di bumi Malaysia tercinta. ALLAH SWT masih sayangkan kita, masih ada orang-orang soleh yang mendoakan keamanan Malaysia, dan ALLAH SWT sayangkan mereka. Kita yang penuh dosa dan noda ini hanya menumpang karamah mereka... siapalah kita ALLAH SWT nak pandang... :(

Susah hati sangat bila memikirkan bacan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Malaysia kian meningkat hari demi hari... berikutan pembakaran hutan secara berleluasa di Jambi Riau Indonesia (betulkan saya jika salah tempat) tapi yang saya terbaca begitulah. Dek kerna kerakusan manusia yang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan, sanggup meletakkan kesihatan dan nyawa manusia pada risiko yang tertinggi. Sukar untuk dihadam akal fikiran manusia yg waras sebenarnya. Tapi itulah yang terjadi. 

Kesian nasib penduduk Riau, ada yang meninggal dunia gara-gara terkesan dengan debu dan asap daripada pembakaran hutan tersebut. Yang berisiko tinggi tentulah kanak-kanak dan orang tua kerana sistem imun mereka masih ditahap lemah. Pendek cerita kisah pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran oleh syarikat-syarikat yang mengusahakan kebun-kebun di Riau dan beberapa daerah Sumatera mengambil jalan mudah. Tujuan untuk jimat kos bagi menggantikan tanaman sedia ada dengan tanaman baru iaitu just BURN IT! Tanpa memikirkan nasib penduduk sekitar yang berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan seterusnya membawa kepada kematian. 

Kesian nasib mereka, Malaysia pun turut dapat kesan. Bacaan IPU mereka mencecah 1000-2000 ha!! Kita ni yang mencecah ratusan pun dan sesak nafas rasanya, pedih tekak, sakit hidung, sakit kepala semua pakej... Budak-budak pun ramai yang demam, selesema n batuk. Tak kurang yang kena jangkitan paru-paru sampai warded! Kat mana la perikemanusiaa yang bergelar 'manusia' ini? Konfem memang takada rasa belas ehsan...

Ok punya panjang berjela bebel pasai jerebu. Sakit hati okeh! Kita as parents mestila risau keadaan anak kita. Nasib aisya dapat cuti 2hari gara-gara bacaan IPU dan mencecah 100++ masa tuh which is bacaan TIDAK SIHAT. Risau betul dah masa tuh memang perintah berkurunglah semua anak-anak... pintu n tingkap semua tutup. Pasang kipas n ekon je lah... budak-budak kan tak suka terperap dalam rumah, memang ummi buntu idea nak create aktiviti kat 3ketols ini agar terisi masa terperuk dalam rumah ini... Alhamdulillah dalam masa 1minggu ja bacaan IPU dah kembali normal... hujan turun setiap hari... Rasa lega syukur tak terhingga waktu tuh... 

Sempat la ummi DIY topeng jerebu... haha! gigih gugel tutorial. Kalau nak ikut, topeng jerebu pun ada standard piawai tersendiri. Topeng DIY ni pun kalau nak ikut tak boleh sebab tak boleh nak tapis debu dan segala mikro-organisma berbahaya dalam udara yang disebabkan oleh jerebu. Kena gi beli kat farmasi. Eh bukan 'surgical mask' tuh yang kaler hijau n putih ye... itupun sepatutnya tak bagus dan tak efektif... 

Kena pakai mask yang diiktiraf oleh NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia). Ia mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer....takpala tak mampu lagi nak beli mask mahal-mahal jadi ummi DIY je dulu na... at least ada benteng sikit walaupu tak totally efektif... ada panduan memilih dan memakai topeng jerebu. Boleh baca SINI untuk maklumat lanjut. Topeng yang dimaksudkan adalah N95 (macam model handset NOKIA 1ketika dulu sebelum ada 'smartphone' hehe)

Ni pola topeng DIY saya tuh... simple sangat. Saya rasa semua orang boleh buat.

Tara siap!
Close up... tema hello kitty lagi...ramai PM nak order... sorry tak buka untuk order ya... ni saja suka-suka untuk anak-anak. Kot terdesak kena keluar rumah musim jerebu arituh pakai je la...
Kak long aisya eksaited nak pakai mask!

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D