Bismillah wal hamdulillah...
Kisahnya sangat banyak lambakan kotak Shaklee kat dalam bilik stor. Sebahagian sudah dileperkan dan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. Tapi bila semakin banyak, encik abang cakap kena la buang kot sebab dan banyak sangat penuh dah bilik stor kecik tuh...
Tiba-tiba Ting! gitu idea ini datang... tapi fikir jugak 'possible' ka kotak je pun nak jadi 'organizer'? Terus 'google' ada ja orang buat... lagi pun kualiti kotak Shaklee terutamanya kotak kecik-kecik ni memang bagus. Kotaknya tebal dan kenyal... Macam playwood pun ada... Jadi teruskanlah misi membuat 'organizer' ini... Barang-barang 'craft' saya pun dah berlonggok-longgok tak tersusun. Nak mencari hazab la jugak sebab main campak-campak je dalam kotak n plastik... Sangat tak terurus sebab itu perlukan 'organizer' ni...
Aisya nafisa tengok ummi susun n pelekat-pelekat kotak macam ni dia kata ummi nak buat bilik hotel untuk barbie doll dia... haha! Sungguh tinggi imaginasi mu aisya... hehe :P nantilah ummi buat bilik hotel ka, rumah banglo ka untuk doll tuh ya...
Kotak-kotak yang dah siap disusun dan digam... |
Bersedia untuk dibalut... 'wrapping paper' beli sikit jadi tak cukup... saya suka tema 'stripes' :) |
Siap yang belum 'complete' sebab ada 'compartment' yang belum berbalut |
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D