28.9.15

Pembikinan japanese crispy cream puff setelah 2tahun tidak membikin...

Bismillah wal hamdulillah...

Minat tak semestinya kita pakar dalam bidang tersebut betul kan? Dah 2tahun++ rasanya saya dah 'resign' dari bisnes baking yang sekangkang kera itu... walaupun tak pakar tapi dalam proses menambah ilmu dan pengalaman. Lepas tuh terstop terus sampai la ke saat ini... nak 'baking' untuk makan-makan sendiri pun dah tak sempat... kalau teringin 'order' ja kat member-member yang buat bisnes baking tak pun terjah 'Najah Bakery'. Macam-macam kek sedap-sedap ada...

Kadang-kadang teringin jugak nak membaking sebab masih lagi ada minat... bukan nak makan sangat tapi teringin nak buat. Lepas tuh mula la bagi kat orang sebab tak ada sapa nak makan...sob3... en.abg jenis tak suka manisan n kek-kek ni... kek yang dia boleh terima pun 'Victoria Sandwich Cake' sebab katanya tak manis sebab ada rasa masam-masam strawberi compote tuh... Jadi next projek 'baking' suka-suka saya adalah VSC. Insya allah semoga berjaya...hihi :P kalau beli kek saya n anak-anak je la yg habiskan... dia tengok je...kalau tinggalkan dalam fridge pun tak bersentuh... jadi saya jugakla yang tolong habiskan... sebab tuh yang kembang setaman haha! semua makanan tak habis mak yg tolong habiskan...dah tuh acane? Taknak membazir hehe :D (alasan!)

Ok banyak merepek! Saya nak 'share' resepi yang kawan saya share dari seorang bakers jugak. Boleh 'search' kat ig @sugarysofeanadine. Saya rasa baker ni area kelantan. Kalau tak silapla... dia 'share' resepi JCCP ni kat ig dia sebab dia dah taknak ambil 'order' JCCP. Tak tau la kenapa. Tapi saya dah cuba resepi yang dia 'share' tuh dan alhamdulillah memang totally menjadi... Kalau korang baca dan fahami 'steps' yang sugarysofeanadine ni 'share' memang mudah dan senang difahami. Kalau ikut 100% insya allah JCCP memang menjadi dan sedappp... :D

Japanese Crispy Cream Puff (Credited: sugarysofeanadine)

Sable (1st time saya kenal JCCP 'topping' yang 'crispy' tuh saya kenal dengan nama 'Pai Shuu Crust'. Saya tak sure pulak nama sebenar sebab saya bukan orang jepun...hehe :D)

150g butter (sejukkan dan potong kecil)
150g gula perang
175g tepung gandum

Cara-cara membuat 'sable' atau 'Pai Shuu Crust':

1- Masukkan semua bahan dan putar dengan 'mixer' dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi doh yang sebati. 
2- Keluarkan doh ke atas 2keping 'baking paper' kemudian 'roll' sehingga doh menjadi leper dengan ketebalan 3mm sahaja. 
3- Letakkan dalam tray dan masukkan ke dalam freezer

Choux Pastry

150g butter (kalau nak sedap 'make sure' pure butter bukan buttercup atau marjerin)
160g air
200g susu segar
15g gula castor
7g garam (kalau pakai unsaltted butter)
200 tepung gandum (ayak dan ketepikan)
300g telur

Cara-cara membuat 'choux pastry':

1- Panaskan oven pada kepapasan 200 darjah celcius (bergantung kepada oven masing-masing. Kalau ikut oven Morgan saya ni, memang terlebih panas. Kalah arahan cakap 200c saya akan kurangkan jadi 190c gitu)
2- Griskan dulang serta alaskan dulang dengan 'baking paper'. Ketepikan
3- Satukan butter, air, susu segar, gula dan garam dalam 'saurcepan' serta letakkan di atas api dengan kepanasan maksimum (api besar). Apabila semua sedang mendidih secara pantas masukkan tepung yang telah diayak secara cepat dan serentak. Maksudnya jangan masukkan sikit-sikit tapi masukkan terus ke semuanya secara serentak.
4- Lepas tuh secara pantas lagi kacau adunan yang telah dimasukkan dengan tepung gandum tadi sehingga sebati menggunakan senduk kayu. 
5- Perlahankan api dan adun sebentar adunan menggunakan senduk kayu beberapa minit sehingga adunan menjadi bola besar.
6- Masukkan adunan ke dalam mangkuk pengadun, serta buka pada kelajuan sederhana untuk mengeluarkan wap/kepanasan di dalam adunan tersebut. Biarkan beberapa minit sehingga tiada lagi wap/asap yang keluar dari adunan.
7- Pukul sedikit telur. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Setiap kali anda masukkan telur pastikan adunan di adun sehingga sempurna untuk masukkan telur seterusnya. Ulang langkah ini sehingga telur habis. 
8- Pukul lagi beberapa minit sehingga adunan nampak berkilat dan sempurna. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair (runny). Just nice! (Note: saya pernah cuba beberapa resepi ada yang agak keras dan susah untuk 'creampuff' tersebut nak 'puff' secara cantik. Ada yang terlalu cair dan susah creampuff hendak dibentuk. Tapi jika follow resepi ni insya allah akan dapat 'result' yang sempurna dengan syarat guna 'pure butter' instead of 'buttercup' atau marjerin. 
9- Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar yg telah digris serta dialas 'baking paper'. Nak mudah boleh guna 'piping beg'. 
10- Jarakkan setiap 'creampuff' lebih kurang 1-1.5inci sebab nanti creampuff tuh akan membesar lebih kurang 2kali ganda
11- Gunakan 'cutter' berbentuk bulat atau petak untuk cut 'sable' yang kita dah 'roll' atas 2keping 'baking paper' tadi dan masukkan ke dalam 'freezer' then lepas potong (macam buat biskut raya bentuk bintang, love,bulan segala bagai tuh). Boleh letakkan ke atas adunan 'creampuff' yang kita dah 'pipe' atau sudukan awal tadi.
12- Masukkan ke dalam 'oven' yang telah di 'preheat'. Kalau oven ada kipas boleh pasang kipas
13- JCCP ni bagi saya kena jaga selalu sebab 'topping' dia yg terdiri daripada 'brown sugar' itu memang cepat hangus padahal adunan 'creampuff' belum cukup masak lagi. 
14- Jika 'topping' dah nampak keperangan gelab boleh 'off' api atas. Guna api bawah sahaja untuk teruskan pembakaran 'creampuff'. 

Sekian, terima kasih... :D jom layan gambaq...


Ni adunan 'sable' atau 'pai shuu crust' sebelum roll atas baking paper. Lupa pulak nk snap gamba sable ni selepas proses rolling tuh
Nampak tak kat atas tuh topping dia ataupun 'sable' atau 'pai shuu crust'

JCCP with kastad filling



Memang elok je naik dan crispy kat atas... saya suka JCCP! hehe




 

2 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D