Showing posts with label menyusu dan berpuasa. Show all posts
Showing posts with label menyusu dan berpuasa. Show all posts

23.6.15

Ramadhan 1436 Hijrah...

Bismillah wal hamdulillah...

Marhaban ya ramadhan kareem... tahun ke-31 kehidupan saya melalui ramadhan :) tahun ke-6 sebagai seorang isteri, tahun ke-5 sebagai seorang ibu... tahun ni supposely kurang la sikit cabaran sebab dah tak dak baby kecik nak dirisaukan terutamanya soal breastfeeding... namun begitu baby besaq juga masih lg fully-breastfeed... hehe :D alhamdulillah ammar memang kurang menyusu di siang hari cuma kerap sangat menyusu waktu malam... sejam sekali memang timing dia mcm tuh... kadang2 membawa kepada 2-3jam...jadi bonus utk ummi dapat lelap lama sikit... ammar sudah pun menjangkau usia 17bulan (1tahun 5bulan). Jadi rekod pula bagi saya sbb tak conceive lg...hihi :D aisya umur 1tahun 4bulan saya dah pregnant amira, amira umur 11bulan saya pregnantkan ammar... skrg ammar dah 1tahun 5bulan, alhamdulillah belum lg pregnant... allah swt sebaik2 penentu...apa2 pun saya tawakkal sahaja kepadanya...

Jom flash-back pengalaman ramadhan:

2009 (baru 4bulan bernikah) - pregnant aisya...tapi alhamdulillah minggu last puasa baru disahkan mengandung... melepek lembik sebab dah start alahan...masa tuh 5-8minggu gitu...

2010 - aisya 4bulan, fully breastfeed tapi fully-pumping jgk... tinggal beberapa hari puasa sbb susu drop... huhu...sedih rasanya waktu ni sebab ilmu breastfeeding tak banyak... banyak sgt pengajaran yg sy dapat...

2011 - dah tak breastfeed tapi misi untuk mengecilkan badan... haha! start diet bulan ramadhan dapat lost 10kg...alhamdulillah...tapi hari ke-4 syawal mendapati diri ini pregnant kali ke-2... alahan yg sangat teruk sehingga admited

2012 - berpuasa sambil fully-breastfeed amira... alhamdulillah amira memang baby yg mudah dijaga walaupun kuat juga menyusu tapi malam xdakla bangun sejam sekali... 

2013 - tahun paling mencabar, mengandung ammar dan fully-bf amira juga... syukur pengalaman mengandung ammar mudah...tak dak alahan sangat... masa bulan ramadhan tahun 2013, dah 12weeks masu tuh...alahan beransur pulih

2014 - fully breastfeed ammar... ammar yg masih lagi dgn pe'el cranky dia n kuat menyusu...memang tak boleh langsung skip sahur...ada sekali terskip sahur terus xdpt puasa... 

2015- masih fully-breastfeed ammar...alhamdulillah lebih mudah sebab ammar kuat menyusu waktu malam sahaja...siang 2-3x menyusu... tapi lama terutamanya nak tidur... ummi dengan umur dah 31tahun ni memang kudrat dah tak sama macam 20an dulu... mula migrain, pening, loya bagai... mungkin simptom2 kurang air... performance drink kan hadooo haha!

Hari ni dah masuk 6 Ramadhan, semoga saya dapat teruskan ibadah puasa, solat sunat, bacaan al-quran dgn lebih baik... umur dah 31tahun suppose semakin meningkatlah amalan... jangan banyak alasan lagi faizah! kalu fikir letih semua orang pun letih... kipidap! :D

 

7.7.14

Tips, persediaan & pengalaman peribadi menyusu ketika berpuasa...

Bismillah wal hamdulillah... 

Kita berpuasa bukan sahaja pada bulan ramadhan, mungkin kita kena puasa ganti, puasa sunat dan sebagainya... di sini sy ingin kongsikan sedikit tips & persediaan berpuasa bagi ibu-ibu menyusu yang saya baca dan juga pengalaman saya sendiri sebagai ibu menyusu selama lebih kurang 4tahun... Sekiranya ada tambahan boleh bagi dalam komen ye... :)

Niat & Doa yang seiring

Sentiasa memperbarui niat kita sebagai ibu ingin menyusukan anak kerana ALLAH SWT. Yakin dengan rezeki ALLAH SWT beri untuk anak yg dilahirkan. Berdoalah sentiasa dengan doa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”


Konsep supply vs demand

Yang ni kira 1st priority kerana penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada permintaan. Banyak permintaan jadi banyaklah hasilnya insya allah. Kerapkan/tambah sesi penyusuan & sesi perahan agar stimulasi dapat dihasilkan. Lakukan beberapa aktiviti tambahan bagi menghasilkan stimulasi/merangsang penghasilan susu ibu seperti tambahkan sesi perahan pada waktu malam/sebelum sahur, tandem pumping (menyusu dan memerah secara serentak) atau teknik power pumping setiap malam selama 1-2jam. Rujuk SINI untuk teknik power pumping. Pengalaman saya mengenai teknik PP neh, jika diamalkan konsisten selama 1minggu mmg akan terasa production sangat-sangat bertambah... Mungkin sebelum teknik PP sekali pump kita dapat 5oz, selepas teknik PP selama seminggu insya allah akan bertambah kepada 6-7oz... bergantung kepada badan masing-masing. Minum air suam setiap sela masa sesi power pumping.

Tandem-pumping

Utamakan & banyakkan mengambil cecair dalam menu seharian

Utamakan menu makanan jenis sup, berkuah agar cecair di dalam badan dapat dikekalkan. En.abg selalu tak prefer makanan berkuah waktu sahur tapi bila saya terangkan keutamaan ini kepada ibu2 menyusu barulah dia faham... air/cecair adalah sangat crucial bagi ibu-ibu menyusu... Selain itu kurangkan makanan manis dan masin di mana ia dapat menarik keluar air daripada sel.

Secara automatik, ibu akan merasa haus setiap kali selepas menyusukan bayi oleh sebab itu pengambilan air/cecair adalah sangat penting. 

Sup adalah antara menu terbaik untuk ibu menyusu :)

Banyakkan minum jus buah... disamping banyak khasiat dapat juga membekalkan khasiat semulajadi pada buah-buahan. Bulan puasa sy suka jus tembikai dan oren... nyum3...
 
Pentingkan diet mengandungi protein berkualiti tinggi 

Ibu yang menyusukan perlu mengamalkan diet seimbang. Salah satu nutriens yang perlu dititikberatkan adalah pengambilan protein. Ibu menyusu perlu mengambil 2-3hidangan protein setiap hari untuk memenuhi keperluan diet sehariannya. Sumber protein terbaik adalah seperti daging, ayam, makanan laut, telur, keju, susu, yogurt, tofu dan sebagainya. 



Ambil milk-booster anda!

Setiap ibu mempunyai "milk-booster" yang berbeza... antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah seperti longan kering, kurma, lobak putih (jadikan sup sayur - insya allah susu tiba2 jadi 2-3x ganda!), halba/fenugreek, habbatussauda', cheese, soya dan sebagainya. Apa-apa pun "try-and-error" sebab setiap orang badan tak sama. Ouh milk-booster saya adalah halba/fenugreek, buah durian dan ayam goreng... insya allah lepas makan memang sampai tahap basah2 baju... alhamdulillah atas rezekinya. Ada yang mengambil rawatan hemeopathy untuk menambah susu badan. Apa-apa pun yang diusahakan semua bergantung kepada semakin konsep supply vs demand kembali. Kalau anda malas untuk memerah susu, malas untuk "direct-feeding" baby makan la apa2 pun tentu kesannya tidak seperti yg diidam-idamkan.

Sahur & berbuka dengan makanan berkhasiat 

Ibu menyusu memerlukan jumlah pengambilan kalori melebihi orang yang tidak menyusu. Oleh sebab itulah ibu menyusu perlu mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sewaktu sahur dan berbuka. Utamakan makanan yang mempunyai kadar indeks glisemiks yang rendah bagi mengekalkan tenaga, rasa kenyang yang berpanjangan. Walaupun anda berpuasa, tetapi anda kekal bertenaga serta tidak berasa cepat lapar.



Makanan sunnah

Amalkan mengambil kurma, madu, susu kambing dan sebagainya setiap hari. Madu juga merupakan antara sumber pemberi tenaga yang baik dan memiliki GI yang rendah (mampu memberi rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari). Makanan-makanan sunnah yang digemari Rasulullah SAW sudah tentu terbukti khasiatnya sejak berkurun-kurun dahulu disamping berkat yg diperolehi kerana mencintai apa yg dicintai oleh Rasul junjungan kita. Ia boleh jadi 1ibadat yang membawa keberkatan.


Supplements - menjana tenaga & kesihatan bagi ibu bagi melancarkan penghasilan susu ibu

Jika ibu-ibu yang menyusukan menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat kerana kesibukkan dengan aktiviti harian, boleh mempertimbangkan pengambilan supplements/vitamin bagi menampung khasiat-khasiat/nutriens yang tidak mencukupi.



Berehat dengan secukupnya

Berehat secukupnya agar badan merasa lebih tenang dan tidak tertekan. Tekanan dan keletihan boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Elak stress - banyakkan amalan rohani 

Stress di tempat kerja merupakan antara faktor penyumbang kepada kemeruduman pengeluaran susu ibu. Elakkan stress di mana jua anda berada dan perbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir, membaca al-quran, bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Elakkan bergaul dengan orang-orang yg berfikiran negatif & dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berfikiran positif!

Elakkan minuman berkafein & berkarbonat

Walaupun tiada bukti kukuh minuman berkafein dan berkarbonat mengurangkan penghasilan susu tetapi pengambilan secara berlebihan oleh ibu menyusu mungkin akan menyebabkan bayi anda meragam, sukar tidur dan sebagainya. Minuman berkafein juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat menghadapi dehydrate terutamanya pada bulan puasa.