Bismillah wal hamdulillah...
Kita berpuasa bukan sahaja pada bulan ramadhan, mungkin kita kena puasa ganti, puasa sunat dan sebagainya... di sini sy ingin kongsikan sedikit tips & persediaan berpuasa bagi ibu-ibu menyusu yang saya baca dan juga pengalaman saya sendiri sebagai ibu menyusu selama lebih kurang 4tahun... Sekiranya ada tambahan boleh bagi dalam komen ye... :)
Niat & Doa yang seiring
Sentiasa memperbarui niat kita sebagai ibu ingin menyusukan anak kerana ALLAH SWT. Yakin dengan rezeki ALLAH SWT beri untuk anak yg dilahirkan. Berdoalah sentiasa dengan doa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah
aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”
Konsep supply vs demand
Yang ni kira 1st priority kerana penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada permintaan. Banyak permintaan jadi banyaklah hasilnya insya allah. Kerapkan/tambah sesi penyusuan & sesi perahan agar stimulasi dapat dihasilkan. Lakukan beberapa aktiviti tambahan bagi menghasilkan stimulasi/merangsang penghasilan susu ibu seperti tambahkan sesi perahan pada waktu malam/sebelum sahur, tandem pumping (menyusu dan memerah secara serentak) atau teknik power pumping setiap malam selama 1-2jam. Rujuk SINI untuk teknik power pumping. Pengalaman saya mengenai teknik PP neh, jika diamalkan konsisten selama 1minggu mmg akan terasa production sangat-sangat bertambah... Mungkin sebelum teknik PP sekali pump kita dapat 5oz, selepas teknik PP selama seminggu insya allah akan bertambah kepada 6-7oz... bergantung kepada badan masing-masing. Minum air suam setiap sela masa sesi power pumping.
Tandem-pumping |
Utamakan & banyakkan mengambil cecair dalam menu seharian
Utamakan menu makanan jenis sup, berkuah agar cecair di dalam badan dapat dikekalkan. En.abg selalu tak prefer makanan berkuah waktu sahur tapi bila saya terangkan keutamaan ini kepada ibu2 menyusu barulah dia faham... air/cecair adalah sangat crucial bagi ibu-ibu menyusu... Selain itu kurangkan makanan manis dan masin di mana ia dapat menarik keluar air daripada sel.
Secara automatik, ibu akan merasa haus setiap kali selepas menyusukan bayi oleh sebab itu pengambilan air/cecair adalah sangat penting.
Sup adalah antara menu terbaik untuk ibu menyusu :) |
Banyakkan minum jus buah... disamping banyak khasiat dapat juga membekalkan khasiat semulajadi pada buah-buahan. Bulan puasa sy suka jus tembikai dan oren... nyum3... |
Pentingkan diet mengandungi protein berkualiti tinggi
Ibu yang menyusukan perlu mengamalkan diet seimbang. Salah satu nutriens yang perlu dititikberatkan adalah pengambilan protein. Ibu menyusu perlu mengambil 2-3hidangan protein setiap hari untuk memenuhi keperluan diet sehariannya. Sumber protein terbaik adalah seperti daging, ayam, makanan laut, telur, keju, susu, yogurt, tofu dan sebagainya.
Ambil milk-booster anda!
Setiap ibu mempunyai "milk-booster" yang berbeza... antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah seperti longan kering, kurma, lobak putih (jadikan sup sayur - insya allah susu tiba2 jadi 2-3x ganda!), halba/fenugreek, habbatussauda', cheese, soya dan sebagainya. Apa-apa pun "try-and-error" sebab setiap orang badan tak sama. Ouh milk-booster saya adalah halba/fenugreek, buah durian dan ayam goreng... insya allah lepas makan memang sampai tahap basah2 baju... alhamdulillah atas rezekinya. Ada yang mengambil rawatan hemeopathy untuk menambah susu badan. Apa-apa pun yang diusahakan semua bergantung kepada semakin konsep supply vs demand kembali. Kalau anda malas untuk memerah susu, malas untuk "direct-feeding" baby makan la apa2 pun tentu kesannya tidak seperti yg diidam-idamkan.
Sahur & berbuka dengan makanan berkhasiat
Ibu menyusu memerlukan jumlah pengambilan kalori melebihi orang yang tidak menyusu. Oleh sebab itulah ibu menyusu perlu mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sewaktu sahur dan berbuka. Utamakan makanan yang mempunyai kadar indeks glisemiks yang rendah bagi mengekalkan tenaga, rasa kenyang yang berpanjangan. Walaupun anda berpuasa, tetapi anda kekal bertenaga serta tidak berasa cepat lapar.
Makanan sunnah
Amalkan mengambil kurma, madu, susu kambing dan sebagainya setiap hari. Madu juga merupakan antara sumber pemberi tenaga yang baik dan memiliki GI yang rendah (mampu memberi rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari). Makanan-makanan sunnah yang digemari Rasulullah SAW sudah tentu terbukti khasiatnya sejak berkurun-kurun dahulu disamping berkat yg diperolehi kerana mencintai apa yg dicintai oleh Rasul junjungan kita. Ia boleh jadi 1ibadat yang membawa keberkatan.
Supplements - menjana tenaga & kesihatan bagi ibu bagi melancarkan penghasilan susu ibu
Jika ibu-ibu yang menyusukan menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat kerana kesibukkan dengan aktiviti harian, boleh mempertimbangkan pengambilan supplements/vitamin bagi menampung khasiat-khasiat/nutriens yang tidak mencukupi.
Berehat dengan secukupnya
Berehat secukupnya agar badan merasa lebih tenang dan tidak tertekan. Tekanan dan keletihan boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
Elak stress - banyakkan amalan rohani
Stress di tempat kerja merupakan antara faktor penyumbang kepada kemeruduman pengeluaran susu ibu. Elakkan stress di mana jua anda berada dan perbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir, membaca al-quran, bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Elakkan bergaul dengan orang-orang yg berfikiran negatif & dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berfikiran positif!
Elakkan minuman berkafein & berkarbonat
Walaupun tiada bukti kukuh minuman berkafein dan berkarbonat mengurangkan penghasilan susu tetapi pengambilan secara berlebihan oleh ibu menyusu mungkin akan menyebabkan bayi anda meragam, sukar tidur dan sebagainya. Minuman berkafein juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat menghadapi dehydrate terutamanya pada bulan puasa.
Sumber: UcsfbenioffChildrens.org; WebMD.com; MamaLutfi; pama.karangkraf.com; DuniaSusuIbu.com; BabyCenter.com; Kellymom.com
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D