Bismillah wal hamdulillah...
Ibu
menyusu dikaitkan dengan orang-orang yang tak perlu risau akan
kenaikkan berat badan kerana proses menyusukan itu adalah proses yang
membakar kalori di dalam badan ibu. Akan tetapi tidak semua ibu-ibu
bernasib baik atas faktor 'one size doesn't fit all' jadi teori ini
tidak releven untuk semua yang bergelar ibu menyusu. Yelah badan dan
hormon kita adalah berbeza jadi perlulah 'back to basic' yakni DIET
SEIMBANG. Tak kisahlah anda menyusu ataupun tidak.
Saya
adalah antara orang yang tidak bernasib baik itu... huhu... mungkin
juga atas faktor usia yang makin meningkat (approaching 32 years old
with 3kiddos!). Pada mulanya saya macam tak kisah sangat atas
peningkatan berat badan yang mendadak, tak kisahlah orang nak kata apa
asalkan aku bahagia! Tapi bila dah masuk 3series ni, dah tak boleh pakai
dah kata2 tuh sebab semakin usia meningkat semakin tinggi risiko kita
menghidapi beberapa jenis penyakit berbahaya disebabkan oleh masalah
berlebihan berat badan. Fikir punya fikir sampai bila kan? asik2 la dok
kata esok, esok dan esok... akhirnya saya sebulat hati nak mulakan
langkah selepas aidilfitri... setelah terasa banyak baju dah sendat,
mengah ja nak bergerak aktif... tak boleh jadi ni... i have to do
something... tiba2 dah rezeki ter'add seorang 'founder' salah sebuah
'fitness club' kat sini... menawarkan bantuan kepada sesiapa yang ingin
menurunkan berat badan... lantas diri ini teruslah pm untuk tanya
'details' program yg beliau adakan di kelab... pada mulanya mengetahui
kelab tersebut merupakan kelab para pengedar sah produk Herbalife...
hati sedikit risau kot dikenakan syarat 'wajib' beli produk sebelum
sertai kelab berkenaan. Sangkaan saya meleset. Saya tidak dipaksa untuk
'consume' apatah lagi membeli produk Herbalife. Terus jatuh cinta dengan
kelab berkenaan kerana kebanyakkan 'coach' di situ merupakan 'coach'
yang bertauliah dalam pelbagai aspek termasuklah yang telah mendapat
latihan intensif berkenaan beberapa teknik 'workout' serta berpengalaman
dalam beberapa program menurunkan berat badan termasuklah penyediaan
pelan pemakanan kepada mereka yang berhajat.
Tak
sangka pula terdapat kelab yang boleh dikatakan hebat terdapat di
Perlis. Dah 2tahun pun... macam manalah saya tak perasan... pada mulanya
saya ke kelab kerana ingin bersenam... berapa kurun dah uiii tak
'workout'. Awal2 memang rasa nak 'give-up'. Habis sakit lutut, pinggang
dan badan... huhu...tapi saya gagahkan diri juga untuk bersenam di situ
kerana siri latihan 'workout' mereka sangat bagus kerana mereka
mengamalkan teknik senamam yang sekejap dan intensif tetapi memberikan
kesan kadar pembakaran kalori yang berpanjangan sehingga 48jam! Best
kan? Jadi tak perlulah nak displinkan diri pergi ke kelab setiap hari...
kalau berkemsempatan eloklah join... antara teknik 'workout' yang
dipraktis di situ adalah HIIT, Tabata dan MetaFit. Kalau tak faham boleh
gugel ye... Memanag rasa nak pecah jantung senamannya tapi berbaloi
sebab kadar pembakaran kalori berlangsung dalam badan kita selama
24-48jam... Memang dah lama saya cari teknik 'workout' yang berkesan
dengan pemantauan 'coach' yang berpengalaman... alhamdulillah saya
dipertemukan akhirnya memang 'timing' terbaik selepas aidilfitri...
almaklum makan memang tak hingat... muka pun kembang macam 'water
retention' saja... sedih tengok dah masuk fasa umur 30an diri semakin
gemuk!
Alhamdulillah
setelah saya sertai 'weight lost program' bersama pemantau 'coach' dan
pelan pemakanan lebih kurang 3minggu saya dah kehilangan 3.2kg! Fat lost
sebanyak 1.9% yang hilang... Dengan cara yang tidaklah sesukar yang
saya gambarkan... cumanya saya perlu displin dan tekadkan fokus...
doakan saya semoga terus istiqomah sehingga saya mencapai berat badan
ideal... saya target masa yang diambil adalah antara 6-12bulan untuk
menjalani proses ini...huhu... semoga saya tabah!
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D