26.8.15

Diari Sihat #1: Saya seorang pemakan!

Bismillah wal hamdulillah...

Disclamer: Eceli ni bukan entri macam mana nak kurus na... haha! ni cuma catatan peribadi saya untuk menukar menu dalam diet seharian kepada 'healthy foods' insya allah... tapi bukan secara total lagi... baru belajar dan tukar sikit demi sedikit...  

Siap disclaimer lagi tuh haha! Yala satgi orang ingat saya ni poyo sangat nk 'diet' bagai... macam la pakar sangat nak diet padahal badan mcm tong dram debab jugak... saya tak fokus pada 'weigth loss' semata-mata tapi more on 'eat clean habit' atau makan secara 'bersih'. Bersih apa pulak? Bersih dari anasir jahat kepada badan contohnya 'makanan berminyak, manis, berlebihan gula, banyak bahan proses, makanan segera' harap-harap boleh jadi panduan kepada sapa-sapa yang memerlukan dan panduan untuk diri saya terutamanya... 'as a reminder' kalau lupa... memang pun sokmo lupa... lupa diri kalau hadap makanan sedap... bila dah kenyang baru sedar "eh apa yg aku makan tadi?" haha! sangatlah 'horror'... lately memang tak boleh control selera dengan makanan manis especially kek, desserts... kalau nampak bakers mana-mana share ja kek sedap2 memang cepat ja whatsapp nk order... malam-malam dah selesai dinner pun boleh lagi ajak en.abg cari kek... kemaruk sangat! 

Rupanya sindrom suka pada menda2 manis ni dipanggil 'sugar cravings'... mula la gugel sana sini... boleh baca cara-cara untuk atasi masalah 'sugar cravings' ni kat SINI. Dulu memang tak suka sangat dengan kek-kek ni... tapi bila dah masuk fasa 30an makin menjadi-jadi pulak rasa nak makan makanan manis... risau kan? tapi last year baru ja buat 'MGTT TEST' untuk detect GDM dikalangan ibu mengandung... alhamdulillah sepanjang pregnant, dan 3kali dah pregnant tak pernah lagi kena penyakit serius macam GDM ataupun darah tinggi... syukur sangat walaupun selera makan mengalahkan naga lapar... :P

Sebelum sesuatu yg buruk terjadi saya menyeru kepada diri saya dan semua supaya sama-sama menjaga pemakanan seharian. Memang berat sangat rasanya nk kawal, rasa semua menda nak telan tapi fikir punya fikir kalau sakit lagi la teruk tak boleh makan langsung! Jadi better kita kawal dari sekarang... nak makan boleh tapi bersederhana... apa pun yang diambil secara berlebihan memang memudaratkan... penyakit itu datangnya dari perut... huhu... gemuk/obesiti pun sejenis penyakit... T_T kevin zahri pernah cakap orang yang obes ni badan dia berada dalam tekanan 24jam sebab terpaksa kerja extra keras tak seperti orang badan yang normal... jantung kena pump lebih kuat nak salurkan darah ke seluruh anggota yang dah tentu besar dan luas dari orang normal... bila saluran darah pun 'pressure' memanjang lama-lama dinding-dinding arteri pun akan injured... kat sini lah menjadi punca arteri/saluran darah 'pecah' dan seumpanaya maka terjadilah stroke, serangan jantung dan sebagainya... SERAMMMM :( minta dijauhkan... 

Harapnya saya insaf la... haha! serta lebih gigih untuk makan makanan yg lebih sihat, senaman... doakan saya! Masih diperingkat permulaan... tengah memujuk diri untuk 'create a healthy life style' ecehhh... macam orang merokok nak 'quit smoking' walaupun dia tahu merokok bahaya kepada kesihatan tapi ingat sonang ke nak suruh dia berhenti on the spot? huhu... samala orang yang jenis PEMAKAN macam saya... haha! Saya pun naik fade up dengan diri sendiri... geram dengan hangat-hangat taik ayam punya semangat...adoi...

First day makan oat & cinch shake choclate SHAKLEE... beli rolled oat lebih asli daripada instant oat ye kawan-kawan

Saya lebih suka jadikan oat sbg minuman instead of makanan macam gambar yang 1st tadi... kita kasi 'blend' semua memang sedap dan dapat menelan semua :) cinch shake shaklee jangan dilupa... cinch shake mengandungi protein yang tinggi dan juga leucine. Apa fungsi leucine? "Salah seorang penyelidik utama dalam bidang pemakanan. Donald, Ph.D.6, dari University of Illinois, telah menerbitkan banyak kertas kerja mengenai fungsi protein untuk kurus. Beliau telah mendapati bahawa protein yang tinggi, makanan yang kaya leucine, dalam kombinasi dengan karbohidrat yang lebih rendah (150g atau 600kalori setiap hari) adalah berkesan untuk menyokong berat badan, metabolisme, gula dalam darah dan pelbagai faktor-faktor yang memberi kesan kepada kesihatan kardivaskular"

Sebagai 'snack' dikala kelaparan... harap2 saya tak cari dah biskut2 yang tinggi gula...sob3... susah jgk nk buang tabiat suka mengunyah ni... jadi kenala kunyah healthy food je kot?

 

4 sweet persons:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

kak faeeee..naem pun ada simptom sugar craving ni.. nanges
nanti upload selalu healthy foods kak fae na...
rs mcm mengalami plateau jugak.berat xmau cecah angka 5 dah

faizah said...

@♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥

Naem ok lagi tuh sebab tinggi...kak fae ni dah rendang tak berbuah dah ni... haha! normal kot sugar cravings sbb faktor hormon n umur jgk org kata...tp kena la control...kkdg kalu sehari xmakan menda manis serba tak kena jadinya... mcm pahit mulut hehe

Nik said...

nik lak jenis tak banyak mkn. best jea tgk org lain berselera jea mkn. huhu

faizah said...

@nik ros

Bagusnya nik...sy memang selera macam naga...nak2 kalu lepas menyusu ya ampun laparnya...mcm setahun tak makan... tak makan, atau mkn sikit2 tak cover rasa lapar tuh...dahsat kan???still lapar kalu makan ringan2...nk makan berat2 jgk baru rasa perut selesa...aduhhh

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D