31.12.15

Gift Set Sweetie Cutie Pretty~!

Bismillah wal hamdulillah...

Sweetie Cutie Pretty telah memperkenalkan 'gift set' istimewa buat para pelanggan dengan harga hanya RM47 dengan FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia... Jom pakat-pakat tengok dan pilih 'design' cantik-cantik... 1'gift set' terdiri daripada 
  • 1helai 'romper'
  • 1pasang stokin
  • 1pcs 'bow headband'
  • 1pcs 'knotted headband'
Menarik bukan... 'all-in-one' 4jenis ni dengan hanya 1harga dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia... Masih lagi dalam fasa promosi... :) 

Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months

Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months
Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months
Harga: RM47 (FREE POSTAGE), Saiz: 6-9months



 

28.12.15

20 Rabiul Awwal 1435 ~ 20 Rabiul Awwal 1437

Bismillah wal hamdulillah...

Kalau ikut bulan Islam usia si putera sulung saya sudah pun genab 2tahun... bila anak dah nak masuk fasa 'toddler' ni jadi macam agak releks walaupun hakikatnya tak sangat pun... malam-malam masih gigih bangun 'breastfeed' macam 'baby' tapi alhamdulillah siangnya ralit main dengan kakak-kakak... mainlah sepuas hati sebab minggu depan kakak-kakak dah nak ke sekolah... Bikin pening ja nak uruskan tadika anak-anak... baru tadika, tahun 2017 aisya dah nak masuk sekolah rendah... lagi serabut kepala ummi ni ha... dengan angan-angan nk sediakan bekalan dia setiap pagi... harap tercapailah hasrat... :D

Ok jom layan sesi 'photoshoot' si ammar yaser dengan 'photographer amatur' si ayah ammar :D











Ummi tak cukup cun nak jadi model...hahaha! kena diet lagi ni bagi slim sket...ni dah rupa apa je mendebab dalam gambar...stress tengok! :(





 Cepat sangat masa berlalu... rasa macam baru ja melahirkan si putera cilik ini... rupanya masa dah 2tahun pun... dah besar panjang... nanti tiba-tiba pi sekolah dah... huhu... tahun depan tinggal kita berdua je la dik, kakak-kakak dah nk pi sekolah, pukul 12tengah hari baru kakak amira balik, kakak aisya pukul 3petang lepas tuh nak hantar mengaji al-quran pulak... 'pack' la jadual ummi untuk tahun hadapan... semoga dipermudahkan segala urusan...ameen ya rabbal'alameen...


 

18.12.15

Ibu menyusu mudah gemuk atau kurus?

Bismillah wal hamdulillah... 

Salah satu sebab saya gigih nak menyusu anak-anak saya adalah untuk menurunkan berat badan secara mudah tanpa perlu 'control food intake' haha! Orang kata sambil menyelam minum air... Rata-rata memang akan memperkatakan ibu menyusu mempunyai bonus mudah menurunkan berat badan malah ada yang turun berkilo-kilo selepas melahirkan tanpa mengawal pemakanan seharian tetapi hanya dengan menyusukan anak sepenuhnya... menarik bukan?

Memang ada pun ibu yang makin kurus selepas kahwin dan melahirkan... sampai ada yang hubungi saya nak cuba 'supplements' tambah berat sebab dah kurus melidi sangat. Terkejut saya! Saya ingat selepas kahwin perempuan ni mudah jadi gemuk! Rupanya ada yang mudah jadi kurus... yang kesian bukan kurus langsing yang cantik, kurus melidi dan saya tengok pun kesian... Terus saya tanya, kenapakah yang sampai kurus sangat selepas kahwin dan ada 3orang anak? Jawapannya "Saya pun tak pasti... makan makin banyak tapi berat tak mau naik...malah makin turun dan kurus melidi... cek doktor, doktor cakap hormon" Oh! Baru saya tahu hormon wanita ni bukan sahaja boleh menyebabkan seorang wanita jadi gemuk malah ada yang boleh menyebabkan badan wanita tersebut kurus dan berat sukar untuk naik ke tahap berat badan ideal...

Jadi teori yang menyatakan ibu menyusu akan mempunyai berat badan yang ideal walaupun terpaksa makan banyak adalah tidak tepat... yang menjadi asas adalah pada pemakanan ibu menyusu itu sendiri. Mungkin bonus bagi mereka yang makan macam naga pun berat badan tak naik. Tapi tak rasional untuk setiap orang. Badan kita berbeza-beza... bagi saya secara jujur walaupun ammar menyusu dengan dahsyatnya...bangun setiap jam untuk menyusu pada waktu malam, badan ummi masih naik bagai dipam-pam... sedihnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu... huhu... :( jeles tengok ibu menyusu makan apa sahaja tapi badan tak naik malah makin langsing... aduhh...

Nak tak nak kena lancarkan misi turunkan berat badan... ada la buat beberapa 'study' walaupun malas sangat nak2 bab DIE.....T ni... mengurangkan berat badan dengan lebih tepat dan sihat adalah dengan makan makanan yang betul bukannya tidak makan... Makanan yang betul macam mana? BETUL DAN SIHAT untuk badan kita. Itu baru betul.. tapi nak ubah tabiat makan tuh bukannya mudah. Ada banyak cara sebenarnya... tengah berkira-kira lagi nak ikut cara mana... ada cara kira kalori siap 'download' apps lagi, ada yang cuba dengan cara kurangkan 'portion' makanan dulu tp jika nak makan jamah je la sikit tapi berpada2, ada yang makan hanya makanan bakar2, rebus2, kukus2 sahaja tanpa ambil makanan bergoreng dan berminyak, nasi tukar kepada nasi beras perang, ada yang berpuasa dan sebagainya... 

Oh no!!!

 

17.12.15

Short vacation

 Bismillah wal hamdulillah...

'Short vacation' yang tidak disangka-sangka... kisahnya PIL ajak ke Bukit Merah Laketown Resort sebab nak tukar kunci pintu 2buah rumah apartment yang PIL beli di Bukit Merah... Saya pun kurang pasti rumah ni macam mana... Sebuah rumah bersaiz studio ala-ala bilik hotel (fully furnished) dan sebuah lagi rumah 'apartment' biasa. Ada pula 'swimming pool' memang dah meloncat la bebudak ni...

Sampai je nampak 'swimming pool' terus taknak naik dah... selesai 'lunch' dan rehat-rehat seketika terus ha terjun kolam... ummi tak 'prepare' baju renang... haha! kalau tak harus terjun jugak ni... seronok tengok... ammar pun tak menyemput tukar baju, dengan tshirt dan seluar slack juga yang dia terjun pastu taknak naik...meraung-raung bikin panas je semua orang tengok... ayah tak sempat nak tengok ketiga-tiga dalam 'pool' ni lagi pun baru je sampai, ayah pun tak habis letih 'drive' lagi...

Sekian 'short vacation' untuk tahun ini... tiada 'family day' tahun ni... hehe :D mungkin tahun hadapan... masing-masing sibuk... tak sempat nak 'arrange'...
 
Dengan tshirt tuh jugak dia terjun kolam si ammar ni...
Hilang dah tshirt!

Yuran Tadika Aisya...

Bismillah wal hamdulillah...

Aisya mula cuti sejak bermulanya cuti sekolah bulan lepas. Jadi selamatnya yuran bulanan untuk bulan 12 ini... dalam 'group whatsapp' ibubapa pelajar tadika aisya dari awal lagi minta cikgu senaraikan yuran untuk tahun hadapan yang pastinya ada peningkatan. Kita ni tunggu punya tunggu cikgu tak 'upload' pun lagi di 'group' rupanya kena 'personally' PM cikgu yang 'in charge'. 

Terkejut sungguh sebab yuran naik dengan mendadaknya... walaupun takda sebanyak mana pun nak dibandingkan dengan tadika swasta yang lain seperti 'Little Caliph', 'Genius Aulad', 'CIC', 'Islamic Motessori' dan sebagainya tapi golongan marhean seperti kami agak terkesan dengan peningkatan yuran yang bagi kami secara mendadak. Tanya cikgu kenapakah yuran naik secara drastik, cikgu jawab sekarang semua barang mahal nak-nak bahan mentah, buku dan sebagainya. Kesian juga kepada pihak pentadbiran tadika sebab depa memang 'totally' bergantung kepada dana daripada ibubapa. Jadi kita sebagai ibu bapa yang harapkan didikan yang terbaik daripada para guru akur dengan sebarang perubahan termasuk yuran. Apa dayanya kita mampu untuk usahakan walaupun hati sedikit berdukacita. Yuran tahunan tadika dah macam nak daftar masuk universiti, bulanan pun macam nak daftar semester... Memang agak 'menjerut' la jugak... 

Amira tahun depan dah masuk 4tahun, kami hantar ke tadika perpaduan sudah... 5tahun baru masuk PASTI macam kakak aisya... harapnya adalah rezeki anak-anak... biarpun sikit tapi CUKUP dan BERKAT... Debaran untuk sambut tahun 2016 sungguh dah terasa sekarang... rata-rata rakyat Malaysia mengeluh dengan keadaan ekonomi negara yang 'caca-marba' dengan keadaan politikus yang menyakitkan hati... Kenapakah Malaysia yang tercinta ini diterajui oleh golongan yang seperti itu? Sekarang yang menanggung kesannya adalah rakyat jelata. Bukankah tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin itu membela nasib rakyatnya? 'Statement' yang dikeluarkan oleh puak-puak itu makin hari makin menyakitkan hati dan sukar dihadam oleh otak :(

 

16.12.15

Percubaan cara menabung yang efektif

Bismillah wal hamdulillah... 

Secara jujurnya saya adalah orang yang tidak reti dan tidak pandai menabung... masa berkerja dulu, banyak mana gaji, banyak tuh jugakla yang selalu habis... dapatla menabung sikit-sikit tapi selalu 'ketirisan'...bila cek balik tak pasti pula kat mana banyak dihabiskan... masa tu ok la lagi, ekonomi Malaysia takda lah semput macam sekarang... anak pun baru seorang, suami isteri kerja... cuma masa tu terasa dengan kos nak servis kereta sahaja sebab berulang jauh dari rumah ke tempat kerja... lebih kurang 70km pergi-balik... memang asik servis kereta je lah... dengan tayar memang kerap kena tukar... 

Bila dah 'resign' adalah rasa buruk dan baiknya... tak ada banyak beza sangat pun antara waktu berkerja dan setelah menjadi surirumah sepenuh masa ni... Apa-apa pun tetap bersyukur setiap yang ALLAH SWT bagi tu mestilah ada hikmah dan sebab yang tertentu... Alhamdulillah walaupun tidak berkerja, masih lagi dapat merasa duit hasil titik peluh sendiri berbisnes secara kecil-kecilan ini... dan boleh la nak menabung sikit-sikit... sekarang saya tengah buat eksperimen menabung cara 'kempen si biru'. Apakah KEMPEN SI BIRU? Selalu jumpa KEMPEN SI HIJAU kan? konsepnya sama tapi terpulanglah kepada kita nak pilih 'note' warna apa, biru ka, hijau ka, merah ka, kuning oren ka, hijau biru ka... asalkan istiqomah... 

Bagaimana proses KEMPEN SI BIRU ini dijalankan? Senang ja, dapat ja 'note' biru tak kisahlah masa beli barang ka, saya memang wajib simpan dalam tabung tanpa perlu fikir nak guna beli apa... memang 'haramkan' terus simpan si biru ni dalam beg duit... terus masuk tabung khas yang dah disediakan... eceli KEMPEN SI BIRU ni bukan si biru je tapi sekali syiling saya haramkan ada dalam beg duit... Sekarang baru masuk 1minggu kempen ni... kita tengok dalam masa sebulan nanti macam mana... rata-rata memberikan respon yang baik mengenai proses 'saving' cara ini... katanya berkesan... hasil KEMPEN ni ada yang siap pi melancong, dalam masa 4-5bulan boleh cecah 4angka jumlah simpanan hasil daripada KEMPEN ni... waw kan? Insya ALLAH kalau ada rezeki... 

Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan ini untuk saya sekeluarga... lebih baik kita banyak menabung daripada banyak kita belanja... biar nampak tak punya apa, tapi tabungan kita setiap hari bertambah... :) 



 

12.12.15

My Sunshine

Bismillah wal hamdulillah...

Saja nak cerita meraban mengenai anak-anak... minggu depan dah nak mula hantar aisya dan amira kelas mengaji al-quran... sebenarnya aisya dah mula mengaji guna silibus PASTI iaitu NURUL QURAN... silibusnya lebih kurang kaedah lama yakni muqaddam atau terkini lagi silibus QIRAATI... Jadi puas juga mencari guru al-quran yang boleh ajar pakai silibus QIRAATI sebab rata-rata semua ajar pakai sistem IQRA' di mana caranya lain sedikit... risau aisya keliru dengan sistem NURUL QURAN yang diajar di PASTI...

Alhamdulillah jumpa juga dengan seorang ustaz yang boleh ajar... ustaz ni guru mengaji al-quran maktok, tokwan dan tok ayah depa ni jugak... ummi pun boleh 'join' mengaji jugakla gitu... Bacaan al-quran pun lama tak ada orang cek... jadi boleh 'join' anak-anak nanti... kadang-kadang ja dapat suasana begini, ketiga-tiga tekun dengan sesi pembelajaran di rumah... ummi jadi cikgu hehe :D 3orang, ada 3karenah yang kena layan... Tahun hadapan kak long aisya 6tahun, kak ngah amira 4tahun insya allah dah nak mula hantar masuk tadika... tinggal bang chik ammar yaser je la dengan ummi di rumah... 

Oh ya! Ummi pun dah berjaya asingkan tempat tidur dengan kak long aisya dan kak ngah amira... dah masuk minggu ke-2 alhamdulillah... ummi dan ayah belum habis 'setup' lagi bilik depa ni... 'air-cond' belum pasang jadi membahang sikit pada waktu malam... sampai pasang 2biji kipas pun tak terasa nyaman... dah 2-3hari bumi perlis tak hujan... jadi malam ni pindah masuk bilik ummi, ayah dan bang chik ammar dulu... kesian pulak anak-anak tak nyenyak tidur dengan keadaan yang panas gitu... Zaman kecik2 dulu, kipas pun tak pasang sebab rumah kayu... Bila malam je memang rasa nyaman je... angin masuk melalui celah-celah dinding kayu... zaman sekarang rumah batu, dalam pekan lagi lah... membahang je... kadang-kadang 24jam pasang 'air-cond' kalau hujan tak turun... 


My little sunshine!

Baking with kids

Bismillah wal hamdulillah...

[Entri hari jumaat semalam baru sempat post]

Sayyidul Ayyam yang barakah... antara hari2 dalam seminggu saya paling gemar hari Jumaat... sebab suasananya lebih tenang...walaupun hari2 yang dilalui tidaklah setenang mana tetapi hati alhamdulillah lebih rasa kelainan pada hari Jumaat... 

Kadang-kadang 'mood' nak buat semua menda pun datang hari Jumaat... sebab itulah waktu zaman berkerja dulu saya tak suka berkerja hari Jumaat haha! Jadi tahun2 akhir saya berkerja syukurlah berkerja di Kedah, jadi 'weekend' adalah pada hari Jumaat yang tak 'best' pada waktu itu adalah hari bersama keluarga hanyalah pada hari sabtu barulah kami suami isteri ada masa bersama dengan aisya... Sekarang ni dah jadi 'stay-at-home-mom' hari-hari pun hari bersama keluarga... alhamdulillah... 'part quality time' bersama keluarga memang tidak saya nafikan adalah masa yang sangat berharga...  

Berbalik kepada topik 'baking with kids' saya ada buat biskut 'viral' cerita TAM (Tuan Anas Mikael) beberapa minggu lepas... senang je buat biskut tuh tak pakai 'mixer' bagai pun... semua pakai senduk kayu... aisya n amira suka sangatlah bab2 nak sibuk sama-sama ummi kalau nampak ummi bawak keluar tepung mesti dua2 orang tercegat tepi dapur minta nak tolong... sangat rajin ye dop anak dara ummi... :P kejadian biskut 'viral' TAM tuh pun sangat best... jadi teruskan misi minggu ini buat kukis lagi untuk anak-anak... anak-anak saya memang suka makan kukis... kukis ala-ala 'chipsmore' memang sekali hadap je... terjumpa 1resepi mudah... lebih kurang jugak dengan kukis TAM ni... cuma ada beberapa bahan tambahan... hasilnya juga lebih 'da ba boom'. Mudah je ye sebenarnya buat kukis ni.. sebijik hasilnya macamnya biskut chipsmore tapi lagi best rasanya...

 Biskut 'Peanut Butter with Chocolate Chips'
Sumber asal: Fabtasticeats

Jadi nama kukis sendiri sebab ada tukar-tukar bahan sikit hehe

1/2 cawan 'pure butter'
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor (tak letak)
1biji telur
3/4 cawan mentega kacang (peanut butter)
1sudu kecil vanilla extract
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 emplex
1 cawan chocolate chips
1 cawan 'almond bits'

Cara-cara:

1- Pukul butter dan gula perang sehingga kembang/sebati. Pakai senduk je sebab ada pembantu yang sudi pukul butter tuh sampai kembang hehe
2- Masukkan telur, vanilla extract, dan mentega kacang. Sambung pukul sehingga 'creamy'.
3-  Dalam bekas lain ayak tepung bersama baking soda dan emplex. Kemudian campurkan bahan-bahan kering (chocolate chips dan 'almond bits').
4- Gaulkan bahan-bahan kering ke dalam adunan yang 'creamy' tadi. Sebatikan
5- Gunakan 'scope' untuk membentuk menjadi bulat seperti ais krim. Saya guna sudu scope 'table spoon' tuh je...
6- Bakar pada suhu 160c dalam masa 15-20minit. Bergantung pada kepanasan oven masing-masing. 
7- Selesai keluar dari oven, biskut akan jadi sedikit lembik, tapi bila sejuk dia akan keras sendiri.

 


 






 

8.12.15

Ammar Yaser bakal menganjak ke 2tahun...

Bismillah wal hamdulillah...

Alhamdulillah fi kullihal... dah nak berakhir tahun 2015 rupanya... ammar yaser yang lahir awal tahun (140114) ni pun bakal bertukar umur tahun depan... ummi tiba-tiba rasa sebak bila diingatkan... terutamanya bab fasa menyusu badan. Adakah akan berakhir sudah tanggungjawab ummi menyusukan ammar dengan susu ibu? Ummi rasa macam tak sanggup walaupun selama ni macam alahai letihnya ammar kuat menyusu terutamanya waktu malam... hampir setiap jam hero seketoi ni bangun minta susu...paling lama dia tidur 2-3jam... 'heaven' sangat rasa kalau malam dapat tidur 'direct' 2-3jam tanpa gangguan...

Ummi ingat semakin dewasa si ammar ni, semakin kurang menyusunya... tapi nampak gayanya masih lagi kuat... kadang-kadang tu kalau mengempeng makan masa sampai 1jam lebih... haish dah rupa zaman masa baby ja...susu ummi pun masih banyak, masih lagi berpeluang merasa LDR (let-down-reflex) alhamdulillah... ummi masih dengar ammar minum susu bunyi "gulp...gulp...gulp" puas hati kan bila dengar macam anak telan susu tuh berdesup-desup gitu... hehe :D rasa susu meluak-luak keluar dengan banyaknya... :D kalau gini gaya macam mana nak 'wean-off' ni adik? eceh adik... haha! sebenarnya memang jarang bahasakan diri ammar dengan panggilan 'adik'. Entah kenapa sebab dia lelaki? rasa macam alahai manja sangat panggil adik? amira dulu sempat juga panggil dia adik? tapi tak menyempat sangat dah jadi kakak... ammar ni memang jarang sangat panggil adik... terus je panggil 'ammar yaser' lebih sedap rasanya... tapi ummi saja je 'over' nak jugak panggil adik... ayah cakap "ummi ni saja ja nak manjakan ammar..." of kosh la anak bujang seorang ni je kot? :P

Bab 'breastfeed' ni pada awalnya ingat nak 'breastfeed' je la ammar sampai dia nak 'wean-off' sendiri... boleh ke gitu padahal bulan depan dah masuk usia 2tahun (24bulan) ke acane? kena ajar 'slow2' cerai susu kah? wah ni pertama kali saya menyusu penuh 2tahun secara penuh... haha! poyo kejap... rasa sayang, rasa macam dapat 'achieved' sesuatu... haish sukar untuk ditafsirkan perasaan ini... dengar dan baca pengalaman ibu-ibu ramai yang mengalami masalah nak bercerai susu terutamanya dengan anak lelaki... anak perempuan 'basically' tak susah sangat... sampai masa dia sendiri tak nak... macam amira... walaupun fully-bf sejak lahir, tak pernah 'introduce' susu formula secara semula jadi mintak nak minum susu dalam botol... mungkin sebab nak dapat adik kot?

Dalam dilema bab menyusu ni... sayang pun ada nak 'wean-off' tapi ada yang kata kalau tak ajar awal-awal nanti susah, anak lebih cerdik, akai lebih panjang... nak ajar anak tahu malu jugak bila dah besar sikit... istikharah la kan... sayangnya sebenarnya :(

Masa ni p tesco bajet anak seorang hehe :D kakak-kakak sibuk dok main dengan 'cousins' di rumah maktok... ummi n ayah rasa 'heaven' sangat bawak seorang ni je ke mall ekeke :P




Ummi tengah 'addicted' buat seluar untuk ammar... seluar askar, seluar jeans... semua DIY je walaupun tak adalah kemas sangat jahitan... bebudak pakai sat ja nanti dah tinggi... beli kain 1meter berharga RM20 dapatlah 2-3helai seluar... jimattt... :D



 

7.12.15

Promo Disember 2015 Shaklee

Bismillah wal hamdulillah...

Happy Monday bagi yang berkerja! :D jangan 'Monday Blues' ye kawan-kawan... berkerja lah dengan bersungguh-sungguh kerna kawan-kawan diberikan kesempatan untuk memiliki pekerjaan yang diidam-idamkan ramai orang yang belum lagi ada rezeki pekerjaan... sama la jugak keadaannya dengan rezeki anak-anak kecil ini... tak semua diberikan kesempatan olehNYA untuk memiliki anak-anak kecil yang cergas lagi pintar ini... hehe :D

Jadi bersyukurlah kita seadanya... apa yang ada dan tiada semuanya merupakan pinjaman dan amanah buat kita semua... pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-7 kita dibulan akhir tahun ini yakni Disember... sungguh terasa masa pantas sangat bergerak... tak terkejar rasanya... ok sudah2lah merapu :D belum sempat nak 'post' di sini berkenaan dengan promo Shaklee bulan disember 2015 ini... 


Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini :)

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.