18.12.15

Ibu menyusu mudah gemuk atau kurus?

Bismillah wal hamdulillah... 

Salah satu sebab saya gigih nak menyusu anak-anak saya adalah untuk menurunkan berat badan secara mudah tanpa perlu 'control food intake' haha! Orang kata sambil menyelam minum air... Rata-rata memang akan memperkatakan ibu menyusu mempunyai bonus mudah menurunkan berat badan malah ada yang turun berkilo-kilo selepas melahirkan tanpa mengawal pemakanan seharian tetapi hanya dengan menyusukan anak sepenuhnya... menarik bukan?

Memang ada pun ibu yang makin kurus selepas kahwin dan melahirkan... sampai ada yang hubungi saya nak cuba 'supplements' tambah berat sebab dah kurus melidi sangat. Terkejut saya! Saya ingat selepas kahwin perempuan ni mudah jadi gemuk! Rupanya ada yang mudah jadi kurus... yang kesian bukan kurus langsing yang cantik, kurus melidi dan saya tengok pun kesian... Terus saya tanya, kenapakah yang sampai kurus sangat selepas kahwin dan ada 3orang anak? Jawapannya "Saya pun tak pasti... makan makin banyak tapi berat tak mau naik...malah makin turun dan kurus melidi... cek doktor, doktor cakap hormon" Oh! Baru saya tahu hormon wanita ni bukan sahaja boleh menyebabkan seorang wanita jadi gemuk malah ada yang boleh menyebabkan badan wanita tersebut kurus dan berat sukar untuk naik ke tahap berat badan ideal...

Jadi teori yang menyatakan ibu menyusu akan mempunyai berat badan yang ideal walaupun terpaksa makan banyak adalah tidak tepat... yang menjadi asas adalah pada pemakanan ibu menyusu itu sendiri. Mungkin bonus bagi mereka yang makan macam naga pun berat badan tak naik. Tapi tak rasional untuk setiap orang. Badan kita berbeza-beza... bagi saya secara jujur walaupun ammar menyusu dengan dahsyatnya...bangun setiap jam untuk menyusu pada waktu malam, badan ummi masih naik bagai dipam-pam... sedihnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu... huhu... :( jeles tengok ibu menyusu makan apa sahaja tapi badan tak naik malah makin langsing... aduhh...

Nak tak nak kena lancarkan misi turunkan berat badan... ada la buat beberapa 'study' walaupun malas sangat nak2 bab DIE.....T ni... mengurangkan berat badan dengan lebih tepat dan sihat adalah dengan makan makanan yang betul bukannya tidak makan... Makanan yang betul macam mana? BETUL DAN SIHAT untuk badan kita. Itu baru betul.. tapi nak ubah tabiat makan tuh bukannya mudah. Ada banyak cara sebenarnya... tengah berkira-kira lagi nak ikut cara mana... ada cara kira kalori siap 'download' apps lagi, ada yang cuba dengan cara kurangkan 'portion' makanan dulu tp jika nak makan jamah je la sikit tapi berpada2, ada yang makan hanya makanan bakar2, rebus2, kukus2 sahaja tanpa ambil makanan bergoreng dan berminyak, nasi tukar kepada nasi beras perang, ada yang berpuasa dan sebagainya... 

Oh no!!!

 

1 sweet persons:

lynn md noh said...

slm ziarah
lama dah x berblog walking ke sini

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D