Showing posts with label aisya 5years 6months. Show all posts
Showing posts with label aisya 5years 6months. Show all posts

28.12.15

20 Rabiul Awwal 1435 ~ 20 Rabiul Awwal 1437

Bismillah wal hamdulillah...

Kalau ikut bulan Islam usia si putera sulung saya sudah pun genab 2tahun... bila anak dah nak masuk fasa 'toddler' ni jadi macam agak releks walaupun hakikatnya tak sangat pun... malam-malam masih gigih bangun 'breastfeed' macam 'baby' tapi alhamdulillah siangnya ralit main dengan kakak-kakak... mainlah sepuas hati sebab minggu depan kakak-kakak dah nak ke sekolah... Bikin pening ja nak uruskan tadika anak-anak... baru tadika, tahun 2017 aisya dah nak masuk sekolah rendah... lagi serabut kepala ummi ni ha... dengan angan-angan nk sediakan bekalan dia setiap pagi... harap tercapailah hasrat... :D

Ok jom layan sesi 'photoshoot' si ammar yaser dengan 'photographer amatur' si ayah ammar :D











Ummi tak cukup cun nak jadi model...hahaha! kena diet lagi ni bagi slim sket...ni dah rupa apa je mendebab dalam gambar...stress tengok! :(





 Cepat sangat masa berlalu... rasa macam baru ja melahirkan si putera cilik ini... rupanya masa dah 2tahun pun... dah besar panjang... nanti tiba-tiba pi sekolah dah... huhu... tahun depan tinggal kita berdua je la dik, kakak-kakak dah nk pi sekolah, pukul 12tengah hari baru kakak amira balik, kakak aisya pukul 3petang lepas tuh nak hantar mengaji al-quran pulak... 'pack' la jadual ummi untuk tahun hadapan... semoga dipermudahkan segala urusan...ameen ya rabbal'alameen...


 

17.12.15

Short vacation

 Bismillah wal hamdulillah...

'Short vacation' yang tidak disangka-sangka... kisahnya PIL ajak ke Bukit Merah Laketown Resort sebab nak tukar kunci pintu 2buah rumah apartment yang PIL beli di Bukit Merah... Saya pun kurang pasti rumah ni macam mana... Sebuah rumah bersaiz studio ala-ala bilik hotel (fully furnished) dan sebuah lagi rumah 'apartment' biasa. Ada pula 'swimming pool' memang dah meloncat la bebudak ni...

Sampai je nampak 'swimming pool' terus taknak naik dah... selesai 'lunch' dan rehat-rehat seketika terus ha terjun kolam... ummi tak 'prepare' baju renang... haha! kalau tak harus terjun jugak ni... seronok tengok... ammar pun tak menyemput tukar baju, dengan tshirt dan seluar slack juga yang dia terjun pastu taknak naik...meraung-raung bikin panas je semua orang tengok... ayah tak sempat nak tengok ketiga-tiga dalam 'pool' ni lagi pun baru je sampai, ayah pun tak habis letih 'drive' lagi...

Sekian 'short vacation' untuk tahun ini... tiada 'family day' tahun ni... hehe :D mungkin tahun hadapan... masing-masing sibuk... tak sempat nak 'arrange'...
 
Dengan tshirt tuh jugak dia terjun kolam si ammar ni...
Hilang dah tshirt!

12.12.15

My Sunshine

Bismillah wal hamdulillah...

Saja nak cerita meraban mengenai anak-anak... minggu depan dah nak mula hantar aisya dan amira kelas mengaji al-quran... sebenarnya aisya dah mula mengaji guna silibus PASTI iaitu NURUL QURAN... silibusnya lebih kurang kaedah lama yakni muqaddam atau terkini lagi silibus QIRAATI... Jadi puas juga mencari guru al-quran yang boleh ajar pakai silibus QIRAATI sebab rata-rata semua ajar pakai sistem IQRA' di mana caranya lain sedikit... risau aisya keliru dengan sistem NURUL QURAN yang diajar di PASTI...

Alhamdulillah jumpa juga dengan seorang ustaz yang boleh ajar... ustaz ni guru mengaji al-quran maktok, tokwan dan tok ayah depa ni jugak... ummi pun boleh 'join' mengaji jugakla gitu... Bacaan al-quran pun lama tak ada orang cek... jadi boleh 'join' anak-anak nanti... kadang-kadang ja dapat suasana begini, ketiga-tiga tekun dengan sesi pembelajaran di rumah... ummi jadi cikgu hehe :D 3orang, ada 3karenah yang kena layan... Tahun hadapan kak long aisya 6tahun, kak ngah amira 4tahun insya allah dah nak mula hantar masuk tadika... tinggal bang chik ammar yaser je la dengan ummi di rumah... 

Oh ya! Ummi pun dah berjaya asingkan tempat tidur dengan kak long aisya dan kak ngah amira... dah masuk minggu ke-2 alhamdulillah... ummi dan ayah belum habis 'setup' lagi bilik depa ni... 'air-cond' belum pasang jadi membahang sikit pada waktu malam... sampai pasang 2biji kipas pun tak terasa nyaman... dah 2-3hari bumi perlis tak hujan... jadi malam ni pindah masuk bilik ummi, ayah dan bang chik ammar dulu... kesian pulak anak-anak tak nyenyak tidur dengan keadaan yang panas gitu... Zaman kecik2 dulu, kipas pun tak pasang sebab rumah kayu... Bila malam je memang rasa nyaman je... angin masuk melalui celah-celah dinding kayu... zaman sekarang rumah batu, dalam pekan lagi lah... membahang je... kadang-kadang 24jam pasang 'air-cond' kalau hujan tak turun... 


My little sunshine!

30.11.15

Prestasi kak long aisya dan konvo...

Bismillah wal hamdulillah...

Konvo PASTI BESTARI AL-IRSYAD (Aisya Nafisa 5tahun)

Entri tertunda lagi... ini kali ke-2 kak long aisya nafisa konvo... budak tadika punya konvo mak ayah datang macam konvo masuk universiti ja kan? Yang pertama dulu aisya baru 4tahun jadi dia pun tak faham apa... aisya pi konvo dengan ayah je masa tu sebab adik ammar masih dalam fasa tak tidur malamnya... Jadi ummi memang selalu penat la waktu-waktu pagi dan memang tak kose nak bersesak-sesak kat dewan...

Kali ke-2 pula, juga kerna adik ammar... haha! sangat menguji betul hero nan satu ni... 2 malam berturut-turut sebelum majlis konvokesyen kak long aisya si ammar yaser ni cirit-birit sampai tak lena tidur malam... tak tahu la salah makan ka apa... tapi hari konvokesyen aisya tu kira genab umur ammar 22bulan (1tahun 10bulan). Nak beralih bulan pun mungkin  jugaklah... Majlis mula pada pukul 8pagi... 7.30pagi sepatutnya kena ada kat Dewan Belia dan Sukan Kangar, tapi adik ammar yang masih lagi teberak-berak pagi tuh mengganggu sikitlah proses nak siapkan si aisya dan adik-adiknya... akhirnya kami ambil keputusan ayah sahajalah yang teman aisya konvo... nasib la dia tak kisah sangat... sampai kat dewan pun dah pukul 9pagi orang dah selesai bagi sijil... haha! lawak lagi... aisya sempat pakai jubah konvo ambil gambar bawah 'stage' je... kat atas 'stage' dah tentu2 tak sempat nak naik...kesian aisya... cikgu siap 'whatsapp' cakap 'sorry' sebab aisya tak sempat naik 'stage'. Dah tentu kami yang salah sebab sampai kat dewan lambat tapi cikgu pulak yang minta maaf... eheh :D

Tak apa tahun depan ada lagi 1tahun aisya kat Pasti Bestari Al-Irsyad... harap-harap kali ni boleh dapat kot pelajar cemerlang... ekeke :P apa-apa pun ummi bersyukur...


 

Prestasi Aisya Nafisa 5tahun (2015)

Secara jujurnya aisya masih belum boleh membaca... cuma boleh baca perkataan pendek 2suku kata sahaja yakni KV+KV. KV+KV+KV merangkak lagi... ummi pun pelan-pelan dok faham kaedah belajar membaca masa kini. Zaman ummi dulu tak ada rasanya istilah KV apa bagai tu... asik jadi bahan gelak rakan-rakan berstatus guru... sadis -_- apakan daya daku bukan seorang guru... jadi janganlah 'expect' daku boleh faham 'term-term' pedagogi masa kini ye... tak apalah, malu bertanya sesat jalan kan... jadi memang dah padam perasaan malu agar boleh belajar sama-sama dengan anak...

Ada yang cadangkan untuk hantar aisya tuisyen membaca tapi saya rasa macam tak perlu lagi buat masa sekarang... Insya Allah saya dalam proses nak latih dia lagi...lagipun saya pun taknak paksa-paksa dia sambil bermain sambil belajar gitu. Baru 5tahun kita dah nak 'pressure' hantar tuisyen bagai... bagi saya biar dia 'explore' dunia kanak-kanak dia dulu... apa yang lebi utama diutamakan dari segi solat semua alhamdulillah dia dah tahu cara solat, bacaan dalam solat, doa2, surah-surah pendek...