Showing posts with label ammar 2years old. Show all posts
Showing posts with label ammar 2years old. Show all posts

6.1.16

Adakah akan menjadi 'working mom' kembali?

Bismillah wal hamdulillah... 

Setelah 4tahun menjadi 'stay-at-home-mom' atau 'working-at-home-mom' saya mula ambil keputusan 'mungkin' akan berkerja kembali tahun ini setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuklah dah boleh mulakan proses 'wean-off' si ammar yaser sebab dia dah hampir memasuki usia 2tahun pada 14januari ini... jadi takdakla serabut sangat nk fikir pasai nak 'pump' bagai sebab dah lama kot tak 'pump' dengan usia ammar yang dah 2tahun tuh... haih... sebenarnya kalau dalam kes 'breastfeeding' ni kalau kita tak latih rutin memerah susu memang akan susah sikit, bila tengok hasil tuaian tak seberapa mula la emo tapi itu 'standard' sebab bayi banyak 'direct-feeding' dan sementara cik B kita nak serasi dengan 'breast pump' yang kita guna sebab itulah rutin memerah susu perlu dilatih seawal dalam pantang lagi... 

Pada pendapat peribadi saya pada minggu ke-2 selepas bersalin dah boleh mula memerah susu ikut rutin dan jadual 'free' kita di ofis... ammar pun sebenarnya sangat kurang menyusu dah pada waktu siang... awal pagi selepas bangun tidur dia akan bf sekali lepas tu waktu nak tidur n bangun tengah hari atau petang sekali... kira dalam 2-3kali je siang... kadang-kadang 1-2kali sahaja...habuan lepas gian masa nak tidur dan bangun tidur... dan sekarang memang itula isu paling besar kalau nk tinggal ammar yaser nan seorang ni... sebab nk memang susah nk tidur hatta pada waktu siang sekali pun... macam mana la eh nak tinggalkan hero seorang ni?susah hati memikirkan takut menyusahkan orang lain yang nak menjaga dia risau timbulkan banyak hal yang tak diingini... nauzubillah minta dijauhkan... 

Sedikit bebelan saya mengenai anak-anak...kesimpulannya memang saya jenis yang tak harapkan orang lain menjaga anak-anak saya... huhu... 'over' pulak kan? Besar macam aisya dan amira tuh ok la sikit sebab dah pandai bercakap, boleh bagitahu kita apa-apa yang sepatutnya kita tanya dia... minggu ni minggu pertama sesi persekolahan...hari-hari kelam kabut dengan rutin baru... amira dah mula bertadika... hari pertama senang ja nak pi tadika, hari ke-2 dah mula meragam tak mau ke tadika, hari ke-3 pujuk punya pujuk nak beli 'doll elsa dan anna' maka dapat la juga tengok dia pi tadika tanpa menangis... alhamdulillah...cikgu pun bagitahu dia dah mula mau bercakap dengan cikgu... syukur sangat ummi... anak baru 3orang, baru je melangkah ke alam tadika haha! tapi ummi fikir rasa macam nak pecah kepala... adoih... sekarang boleh la kan sebab masih lagi tak berkerja... dibuatnya nanti tiba-tiba kena kerja... susah hati memikirkan hal anak-anak ni ha... :( rasa macam nak jadi 'housewife' sampai bila-bila...kohhkoff...

 

3.1.16

Perjalanan penyusuan ke-3 sudah hampir ke penghujungnya?

Bismillah wal hamdulillah...

2015 sudah melabuhkan tirainya... Selamat datang 2016! Maknanya tahun ini dan bulan ini maka genablah tahun ke-2 saya menyusukan anak ke-3 sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah syukur tidak terhingga atas kesempatan dan rezeki kurniaan dari Yang Maha Esa... Banyak persoalan bermain-main difikiran. Perasaan pun berbaur-baur... Adakah perjalanan penyusuan ini sudah sampai ke penghujungnya?huhu...

Tetapi...

Sudah 4malam ammar bangun dengan sangat kerap sampai sakit urat belikat sebelah kiri saya dibuatnya... Tersangat sakit sebab terlampau lama berbaring secara mengiring ke kiri. Menyusunya lama dan kerap pada waktu malam sudah masuk malam ke-3... Azabnya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu... sebelum ni kerap juga tapi kali ni berganda kekerapan itu dan saya hampir tidak tidur juga... Hasilnya dari 'power-pumping tersebut' susu badan saya melimpah ruah hari ini... Memancut-mancut ha... siap rasa sengal-sengal kalu ammar lambat menyusu... Dah gaya macam dalam pantang pun ada... waduh2... sampai ke penghujung guane la ni susu dok banyak lagi... haha! :D rezeki ammar yaser syiokla di ngempeng hari ni sebab susu banyak... bijak sungguh na 'power-pumping' gitu... kalau secara perlahan-lahan nak kurangkan dia 'breastfeed' maunya sakit nanti... nak teruskan menyusu pula sampai bila? Ada orang cakap anak lelaki ni lebih susah nak 'wean off' berbanding anak perempuan... 

Kita tengokla nanti macam mana...tapi 'plan' sekarang memang nak 'slow' kan hobi mengempeng dia... haha! agak-agak kejam ka gitu? Sebab dah besar kan? Rasa macam malu pun ada sebab dah pandai nak selak-selak tudung dan baju ummi dikhalayak ramai... huhu... Perlu tanya beberapa ibu-ibu yang berpengalaman dalam hal menyusu ni... adakah bila sampai usia 2tahun perlu 'slowdown' proses penyusuan atau bagaimana? Doa sahajalah semoga semuanya baik-baik sahaja. Cumanya hairan juga walaupun sudah mencecah usia 2tahun kadar kekerapan menyusu si ammar ni tak ada banyak beza dengan masa baby terutamanya pada waktu malam... ummi pulak semakin naik badan... apakah??

 

1.1.16

2016!

Bismillah wal hamdulillah...

Entri pertama tahun baru 2016... bermakna telah masuk tahun ke-7 saya masih setia dengan dunia 'blogging' walaupun hanyalah seorang 'blogger' sendu sahaja... :D saya telah cuba membahagikan 'blog' saya kepada yang peribadi dan kepada yang banyak perkongsian ilmu termasuklah Shaklee... Jemput-jemputlah sudikan diri jengah 'blog' ilmiah harapnya ye selepas ini SihatCantikCergas. Perkongsian lebih bersifat umum tidak tertakluk kepada produk Shaklee sahaja. Jadi para pengamal Shaklee ataupun tidak tak kisah... asal ada ilmu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama... 'Blog' nan satu ini saya khaskan untuk penulisan peribadi. Nak buat macam mana memang suka menulis walaupun ada yang kata 'tak penting pun nak post entri' tak kisahlah... blog saya jadi saya punya suka... ekeke :P

Banyak juga rakan 'blogger' kegemaran sudah tidak menjadi 'blogger' tegar lagi... sadis sebenarnya sebab tak dapat nak 'update' depa sekarang.... serius saya memang lebih rapat dengan rakan-rakan alam maya ni berbanding rakan alam nyata... haha! Pelik pulak rasa sebab rasa rakan yang jumpa di alam maya ni kebanyakkan sebab berkongsi minat yang sama... Jadi macam ada 'chemistry' gitu... yelah umur pun dah meningkat... dulu jadi 'blogger' dari zaman 'single' kemudian berkahwin, ada anak... dari seorang anak dah 3-4orang anak masing-masing... Lama tak lama berblog ni kan... tapi dek semua dengan minat :) apa pun boleh disamping boleh menjana pendapatan pasif... ALHAMDULILLAH banyak jugak pasif 'income' yang saya dapat hasil daripada kegigihan sendu saya berblogging neh... walaupun tak ramai 'follower' tapi okla kan dari tak ada langsung :D 

Tahun ini juga merupakan tahun ke-4 saya bergelar 'working-at-home-mom' penganggur terhormat... hehe...tak pernah terfikir akan terus 'jobless' samapai sekarang tapi ok jugakla kan jadi surirumah ni walaupun tak semudah yang disangka. Saya memang rasa nak berkerja balik andai ada rezeki dan peluang. Walaupun saya sejenis orang yang suka 'stay' kat rumah sahaja jika tiada perkara mustahak yang memaksa saya keluar rumah tapi setelah 4tahun terasa diri ini agak 'mereput' la jugak. Haha! Banyak ja kerja yang nak buat termasuklah bisnes sekangkang kera ini tapi kadang-kadang ada rasa nak dapatkan aura di dunia luar 'instead of' hanya dari dalam rumah... Bila dapat keluar rumah tuh ya allah nikmatnya hanya ALLAH yang tahu... Kalau dapat pi mall atau berjalan-jalan melihat lagilah besar rahmat rasanya... bukan nak beli apa sangat tapi bila dapat luaskan pemandangan tu rasa lain macam sikit perasaanya... 

Apa-apa pun anak-anak masih menjadi keutamaan saya. Bila anak dah nak masuk sekolah tahun depan mula la gelabah sana-sini... Semoga saya dapat menunaikan tanggungjawab saya kepada amanah ALLAH SWT ini sebaik mungkin... ameen

p/s: tanya encik abang bersempena si ammar nak masuk usia 2tahun 14januari ini, bilakah masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak ni? haha! lantas encik abang terdiam... saya membalas "mak cakap cukuplah 3 sahaja anak ni...yang 3 ni pun kelam kabut wuwuwuwu" saya sambung lagi "rasa macam nak lagi seorang la..." encik abang pula membalas "abang rasa, betoi juga cakap mak... ok apa 3orang anak" Lantas lagi daku terasa kecewa... huwarghh

Encik abang tak bagi 'green light' nak tambah bilangan anak sebab dia tengok saya 'still' tak boleh fokus dengan pe'el si ammar yang masih sukar untuk dijelaskan...haha! dia masih sukar untuk tidur nyenyak di malam hari dan encik abang tengok betapa saya menjadi seorang 'zombie' setiap hari... sampai 'cramp' habis badan kalau dia buat haru bangun setiap 30minit 'the whole night'!! Jadi encik abang menumpang trauma ummi... haha! tapi ummi dah rindu bau baby ni... terasa besar dah ammar masuk 2tahun ni... tak suka dipeluk cium lagi cuma waktu menyusu sahaja...
 
 

28.12.15

20 Rabiul Awwal 1435 ~ 20 Rabiul Awwal 1437

Bismillah wal hamdulillah...

Kalau ikut bulan Islam usia si putera sulung saya sudah pun genab 2tahun... bila anak dah nak masuk fasa 'toddler' ni jadi macam agak releks walaupun hakikatnya tak sangat pun... malam-malam masih gigih bangun 'breastfeed' macam 'baby' tapi alhamdulillah siangnya ralit main dengan kakak-kakak... mainlah sepuas hati sebab minggu depan kakak-kakak dah nak ke sekolah... Bikin pening ja nak uruskan tadika anak-anak... baru tadika, tahun 2017 aisya dah nak masuk sekolah rendah... lagi serabut kepala ummi ni ha... dengan angan-angan nk sediakan bekalan dia setiap pagi... harap tercapailah hasrat... :D

Ok jom layan sesi 'photoshoot' si ammar yaser dengan 'photographer amatur' si ayah ammar :D











Ummi tak cukup cun nak jadi model...hahaha! kena diet lagi ni bagi slim sket...ni dah rupa apa je mendebab dalam gambar...stress tengok! :(





 Cepat sangat masa berlalu... rasa macam baru ja melahirkan si putera cilik ini... rupanya masa dah 2tahun pun... dah besar panjang... nanti tiba-tiba pi sekolah dah... huhu... tahun depan tinggal kita berdua je la dik, kakak-kakak dah nk pi sekolah, pukul 12tengah hari baru kakak amira balik, kakak aisya pukul 3petang lepas tuh nak hantar mengaji al-quran pulak... 'pack' la jadual ummi untuk tahun hadapan... semoga dipermudahkan segala urusan...ameen ya rabbal'alameen...