Bismillah wal hamdulillah...
Tak payah countdown sangat sebenarnya, harga barang, dan kedai2 yang berdaftar dengan GST sebenarnya sudah mulai mengenakan cukai 6% terhadap servis dan barangan mereka... kalau nak kira n congak tak larat kot nak sedih n kecewa tapi siapalah kita kan?
Apa itu GST?
GST (Good and Services Tax) atau 'Cukai Barangan & Perkhidmatan'. GST ni bakal menggantikan SST (Sales Tax and Services Tax) atau 'Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan'. SST biasanya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, astro, tiket wayang, tiket parking, kedai makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donalds dan sebagainya pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan dan 10% untuk cukai jualan.
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk
mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu
berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang
tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara melaksanakan Value
Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan
cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit.
Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang
terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.
GST
atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai
di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna
mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai
kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh
lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada
sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan
konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak
kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa
cukai.
Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar
untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau
perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST
diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan
perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang
diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua
aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi
aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang
berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan
atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung
atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya,
persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan
selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut
kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang
dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali
sebagai "kredit cukai input''.
Akhirnya pengguna akan
menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak
berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.
'Key point' GST
1- Peniaga dikehendaki - mengenakan caj GST pada kadar yang ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan. GST akan dikutip dan dibayar kepada kerajaan
2- GST dikenakan kepada bekalan yang dicukaikan iaitu hampir ke semua barangan dan perkhidmatan
3- Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4- Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5- Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu
tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai
Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya
semula (refund).
6- Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7- Beban akhirnya ialah pengguna.
Isu-isu dan implikasi GST
Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga
sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan
yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat
.
Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang
berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST
dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari
membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara
berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat
kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.
Namun
terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks
Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:
1. Soal pertama ,
apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil
(pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas
rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.
2. Kedua, pelaksanaan
GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan
oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).
Di
sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana
Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan
GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.
3. Dan ketiga,
tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar
cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini
rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh
sektor awam belum cukup meyakinkan.
Dalam ketidakpastian
inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak
masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi
maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah
mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta
Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor
awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri
Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.
4. Selanjutnya
isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau
syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim
percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat
mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan
akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.
Kini
syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen
mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta
pengguna.
5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.
Namun
persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak
mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST
ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak
memahaminya dengan baik.
Sehingga ini sangat sedikit
pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi
dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.
Jika
sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang
hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan
lancar.
Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan
penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap
kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa
lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan
memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang
diceburi.
Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu
untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan
yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai
masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari
segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar,
sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan
pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.
6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.
Akibatnya
GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan
bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal
dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan
bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding
KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.
Sehingga
ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang
dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang.
Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau
Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.
7. Satu persoalan lagi
ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit
negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem
Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa
bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli
Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem
percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian
tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.
8. Satu implikasi lain , berbanding
sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu ,
ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu
semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian
dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih
rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu
disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi
tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa
golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan.
Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat
fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif
kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah
bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha
kecil dan sederhana akan terhakis.
Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan
dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan
sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan
kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu
setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar
cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya
jurang pendaptan akan bertambah luas.
Hanya 15% dari
tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai
pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan
membantu golongan berpendapatan rendah.
9. GST juga tidak baik untuk IKS.
Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia
beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai
korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi
kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari
hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang
lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada
barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.
10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat
ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat
memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa.
Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang
dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di
parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada
29/10/09.
“The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”
GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.
11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak
bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan
adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang
rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi
terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan
tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
12.
Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai
eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak
perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan
akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan
kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.
13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini
kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan
pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh
mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna
dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan
kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi
cukai .
Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana
aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh
mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.
Sebuah
sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan
perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat
membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.
Sebahagian
kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST
membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh
mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi
berbanding apa yang sepatutnya .
Pengalaman negara kaya
seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat
bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja
$486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk
menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang
dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif
seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST
dijangka akan lebih tinggi dari biasa.
2 sweet persons:
tak suka GST..huhu
@nik ros
Kannn... sekali g beli kena bayar extra 6%, kalau 10x beli?sob3...
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D