Showing posts with label agen/pengedar sah shaklee perlis. Show all posts
Showing posts with label agen/pengedar sah shaklee perlis. Show all posts

21.2.15

Musim...

Bismillah wal hamdulillah...

Sejak ammar masuk 1tahun last month, musim hujan bertukar menjadi musim yang sangat panas terik dan kering di bumi perlis... masa tuh ammar dah start demam, selesema dan batuk sekaligus... memang simptom nk beralih bulan plus gigi dia baru nk start tumbuh... berbeza dengan kakak-kakak yang tak demam waktu gigi nak tumbuh... lepas tuh demam beralih kepada amira tp amira jenis yang cepat baik demam alhamdulillah... mandi ja sehari 3-4kali sampai suhu dia normal... makan ubat memang tak la si amira nehs... jadi sy jerlum dan amira cuma makan chewable vitamin c shaklee... saya bancuh air madu campur perahan lemon... Amira memang suka rasa masam jadi tak da masalah bagi dia... lepas tuh aisya pulak kena flu... 

Menda ni berlanjutan sampai bulan nehs... cuaca pula tak menentu, tiba2 minggu ni boleh hujan time2 dok panas terik tuh... dengan saya sekali sakit tekak... perit macam terbakar... anak-anak lagi la merengek badan tak sedap... bancuh air madu campur perahan lemon suruh semua orang minum... alhamdulillah dah ok sikit...  baca kat group whatsapp parents PASTI aisya... ramai yang tak dapat hadir ke tadika sebab demam... bersilih ganti demamnya dalam 1-2minggu lepas... lepas tuh hari ni aisya pulak tiba2 badan panas... jerlum dengan air asam jawa, buat socks remedy, mandi 3-4kali sampai suhu badan turun... alhamdulillah dah ok sikit... malam ni ummi berjaga pula untuk pantau suhu puteri sulung... adeh 2malam dah tak tidur... malam tadi siapkan order headband... ada lagi order yang belum siap untuk pos lepas CNY... semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga... baru plan nk jalan-jalan tapi melihatkan cuaca yang tidak menentu, kejap panas terik, kejap hujan... memang badan pun rasa tak sihat... anak-anak lagi la... 

Moga musim ini cepat berlalu... kesian tengok anak-anak... elok nak baik je flu, tiba-tiba jangkit dengan orang lain pulak... flu berlarutan... stok garlic kat rumah memang asik out of stock jek... garlic oil je tiap-tiap malam... alhamdulillah ammar yg batuk berkahak tuh pun makin ok sikit... ummi konsisten ambil Omega Guard Shaklee (buang kahak, tingkatkan sistem imun, atasi masalah allergy), sustained release vitamin C 2biji sehari untuk tingkat sistem imun n pulihkan flu secara natural... madu dan lemon pun minum hari-hari serta minyak zaitun... kahak ammar nampak semakin berkurangan... harap-harap pulih terus... tak sanggup tengok anak-anak syurgaku tak sihat on/off 1-2bulan ni... panas sungguh bumi perlis, kering lagi terik... pokok-pokok pun dah kelihatan kekuningan seolah-olah terbakar sebab terlalu panas...

Demam pada 7Jan2015 lepas...
Anak-anak syurgaku...semoga dikau semua sihat dan cergas membesar menjadi insan soleh dan solehah...ameen ya rabb
Ammar Yaser yang sentiasa nk berkepit dengan ummi...

 

8.6.14

Antibiotic, natural remedy and supplements

Bismillah wal hamdulillah...

Entri kali ni saya translate ke bahasa melayu... kalau ada yg tak faham boleh komen na... daripada buku "New Vitamin Bible" Banyak sangat ilmu yg diperolehi... kali ni sy nak share berkenaan dgn ubat antibiotic, natural remedy dan supplements... apa kaitannya...



Kenapa dan bila anda tidak perlukan antibiotik?

Kita sangat tidak perlukan kepada antibiotik sekiranya kita menghadapi masalah kesejukkan, selesema, batuk, sakit tekak walaupun anda menhadapi masalah sinus/resdung, bronkial, jangkitan saluran kencing melainkan anda telah di'diagnose menghadapi masalah jankitan bakteria ataupun simptom telah berlarutan sehingga seminggu dan suhu badan ada menjadi sangat tinggi.

Antibiotik menjadi tidak efektif terhadap jangkitan virus walaupun hanya untuk menyekat tahap merebaknya virus. Mengambil antibiotik disebabkan jangkitan virus sebenarnya boleh membunuh bakteria lemah dan membenarkan bakteria yg kuat untuk terus hidup - mencipta antibiotik yg merbahaya kepada tubuh. Dengan kata lain fungsi antibiotik untuk menyelamatkan nyawa menjadi tidak efektif apabila saat anda perlukan antibiotik pada masa akan datang.

Note: Saya ada dengar sesetengah org terutamanya pengamal homeopathy sangat tidak suka amik antibiotik... Memang depa takkan makan antibiotik ni...menurut practitioner homeopathy badan akn terus dilemahkan jika terus mengambil antibiotik... dalam badan dah ada bakteria baik yg akan melawan bakteria jahat...so let they do their job lah kan :)

Cuba fikir2kan balik if nak amik antibiotik ye...



Natural Remedy First!

Sebenarnya natural remedy ni telah digunakan sejak berkurun2 lamanya oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan dan tidak meninggalkan kesan sampingan yg memudaratkan. Disamping itu tidak mahal dan bahan2nya boleh didapati di dapur dan disekeliling anda... Kebanyakkan ubat-ubatan hanya bertindak menghilangkan simptom BUKAN menyembuhkan penyakit secara menyeluruh [Sumber: LINK] Terkadang kita seolah-olah tertipu dgn ubat mengatakan kita sudah sembuh dari sakit padahal simptom2 penyakit tersebut telah dikurangkan oleh ubat-ubatan... 

Beberapa tips natural remedies

Sakit tekak - masukkan 1titik "orange essential oil" (natural anti-inflammatory seperti jus lemon, bawang putih, minyak kepala dara) dan 1/4 garam ke dalam 1/2 cawan air suam. Berkumur-kumur dgn air bancuhan tadi.

Sinus/resdung - Campurkan 20titik ekstrak anggur air minuman, jus seharian anda. Juga mengambil makanan tinggi sumber beta-carotene seperti aprikot, carrots, labu etc) 

Jika simptom2 kesakitan anda tidak berkurangan dalam masa 24jam sila bercakap dgn doctor/pharmacist anda untuk mencuba natural supplements seperti Shaklee... :)

Kenapa perlukan supplements semasa badan tidak sihat?

Semasa tidak sihat/sakit badan berada dalam situasi tekanan/stress. Banyak sel yg musnah, kelenjar adrenal menyingkirkan nutriens dari badan kerana tidak berfungsi dgn baik. Supplements/vitamin yg membantu badan "stress-fighting team" adalah vitamin c, vitamin B6, folic acid, pantothenic acid (vitamin B5), zink and vitamin C haruslah diambil dalam jumlah yg maksimum untuk penyembuhan segera. 

Vitamin-vitamin ini diperlukan untuk digunakan oleh nutriens lain secara efektif dan untuk menjana metabolisme badan yg perlu dijana secepat mungkin apabila tubuh badan kita jatuh sakit. Seperti yg kita tahu demam dan kesakitan serta tekanan menyebabkan badan kehilangan nutriens-nutriens asas di sini supplements dan vitamin sangat diperlukan. Disamping mengambil makanan berkhasiat anda boleh mengambil supplements sebagai makanan tambahan seharian. (jika anda mengidap apa2 jenis penyakit sila consult dgn doctor anda)

Cadangan supplements Shaklee untuk merawat demam dan tidak sihat





Jika anda terpaksa mengambil antibiotik:
  • Maksimumkan fungsi antibiotik dgn mengambil bersama teh hijau
  • Elakkan mengambil anti-acids kerana anti-acids mampu mengurangkan hampir 90% keupayaan antibiotik
  • Ambil probiotik 2jam selepas atau sebelum mengambil antibiotik untuk mengelakkan masalah jangkitan yis dan cirit-birit.
Sumber: Buku "New Vitamin Bible" by Earl Mindell, streedirectory.com

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

3.6.14

Healing crisis/krisis penyembuhan & cara menghadapinya...

Bismillah wal hamdulillah...

Ramai yg gelabah bila ambil supplements tiba2 badan hadapi situasi2 pelik macam pening2, sakit kepala terlampau, demam, keluar ruam2 panas etc. Tahukah anda apakah itu krisis penyembuhan dan bagaimana cara anda untuk atasinya?

 

Krisis penyembuhan: When It's Good to Feel Bad

Krisis penyembuhan merupakan kesan sementara yg dihadapi oleh seseorang apabila badan seseorang itu dalam proses untuk sembuh dari sesuatu penyakit. Kesan yang dihadapi itu berpunca daripada proses nyah toksin daripada badan, apabila badan mula mengesan 'luka' dan 'kecedaraan' lama pada sistem tubuh badan dan beberapa ketidakseimbangan di dalam sistem badan. Tubuh badan manusia ALLAH SWT jadikan sgt kompleks dan terlalu istimewa kalau nk dibandingkan dgn sistem komputer. Tubuh badan ciptaan Yang Maha Esa ini mampu berkerja untuk menyembuhkan dirinya sendiri... Apa yg penting kita mestilah mengambil makanan berkhasiat, zat2 dan nutriens2 penting utk badan berkerja menyembuhkan dirinya sendiri. 

Krisis penyembuhan merupakan 1perkara yg sgt penting dalam proses penyembuhan badan manusia daripada sesuatu penyakit/masalah secara alami dan natural. Walaupun kadang2 krisis penyembuhan menyebabkan manusia merasa tidak selesa dan merasakan penyakitnya semakin serius sebenarnya merupakan petanda positif. Ia menunjukkan badan sedang berkerja untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Simptom-simptom krisis penyembuhan

Mestilah diingatkan sekiranya anda sedang mengambil supplements anda mungkin berhadapan dgn krisis penyembuhan dan ia bersifat sementara sahaja.


Apa yang menyebabkan berlakunya krisis penyembuhan?

Krisis penyembuhan melibatkan beberapa fasa terutamanya bagi mereka yg mempunyai masalah toksin yg terlalu banyak di dalam badan yg sudah bertahun-tahun lamanya berada di dalam badan. Secara umunya, semakin banyak toksin dalam badan kesan krisis penyembuhan yg dihadapi mungkin lebih lama dan agak teruk. Apabila krisis penyembuhan dirasai badan sedang berkerjasama dgn supplements serta zat2 yg diperolehi untuk menyahtoksin toksin-toksin di dalam badan. Tetapi haruslah diingatkan keadaan ini bersifat sementara sehinggalah badan selesai melakukan tugasnya. 

Krisis penyembuhan ini melibatkan beberapa fasa pembersihan/detoks contohnya perubahan pada diet seharian (peningkatan makanan probiotik etc) suppelements, herbs, treatments (ozone treatments, acupuncture,homeopathy etc) Krisis penyembuhan berlaku apabila sel-sel badan/organ mula melepaskan toksin berlebihan untuk membersihkan daripada sistem badan (kulit, hati, pundi kencing, paru-paru, buah pinggang)

Krisis penyembuhan juga menyebabkan yis, viruses, baketeria, kuman dan sel kanser mengalami fasa dimatikan. Sel-sel yang mati perlu dikeluarkan segera daripada badan & badan mula bertindak-balas untuk mengeluarkan bahan-bahan daripada virus, baketeria dan kuman ini.

Bagaimana cara menghadapi krisis penyembuhan secara efisen?

 1) Melakukan persediaan fizikal 
  • Lymphatic system - Sistem limpha mengangkut sisa kumuhan daripada sel-sel badan. Senaman dan pergerakkan membantu sistem limpha melakukan kerjanya dengan baik. Minum air secukupnya dan amalkan hidup aktif bagi membantu sistem limpha anda untuk berkerja
  • Urinary system - kutip dan keluarkan sisa toksin dan kumuhan daripada badan. Air adalah sumber utama yg membantu sistem urinari melakukan tugasnya dgn baik. Jika anda tidak minum air yg banyak, sistem urinari tidak dpt membuang sisa toksin, racun dan bahan buangan daripada badan.
2) Minum air secukupnya

Mengambil air yg maksimum dan secukupnya membantu badan berada dlm keadaan hydrated bagi mengelakkan badan daripada berhadapan dgn krisis penyembuhan yg lebih teruk
3) Periksa diet seharian

Bagi menyediakan tubuh badan berhadapan dgn krisis penyembuhan adalah dengan memeriksa diet harian. Ambil makanan tinggi protein, kurangkan gula dan manisan dan makanan yg diproses. Ambil banyak makanan segar seperti sayuran hijau, buah-buahan, proteins dan makanan yg berfiber. 


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

31.5.14

Masalah kolesterol... rawat segera tanpa ubatan, semulajadi & sihat...

Bismillah wal hamdulillah...

Apakah yang dimaksudkan dengan "tinggi kadar kolesterol"?"


Masalah tinggi kadar kolesterol merupakan antara faktor penyumbang kepada penyakit serangan jantung. Kolesterol merupakan 1bahan yg dihasilkan oleh hati dan bersifat "waxy" yakni berlilin dan seakan2 lemak yg kental dan kolesterol dihasilkan daripada makanan yg kita makan setiap hari. Kolesterol asalnya merupakan komponen asas membrans dan ia digunakan oleh badan untuk menghasilkan hormon dan vitamin D. 

Kolesterol dibawa melalui saluran darah yg menghubungkan dua kompaun yg berbeza yg dinamakan 'lipoproteins': low-density lipoproteins (LDL) dan juga high-density lipoproteins (HDL). LDL dikenali sebagai "kolesterol jahat" kerana ia mengangkut kolesterol daripada hati ke seluruh badan dan berpotensi membenarkan kolesterol melekat pada dinding arteri darah. HDL pula dikenali sebagai "kolesterol baik" yg mengutip kolesterol daripada darah dan mengangkutnya kepada sel-sel badan yg menggunakan kolesterol atau mengangkut kolesterol yg tidak diperlukan semula kepada hati untuk dikitarsemula. HDL juga mampu menghapuskan kolesterol berlebihan yg dihasilkan oleh hati.

Masalah terlalu tinggi kadar kolesterol boleh melekat pada dinding-dinding saluran darah yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi kaku (atherosclerosis). Apabila saluran darah menjadi kaku mampu menyebabkan saluran darah semakin sempit. Pengaliran darah pula menjadi perlahan seterusnya saluran darah menjadi tersumbat dan menghalang oksigen dari sampai kepada jantung. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada dan sesak nafas. Jika saluran darah terus tersumbat dan darah tidak boleh disalurkan terus kepada jantung, otot jantung akan musnah dan menyebabkan penyakit serangan jantung.

Kolesterol mampu menyempitkan saluran darah dengan cara ia melekat pada dinding

Simptom-simptom menghidapi masalah tinggi kadar kolesterol

Masalah tinggi kolesterol tidak mempunyai simptom-simptom atau tanda-tanda yg jelas. Cuma anda mungkin perasan terdapat seperti jerawat pada kawasan sekitar kelopak mata atau dalam perubatan disebut sebagai "xanthelasma" - tompokkan kuning/putih yg disebabkan oleh kolesterol yang masuk ke daam saluran darah bersama2 kalsium 



Tanda-tanda lain anda mungkin mengalami masalah sesak nafas dan sakit dada. Jika anda kerap berlaku seperti keadaan itu sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin

Faktor-faktor penyebab masalah tinggi kadar kolesterol


Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menurunkan paras kolesterol 

1) Amalkan senaman dan gaya hidup aktif - 3kali seminggu dan 20minit 1sesi sudah memadai untuk bersenam. Atau dgn cara lain (mungkin anda seorang yg sibuk setiap hari) parking kereta anda sedikit jauh daripada lokasi yg anda ingin tujui jadi anda perlu berjalan agak jauh. Cara ini pun juga boleh diamalkan selalu selain daripada bersenam seperti pergi ke gymnasium, jogging dan sebagainya.

2) Turunkan berat badan jika mengalami masalah berlebihan berat badan

3) Ubah gaya pemakanan - diet yang sihat dengan memperbanyakkan makanan seperti sayuran, serat dan buah-buah. Ubah cara penyediaan makanan tersebut daripada banyak menggunakan minyak (menggoreng) kepada merebus, memanggang dan masakan stim.

4) Kurangkan gula dan makanan bersumberkan gandum - dalam 1kajian menunjukkan gula dalam bentuk sukrosa atau tinggi fructose sirap mungkin menjadi penyumbang kepada masalah jantung. 

5) Elakkan makanan bersumberkan unsur lemak trans - lemak trans ini boleh merendahkan kadar HDL (kolesterol baik) seterusnya meninggikan kadar LDL (lemak jahat). 

6) Jangan merokok - merokok boleh merendahkan kadar kolesterol baik dan menjadi penyumbang kepada masalah jantung

7) Relaks - Emosi yg stress memberi isyarat kepada badan untuk melepaskan lemak ke dalam saluran darah dan meningkatkan kadar koleserol. 

Nutrisi yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol

Mutil-vitamin

Multi-vitamin diperlukan bagi memastikan anda mendapat cukup bekalan vitamins dan minerals penting. Pilih multi-vitamin yg mempunyai iron jika anda seorang wania yg masih mengalami menses setiap bulan. 

B3 (Niacin) 

Niacin atau vitamin B3 terdapat didalam vitamin b-complex. Vitamin B3 banyak terdapat pada makanan seperti yis, daging, ikan, susu, telur, sayuran hijau, kekacang dan careals. Niacin mampu menurunkan paras kolesterol di dalam darah.

Niacin dan niacinamide adalah diperlukan utk membenarkan lemak dan gula ditukarkan kepada tenaga secara efektif sambil menstabilkan kesihatan sel-sel tubuh. Niacin juga mampu membantu pesakit jantung dalam mengelakkan masalah "blood clotting". Ia juga mampu menstabilkan paras lemak triglycerides di dalam darah.
 
Fiber

Pengambilan makanan2 berserat dan tinggi fiber seperti sayuran dan buah-buahan sehingga 6 ke 8 hidangan setiap hari mampu mengurangkan paras kolesterol anda. Tambahkan juga psyllium dan supplement soluble-fiber ke dalam diet harian anda untuk meningkatkan pengurangan kolesterol. 

Omega-3 fatty acids

Jika anda tidak mampu mengambil minyak ikan yg mencukupi kedalam diet harian anda, anda sepatutnya mencuba kapsul minyak ikan. Seorang pakar iaitu Dr. Weil mencadangkan 1,000mg daripada kombinasi EPA & DHA -2jenis asid lemak omega-3 yg penting.

Garlic/bawang putih

1kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih memiliki keistimewaan yg tersendiri iaitu mampu menunrunkan paras kolesterol yg tinggi serta mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Garlic/bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria, virus dan kuman di dalam badan.

Soy protein

Soy protein such as tofu, tempe, air kacang soya telah membuktikan mampu menurunkan paras kolesterol. Pilihlah daripada sumber yg organik tanpa bahan pengawet, perasa dan pemanis tiruan. Pilih juga sumber soya non-GMO yg mengandungi 9asid amino penting yg tidak dihasilkan oleh badan untuk merasai kebaikkan soya secara keseluruhannya.

Green tea/Teh Hijau

Teh hijau merupakan sumber antioksidan semulajadi yg terbaik bagi menurunkan paras kolesterol serta mengelakkan kolesterol di dalam darah kita daripada teroksida

Coenzyme Q10 (COQ10)

Coenzyme merupakan salah satu antioksidan terbaik kepada kesihatan jantung dengan melindungi LDL (kolesterol baik) daripada teroksida dan dengan menjanakuasa semula 'mitochondria' (generate tenaga kepada sel-sel hidup untuk melakukan tugas masing2 agar organ2 tubuh menjadi sihat) kepada sel-sel jantung di mana tenaga metabolisma terhasil. COQ10 juga membantu merendahkan tekanan darah yg tinggi. 

This powerful antioxidant benefits heart health by protecting LDL cholesterol from oxidation and by re-energizing the mitochondria in the heart cells, which is where energy metabolism occurs. CoQ10 may also help lower blood pressure.

 Eat some nuts everyday

Pilih kacang badam, walnuts yg memiliki lemak monounsaturated kepada kesihatan jantung.  

Cadangan supplements Shaklee kepada masalah kadar kolesterol

Vitalea (Multi-vitamin)


 B-complex (Lengkap 8jenis vitamin B termasuk vitamin B3 - Niacin)


Herb-lax/alfalfa (high fiber supplements)



Omega Guard (omega-3 fatty acids - EPA & DHA)


Garlic


COQ Health Plus


ESP (Energizing Soy Protein)


 Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

 

5.5.14

Bahaya ALFALFA yang patut kita fahami...

Bismillah wal hamdulillah...

Lately alfalfa telah menjadi tersangat terkenal dalam masyarakat kita utk pelbagai kegunaan dan khasiat... tetapi baru2 nehs ada 1artikel yg dikeluarkan oleh Dr. Zubaidi membuatkan ramai yg melatah... ada yg baca separuh jalan je artikel dr.zubaidi dah buat mcm2 kesimpulan... sabaq dulu dik non... jgn kalut... kita buat research n siasatan sikit...tanya kepada yg lebih pakar dan fahamkan betul2...

Alfalfa Shaklee dari sumber daun alfalfa...

Alfalfa plant

1. Kenyataan Dr. Zubaidi, tidak salah ambil supplement  dan pastikan ambil dari sumber/syarikat pengeluar yang dipercayai

Jawapan: Memang betul dan Shaklee adalah antara syarikat pengeluar nutrisi/supplement yg sudah 50tahun bertapak di dunia maka tiada ragu sebab Shaklee melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan dan ujian klinikal. Sebuah syarikat yang sangat diakui, sangat teliti dalam mengeluarkan produk yg semulajadi dan natural.

2- FDA (Food and Drugs Administration) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH ALFALFA mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE)

Jawapan: Alfalfa Shaklee memang nyata lagi jelas bersumberkan dari DAUN ALFALFA. Dan sebagai langkah berjaga-jaga sudah dinyatakan dalam botol Shaklee bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. 

3-  Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn

Jawapan: Sebab itulah setiap supplements seperti alfalfa ada sukatan atau cara makan yg mesti diikut. Alfalfa telah dinyatakan oleh pihak Shaklee hanya boleh diambil 10biji maksimum sehari. Kalau nak ambil lebih dari 10biji contohnya 20biji akibatnya sendiri tanggung... apa2 pun yg kita makan mesti bersederhana n ikut peraturan yg ditetapkan... Contohnya seperti gula... semua org amik gula hari2... secara asas gula tak memudaratkan... tetapi kalau diambil berlebihan boleh kena diabetes atau kencing manis. Begitulah juga dgn alfalfa... boleh faham kn? :) Bersederhana, ikut arahan insya allah segalanya baik2 sahaja...

4. Pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu diminta consult dengan doctor dahulu sebelum mengambil alfalfa

Jawapan: Memang betul, apa2 supplements yg kita ragu-ragu nak ambil seeloknya bertanya kepada yg lebih pakar seperti doctor ataupun pharmacist. Tapi pelik jgk, org sekarang ambil maajun kampung, ubat 'breast enlargement' segala tuh xde pula yg amik nasihat doctor?hehe :D

5- Penggunaan alfalfa dalam kuantiti yang besar dan berpanjangan tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu

Jawapan: Memang kita tidak pernah consult suruh bagi alfalfa kepada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut kepada dos dan kesesuaian bayi. Baca balik artikel itu kata KUANTITI BESAR DAN BERPANJANGAN... Kalau ambil ikut dos yg disarankan should be ok...samala seperti contoh yg saya bagi td... makan nasik/menda yg manis its ok je nk makan sampai tua pun tp kalu makan banyak sampai tua tuh hati2... mungkin boleh mengundang penyakit... bersederhana, berpada2 n ikut kepada yg disarankan...

6- Pesakit kanser, fibroid tidak digalakkan ambil alfalfa tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal

Jawapan: Memang sbg SID (Shaklee Independent Distributor) kita pun tidak membenarkan pesakit-pesakit ini mengambil alfalfa walaupun belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya sbg langkah berhati2...

7- Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa

Jawapan: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka memang sesiapa yg mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) kita tak benarkan ambil alfalfa.

Maka tiada ragu2 nak ambil alfalfa jika anda tahu apa yg anda ambil kan? Sebab itu pentingnya consultation semasa dan selepas pembelian supplement untuk melihat reaksi selepas pengambilan supplement tersebut. Jangan buat pembelian kepada org yg tiada ilmu untuk consult atau membeli di merata tempat yg tiada sumber untuk anda rujuk. Sebab itu saya sentiasa mementingkan consultation yg betul diberikan pada customer sebelum mereka membeli sesuatu produk.

Saya juga tidak akan memberi consultation kepada mereka yg membeli dari orang lain kerana org yg menjual produk itulah yg bertanggungjawab ke atas produk yg dijual. Jadi sebelum membuat pembelian anda mestilah jelas mengenai info produk, cara pengambilan dan sebagainya. Jika anda ragu-ragu saya nasihatkan anda bertemu doctor untuk mendapatkan nasihat.

Sumber: PermataCintaku, Dr. Zubaidi

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

29.4.14

Radang sendi?Mari pulihkan dengan Shaklee dan ayat-ayat al-quran...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sesungguhnya ALLAH SWT menciptkan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Setiap susunan tubuh badan dijadikan seimbang dan dengan ukuran yg tepat. Di dalam tubuh badan anak adam itu pula ALLAH SWT ciptakan 360 sendi supaya mudah untuk bergerak dan melakukan berbagai-bagai gerak kerja dan pergerakan. Demikianlah betapa halusnya ciptaan ALLAH SWT kepada hambaNYA yang bergelar manusia... hebat kan?kita ada 360 sendi jika salah satu sendi ada masalah, tidak sihat, sakit, keradangan sudah tentu kita tidak selesa melakukan aktiviti seharian kita. 

Dari Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah rha. bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “Setiap manusia keturunan Adam diciptakan di atas 360 persendian. Barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih dan beristighfar kepada Allah, menyingkirkan batu atau duri atau tulang dari jalan, memerintahkan kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran sejumlah persendian itu maka ia telah berjalan menjauhi api neraka.” (Riwayat Muslim, Kitab al-Zakat, hadis No. 1675)

"Wahai manusia! Apakah yg telah memperdayakan kamu (berbuat dosa) terhadap Tuhan kamu Yang Maha Pemurah. Tuhan yg telah mengatur kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yg kerananya diadakan anggota itu) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yg dikehendaki, DIA susunkan kejadianMU" (Al- Infithar: 6-8)

Susunan sendi-sendi dalam tubuh manusia ciptaan ALLAH SWT


 Jenis-jenis arthritis


Natural Remedies untuk penyakit sendi

Menurut salah satu website antarabangsa yg dikenali sebagai Alternative Medcine ada beberapa cara secara natural boleh mengurangkan masalah/keradangan sendi tanpa menggunakan ubatan moden antaranya:

Omega-3 Fatty Acids

Omega-3 merupakan salah satu jenis lemak. Badan kita tidak dapat menghasilkan omega-3 jadi omega-3 diperlukan daripada diet/pemakanan seharian kita. Terdapat beberapa kajian yg mempunyai bukti kukuh mengatakan omega-3 sangat membantu pesakit yg mengalami masalah sendi terutamanya rheumatoid arthritis. 

Kajian terlibat membuktikan lebih daripada 500orang bersetuju mengatakan omega-3 fatty acids banyak membantu mengatasi simptom2 penyakit rheumatoid arthritis. Makanan seharian yg mengandungi omega-3 yg tinggi adalah cold water fish seperti salmon, sardin dan sebagainya

Cadangan supplement Shaklee

Omega Guard Shaklee...mengandungi omega-3 fatty acids yg dihasilkan daripada ikan2 laut dalam

Gamma-linolenic Acids (GLA)

Ada beberapa kajian membuktikan bahawa gamma-linoleic acids (omega-6) merupakan satu lagi jenis fatty acids berkhasiat yg banyak didapati dalam minyak sayuran seperti borage oil, black current seeds oil, evening primrose oil

Cadangan supplement Shaklee

GLA Complex Shaklee yg mengandungi evening primrose oil & sunflower seeds oil sbg sumber omega-6. Vitamin E juga baik untuk kesihatan sendi




Boswellia

Boswellia merupakan sejenis herba berasal daripada 'native tree' dari negara India. Bahan2 aktifnya terdiri daripada boswellic acids yg berfungsi sebagai penghalang kepada reaksi kimia yg menyebabkan keradangan.

Cadangan supplement Shaklee

AJHT yg mengandungi ekstrak boswellia, ekstrak jagung yg mengandungi omega-6, vitamin c, zinc, mangan n tembaga
 


Magnesium

Mengikut website MedlinePlus berfungsi sebagai penstabil kepada fungsi saraf dan otot dalam badan manusia. Magnesium juga menjaga immune sistem agar stabil, menjaga degupan jantung dan mampu menguatkan tulang. Magnesium juga membantu menstabilkan kandungan glukos di dalam darah bagi keseimbangan protein dan tenaga dalam tubuh. 

Magnesium bukan sahaja mampu menjaga kesihatan saraf dan otot manusia malah magnesium juga mampu sebagai penstabil tekanan darah bg mengelak tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes. 

Cadangan supplement Shaklee

Mengandungi sumber kalsium, magnesium dan vitamin D untuk menstabilkan kesihatan tulang dan sendi

Vitamin B6 & B12

Vitamin B6 - ataupun pyridoxine adalah vitamin yg lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding nutrien yg lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan untuk pelepasan karbohidarat yg tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yg mana mengandungi arahan-arahan genetik bg pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu penyerapan B12 dalam fungsi imuniti dan dalam pengeluaran antibodi.


Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yg dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yg sihat

Cadangan supplement Shaklee

Lengkap dengan semua jenis vitamin B

Vitamin C

Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang. Vitamin C juga berperanan membentuk kolagen yg merupakan protein penting untuk penyusunan jaringan kulit, sendi, tulang dan sistem tubuh.

Cadangan supplement Shaklee


 Ayat-ayat al-quran yang boleh diamalkan bagi pesakit radang sendi

 Mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada ALLAH SWT untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

  • Surah Qaff ayat 16-45
  • Surah Adz Dzariyat ayat 31-60
  • Surah Shod ayat 34-61
  • Surah Al-Ahqaaf ayat 21-28
Cara amalan ayat-ayat al-quran tersebut ialah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah adz dzariyat tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada ALLAH SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dgn surah seterusnya.


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

22.4.14

Breastfeeding? 6 nutriens asas yg penting dan diperlukan...

Bismillah wal hamdulillah...

Ibu yang menyusukan memerlukan hampir 300-500 lebih calorie berbanding orang lain yang tidak menyusukan setiap hari. Ibu menyusu juga perlu menitik beratkan pengambilan cecair/air di dalam badan adalah lebih dan mencukupi. Sumber nutriens di bawah boleh memastikan jumlah cecair dan kalori adalah mencukupi ditampung oleh badan terutamanya bagi ibu yg menyusukan bayi mereka.

Kalsium

Kalsium membantu memberi kekuatan kepada tulang anda. Kalsium lebih mudah diserap ke dalam tubuh bersama-sama vitamin D. 

Sumber makanan: Susu, yogurt, keju, sayuran hijau

Iron/Zat Besi

Zat besi/iron berfungi bagi keseimbangan tenaga dalam badan manusia dan juga berfungsi sebagai pelindung kepada sebarang infeksi. Iron/zat besi diserap dgn baik bersama2 dgn vitamin C


Sumber makanan: daging, hati, bayam, makanan laut

Zinc

Penting dalam pertumbuhan sel-sel baru dalam badan

Sumber makanan: low-fat milk, tiram, roti whole-grain

Protein

 Memastikan tisu2 dan sel2 badan berada dalam keadaan sihat dan baik. Pengambilan protein perlu ditingkatkan pengambilannya dalam diet seharian oleh ibu menyusu lebih kurang 25g lebih.

Sumber makanan: ikan, daging, telur, produk tenusu, keju

Vitamin D

Membantu badan berkerjasama dgn kalsium untuk kesan yg lebih menyeluruh dan berkesan

Sumber makanan: Susu rendah lemak, ikan salmon, careal

Vitamin B12

Berkerja bersama folic acid untuk membina hemoglobin dan sel darah merah. Kekurangannya boleh menyebabkan pucat

Sumber makanan: hati, ikan, daging, susu rendah lemak, telur

Secara alternatif anda boleh mengambil supplements bagi menggantikan nutriens2 yg tidak mampu anda ambil dalam diet seharian. Shaklee ada menawarkan beberapa cadangan vitamin bagi ibu menyusu seperti berikut:

Mengandungi folic acid dan lengkap dgn sumber vitamin B terutamanya B12

Sumber protein lengkap dgn 9 asid amino penting oleh badan

Kalsium with magnesium dan vitamin D

Vitamin C membantu penyerapan zat besi/iron di dalam badan

Multi-vitamin lengkap dgn iron/zat besi

Keperluan zinc

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook