31.5.14

Masalah kolesterol... rawat segera tanpa ubatan, semulajadi & sihat...

Bismillah wal hamdulillah...

Apakah yang dimaksudkan dengan "tinggi kadar kolesterol"?"


Masalah tinggi kadar kolesterol merupakan antara faktor penyumbang kepada penyakit serangan jantung. Kolesterol merupakan 1bahan yg dihasilkan oleh hati dan bersifat "waxy" yakni berlilin dan seakan2 lemak yg kental dan kolesterol dihasilkan daripada makanan yg kita makan setiap hari. Kolesterol asalnya merupakan komponen asas membrans dan ia digunakan oleh badan untuk menghasilkan hormon dan vitamin D. 

Kolesterol dibawa melalui saluran darah yg menghubungkan dua kompaun yg berbeza yg dinamakan 'lipoproteins': low-density lipoproteins (LDL) dan juga high-density lipoproteins (HDL). LDL dikenali sebagai "kolesterol jahat" kerana ia mengangkut kolesterol daripada hati ke seluruh badan dan berpotensi membenarkan kolesterol melekat pada dinding arteri darah. HDL pula dikenali sebagai "kolesterol baik" yg mengutip kolesterol daripada darah dan mengangkutnya kepada sel-sel badan yg menggunakan kolesterol atau mengangkut kolesterol yg tidak diperlukan semula kepada hati untuk dikitarsemula. HDL juga mampu menghapuskan kolesterol berlebihan yg dihasilkan oleh hati.

Masalah terlalu tinggi kadar kolesterol boleh melekat pada dinding-dinding saluran darah yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi kaku (atherosclerosis). Apabila saluran darah menjadi kaku mampu menyebabkan saluran darah semakin sempit. Pengaliran darah pula menjadi perlahan seterusnya saluran darah menjadi tersumbat dan menghalang oksigen dari sampai kepada jantung. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada dan sesak nafas. Jika saluran darah terus tersumbat dan darah tidak boleh disalurkan terus kepada jantung, otot jantung akan musnah dan menyebabkan penyakit serangan jantung.

Kolesterol mampu menyempitkan saluran darah dengan cara ia melekat pada dinding

Simptom-simptom menghidapi masalah tinggi kadar kolesterol

Masalah tinggi kolesterol tidak mempunyai simptom-simptom atau tanda-tanda yg jelas. Cuma anda mungkin perasan terdapat seperti jerawat pada kawasan sekitar kelopak mata atau dalam perubatan disebut sebagai "xanthelasma" - tompokkan kuning/putih yg disebabkan oleh kolesterol yang masuk ke daam saluran darah bersama2 kalsium 



Tanda-tanda lain anda mungkin mengalami masalah sesak nafas dan sakit dada. Jika anda kerap berlaku seperti keadaan itu sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin

Faktor-faktor penyebab masalah tinggi kadar kolesterol


Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menurunkan paras kolesterol 

1) Amalkan senaman dan gaya hidup aktif - 3kali seminggu dan 20minit 1sesi sudah memadai untuk bersenam. Atau dgn cara lain (mungkin anda seorang yg sibuk setiap hari) parking kereta anda sedikit jauh daripada lokasi yg anda ingin tujui jadi anda perlu berjalan agak jauh. Cara ini pun juga boleh diamalkan selalu selain daripada bersenam seperti pergi ke gymnasium, jogging dan sebagainya.

2) Turunkan berat badan jika mengalami masalah berlebihan berat badan

3) Ubah gaya pemakanan - diet yang sihat dengan memperbanyakkan makanan seperti sayuran, serat dan buah-buah. Ubah cara penyediaan makanan tersebut daripada banyak menggunakan minyak (menggoreng) kepada merebus, memanggang dan masakan stim.

4) Kurangkan gula dan makanan bersumberkan gandum - dalam 1kajian menunjukkan gula dalam bentuk sukrosa atau tinggi fructose sirap mungkin menjadi penyumbang kepada masalah jantung. 

5) Elakkan makanan bersumberkan unsur lemak trans - lemak trans ini boleh merendahkan kadar HDL (kolesterol baik) seterusnya meninggikan kadar LDL (lemak jahat). 

6) Jangan merokok - merokok boleh merendahkan kadar kolesterol baik dan menjadi penyumbang kepada masalah jantung

7) Relaks - Emosi yg stress memberi isyarat kepada badan untuk melepaskan lemak ke dalam saluran darah dan meningkatkan kadar koleserol. 

Nutrisi yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol

Mutil-vitamin

Multi-vitamin diperlukan bagi memastikan anda mendapat cukup bekalan vitamins dan minerals penting. Pilih multi-vitamin yg mempunyai iron jika anda seorang wania yg masih mengalami menses setiap bulan. 

B3 (Niacin) 

Niacin atau vitamin B3 terdapat didalam vitamin b-complex. Vitamin B3 banyak terdapat pada makanan seperti yis, daging, ikan, susu, telur, sayuran hijau, kekacang dan careals. Niacin mampu menurunkan paras kolesterol di dalam darah.

Niacin dan niacinamide adalah diperlukan utk membenarkan lemak dan gula ditukarkan kepada tenaga secara efektif sambil menstabilkan kesihatan sel-sel tubuh. Niacin juga mampu membantu pesakit jantung dalam mengelakkan masalah "blood clotting". Ia juga mampu menstabilkan paras lemak triglycerides di dalam darah.
 
Fiber

Pengambilan makanan2 berserat dan tinggi fiber seperti sayuran dan buah-buahan sehingga 6 ke 8 hidangan setiap hari mampu mengurangkan paras kolesterol anda. Tambahkan juga psyllium dan supplement soluble-fiber ke dalam diet harian anda untuk meningkatkan pengurangan kolesterol. 

Omega-3 fatty acids

Jika anda tidak mampu mengambil minyak ikan yg mencukupi kedalam diet harian anda, anda sepatutnya mencuba kapsul minyak ikan. Seorang pakar iaitu Dr. Weil mencadangkan 1,000mg daripada kombinasi EPA & DHA -2jenis asid lemak omega-3 yg penting.

Garlic/bawang putih

1kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih memiliki keistimewaan yg tersendiri iaitu mampu menunrunkan paras kolesterol yg tinggi serta mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Garlic/bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria, virus dan kuman di dalam badan.

Soy protein

Soy protein such as tofu, tempe, air kacang soya telah membuktikan mampu menurunkan paras kolesterol. Pilihlah daripada sumber yg organik tanpa bahan pengawet, perasa dan pemanis tiruan. Pilih juga sumber soya non-GMO yg mengandungi 9asid amino penting yg tidak dihasilkan oleh badan untuk merasai kebaikkan soya secara keseluruhannya.

Green tea/Teh Hijau

Teh hijau merupakan sumber antioksidan semulajadi yg terbaik bagi menurunkan paras kolesterol serta mengelakkan kolesterol di dalam darah kita daripada teroksida

Coenzyme Q10 (COQ10)

Coenzyme merupakan salah satu antioksidan terbaik kepada kesihatan jantung dengan melindungi LDL (kolesterol baik) daripada teroksida dan dengan menjanakuasa semula 'mitochondria' (generate tenaga kepada sel-sel hidup untuk melakukan tugas masing2 agar organ2 tubuh menjadi sihat) kepada sel-sel jantung di mana tenaga metabolisma terhasil. COQ10 juga membantu merendahkan tekanan darah yg tinggi. 

This powerful antioxidant benefits heart health by protecting LDL cholesterol from oxidation and by re-energizing the mitochondria in the heart cells, which is where energy metabolism occurs. CoQ10 may also help lower blood pressure.

 Eat some nuts everyday

Pilih kacang badam, walnuts yg memiliki lemak monounsaturated kepada kesihatan jantung.  

Cadangan supplements Shaklee kepada masalah kadar kolesterol

Vitalea (Multi-vitamin)


 B-complex (Lengkap 8jenis vitamin B termasuk vitamin B3 - Niacin)


Herb-lax/alfalfa (high fiber supplements)



Omega Guard (omega-3 fatty acids - EPA & DHA)


Garlic


COQ Health Plus


ESP (Energizing Soy Protein)


 Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D