28.3.09

Musim cinta sudah berlalu?


Bismillah wal hamdulillah...

Terbaca satu artikel yg sgt menarek dari website Ustaz Pahrol yang saya rasa sgt elok dibaca dan dihati oleh yg sdg hangat bercinta, pengantin baru, pengantin lama skalipun, tetapi marilah sama2 kita hayati bait nasihat dan bicara beliau yg mungkin sedikit sbyk boleh dijadikan bekalan utk menghadapi hari2 mendatang terutamanya dalam proses mengemudi rumahtangga...

Tapi antara yg menarek yg sy nk post kt entri sy kali ini adalah beberapa tips menarek dari ustaz...



Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab. Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah… dan terus tersenyum di hadapan suaminya justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah “pohon” tanggung jawab. Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!




Tip untuk bertanggung jawab:

  • Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
  • Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
  • Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
  • Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
  • Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
  • Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
  • Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.



0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D