3.9.09

Proses Kejadian Manusia menurut al-quran...

Bismillah wal hamdulillah...

PERINGKAT PERTAMA

NUTFAH: Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-insan: 2 yang bermaksud:

"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur dan KAMI hendak mengujinya dgn perintah dan larangan kerana itu KAMI jadikan dia mendengar dan melihat"


Pertemuan antara sperma (benih lelaki) dan ovum (benih perempuan) (source: gmbar ehsan mr.gugel)


Berjuta2 sperma berusaha utk menembusi ovum... Hnya sperma yg terbaik shj yang berjaya (source: gmbar ehsan mr.gugel)

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah NUTF asal perkataan ertinya air yang sedikit yg terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan AMSYAI berasal daripada perkataan MASYJ yang bererti percampuran.

Berasaskan makna perkataan tersebut maksud ayat di atas dan sesungguhnya KAMI (ALLAH SWT) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan

PERINGKAT KEDUA:

'ALAQAH: Peringkat pembentukkan 'alaqah ialah pada penghujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari ke-7 telur yang telah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu akn mengubah nutfah kepada 'alaqah. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Kemudia KAMI mengubah nutfah menjadi 'alaqah" (surah al-mukminun: 14)

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan 'alaqah dgn makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan padangan mata kasar. 'Alaqah sebenarnya merupaka satu benda yg amat seni yg diliputi oleh darah. Selain itu 'alaqah mempunyai beberapa maksud:

  • Sesuatu yang bergantung atau melekat
  • Pacat atau lintah
  • Suatu buku atau ketulan darah
Peringkat 'alaqah merupakan peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


Minggu ketiga di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)


PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH: Pembentukkan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut 2kali di dalam al-quran iaitu surah al-hajj: 5 dan surah al-mukminun:14... Firman ALLAH yang bermaksud:

"Lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"(al-mukminum:14)


Minggu keempat di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)


Minggu kelima di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)


Minggu keenam di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)


Minggu ke tujuh di dalam rahim ibu (source: gmbar ehsan mr.gugel)

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota2 yang lain. Selain itu, sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yg tertanam di dalam otot2 ibu kin mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdegup. Untuk perkembangan seterusnya darah mula mengalir dengan lebih byk lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM: Pada peringkat ini iaitu pada minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukkan tulang yang mendahului pembentukkan otot2. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot2 akan membungkus tulang2 tersebut. Firman allah swt dalam surah al-mukminun ayat ke 14 yg bermaksud:

"Lalu KAMI mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya KAMI membalutkan izam dengan daging"

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yg kompleks. Pada tahap ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru2 kelihatan. Begitu juga dengan orgran pembiakkan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi kecing, dan lain2 terbentuk dgn lbh sempurna lg. Kaki dan tgn juga mula tumbuh. Begitu jgk mata, telinga, dan mulut semakin sempurna. Pada minggu ke lapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR: Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan beberapa lagi perubahan berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku2nya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi lebih lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandunggan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KEENAM

NAFKHUR-RUH: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hnya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dari selepas terbentuknya organ2 tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lg. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata2 tetapi telahon mempunyai hubungan dgn ALLAH SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yg disebutkan oleh ALLAH SWT di dalam al-quran surah al-a'raf:172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu utk meningkatkan martabah dan kejadian insan di sisi ALLAH SWT...

Subhanallah~!!!

10 sweet persons:

naematul.ismail said...

sis,,,any gud news?
i'm waiting;)

f a i z a h 's said...

ouh... wait aaa... pasti ada n pasti ku khabarkan padamu....ehhe..doakan saja~! : )

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

haaa, jgn sorok2 yeeee~~~~ ;p

f a i z a h 's said...

Ha... tidak ye...saba~! tunggu.... ehhe

naematul.ismail said...

dtg jenguk lagi
8>

f a i z a h 's said...

sila~! tunggu ya~~~ :)

metheunderneath said...

subhanallah..gud luck ye faizah.. :)

f a i z a h 's said...

mekaseh metheunderneath...doakan sy ek~!!

[ Hanie ] said...

congrats kalau betul perkhabaran gembira ini :)

f a i z a h 's said...

Trima kasih in advance...eheh... i pulak yg advance... :) insya allah ada rezeki x ke mana...

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D