Bismillah wal hamdulillah...
Hari ni 'fefeeling' anak seorang bila kakak-kakak dari pagi lagi dah berjalan ke rumah maktok. Begitulah anak-anak ni, kalau tak bawak depa ni ke mana-mana memang akan merengek-rengek nak ke rumah maktok.
Jadi ajak en.abang ke Padang Besar cuci mata. Seperti biasa hujung minggu saja memang umpama tin sardin ja Padang Besar tu. Orang yang datang dari pelusuk Malaysia... dengan bas berduyun-duyun. Itu memang pemandangan yang sangat biasa kalau ke Padang Besar pada hujung minggu. Belum lagi musim cuti sekolah. Memang tak hadap la ke Padang Besar. Bagi peluang kat orang lain luar Perlis la hehe :D tak kose kot nak bersesak-sesak gitu... Bukan nak beli apa sangat cuma 'window shopping' sahaja.
En.abang asalnya nak beli jajan tiba-tiba terbekenan t-shirt kat situ... Maka dapatlah 2helai tshirt anak beranak... Ammar punya tshirt = RM12, ayah dia punya tshirt = RM25... Sedondon pulak tuh... huhu...ayah ni sejak ada anak lelaki nan seorang ni, semua baju kalau boleh nak sedondon...apa kes kan?haha! ummi is jeles kesahnya :P
Tengah tunggu order tomyam |
Tidak ketinggalan teh ais thai bekas besar gedabak share 3orang tak habis...hehe...gambar ehsan gugel :) |
Jajan kegemaran setiap kali ke padang besar |
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D