28.4.16

Si Harumanis...

Bismillah wal hamdulillah...

Harumanis merupakan sejenis mangga yang sinonim di negeri Perlis. Oleh kerana baunya yang harum dan rasanya yang manis menjadikan mangga jenis Harumanis ini diminati ramai... Rezeki bagi bumi dan penduduk negeri Perlis, mangga (read: di utara mangga digelar sebagai mempelam) mangga harumanis tumbuh subur dan sangat menjadi. Mungkin kerana faktor tanah dan cuaca di Perlis mempengaruhi rasa dan kualiti mangga harumanis yang luar biasa hanya terdapat di Perlis.

Kalau ikut sejarah macam mana mangga harumanis ni dibawa ke Perlis adalah pada tahun 1971-1975 di dalam rancangan Malaysia kedua klon mempelam harumanis pertama (MA 128) dibawa ke Perlis. Dari mana? saya pun tak pasti... ada yang kata berasal daripada Indonesia... Nak baca sejarah lanjut mengenai mangga harumanis bagaimana ia dibangunkan, sejarah penyelidikan dan sebagainya boleh baca di website Jabatan Pertanian Negeri Perlis 

Saya dan keluarga sendiri sebagai anak jati Perlis memang tak ketinggalan untuk menanam sendiri tanaman 'emas' ini. Tokwan saya dah mula tanam harumanis ni dalam awal tahun 80an lagi. Seiingat saya sewaktu saya masih dibangku sekolah (Tahun 90an) setiap tahun hasil mempelam harumanis wan (datuk) memang memberangsangkan. Memang letih tolong wan buat pembalut harumanis menggunakan surat khabar lama. Wan saya memiliki pokok harumanis lebih kurang 150 pokok pada ketika itu. Setelah wan meninggal dunia pada tahun 1999, tiada siapa lagi yang boleh menjaga dan mengusahakan pokok harumanis beliau. Pokok harumanis wan merupakan antara baka pertama yang dibawa ke Perlis pada ketika itu. Tekstur kulit buahnya yang hijau gelab apabila masak, dan isinya yang berwarna oren sangat memikat hati. Sekarang seiring dengan perkembangan teknologi, baka harumanis sudah sedikit berubah tetapi masih tetap lagi manis dan harum. 

Setelah abah saya menamatkan perkhidmatan beliau sebagai kakitangan kerajaan (senang cerita pencen la... punyalah bahasa dah macam website perlacongan hehe) abah decide nak tanam sendiri pokok harumanis demi mengusahakan beberapa keping tanah peninggalan arwah wan (sebelah abah). Salah satunya abah nak tanam harumanis. Bermula dengan menghadiri beberapa sesi taklimat dan latihan daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Rupanya nak tanam harumanis ni tak semudah yang disangka. Perlu melalui beberapa proses yang boleh dikatakan rumit sebab pokok harumanis ni sensitif. Jika tersalah teknik berkemungkinan besar buah yang dihasilkan tidak menjadi, kurang manis, rosak atau pokok 'merajuk' langsung tak keluarkan buah! Haa sampai gitu tahapnya... apa2 pun semua rezeki dari yang Maha Esa... 

Abah mula tanam harumanis dengan anak pokok yang diberikan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Perlis pada tahun 2013 kalau tak salah saya. Kira inisiatif daripada kerajaan negeri. Siap dapat percuma mesin rumput dan beberapa peralatan lain. Alhamdulillah... Pokok abah mula menghasilkan buah pada tahun 2015 tapi tak banyak sebab pokok masih kecil/muda. Hasilnya boleh la dimakan kami sekeluarga dan saudara-mara sahaja. Tahun ini 2016 alhamdulillah hasil memberangsangkan walaupun tak semeriah orang lain yang hasilnya sehingga mencecah 10,000 biji! tapi dengan pokok abah yang sebanyak 49pokok itu alhamdulillah sekadarnya abah kata. Tak sampai 1,000 biji pun tetapi abah dah tak larat nak jaga hehe :D sebab proses nak jaga pokok harumanis ni rumit... Tak boleh terlalu kering, terlalu lembab pun tak boleh... jadi kena pantau selalu. Jika kurang air perlu untuk disiram setiap hari almaklumlah Perlis ni terkenal dengan negeri yang terlampau panas... walaupun panas bekalan air pokok perlulah mencukupi. Itu belum masuk bab penjagaan pokok daripada serangan ulat dan serangga perosak lagi... 

Bila dah mula berbuah ni (kebun abah berbuah lewat sikit daripada orang lain) perlu melalui fasa membalut buah pula. Pada fasa ini ada pula serangan dariada orang tak bertanggungjawab. Haha...bukan serangan serangga ja...serangan orang pun ditakuti juga... lagi bahaya tuh! Seperti yang kita tahu buah harumanis ni tinggi nilai harganya, jadi ada yang mengambil kesempatan mencuri hasil tanaman orang lain tanpa rasa tanggungjawab! Haih la orang kita... nak senang cara mudah... so sad...  Jadi perlu berjaga siang dan malam... kesian juga abah... dah beberapa minggu ni tidur di kebun harumanis :( teruk tau nak jaga harumanis mengalahkan jaga baby! Jadi 'please' jangan marah si penjual harumanis sekiranya harga harumanis boleh dikatakan mahal... 

Begitulah kisah si harumanis saya... hehe :D sekadar perkongsian daripada pengalaman peribadi...

Terlupa 1lagi fakta, musim harumanis ni sekali je setahun yakni dia mula berbuah pada bulan april sehingga mei. Mungkin ada sesetengah pokok berbuah sehingga awal Jun. Ikut rezeki :) Jadi jangan lepaskan peluang merasai keistimewaan harum dan manisnya si harumanis ini... sangat sedap dimakan bersama pulut dan santan... apa nak kata :)

Baru separuh yang dibalut... pokok masih lagi mengeluarkan buah... alhamdulillah...rezeki dari ALLAH SWT

Seronok masing-masing di kebun harumanis tokwan

Aisya khusyuk tengok tokwan membalut buah

Maktok berkejaran dengan cucu-cucu... haha! kawasan lapang kekdahnya ammar sukar dikawal... :P

Pokok yang masih kecil dan muda... alhamdulillah ada juga buah...

Si harumanis

Aisya khusyuk lagi... ammar berlari dengan ligat sekali :D

Gambar dengan tokwan dan maktok sekeping! :)

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D