29.2.16

Menghijaukan...

Bismillah wal hamdulillah... 

Hijau bukan nak cerita bab politik naa... hehe :D ini antara langkah awal saya ke arah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat... saya nak ubah corak pemakanan terutamanya memang dah tak betul sejak zaman kanak-kanak... banyak telan jajan walaupun ditegah mak abah... pengaruh rakan sebaya... mak abah tak bagi makan cikedis, megi dan seangkatan dengannya tapi waktu sekolah saya curi-curi makan dengan kawan-kawan... risau nanti anak-anak ikut jejak langkah ummi... nak kena terapkan dari sekarang lah kenapa tak boleh makan processed food, fast food etc... dulu mak tak cerita pun kenapa tak boleh makan... dulu more on makanan syubhah la daripada cerita bab kesihatan... tapi dah nama budak-budak memang tak fahamlah kenapa tak boleh makan kalau cerita bab halal, haram n syubhah ni... kalau sihat dengan tak sihat boleh buat analogi sikit... so sekarang ni aisya dah pelan-pelan takut nak makan makanan yg manis dan jajan... kalau 'cheat day' tuh tak peraya lah... doakan yg terbaik untuk anak-anak dan kami sekeluarga...

Sekarang ni saya nak limitkan makan dekat luar walaupun saya super duper malas nak masak! malas bukan sebab apa, sebab rutin harian itu tetap sama walaupun weekend... huhu...which is saya kadang2 rasa nak juga berehat, berlunjur kaki, gantung periuk belanga... kira off day la kenkonon... ok sekali sekala acceptable la kot... tapi kalau mampu ku gagahi jugak untuk masak walaupun dish yang simple-simple dan healthy syaratnya adalah MENGHIJAUKAN makanan... haha! tuh yang hijau sangat tuh tajuk entri... anak-anak saya so far tak ada masalah sangat bab nak suruh telan sayur mayur hijau terutamanya sawi, bayam, carrot, bunga kubis memang depa hadap sat ja...ummi is lega... walaupun tak semua sayur depa nak telan tapi at least depa mau la jugak makan sayur-sayur yang disebutkan tadi... masak sup atau sayur air cukup dah... kadang-kadang bertambah nasik dengan ayam organik goreng, takpun ikan goreng... syaratnya ada sayur... lepas tuh anak-anak juga suka epal hijau dan buah oren... alhamdulillah dah boleh cuba 'slow down' perangai anak-anak suka makan 'cookies' mungkin ummi boleh 'homemade' ja... tapi biasalah kekangan juga bila anak-anak nak menyibuk 'baking' sekali sebab nanti jadi 2-3kerja... haha! mana nak membaking, mana nak tengok kukis masak ke belum, mana nak cuci sana sini akibat pelbagai tumpahan, mop lagi adoi... ada hikmahnya ummi tak kerja sehingga ke saat ini dah masuk tahun ke-4 kalau ummi kerja alamatnya makan anak-anak memang ke laotlah... kadang-kadang saya dapati menjadi punca anak-anak mempunyai daya ketahanan badan yang kurang.. cepat demam, cepat terkena selesema, batuk dan emosi juga kerap terganggu...

'Next step' adalah tukar gula putih kepada gula organik (gula tebu asli) walaupun agak mahal! tapi boleh la ganti gula putih bukan makan gula sangat tapi sebagai ganti untuk banking etc... cubalah pelan-pelan walaupun tak boleh semua... sekarang ni dah 'add on supplements' VCO untuk kami sekeluarga... anak-anak pun jarang demam, selesema n batuk... memang tiap-tiap pagi ataupun sebelum tidur saya suapkan madu bersama VCO... ketiga-tiga tak ada masalah telan VCO... Syukur... ummi boleh senyum gembira... ni kira 'natural remedies' untuk 'prevent' kepelbagaian virus, bakteria di luar sana... sebab VCO anti bakteria, anti virus... kita hanya mampu berusaha tapi yang berkuasa menentukan masih DIA YANG MAHA BESAR!

Susah jg sebenarnya nak amalkan pemakanan yang sihat ni sebab tekak tetap teringin nak minum minuman manis, makan desserts, kadang-kadang rasa buat-buat tak nampak ja... haih...kena kuat sungguh iman...terbabas jg kadang-kadang T_T kalau asik terbabas bila agaknya nak sihat dan dapat berat badan ideal ni faizah haha!


Contoh menu kesukaan saya...ada ulam cukup dah daripada bersusah payah nak cari sayur salad ala-ala 'western'... masyarakat kita pun tak kurang hebatnya dengan makanan sihat seperti ulam-ulam ni yang diamalkan sejak turun temurun tapi dah kita tak mahu amalkan memang nampak janggal... anak-anak nanti kena ajarla makan ulam dari kecik nanti besar tak susah macam ummi nak telan... sy pandai makan ulam pun masa dah remaja umur sekolah menengah kot bermula dengan daun selom yang buat ulam laksa, lepas tuh mula berjinak-jinak makan timun, pengaga, ulam raja... alhamdulillah boleh telan...


 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D