Bismillah wal hamdulillah...
Malam tadi ada godek-godek balik akaun emel saya yang dah berkurun tak buka. Sekarang lebih suka guna servis dari gmail. Akaun yahoo dibiarkan sepi. Tak ingat bila kali terakhir saya buka. Nasib masih ingat lagi 'password' sebab 'password' saya semua lebih kurang sama... hehe :P ada lebih kurang 7000 emel yang tak baca. Tuhdia... Emel lama dari tahun 2014 (yakni emel dari tahun 2005-2013 saya tengok sepintas lalu dan terpaksa 'delete') banyak sangat kot nak baca. Berpinau dah baca...
Lepas dok 'browse' emel secara rawak (kot ada emel penting, harap-harap tak da la sebab tengok sepintas lalu je dan 'delete'. Kalau penting pun buat apa dah terlalu lama, lebih 2tahun dah...so abaikan je la...) tertumpulah mata daku ini pada beberapa emel daripada 'sender' yang sangat dikenali... hehe :P ada beberapa emel yang 'sender' itu pernah hantar. Macam lawak juga pertemuan gaya seperti itu, tiada pertemuan antara muka... Eceh...
Ya... emel kiriman encik abang lebih kurang 10tahun lepas. Panjang sangat cerita pertemuan yang ALAH SWT aturkan untuk kami. Nak cerita ke tidak, nak cerita ke tidak haha! Pada awalnya encik abang ada 'send friend request' ke akaun Friendster saya. Masa tuh femes dengan Friendster. Belum ada lagi Facebook. 'Friend Request' siap 'inbox message' lagi. Haha! Macam lawak pun ada, Saya masih ingat lagi tulisan 'message' tuh lebih kurang "Assalamualaikum, takkan tak kenai anak makcik maimunah..." kah3... memang tak kenal la sapa makcik maimunah masa tuh!! Encik abang bajet saya kenai mak dia padahal 'family' encik abang jiran kepada nenek saya... memang rumah nenek saya tu ibarat rumah kedua bagi kami sekeluarga. Jadi memang kenal la jiran-jiran tok (nenek) saya kecuali 'family' encik abang yang belum rapat sebab 'family' encik abang baru pindah ke situ.
Fikir punya fikir masa tuh siapalah gerangan makcik maimunah yang dimaksudkan... terus tanya adik bongsu (berkawan dengan adik bongsu encik abang juga) semuanya terjadi secara kebetulan yang kalau difikirkan macam sangat tak logik mungkin sudah jodoh. Dipendekkan cerita, tahun 2005 itu merupakan tahun saya kenal dengan encik abang secara alam maya sahaja. Kami hanya berhubung melalui 'inbox friendster' sahaja masa itu tapi tak kerap sebab masing-masing jarang dapat buka 'friendster' ada masa saya 'reply' la masej encik abang. Masej pun berkisar tentang 'study' dan perkongsian tazkirah sahaja. Tiba-tiba encik abang emel la pulak... mana dia dapat 'address' emel masa tu pun saya tak pasti. Itu yang terkenang sangat tuh, jadi tak jadi la nak 'delete' emel 10tahun lepas... ehhe :P kenangan tuh!!
Akaun 'friendster' dah lama saya 'deactivated' sebab tiba-tiba gambar-gambar kenangan dalam akaun 'friendster' boleh hilang macam tuh sahaja. Tak tahula kat mana gambar tuh jadi kerna terlalu kecewa saya 'deactivated' teruslah! huhu...sedih juga sebab banyak sangat gambar kenangan di UTP, masa zaman-zaman 'single'. Berbalik pada kisah perkenalan kami, sepanjang kami 'study' kami hanya kawan biasa... berhubung pun kadang-kadang sahaja... yelah, encik abang masa itu sudah ada yang istimewa... haha! saya sahaja yang memang tak ada 'somebody special' sebab memang taknak bercinta la kot sebelum kahwin ni... kawan-kawan biasa sahaja... hehe :P skema la diriku ketika itu... kawan memang ramai tak kira lelaki dan perempuan, serius sampai bercinta itu memang tak ada... alhamdulillah... terpelihara masa itu daripada anasir-anasir negatif... terima kasih mak abah yang selalu berpesan dan mendoakan saya...
Tahun 2007 saya grad (habis pengajian di UTP) dan terus dapat kerja... encik abang masih di tahun akhir dalam bidang kejuruteraan mekanikal di UTM Skudai... saya mendapat berita bahawa encik abang sudah putus cinta dengan sang kekasihnya waktu itu. Saya hanya bersimpati sahaja... yelah nak kata apa lagi kan kita pun tak ada pengalaman putus cinta ni... tahun 2008 saya konvo, encik abang mengutarakan hasrat untuk melamar saya... haha! ayat sungguh! saya cakap, sekiranya serius sila datang ke rumah, dan saya pun tak suka berkawan lama-lama ni... selepas konvo, buat pertama kali encik abang datang bersama mak dan ayah beliau dan terus putuskan tarikh untuk bertunang... selepas dah pilih tarikh yakni 2bulan selepas tarikh keluarga encik abang datang, macam merisik la konon2nya. Maka kami dengan selamat ditunangkan pada tangga 4 Oktober 2008. Mak abah tetapkan tarikh 30Mei2009 sebagai tarikh akad nikah...
Dan alhamdulillah syukur dipanjangkan jodoh sehingga ke hari ini. Sudah 10tahun daripada tahun dipertemukan ALLAH SWT... bersama 3orang cahaya mata... cepat sangat masa berlalu... Oh ya... saya memang selalu amalkan solat istikharah sebelum tidur, dan saya ada mimpi (lebih kurang 3kali mimpi yang sama) encik abang ada datang jumpa abah saya. Masa itu encik abang belum meluahkan hasratnya... Saya memang hairan petanda apakah itu sedangkan encik abang sudah ada yang istimewa... Ada jodoh tak ke mana kan? :)
Ok sekian bebelan yang tiada motif... hehe...
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D