Bismillah wal hamdulillah...
Eh apa beza pulak 'working-at-home-mom' dan 'stay-at-home-mom' ni?bukan sama je ke?kat 'home' jugakla mak2 ni... stay ke working ke? apa bezanya? ada beza ye kawan-kawan dan pembaca sekalian... stay-at-home-mom ni memang totally fokus kepada kerja-kerja rumah 24jam, 7hari dalam seminggu... manakala working-at-home-mom ada tugas tambahan disamping tugasan dirumah yang perlu diuruskan, anak2 dan suami. Tugas apa? dah nama pun 'working' mestilah ada kerja sebagai wanita yang berkerja dari rumah... betul, kerja dirumah adalah flexible, waktu mana kau nak masuk SOHO (workstation kat rumah) tapi sefleksibel mana pun waktu kerja wanita/ibu/isteri yang berkerja dari rumah, DISPLIN haruslah menjadi tunjang utama.
Kalau tak DISPLIN memang ke laot la segala 'target' dan 'KPI' bulanan... ha... tuh baru 'working at home' mom... bukan goyang kaki tengok tv ja hari-hari... memang tak menang tangan la kalau nk 'follow' rutin harian. Nama pun 'working' memang akan ada 'daily target' yang perlu dicapai setiap hari. Ada masa kena 'update' blog, buat poster, fikir nak sharing kat 'facebook', kat 'page' kat 'instagram' dan sebagainya. Lepas tuh nak kena juga menuntut ilmu, membaca, 'study product' dan sebagainya. Itu baru skop kerja belum masuk skop untuk anak-anak. Rutin harian mestilah dari depa bangun, mandi, makan, main lepas tuh kalau rajin buat aktiviti untuk anak-anak. Satgi orang tanya pulak dok umah tapi tak ada aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Anak-anak 24jam layan kartun, mak layan senatron... Hello! untuk SAHM saya tak pasti rutin mereka macam mana tp saya WAHM (working-at-home-mom). Saya ada 'daily target' untuk bisnes kecil-kecilan saya. Belum masuk 'part' nak kena layan whatsapp/sms/pm facebook 'customers' lagi. Kadang-kadang saya terpaksa 'spend' masa seharian untuk 'consult' sebaik mungkin seseorang customers tapi 'end up' customers tuh tak jadi beli atas sebab-sebab tertentu. Itu yang dinamakan bukan rezeki. Untuk seorang ibu yang berhadapan dengan anak2 kecil 24jam untuk hadap fon 24jam bukanlah 1perkara yang mudah. Nanti fon kena rampas, anak meraung berak, anak meraung nak makan dan sebagainya... hfon ni dah penuh dengan nasik kadang2, dengan susu dan sebagainya tapi kena juga fikir komitmen kepada bisnes.
Kadang-kadang 'customers' tak faham, bila terlambat sikit reply dia dah tak jadi beli... begitulah cabaran yang dihadapi oleh WAHM ni... untuk baru proses nak 'consult' prospek. Once dah dipersetujui, proses pembayaran dan sebagainya, proses membungkus barang pula. Kalau online kena 'packing' la pulak kan? Kalau 'offline' customers nak minta COD... 1lagi proses yakni cabaran mengangkut anak-anak ke lokasi COD. Saya selalu tunggu en.abg bali kerja baru COD barang bergantung kepada lokasi dan pertimbangan prospek. Ada prospek yang nak cepat, jadi 'on the spot' kena siapkan anak-anak untuk diangkut bersama. Kadang-kadang sampai lewat malam COD barang demi sesuap nasik gitu... hehe :D tapi itulah hakikatnya... Kalau bisnes 'headband' saya pula saya kena siapkan order prospek, jahit, packing dan sebagainya. Jadi perlu untuk 'stay up' sebab siang memang tak boleh la nak buat kerja2 renyah ni nanti hancur semuanya. Kalau terpaksa atau kesuntukkan masa memang hadaplah bergelumang dengan anak-anak yang memang sangat 'rajin' membantu. Kadan-kadang ummi bertukar kepada mak naga bila dah badan letih, 'stress' dan sebagainya. Mak-mak berkerja ni sekurang-kurangnya ada pengasuh yang boleh ditinggalkan seketika sekiranya perlu siapkan tugasan. Dah boleh fokus kerja of kos! Kalau dah memang tak berkerja anak memang jaga sendiri, kalau ada urusan kat luar angkut la dengan gigih. Kalau lepas kerja rasa nak 'shopping', nak 'me time' ke boleh la ambil anak lambat sikit kan... boleh 'rest' seketika... best kan? haha! dah berapa kurun rasanya tak 'shopping' untuk diri sendiri... jalan-jalan ukur mall... waktu kerja dulu selalunya buat waktu 'lunch hour' takpun lepas waktu kerja... Heavennya!!!
Antara sebab saya ter'stop' bisnes 'baking' sebab tak boleh nak fokus. Baking adalah 1bidang yang perlukan fokus 200% perlu sentiasa tambah ilmu, tambah skill... perlu 'attend' kelas sebab nak tambah baik 'skill'. Perlu untuk berjaga malam bagi menyiapkan tempahan. Produk makanan yang dihasilkan perlu sesegar mungkin. Tak boleh la nak baking 2-3hari awal dari tarikh yang dijanjikan nanti rosak pulak kan?Jadi esok prospek nak 'pick-up' malam barulah nak bertungkus-lumus untuk siapkan tempahan. Fuhh memang kesat peluh kepenatan hadap tapi seronok sebab minat :)
Serba sedikit perkongsian saya untuk pengetahuan yang tidak berapa nak faham keadaan ibu-ibu yang berkerja dari rumah dan sebaliknya. Yang tak perlu membanting tulang nak tolong husband mungkin berbeza. Just 100% fokus pada rumah, anak-anak je... tapi saya walaupun tak berkerja saya mesti fikir caranya untuk tolong ekonomi keluarga, bantu suami walaupun dari rumah. Jadi jangan 'just' cakap, seronoklah kat rumah, boleh mengangkang depan tv layan sinetron dan anak-anak dibiar layan kartun.. what the.... :)
nota kaki: letih bercerita memahamkan orang-orang yang berkerja ni (macam la saya tak pernah kerja...saya juga pernah menjadi ibu yang berkerja) :( masing-masing punya pengalaman tersendiri. Sekali lagi saya tekankan tolong jangan 'compare' antara 'life' saya dan 'life' awak. Serabut okeh... macam la dia sorang ja ada cabaran... Malas nak ambil tahu sebenarnya... Kita dengan jalan cerita berbeza...
Sekian terima kasih
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D