Showing posts with label set cadangan kehamilan shaklee. Show all posts
Showing posts with label set cadangan kehamilan shaklee. Show all posts

14.11.14

Tips mengatasi masalah kuning/jaundis ketika lahir

Bismillah wal hamdulillah...

Entri ini, entri terperam dalam draft hari ini rasa terpanggil nak mencoret sikit... tips yang saya nak share ni berdasarkan pembacaan saya yang tidak seberapa, pengalaman peribadi saya, pertanyaan saya kepada beberapa pegawai perubatan sahaja. Jadi ia bukanlah fakta sahih namun boleh dijadikan panduan selagi ianya tidak menyalahi & memburukkan lagi keadaan... :)

Jaundis ni sebenarnya common terjadi kepada bayi baru lahir... lebih kurang 90% bayi yg baru lahir akan mengalami jaundis tetapi jaundis ni normally akan berkurangan dan mula menunjukkan tanda-tanda berkurangan apabila usia bayi semakin meningkat dan lebih kurang usia 1-2minggu insya allah jaundis akan hilang... bagi kes jaundis melebihi 2minggu, ia dianggap sebagai 'prolonged jaundice' 

Apa itu jaundis/kuning?

Menurut seorang seorang pakar kanak-kanak di Kajang Plaza Medical Center (KPMC) & Pakar Kanak-Kanak di Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Saiful di Sg. Chua Kajang iaitu Dr. Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMED (Paed) UKM.

Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:

  1. Jaundis fisiologikal - Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.


  2. Jaundis patologikal- Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.


  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice) - Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.
Rawatan Jaundis

Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Tips mengelak terkena jaundis/kuning bayi baru lahir

Sebenarnya secara jujurnya saya kurang percaya dengan petua-petua memberi bayi minum susu kambing, anggur hitam la etc... memberi makan/minum selain susu ibu diawal kelahiran boleh memudaratkan. Sekiranya petua secara mandikan bayi dengan air daun kucai atau apa-apa air boleh dicuba sebab ia tak melibatkan bayi perlu makan/minum. Tapi hati-hati kepada bayi yang mengalami kekurangan enzim G6PD... Mereka alah kepada sesetengah bahan/makanan. 2orang anak perempuan saya (aisya & amira) mengalami masalah jaundis yg agak tinggi sehingga perlu warded untuk rawatan fototerapi. 

Jadi saya ada melakukan beberapa pembacaan dan tanya orang-orang yg lebih berpengalaman. Ada yang cakap faktor jenis kumpulan darah jika O memang tak dapat elak masalah jaundis. Saya agak kecewa di situ sebab saya memang memiliki kumpulan darah jenis O namun saya tak putus asa... saya cuba je la kan selebihnya saya berdoa dan tawakkal je la kepada ALLAH SWT... Apa yang saya amalkan:

1)  Jaga pemakanan sejak dari awal kehamilan 

Tidak boleh nak ikut sangat anak tekak, nak makan fast-food je sokmo, nak makan makanan dalam tin/processed food, jeruk meruk semua tuh kalau boleh tak payah la makan sangat... saya dulu makanan-makanan ni jadi makanan ruji... menyesal tak sudah anak kena jaundis tinggi siap prolonged lagi...salah ummi T_T. Kalau mampu masak, masak je elakkan atau kurangkan makanan luar... fresh, sihat, halal semua lah kita boleh make sure... kalau teringin tuh boleh la sekali-sekala diamalkan... tapi KALAU BOLEH elakkan :) saya ada 2-3kali jugak jamah sebab memang setiap kali pregnant menda2 merepek la yg teringin sangat... tapi bila teringat anak memang tahan je la teringin tuh dari dok makan selalu


2) Amalkan makanan berkhasiat, ambil supplements bersifat organik/natural

Ramai rasanya yang dah alert mengenai kepentingan makanan berkhasiat bila mengandung... sebab ia mempengaruhi perkembangan janin... Tapi jangan pula makan melantak makanan yang tinggi kolesterol, lemak dan manis... nak makan buah-buahan dan sayuran banyak2 dibenarkan... Istilah makan untuk 2orang adalah tidak benar ya... bukan makan untuk 2orang tapi make sure nutrients dan zat cukup untuk ibu mengandung.

Makanan yang diambil setiap hari mestilah dipastikan cukup dari segi karbohidrat, protein, vitamin-vitamin dan sebagainya. Sekiranya para ibu mengalami masalah alahan diawal kehamilan & tidak dapat makan dengan baik, di sinilah peranan supplements. Tapi... ada tapi jugak pastikan supplements yg diambil merupakan supplements yg diluluskan KKM, halal dan semulajadi. Bukan supplements sintetik ye... apa beza vitamin semulajadi dan sintetik?? Ok boleh baca SINI

Insya ALLAH supplements khas untuk ibu mengandung semulajadi dan selamat :)

3) Amalkan pemakanan sunnah

Seperti yang kita tahu, pemakanan sunnah adalah sangat baik serta BERKAT... makanan-makanan sunnah ni adalah makanan yg diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan secara keseluruhannya. 

Saya amalkan minum susu kambing segar (bukan yg diproses jadi serbuk/tepung ye) hampir setiap hari. Tak boleh nak minum hari-hari sebab kekurangan bajet... hehe... tapi alhamdulillah dapat juga amalkan sampai bersalin. Saya minum bersama kurma. Kadang-kadang dengan madu. Setiap minggu saya beli bauh delima dari pasar tani... memang gemar sangat makan buah delima sepanjang pregnant ammar... alhamdulillah

4) Elakkan sebarang ubatan (drugs/chemicals) jika mampu

Jika para ibu mengalami masalah kesihatan ketika mengandung (demam, selesema, batuk, sakit kepala, pening etc) kalau mampu tahan je daripada makan ubat, nak2 ubat tahan sakit... KALAU BOLEH... saya tak mahu la cakap TAK BOLEH makan... apa-apa pun dapatkan nasihat doktor... jangan pula beli ubat sendiri... elok jumpa doktor dahulu dan doktor selalu prescribe ubatan yg paling rendah dos untuk ibu mengandung dan insya allah selamat (kes tak boleh elak sakitnya ibu kan) tapi kalau sakitnya sedang2 dapat ditahan saya memang akan memilih untuk tahan atau cuba 'natural remedy' contohnya if batuk saya memang amalkan minum madu bersama perahan lemon. Jika selesema/demam saya amalkan vitamin c dan jus oren. Tingkatkan pengambilan vitamin C ketika keadaan badan dah mula rasa tak sihat... Jika mual-mual diawal kehamilan elakkan ambil ubat tahan muntah, minum air bancuhan madu+lemon... Insya ALLAH kurang sikit mual tuh... saya amalkan sekali dengan air kelapa...

5) Berdoa, bertawakkal dan berfikiran positif

Selepas dah berusaha dengan gigih kita haruslah menyandarkan segalanya kepada ALLAH SWT... Jangan berhenti berdoa dan bertawakkal kepadanya semoga anak yg dikandung sihat, sempurna bila dilahirkan... berfikiran positif dan tenang sentiasa ya... :)

Sumber: Dr. Saiful 

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook



 

4.10.13

Alahan/mabuk atau "morning sickness" ketika hamil?

Bismillah wal hamdulillah...

Apa itu alahan/mabuk ketika hamil?

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecendurangan untuk berkejar ke bilik air pada waktu pagi. Oleh sebab sekitar 8 daripada 10 wanita hamil mengalami alahan/mabuk dan separuh daripada mereka muntah-muntah. Ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria dan berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yg paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi malah tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.

Menagapa wanita hamil berasa mabuk?

Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Puncak mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yg banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekalkan dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab.

Ini bermakna simptom2 mabuk/alahan ketika hamil adalah simptom yg 'baik' yang membuktikan janin dalam rahim anda sedang berkembang dan membesar dgn baik. Tetapi alahan/mabuk ini kekadang mengganggu tugasan/aktiviti seharian. Ibu akn memilih utk tidur dan berehat sebab keletihan dan tiada selera makan berikutan sering merasa loya. 

Saya juga pengalaman mengandung sudah 3kali ketiga2 mempunyai simptom2 alahan/mabuk pada awal kehamilan. Semasa mengandung anak ke2, sy dimasukkan ke wad berikutan masalah dehydrated kerana muntah tidak henti2 dan tidak dpt makan+minum sehingga seminggu. Doctor sahkan saya alami masalah Hyperemesis Gravidum (muntah berlebihan semasa mengandung). Terpaksa tambah air sebanyak lbh krg 15botol. Memang azab rasanya ketika itu. My bad jgk sebab tidak mengamalkan cadangan set kehamilan seawal mungkin. Tidak! Bukan jaminan cadangan set kehamilan boleh melegakan simptom2 alahan/mabuk anda tetapi sekurang-kurangnya anda mendapat nutriens yg cukup utk perkembangan bayi. Bahkan di dalam cadangan set kehamilan shaklee terdapat B-Complex dan vitalea (mutltivitamin)... kenapa B-complex dan Vitalea penting utk alahan/mabuk diawal mengandung?

Vitamin B6 (piridoksina)

Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yg teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. 

Multivitamin kehamilan

Multivitamin kehamilan yg berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom2 dalam sesetengah wanita.  

Kalsium (ostimetrix shaklee)

Mual dan mabuk ketika mengandung adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon progesteron dan estrogen. Selain itu keadaan cramp perut, kembung, sakit kepala, pening adalah antara gejala-gejala berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon-hormon ini. Unsur kalsium dapat mengurangkan simptom-simptom ini. 

Sumber: BabyCenter

Testi dari salah seorg customer. Adik ipar beliau mengalami alahan/mabuk diawal kehamilan sehingga beliau muntah darah kerana terlalu byk muntah. Adik ipar beliau jg kurang berat. Jadi beliau amik set lengkap seperti dibawah bersama add on Mealshake utk masalah kurang berat beliau. 

Cadangan set kehamilan 1st trimester shaklee. Boleh add on ESP atau MEALSHAKE
Bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

6.9.13

Bacaan HB (Hemoglobin) rendah/menurun ketika hamil?

Bismillah wal hamdulillah...

Sesiapa kat sini yg hamil?mengalami masalah reading HB (Hemoglobin) yg rendah n sukar utk dinaikkan walaupun memakan beberapa jenis 'iron tablet' atau makanan2 penambah darah yg lain seperti kerang, hati, bayam, broccoli etc ?tidak hamil tetapi mengalami masalah reading HB yg renda juga boleh... 

Apa itu HB (Hemoglobin) dalam darah? dan kenapa ianya penting?

1- Kandungan kurang dari 20minggu (5bulan ke bawah)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukkan organ2 dan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak etc. Jika darah ibu kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak dapat terbentuk dengan sempurna janin akn mengalami keguguran, cacat, terencat akal (pembentukkan otak tidak sempurna) dan sebagainya.

2- Kandungan 20-28minggu

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukkan sifat dan anggota badan tetapi jika HB ibu terlalu rendah, nadi dan jantung bayi tidak dapat berfungsi dengan baik yg boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan. 

3- Kandungan 28-40minggu

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada darah ibu. Jika HB terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan berisiko untuk bayi meninggal sebelum dilahirkan atau berat bayi gagal utk bertambah dengan baik dan sihat (bayi terlalu kecil ketika dilahirkan)

Bagaimana pula kesannya kepada ibu?

Jika seorang ibu hamil mengalami masalah HB rendah, ibu tersebut pasti mengidap anemia dimana keadaan ibu yg sering keletihan, kadang-kadang mengalami sesak nafas, pening2 dan cepat pitam, jantung berdegub laju, mudah terjadi kejadian tumpah darah ketika bersalin atau sebelum melahirkan. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, dan buah pinggang boleh menyebabkan maut.

Tips meningkatkan/menstabilkan paras hemoglobin dalam darah

1- Makan hati ayam/lembu setiap hari 1-2hidangan
2- Makan makanan laut - kerang, ikan bilis
3- Makan sayuran hijau - sawi, bayam, brocolli etc
4- Makan vitamin tambah darah yg disarankan
5- Jangan mkn pil tambah darah (yg mengandungi iron) dengan susu, minuman berkafein atau bergas boleh menganggu penyerapan iron dalam badan. 

Set cadangan shaklee untuk ibu hamil atau mengalami masalah paras HB yang rendah

With iron formula

Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yg tidak seimbang. Vita-lea adalah formulasi premium yg disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yg luar biasa. 

Penggunaan harian Vitalea boleh:

- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
- Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
- Memberikan perlindungan menentang kerosakkan radikal bebas



Vitamin C

Sebagai antioksidan kepada ibu dan membantu penyerapan vitamin2 dan nutriens2 lain.
B-complex (with acid folic)

Lengkap dengan acid folic dan 8kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan untuk mengelakkan stress, lebih fokus dalam kerja seharian dan lebih bersemangat & bertenaga


ESP (Energizing Soy Protein)

Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan sel, hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. ESP memberikan keseimbangan tenaga yang berkekalan yang tahan sehingga berjam-jam lamanya. Kulit ibu juga akn kelihatan lebih anjal, licin dan gebu (walaupun da jadi ibu tetap naluri seorang wanita tuh nk kelihatan cantik, sihat n bertenaga sentiasa :) barulah hot mam kannn)

Antara khasiat lain ESP Shaklee kepada ibu hamil:

1- Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yg kian bertambah
2- Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu melakukan aktiviti seharian
3- Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
4- Membantu perkembangan fetus
5- Membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa selesa kepada perut dan kenyang lebih lama
6- Membantu menjadikan kulit bayi yg bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif (lebih lasak)


Kalsium penting utk membina darah, tulang dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung dan menyusu pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Kalsium dalam tubuh ibu akan diserap oleh bayi yg dikandung dan juga diserap oleh bayi yang sedang disusukannya. Jadi ibu itu mestilah mendapatkan bekalan kalsium harian yg mencukupi. Jika ibu2 alah kepada susu pengambilan pil kalsium boleh dijadikan sebagai alternatif agar bekalan kalsium tidak berkurangan dalam tubuh. Jika ibu tidak memandang serius tentang ini kemungkinan ibu akan mengalami masalah tulang diawal usia seperti osteoporasis, rasa kejang kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta menampakkan garisan2 penuaan. Kuku dan rambut juga tidak sihat dan mudah rosak. Pengambilan ostematrix (kalsium) dapat membantu menyeimbangankan hormon ibu terutamanya kepada ibu yg menyusukan bayinya dan mengalami kemeruduman susu ketika datang bulan, muntah n mual juga dapat diatasi. 

Omega Guard

DHA adalah sgt penting dalam perkembangan otak serta aspek-aspek perkembangan janin. DHA juga adalah asid lemak utama yg ditemui dalam retina mata serta organ-organ badan yang lain. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sndiri jadi bayi mengambil DHA dari susu ibu. Bayi dalam kandungan pula memperolehi DHA daripada ibu melalui plasenta/uri. Dengan itu ibu akan mengalami kekurangan DHA. Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan Omega 3 kepada ibu2 mengandung dan menyusu. Ini adalah untuk memastikan DHA yg mencukupi utk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA sebagai bekalan utk tubuh ibu sendiri. 

Testimonial pengguna set cadangan kehamilan SHAKLEE