Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

4.11.15

Usia dan bilangan anak

Bismillah wal hamdulillah...

Disclaimer: Entri ini bukan bertujuan nak banding-bandingkan orang yang dikurniakan rezeki anak yang ramai, yang sedikit (belum ada rezeki nak tambah jumlah anak) mungkin masih tiada rezeki anak lagi. Sekadar penceritaan penulis secara rawak dan cuma ingin berkongsi pengalaman. Harap maklum :)

Malam tadi rancang dan COD produk Shaklee kepada seorang 'customer'. 'Customer' dekat je pun, jiran taman sebelah... tapi disebabkan dia masih lagi dalam fasa berpantang, jadi 'response' dia pada 'whatsapp' agak terbatas. Malam tadi pula encik abang selalu pi main badminton dari pukul 8-10malam. Pukul 8.45malam barulah 'customer' ni 'whatsapp' jadi nak ambil produk Shaklee untuk pulihkan luka 'operation' bersalin. Saya ni dengan 3ketoi anak terus bergegas ke rumah 'customer' berkenaan sebab nanti lagi lewat takut la pulak nak COD barang dengan angkut anak-anak.

Bila dah jumpa 'customer' berkenaan (saya tak masuk rumah, COD depan pagar je sebab anak-anak ada dalam kereta) sempat la 'customer' tersebut soal:

Customer: "Anak dah berapa orang?umur sebaya dengan ***** kan? (kebetulan 'customer' berkenaan kenalan kepada seorang rakan juga)

Faizah: "Dah 3orang alhamdulillah... saya tua setahun daripada ***** maknanya umur saya 31tahun"

Customer: "Uish dah 3orang anak??"

Faizah: "Alhamdulillah..."

Tak banyak berborak sebab dah malam, cuma sempat pesan kat dia cara pengambilan 'supplements' sahaja. Macam agak panik juga sebab dia buat terkejut anak saya dah 3orang... nasib tak bagitahu ada kawan saya muda lagi dari saya tapi anak dah 4orang... merujuk kepada mamaNAEM... ekekeke :P yg sebaya saya pulak anak dah 'range' 4-6orang dah... saya ni kira sedang-sedang la 3orang. Tak ramai sangat 3orang... hehe :D teringat seorang kakak ni, sebaya kakak saya (33tahun) tapi anak dah nak masuk 9orang... haaa... itu baru terpegun mak! Zaman sekarang anak range 4-6orang je rasanya... jarang sekali kita dengar anak-anak sampai 7orang ke atas kan?

Apa-apa pun anak adalah rezeki... sedikit atau banyak terima dengan hati yang redha dan terbuka. Setengah orang tiap-tiap tahun terberanak pun nak mengeluh hehe :D (asik beranak je aku... dah tuh kalau rasa nak jarakkan sila buat 'family planning'. Tak kisahlah secara 'natural' ke ubatan. Kalau tak buat 'family planning' maknanya kita sedia terima kehadiran cahaya mata baru sepanjang masa walaupun jaraknya dekat-dekat) gitulah kekdahnya... kalau dah rancang tapi ALLAH SWT tetap nak bagi tuh memang dah rezeki kita. Terima dengan hati yang redha... mesti ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya subur tak payah sakit kepala fikir nak tambah kesuburan hehe :D bab orang nak kata apa tuh jadilah 'pekak' untuk seketika. Kita yang nak jaga, kita yang nak bela anak kita, bukan minta tolong orang pun kan? Haha! Mulut-mulut orang ni kalau dilayan boleh mendatangkan meroyan... Sebab itu kadang-kadang saya pilih2 orang juga nak jumpa. Bukan sombong tapi demi nak menjaga silaturahim antara kita. Saya ni sensitif orangnya haha! Sangat mudah terasa... Jadi jalan terbaik adalah untuk tidak berjumpa dan bersua muka. Cukuplah sekadar kita rapat dan bersua muka di alam maya sahaja... Yang beranak susah lekat pun ada juga, atau belum ada rezeki anak... Masing-masing ALLAH SWT uji sesuai dengan kesanggupan dan kesesuaian. 

Ok sekian untuk bebelan pagi ini. Mari sambung buat kerja :P

  

17.3.15

Rezeki yang berkat vs rezeki yang banyak...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak resign ni suka sangat kau bebel pasai rezeki kan faizah... haha! Bukan apa pengalaman 'terpaksa' resign ni sebenarnya banyak bagi saya pengajaran yang selama ini saya tak sedar pun... dah 3tahun pun terpaksa berhenti kerja dah banyak hikmah yg saya nampak... Kita ni manusia n hanya status hamba hanya mampu merancang... DIA juga sebaik-baik penentu...

Tadi ada terbaca status seorang hamba ALLAH SWT... mungkin la dia tak berniat pun nak pertikaikan nilai rezeki seseorang... tapi dia mesti fikir dulu sblm buat kenyataan tuh...bagi saya la... kalau ye pun nak ajak org join business dia tp biarlah ayat yg lebih baik daripada ayat ala-ala 'banyak duit hidup bahagia' gitewww... tak semua org banyak duit tuh hidup bahagia, sengeh sampai telinga hari-hari... & tak semua orang gaji/duit sikit tuh hidup papa kedana, hari2 nangis... 

Bagi saya apa yang penting rezeki yang berkat... gaji banyak tapi if tak berkat memang akan rasa sentiasa tak cukup... yang paling sadis, hati rasa tak tenang... jadi pilih yg mana yg korang nak? kekadang kita hairan macam mana seseorang tuh gaji RM900 (contoh je la eh) tapi ada anak ramai... tp ok je tgk life diaorg...bila tanya diaorg ckp cukup je pun belanja tiap2 bulan... kita pun mesti terkejut RM900 cukup ke?at least sekarang pendapatan isi rumah RM3000 tuh paling koman la orang utara cakap... haa... sapa kita nak persoal cukup ke tak gaji yg dia dapat tiap2 bulan? yang penting BERKAT dan hati pun tenang... anak2 sihat, ibu ayah pun sihat, tak de sokmo keluar masuk spital, anak2 senang jaga, rumah tak kena rompak, xda orang kacau life kita... itupun dah cukup syukur... alhamdulillah... nilai duit banyak atau sikit kita boleh ikhtiar cari...tapi keberkatan tuh? marilah sama-sama kita muhasabah diri... jgn cakap besar dan rasa bangga sangat dengan income yg kita dapat tiap-tiap bulan tuh...

Jangan kita tengok pada nilai angka dan berapa '0' kat income kita tuh je...sy tak pedulik dengan itu semua... yg penting sy usaha dengan titik peluh saya sendiri, niat nak sedekah n tolong orang memerlukan, nak tolong suami etc... itu yg sy sasarkan sekarang... bukan nk rasa "wah banyaknya income aku!" untuk apa?