Bismillah wal hamdulillah...
Disclaimer: Entri ini bukan bertujuan nak banding-bandingkan orang yang dikurniakan rezeki anak yang ramai, yang sedikit (belum ada rezeki nak tambah jumlah anak) mungkin masih tiada rezeki anak lagi. Sekadar penceritaan penulis secara rawak dan cuma ingin berkongsi pengalaman. Harap maklum :)
Malam tadi rancang dan COD produk Shaklee kepada seorang 'customer'. 'Customer' dekat je pun, jiran taman sebelah... tapi disebabkan dia masih lagi dalam fasa berpantang, jadi 'response' dia pada 'whatsapp' agak terbatas. Malam tadi pula encik abang selalu pi main badminton dari pukul 8-10malam. Pukul 8.45malam barulah 'customer' ni 'whatsapp' jadi nak ambil produk Shaklee untuk pulihkan luka 'operation' bersalin. Saya ni dengan 3ketoi anak terus bergegas ke rumah 'customer' berkenaan sebab nanti lagi lewat takut la pulak nak COD barang dengan angkut anak-anak.
Bila dah jumpa 'customer' berkenaan (saya tak masuk rumah, COD depan pagar je sebab anak-anak ada dalam kereta) sempat la 'customer' tersebut soal:
Customer: "Anak dah berapa orang?umur sebaya dengan ***** kan? (kebetulan 'customer' berkenaan kenalan kepada seorang rakan juga)
Faizah: "Dah 3orang alhamdulillah... saya tua setahun daripada ***** maknanya umur saya 31tahun"
Customer: "Uish dah 3orang anak??"
Faizah: "Alhamdulillah..."
Tak banyak berborak sebab dah malam, cuma sempat pesan kat dia cara pengambilan 'supplements' sahaja. Macam agak panik juga sebab dia buat terkejut anak saya dah 3orang... nasib tak bagitahu ada kawan saya muda lagi dari saya tapi anak dah 4orang... merujuk kepada mamaNAEM... ekekeke :P yg sebaya saya pulak anak dah 'range' 4-6orang dah... saya ni kira sedang-sedang la 3orang. Tak ramai sangat 3orang... hehe :D teringat seorang kakak ni, sebaya kakak saya (33tahun) tapi anak dah nak masuk 9orang... haaa... itu baru terpegun mak! Zaman sekarang anak range 4-6orang je rasanya... jarang sekali kita dengar anak-anak sampai 7orang ke atas kan?
Apa-apa pun anak adalah rezeki... sedikit atau banyak terima dengan hati yang redha dan terbuka. Setengah orang tiap-tiap tahun terberanak pun nak mengeluh hehe :D (asik beranak je aku... dah tuh kalau rasa nak jarakkan sila buat 'family planning'. Tak kisahlah secara 'natural' ke ubatan. Kalau tak buat 'family planning' maknanya kita sedia terima kehadiran cahaya mata baru sepanjang masa walaupun jaraknya dekat-dekat) gitulah kekdahnya... kalau dah rancang tapi ALLAH SWT tetap nak bagi tuh memang dah rezeki kita. Terima dengan hati yang redha... mesti ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya subur tak payah sakit kepala fikir nak tambah kesuburan hehe :D bab orang nak kata apa tuh jadilah 'pekak' untuk seketika. Kita yang nak jaga, kita yang nak bela anak kita, bukan minta tolong orang pun kan? Haha! Mulut-mulut orang ni kalau dilayan boleh mendatangkan meroyan... Sebab itu kadang-kadang saya pilih2 orang juga nak jumpa. Bukan sombong tapi demi nak menjaga silaturahim antara kita. Saya ni sensitif orangnya haha! Sangat mudah terasa... Jadi jalan terbaik adalah untuk tidak berjumpa dan bersua muka. Cukuplah sekadar kita rapat dan bersua muka di alam maya sahaja... Yang beranak susah lekat pun ada juga, atau belum ada rezeki anak... Masing-masing ALLAH SWT uji sesuai dengan kesanggupan dan kesesuaian.
Ok sekian untuk bebelan pagi ini. Mari sambung buat kerja :P
1 sweet persons:
weee..carpub dalam belog kak fae :P... rezeki masing2 kan kak fae... kalau nk compare tak ter compare rasanya... kawan sekolah rendah anak dah 5 tapi dia kawin awai la..kawan di fb sebaya jugak anak dah 6... kak fae kenal kot dia pn master shaklee.. tapi kalau naem pi mana pun mesti nampak org duk kira anak selalu nampak mulut org cakap " 4 anak depa " hahaha.. rasa macam diperhatikan...tu kalau anak buas kt public lagi laaa macam xmau pi dah mall. hikhik
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D